My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com
Showing posts with label Mealshakes Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Mealshakes Shaklee. Show all posts

Tuesday, September 22, 2015

Mealshakes untuk warga Emas

Nenek seorang yg susah nak minum susu .. memang xleh dgr perkataan susu , kata mak..

Dengan menggunakan pendekatan tertentu pada mula2 dulu, akhirnya nenek boleh terima utk cuba rasa.. dan sejak detik itu kau membuka pintu kamar dihatiku.. cinta yg terdampar satu tika dulu.. bersinar kembali.. . Kiki.. 

Sejak itu nenek mula ambil tanpa culas.. tugas sponsor mealshakes akhirnya diteruskan oleh mak, seterusnya bibik .. dan disokong oleh makcik2 lain.

Alhamdulillah .. bermula dgn kisah nenek tua di pedalaman sabah/ sarawak (sy xigat. kisah ni dr nutritionist) .. masa mula2 mereka jumpa nenek tua tu sgt xbermaya dan xlarat.. mereka berikan nenek itu mealshakes .. dan bila dibawa semula ke rumah nenek tua tu, mereka nampak nenek peluk je tong tu.. .

'Inilah nyawa makcik.. .' Dia nampak sihat dan lebih bertenaga ceria.. 

Alhamdulillah .. segalanya milik Allah.. apa yg kita usahakan xkan berhasil melainkan Allah izinkan dan Allah yg berikan.. 

Dan kini .. saya nampak depan mata saya sendiri.. dan ia sesuatu yg membahagiakan.. .

Monday, August 10, 2015

7 sebab Mealshakes!!



7 sebab Mealshakes penting untuk anak anda...!

.1. Mengandungi  kalsium, magnesium, asid folik, dan biotin untuk bina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.

.2. Kaya Protein yang membantu menyihatkan sel-sel.

.3. Mengandungi lengkap Vitamin B-Complex, zat besi untuk membentuk sel darah merah yang sihat.

.4. Mengandungi Vitamin A, C, E, Zinc dan selenium sebagai anti-oksidan.

.5. Kaya dengan serat larut yang membantu lemak berlebihan daripada perut dan kolon.

.6. Minuman berperisa multivitamin berperasa vanilla yang lengkap, tanpa pewarna dan gula tiruan.

.7. Lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral.

Monday, June 16, 2014

Mealshakes

Prebiotik dalam Meal Shakes


"Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu "Manna" dan "salwa". Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu. Dan tidaklah mereka menganiayai Kami, akan tetapi merekalah yang telah menganiayai diri mereka sendiri" - Surah Al-Baqarah ayat 57

Manna merupakan hanya satu bentuk Fibre 100% serat yang terlarut di dunia. Ia merupakan sebahagian dari tumbuhan yang tidak mengandungi kalori, vitamin atau mineral tetapi ia sangat membantu menghilangkan bahan buangan berbahaya dari badan.

Info menarik:
Epal telah diwar-warkan mempunyai serat pemakanan terlarut tertinggi dikalangan semua tumbuhan semulajadi, tetapi kajian telah membuktikan dengan kuantiti berat yang sama, didapati:
Epal – 2.3% serat terlarut
Manna – 86.6% serat terlarut.

100g susu