My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Tuesday, August 15, 2017

CONTOH SURAT PERMOHONAN PENGGUNAAN KEMUDAHAN KOLEJ



 - Pensyarah STM
Kolej Komuniti Bandar Penawar -

Friday, June 10, 2016

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)

Berikut merupakan pengalaman yg dikutip dari newsfeed fb.. saya titipkan disini agar mudah dijumpai jika dicari..

Wal'iyadzubillah.. tp sebagai tips bersama


ILYAS DAN HFMD

**HFMD: Hand, Foot & Mouth Disease atau dikenali sbg Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut**

Nak share pengalaman ilyas kena HFMD 2 minggu lepas utk rujukan bersama di masa akan dtg. Sejujurnya sebelum ni  tak pernah ambil tau in details ttg HFMD. Ingatkan takde la teruk mana. Bila jadi kat ilyas, rupa2nya lagi teruk dpd dia kena chicken pox tahun lepas. Masa kena chicken pox dia tak demam langsung walaupun gatal satu bdn tapi aktif mcm biasa siap boleh bertumbuk/bergusti dgn mak dia lagi. Tapi bila kena HFMD, sungguh tak sama keadaannya. Huhuhu.

HFMD penyakit berjangkit. Kalau nak tau, HFMD bukan hanya dpt dari nursery/tadika/sekolah sahaja. Anak yg tak pergi nursery pun boleh dpt HFMD contohnya… si ilyas ni ha...

Kronologi:
1.    Subuh Ilyas demam. Petang tu baru muncul segala ruam , blister (bintik2 merah berair cam nak letup tu). Google & tanya kwn2 mmg sah la HFMD sbb kat tapak tgn, tapak kaki & mulut dah muncul blister & ulser. Tanda2 kat mulut ada ulser, tengok air liur dia. Meleleh je.
2. Bawa gi klinik. Sah HFMD. Doktor bg PCM (ubat demam) dan ubat spray mulut saja. Antiobitik takde sbb HFMD ni adalah virus jenis coxackie dan enterovirus, so kalau bagi pun tak jalan. Doktor suruh monitor suhu, aktif atau tak, pernafasan, kot2 muntah2 teruk. Kalau ada pergi emergency terus.
3. Doktor ada pesan selama kena HFMD mmg akan ada masalah selera makan dan menyusu. Sebab mulut ilyas penuh ulser. Kesiannya. So doktor suruh monitor kalau pampers kering tanda2 dehydrate. Kena bawa emergency cepat2.
4. HFMD ambil masa selama 10 hari utk pulih sepenuhnya, so kena kuarantinkan ilyas 10 hari.
5. Day 2, demam ilyas tak kebah2. Selalunya kalau demam, bagi PCM 2 kali je dah kebah tp kali ni turun naik. Risau sgt sbb takut kalau tinggi 39 je doktor suruh gi emergency. Aduh trauma dah dgr perkataan hospital/emergency/warded.
6. Yg merisaukan kalau kena HFMD ni adalah suhu, kalau terlalu tinggi boleh sebabkan sawan. Lagi satu kalau kes yg teruk boleh menyerang system saraf, otak dan jantung pesakit dan menyebabkan radang otak, meningitis dan inflamasi juga keradangan otot jantung.
7. Demam ilyas mula turun pada hari ke-3. Hari ke-4 dah tak demam langsung.
8. Blister dan ulser terus keluar sampai hari ke 6. Dalam masa tu mmg merengek je la dia sebab gatal sangat dan sakit dlm mulut.  Mana taknya bukan tumbuh kat 3 tempat tu aje. Kat badan, celah peha dan diapers area pun ada. Tumbuh melata. Lagi satu asyik merengek sebab lapar. Dia ada hati nak makan & minum susu tapi bila sampai dekat bibir terus dia tepis. Sakit sangat gamaknya. Kesian anakku.
9. Hari ke 9, ilyas dah sihat sepenuhnya. Dah boleh minum & makan seperti biasa. What a relief. Syukur Alhamdulillah.
10. HFMD boleh berjangkit daripada hingus/kahak, air liur, najis, udara dan air dari blister.
11. HFMD ni kalau dah kena sekali, tak mustahil akan kena lagi sekali sebab sakit ni dtgnya dari virus. So kalau bawa anak gi tempat public especially tempat yg crowded cam supermarket, mall, playground & hospital, sentiasa pastikan anak2 basuh kaki & tangan. Paling tidak, bawalah hand sanitizer dlm handbag. Lumur kat tgn & kaki dorg. Sampai je rumah mandikan dan tukarkan baju dorg.
12. HFMD setiap budak tak sama. Ada yg teruk, ada yg tak teruk.

Usaha saya semasa jaga Ilyas:
1. Sentiasa sponging kepala & body. Especially kat ketiak dan pelipat2. Campur air asam jawa dgn air—lapkan. Campur air dan YLEO lemon – lapkan. YLEO-Young Living Essential Oil ni kawan yg introduce. Geng mak2 minyak mesti terror dah bab ni hehe. Sbnrnya beli YLEO utk tujuan lain, tapi dah kebetulan ilyas kena HFMD ni terus apply mana yg sesuai. Rose Haikal Orkid Mania Farina Hamzah
2. Mandikan & rendamkan setiap 2 jam dlm 10-15min.
Rendam dlm air, lemon slices, epsom salt (utk turunkan suhu). Mmg sgt berkesan. Recommended.
Rendam dlm air, 3 drops of YLEO lavender (turunkan suhu, bg anak rs tenang & kurangkan gatal bdn). Superb.
Mandikan dgn neem & turmeric soap brand himalaya (utk kurangkan gatal). Ni pun bagus sgt.
3. Sapukan calamine lotion dekat seluruh tempat yg gatal. YLEO Lavender pun sapu gak tapi sapu kat tempat yg dah melepuh je nak bagi hilangkan bekas.
4. Masakkan bone broth soup (sup tulang ayam atau daging). Ramai yg panggil ni sup antivirus/antiviral sbb fungsinya utk melawan virus. Sup ni mengandungi high protein jadi mmg elok utk melawan penyakit.
5. Bagi makan aiskrim vanilla dan yogurt utk legakan tekak dan mulut.
6. Bagi minum susu dlm kotak sebab straw susu kotak ni halus je. Suprisingly boleh pulak dia terima susu lembu anak bertuah ni. Ilyas selama ni minum susu kambing sahaja.
7. Air kosong pun cuba bagi minum pakai straw halus. Ilyas minum sikit2 je. Tu pun lepas kena spray mulut.
8. Time tido lumur YLEO thieves kat tapak kaki. First time apply anakku menjerit. Rupanya kena dilute dulu. Mama kalut sgt sbb risau hahaha.
9. Potong bwg merah 5 ulas, letak dlm bekas terbuka letakkan kat kepala katil. Katanya boleh serap virus & bakteria. Kira serap kuman la. Pernah cuba masa ilyas selsema. Esoknya dah tak bersin dah.
10. Asing2kan brg ilyas cth baju dan utensils.
11. Basuh dan jemur barang2 dan toys. Boleh spray dgn YL thieves spray. Ada try google, boleh spray dgn air campur baking soda utk matikan kuman.
12. Lapkan lantai dgn Clorox frequently.
13. Bila dia dah tak demam, pakaikan dgn baju long sleeves dan long pants. Utk elakkan dia berjangkit kat org lain dan juga elakkan dia menggaru bekas2 gatal.
14. Yg tukang jaga pun kena jaga kebersihan gak sbb ada possibility jangkit. So kena sentiasa basuh tgn. Sepanjang ilyas sakit, air liur sentiasa meleleh jd mmg kena sentiasa basuh tgn dan tukar baju sbb air liur melekat kat merata baju dan seluar mama.
15. VCO-Virgin Coconut oil pun bagus bagi utk antibodi badan kalau anak boleh telan la. Ilyas tak suka.

Apa lagi ek. Rasanya ni saja yg teringat buat masa ni. Kalau kawan2 ada pengalaman lain tentang HFMD ni boleh la share. Mana tau ditakdirkan kena lagi.. nauzubillah la kan tapi kena sentiasa berjaga2 jugak

Bulan puasa ni, ramai yg bawa anak2 gi bazar ramadhan kan.. so kena extra cautious kalau terpaksa bawa anak sekali pergi bazar. Skrg banyak sangat penyakit dan mudah sangat anak2 dpt penyakit kat luar sana tu.

Note: Semua yg diceritakan adalah pengalaman sendiri. Mana2 part yg ada percanggahan fakta mohon betulkan.

*Sumber gmbr2 dari google.

OK.. habis dah :)

#naparenting #ilyashfmd

Saturday, March 12, 2016

Lawatan Ke Rumah

waaaahhh.. misi nak lawat rumah..?

anda hamil ke? hehe.. kebiasaannya sepanjang kehamilan, ada beberapa klinik kesihatan akan menyediakan perkhidmatan melawat ke rumah.. alhamdulillah, tempat kami ni dibawah selia klinik kesihatan bandar penawar.. memang mereka akan datang lawat ke rumah..

ingat lagi masa pertama kali misi kata nak datang rumah.. hehe. biasalah.. bila xtau atau xnampak, risau nya tah macam apa je...

masa first aritu mereka dah gitau awal2.. oklah.. blh la get ready.. tapi tu pun memang cuak.. yela.. tak tau apa yang mereka akan lakukan...

semalam kali kedua mereka datang ke rumah.. kalini tak inform awal2.. hehe.. nasib baik ada dirumah.. tapi terkejut la.. mandi belum lagi..walapun dah jam 11...ngeee... maklumlah..time ni la nak kemas2.. buat keje dapur.. nak uruskan baju...

okla.. apa yang jururawat lakukan ketika Lawatan Rumah?

  1. ujian air kencing. kalau di bandar penawar, ibu hamil dah dibekalkan siap2 tabung air kencing.. tabung ini akan digunakan tiap kali ada lawatan klinik.. maka bila di rumah, kita akan gunakan juga tabung.. jururawat akan guna strip untuk kehamilan dan juga kesan protein / gula dalam air kencing..
  2. cek perut.. ketinggian rahim
  3. cek tekanan darah ..
setakat ni tu je la yang dia cek.. dan sambil tu boleh la kita tanya macam2 berkenaan kehamilan..

..........................
semalam saya di cek bahagian perut.. dan misi dengar jantung anak..kandungan berusia hampir 28minggu..(lagi 5hari g cek bulanan)

misi kata ' ok... nanti kita akan ajar cara kiraan gerakan baby'
saya 'yela kak.. baby ni kuat sangat geraknya..'
misi 'yela.. saya dengar jantung dia...kuat!'

hehe..alhamdulillah...
kadang2 terfikir nak jarakkan makan ostematrix.. hehe.. risau baby kuat sangat..~.~

saya perasan, anak2 yang ibunya rajin ambil ostematrix sepanjang kehamilan, nampak anaknya teguh tulangnya.. kepala laju je angkat..

apa-pun moga apa yang kita buat harapnya Allah berikan yang terbaik.. 

Tuesday, January 26, 2016

Pencarian Mega Bloglist Aisyhah Nyais

wah..harini terjoin pula segmen ni..
jatuh hati dengan semua template dan design blog yang menyertainya..
saya dah lama berblog .. tapi tak sempat lagi nak mencantikkannya..

mereka sumber inspirasi kita...comel sangat2 lah!macam2 elemen depa masukkan..

oklah.. back to the topic..
saya nak tag.....






http://www.ummuainansupermom.comhttp://syikinhashim.blogspot.my https://plus.google.com/106609693498687457979/posts



Wednesday, January 20, 2016

Milo bowl cake

coat a bowl with cooking spray
4 tbs milo
4 tbs sugar
4 tbs flour
4 tbs milk
4 tbs oil
1 egg

kacau
m/wave 3 mins


FB: BuzzFeed Oz

Wednesday, January 6, 2016

Kehamilan : the journey..

Assalamualaikum... ada yang tertanya-tanya apa rahsia atau ikhtiar yang saya lakukan sehingga diizinkan Allah untuk diberikan peluang hamil?

Alhamdulillah.. segala puji hanya bagi Allah... saya cuma berkongsi pengalaman.. semoga mereka yang tercari-cari formula atau cara ikhtiar lain (seperti saya dulu), akan mencuba nya... semoga kalian diberi ketenangan dalam menghadapi saat-saat sukar soalan dari mereka yang prihatin...

Berikut merupakan apa yang saya rasa pada saat pertama saya lihat pregnancy test saya ada dua jalur jalur kedua agak kabur ... Tidak percaya!

Ye.. saya xpernah lihat bagaimana tester tu secara live... semasa afnan (anak pertama saya yang sekarang hampir masuk darjah 1), saya tak pernah berpeluang lihat sendiri tester yang berjaya / positif.. hehe.. masa afnan dulu pun, dah masuk tahun kedua baru diberitakan hamil.. itu pun selepas saya alami sakit perut dan demam (demam urat kot kata orang-orang tua).. mak mertua pesan supaya pergi mengurut dengan arwah mak jiran saya..orangnya kecil saja.. sudah tua..tapi untuk urut saiz badan macam saya beliau masih gagah lagi... beliaulah yang pertama sekali urut saya, dan katanya... eh.. ni macam ada isi... nanti pergi cek ye..

Saya pun esoknya terus g klinik keluarga Dr Noram di kota tinggi .. Alhamdulillah.. dr suruh test air kencing, memang positif.. hehe.. so memang xtau macam mana bentuk positif nya test tu..hehe..


Ok.. jadi bila kali kedua ni (sebelum ni Alhamdulillah, tiada masalah gugur atau masalah besar yang lain).. balik dari urusan kenduri adik di Seremban 2, badan jadi letih sangat... kepala bila diri tu, rasa berat sangat... badan kalau diri lama-lama tu rasa berpeluh2.. mula-mula ingatkan tekanan rendah makin teruk.. yela kan..mungkin penat sangat sebab seronok membantu urusan perkahwinan adik..tolong adjust pelamin dari A-Z, tolong adjust bilik pengantin, tolong tengokkan urusan bungkus goodies bag, tolong sibuk time kenduri.. (tapi tu semua 60% je..hehe..xbanyak pun..).. makan minum pun xberapa menentu..

Mujur la tergerak hati cerita kat group family.. Dan abg ipar, Dr Nurman pun pesan, test air kencing.. hehe.. masa ni macam saya tersenyum sinikal.. biar betul! baru je beberapa hari bersama suami dan terus balik Seremban selama seminggu.. tapi memang niat nak bantu settlekan hal2 perkahwinan adik, no matter how.. dan dgn niat, Allah beri sedikit ganjaran berupa anak (betapa niat tu penting untuk disetkan)

Ok.. walaupun tersenyum sinis.. saya masih juga buat apa yg doc suruh.. yela kan.. bab2 badan ni kita serah pada pakar badan.. test2... keluar dua jalur! erm... macam nak hepi.. macam takut nak hepi.. simpan dulu.. sebab kabur.. kot la saya je perasan lebih nanti.. ni dengan suami pun xcakap.. tapi letak strip tu kat tempat suami blh nampak..hehe..

Cerita kat kawan yang baru pregnant (Alhamdulillah, beliau pun dah tunggu hampir 4 tahun untuk dapatkan anak..dan.. nak cerita pun kena tgk juga insan mana yang tidak terguris dengan cerita kita), dia pesan, kak.. tgu seminggu lagi baru test..

hihi... xsempat tunggu seminggu! lusanya terus test jg..hehe.. dapat jg dua line.. tapi masih kabur cuma lebih pekat dari strip lepas.. erm... xtau nak happy ke tak... hehe.. bukan xsuka tau.. tapi takut nak happy lebih2 sebab xconfirm..

Cerita kat mak pun, macam belum boleh happy.. sampai mak risau, kita ni macam yang lain, xhappy dgn kehamilan kedua, xseperti kehamilan pertama... hehe.. ampun mak.. cuma nak tunggu confirmation doc.. dulu tu awal2 tau lagi memang dah jumpa doc..hehee  .. lagipun ada kawan yang baru gugur pada awal kehamilan.. jadi trauma nak cerita awal..

Ok.. dipendekkan cerita, tak lama lepas tu jumpa doc, doc scan nampak kantung.. dan ada 'kawan' pula.. cyst yg hilang pada 5 bulan lepas datang menampakkan diri semula.. doc kata, kantung ada.. tapi xtau baby boleh survive ke tidak.. ahh.. sudah!.. doc pun xhappy cite kat kita.. hua hua... makin trauma la...

tgu next 2 weeks.. kita cek lagi...

Ya Allah.. nak tunggu 2 weeks tu macam ape je... Allah je yang tahu keresahan di hati ni...

(..bersambung..)

Tuesday, December 8, 2015

Promosi Disember 2015

Assalamualaikum...

Wah... bulan ni shaklee buat promosi:
  • Lecithin beli 6 percuma 1 @ beli 2 diskaun 5%!
  • Shaklee Collagen Powder beli 6 percuma 1 @ 2kotak diskaun 5%!
  • Vitalea For Kids beli 3 percuma 1  !!!

Order via whatsapp ye?
0197344405
0197344405
0197344405
    

Friday, November 20, 2015

Dear afnan...

Hehe... tetiba nak tulis warkah untuk anak den la pulak... yela.. sekarang dia umur 6 tahun... nak masuk 7 tahun...

Dah nak dapat baby...

Moga dia ingat.. nanti bila dah besar bila terbaca post ni...



Afnan sayangku...
Terima kasih ye... jaga mama... afnan la orang yang akan teman dan berpagi-pagi dengan mama... yang boleh mama ajak minta tolong pagi-pagi...
Ingat lagi.. afnan sejak dua tiga tahun yang lepas...

mama... afnan nak adik!

tak sabar nak dapat adik.. sampai sayu mama tengok bila orang pun tanya kan 'mana adik afnan?' 'bila afnan nak ada adik ni...'

tapi mama tau..anak mama kuat.. dan orang pun cuma concern je pada kita...

ni dah ada adik dalam perut... tapi dah jarang pulak afnan kisah pasal adik... hehe.. mungkin sebab baru beberapa minggu... perut besar pun xnampak...

tapi dulu masa mama xngandung selalu pula awak terbayang-bayang ada baby kat perut mama.. sampai buatkan mama terasa buncitkah mama? haha...

tak pela nak... awak pun belum nampak lagi... tak ramai yang rajin ajar awak cara jaga mama dengan betul...mungkin sebab diorang pun xnampak mama macam boyot (haha..memangla xboyot... cuma mual2-sakit yang orang susah nak nampak...heee..xkan nak tunjuk mun2 kat orang,kan? ;P )

dulu masa mama muda2, duduk dengan kakak2 mama... selalu pesan dekat anak buah mama (sepupu awak), jaga ummi tau... umi ada baby.. ummi xselesa..ummi xleh marah2.. ummi xleh nangis2... ada adik tu kat perut ummi tu...

agaknya sebab muda2 je kot buat.. dah tua ni xbuat dah? heee...

ada buat beberapa perkara yang mama terharu.. kadang2 afnan datang kat perut mama...cium perut mama... kalau nampak macam mama xselesa (angin xmau keluar), afnan datang belakang mama...tolong tepuk2 belakang... thanks afnan...

mama... jangan lupa makan ubat tau! wah..afnan cakap mama kena makan ubat ke? taklah... afnan kena makan ubat... (haha! perasan kejap!)

ok la afnan..

saje cite keletah afnan yang sweet tu...u are really so sweet.. macam sepupu2 awak...love you~

Tuesday, November 3, 2015

hai...

assalamualaikum... selamat pagi bloggers dan pengunjung....

maaf tak dapat selalu update blog..kalau dapat pun, xde design2 yang comel2...

kenapa ye...?

hehe.. alhamdulillah... saya baru disahkan hamil setelah 6 tahun berlalu... banyak benda nak cerita, tetapi kali ini, ngengade dia semacam... jadi, untuk fikir dan tengok skrin adalah sesuatu yang terhad.. jika tidak.. haaaa... nanti siaplah melepetnya... hehe

memandangkan kerja saya perlu melihat pada skrin, saya perlu kurangkan salah satu, untuk saya boleh produktif untuk satu yang lain...

insyaAllah, selagi larat, saya akan cuba memenuhi blog saya dengan isi yang bermanfaat..

terima kasih ya kerana terus memberi sokongan dan dorongan pada saya....

teruskan membaca blog2 kami :)

Monday, November 2, 2015

Produk shaklee yang bantu ibu hamil lawas

Ibu hamil perlu memikirkan anak dalam kandungan setiap kali beliau ingin memasukkan sesuatu dalam mulutnya... Ini kerana ia bakal mempengaruhi perkembangan janin dan juga kesihatan ibu tersebut. Namun, kalau ibu hamil itu mempunyai masalah tidak lawas... uishhh.. perit kan? sudah lah perut tidak selesa... ditambah pula masalah penghadaman ...

Antara produk shaklee yang selamat untuk ibu hamil bagi mengatasi masalah ini:

Ostematrix;
Omegaguard;
Nutriferon;
Performance Drink;
Vitalea;

Boleh berhubung dengan distributor untuk mendapatkan konsultasi mana yang terbaik untuk situasi anda ketika itu..

Hee... baru sebut  pasal lawas, ai kena pergi toilet ! :)

Sunday, October 25, 2015

Lapar... tapi..

Hehe.. malam ni lapar sangat.. td dah masak lunch.. abis dah lauk,.. masing-masing pakat malas nak keluar.. sooo... mujurlah ada ni dalam fridge...

Ehem..sebelum ke atau selepas makan jgn lupa makan buah a.k.a vitamin c...tau!

Thursday, October 15, 2015

Selamat tahun baru 1437H

Assalamualaikum... hehe.. ni dah 2 muharram.. tapi masih belum terlewat untuk kita ucapkan selamat tahun baru...

Alhamdulillah.. selesai 1 tahun yang lepas.. datang lagi tahun yang baru... janji Allah.. sunnatullah.. masa akan terus bergerak... hari akan berganti, minggu akan berganti, bulan dan tahun juga.. siapa yang dalam golongan yang rugi..? dan siapa yang menjadi golongan yang untung...

Firman Allah dalam surah Al-Asr yang bermaksud:

"Demi masa, sungguh manusia itu dalam kerugian.. melainkan mereka yang beriman dan membuat amal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran.. dan berpesan-pesan dengan kesabaran"

Setelah setahun berlalu... apakah yang telah kita lalui? apa yang telah kita usahakan? apa yang telah kita lakukan?

Itu muhasabah yang lepas..

Yang bagus, alhamdulillah.. istiqamah, kekalkan .. yang masih lagi kurang bagus, sesalkan segera dan terus bertindak perbaiki.. ingat..



life is too short.. hidup ini terlalu singkat untuk ditangisi lama-lama.. untuk berdendam / membalas dendam .. untuk berhasad dengki.. usaha. usaha. usaha. untuk kebahagiaan sendiri.. kemudian bila diri dah bahagia, xmustahil insan keliling akan turut merasa..

Kembali kepada tahun baru...

Apa azam tahun ni? Dan azam tahun lepas yang mana yang telah tertunai? Boleh kongsi?

Saya... azam tahun lepas masih lagi ada yang tidak tertunai.. atau xsempurna ditunaikan... saya coretkan disini kenapa? supaya saya ingat.. dan orang yang concern pd saya akan mengingatkan saya.. paling tidak pun mendoakan yang saya dipermudahkan untuk menunaikan azam yang baik...

Alhamdulillah.. Allah izinkan saya untuk merasa kandungan dalam perut.. tapi masih terlalu awal.. jadi, doakan yang terbaik untuk kami ye.. kandungan kali ini agak mencabar.. setelah 6 tahun jaraknya, jadi macam-macam kerisauan ada...

Saya shortkan sebab kejar masa.. hehe..
Puasa isnin / khamis.
Khatam setahun sekurang-kurangnya dua kali.
Isteri yang berlembut pada suami (kadang-kadang suara ni tinggi pula >.<)
Simpanan suku tahun.
Urusan kenaikan.
Rank in Shaklee.
Ada beberapa yang saya rahsiakan..hehe..

Sebenarnya ni target 2015. Ada hikmah ada dua kali sambutan .. supaya sempat kita review balik ye.. huahua...

Okla stop sampai sini dulu... selamat tahun baru.. semoga hidup kita bertambah baik, kita semakin kuat berusaha (dunia & akhirat), iman semakin tebal , ilmu semakin mantap, akhlak semakin cantik...

Sekian dulu... semoga tercapai segala hajat...

Monday, October 12, 2015

He..he.. he..

Assalamualaikum ! heeee... dah senyum ke belum pagi ni?

Rugi woo kalau tak senyum dulu.. xyah senyum kat orang pun xpe mula2 tu.. bagi dulu senyuman pada kita sendiri.. apa-apa pun kena utamakan kita dulu.. nak Allah sayang kita dulu.. nak kita buat, kita dapat dari Allah...

jadi... hari ni cerita simple jek...

Hari ni kena restok order untuk customer:

● bapanya hampir disuruh untuk dialisis (bacaan buah pinggang bocor 170. Jika 200 perlu dialisis) .. moga solehah anak ini..

● dia mahu membersihkan pakaian bayi anaknya yang lama .. untuk diberikan kepada yang memerlukan .. sweet kan..

● dia yang ingin kempiskan bahagian perut. Badan dah cantik. Comel. Tinggal perut je katanya..

● dan saya sendiri.. untuk cover stok yg masih xsemua ada.. risau customer ada yg nak adhoc.. untuk ibu baru nak belajar mengandung semula..

● serta anda.. yang ada sesuatu ingin dilakukan atau diimpikan..


jgn malu jgn segan..

Dan jgn lupa.. nak comel biarlah comel dalam juga.. kerana yang dalam tu akan bina yang luaran tu sedikit sebanyak .. kita bermula dari dalam .. sesuatu yang Dia pandang ..

ha..simple je kan.. hehe.. kalau xtau kenapa kena senyum.. tarik je pinggir bibir kiri ke kiri.. pinggir bibir kanan ke kanan.. haahahaha.. kan comel???

Sunday, October 11, 2015

Korang tau tak? Pesakit Dialisis vs Vivix

Tahukah kita? Apabila seseorang mula dialisis bermakna buah pinggang telah rosak.

Setelah disahkan perlu dialisis, pesakit tersebut perlulah menjalani rawatan dialisis tanpa berhenti..

Dan bagaimana vivix shaklee membantu?

Kandungannya yang mudah serap dan tidak membebankan buah pinggang membantu juga memberi tenaga selepas dialisis. Ini kerana pesakit dialisis akan mengalami keletihan melampau dan melepek.. 

Jadi, bantulah mereka yang menjalani rawatan dialisis dengan cara menghadiahkan vivix shaklee.. apatahlagi buat mereka yang tersayang....

Untuk langkah pencegahan, apabila didapati buah pinggang mempunyai masalah, mulakan dengan vivix shaklee.


Saya sedia beri nasihat percuma kepada pelanggan saya. 
COD sekitar Bandar Penawar, Desaru, Felda Lok Heng, Air Tawar 5, Felda Kledang/Adela
019-7344405

Friday, October 9, 2015

Korang tau tak?: makanan berlemak dan daging


Malam tu ada dinner dengan pelajar semester akhir program kami.. Saya ambil menu lamb chop, dan spaghetti carbonara untuk afnan.. menu sampingan adalah kek pecan heaven yang betul2 terasa heavennya dan indulgence..

Orang yang sering makan daging, risiko kena kanser kolon adalah tinggi, kerana daging mempunyai nitrite nitrate karsinogenik (penyebab kanser). Kerana itu, selepas makan daging, seeloknya kita minum bersama air limau suam.. atau, kita boleh tambah / gantikan dengan pengambilan vitamin c ini.. vitamin c dan vivix merupakan anti oksidan yang tinggi.. ia akan meneutralkan radikal bebas (nitrite nitrate karsinogenik dll) yang masuk ke dalam badan kita dengan izin Allah..

Omegaguard pula,bertindak mengemulsi a.k.a membakar lemak-lemak yang ada dalam badan kita..

Peringatan: Minyak ikan melincirkan saluran darah dan berkemampuan untuk mencairkan darah untuk pengaliran darah yang lancar dan melambatkan kepekatan darah. oleh itu, pesakit yang akan melakukan pembedahan dan perempuan hamil yang hampir bersalin tidak digalakkan untuk mengambil minyak ikan.

Wednesday, October 7, 2015

ESP bantu ibu mengandung kekal kenyang lebih lama..


ESP mempunyai glisemik indeks yang rendah..

korang tau tak apa maknanya?

maknanya... pelepasan gula ke dalam darah berlaku secara perlahan dan berperingkat-peringkat..

gula yang dilepaskan sempat digunakan seoptimumnya dan menanti gula baru yang akan dilepaskan.. oleh kerana ia dilepaskan secara perlahan, maka tenaga kekal lebih lama... makanan glisemik yang rendah membantu mengawal nafsu makan, memperlambat munculnya rasa lapar sehingga dapat membantu mengawal berat badan pesakit.

buktinya, puan mizan sering mengalami rasa lapar ketika dimalam hari setelah penat melalui hari yang penat disiang hari - bekerja dan jarak yang jauh dari rumah ke tempat kerja... beliau yang sedang hamil anak pertama dan baru 15 minggu mengakui bahawa pengambilan ESP dapat membantu mengekalkan rasa kenyangnya diwaktu malam.. ada ketikanya beliau cuma ingin sesuatu untuk mengalas perut tapi tidak berat.. jadi, beliau bancuh susu dengan ESP.. dan beliau boleh tidur dengan lena dalam kekenyangan... kandungan kenyang, ibu pun senang..

nak alami nya? pantas dail dan order: 019-7344405

Tuesday, October 6, 2015

signal badan


korang tau tak?

jika kita sakit, badan kita memberi signal bahawa badan kita kekurangan nutrisi dan mineral..
jadi, bila kita sakit, silalah mencari penawarnya..

pastikan ianya selamat, berkesan dan mesra alam lagi halal :)

kenapa kaitkan dengan vitalea shaklee? kerana kandungan vitalea shaklee ini memenuhi keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh orang dewasa..

ingat! tanpa pengawet, tanpa pemanis dan tanpa perisa/pewarna tiruan.

order segera!!
019.7344405 (sebut 'hadiah menarik blog' bila buat order nanti ye :) sementara stok masih ada..)

Monday, September 28, 2015

Set Pakej YES Shaklee [Pre Natal]

Korang tau tak?

Promosi YES shaklee masih berlangsung.. Pek Yes Shaklee ni banyak pakej. Antaranya Set Pre Natal (supplemen ketika kehamilan) dan Post Natal (supplemen untuk berpantang)

Ada lagi.. Pakej Lovely Young.. yang tu ada dua botol Vivix Shaklee dalam satu set.. hehe.. kekal muda.. sel yang muda.. bila sel muda.. faham2 la.. asasnya dah muda,kan? ;)

Dan lagi satu jenis untuk mereka yang nak Fit atau Kurus dengan Sihat ..

Yang nak cerita ni ialah set Pre Natal..

Dalam set ni ada ESP shaklee, Omegaguard shaklee, Vita-c Shaklee, B-complex shaklee, Ostematrix Shaklee dan tak lupa, Vitalea Shaklee.. mampu milik semua tu..

Kenapa Shaklee letakkan produk ini sebagai pakej dalam set kehamilan (pre natal)?

Untuk memastikan ibu bertenaga, mengelakkan morning sickness, pembentukan janin dan otak bayi yang sihat dan cerdas, pembinaan tulang yang mantap serta memastikan kesihatan ibu dan bayi sentiasa di tahap yang optimum..!

Cara makan yang betul juga penting.. Jadi, silalah order dan buat temujanji konsultan dengan:

Umi-Jue : 0197344405

Sunday, September 27, 2015

Rahsia Vitalea yang korang tak tau

Bagi peminat dan pengguna vitamin Shaklee, pasti takkan tak tau dengan Vitalea.. Vitalea adalah multivitamin.. Korang perasan tak pil vitalea yang besar godang tu berwarna hijau pekat,kan?


Tapi cuba korang korbankan sebiji buat eksperimen. Letak dalam segelas air..


Tidak sampai 5 minit ia akan larut! dan air larutan tersebut tak bertukar hijau walaupun pil tu kaler hijau! Sebaliknya... air jernih itu bertukar dengan sarat dengan warna asli larutan mineral dan vitamin didalamnya..


Haa... korban lagi sebiji.. patah dua.. (rujuk keratan rentas vitalea).. lihat biji2 putih kecil.. itu ialah bijian kanji yang apabila terlarut di dalam air, ia akan pecah dan membebaskan nutrisi yang 'terikat' dalamnya,,

 
keratan rentas Vitalea

 
Fakta Menarik:



🚀Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (100 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.

🚀Vitalea dihasilkan melalui teknologi eksplosif yang kompleks disebut explore tab. Explo-Tab ialah teknologi yang membolehkan vitalea kekal sementara waktu di dalam sistem pencernaan, dan kemudian dengan cepat ia akan “meledak” untuk membebaskan nutrisi di dalamnya. (pendek kata, penyerapan segera)

🚀Disokong oleh 7 kajian klinikal.Ujian klinikal telah membuktikan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%

🚀Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

🚀Memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.


Sekali dah pilih Vitalea, selamanya takkan berpaling.Multivitamin, multimineral terhebat.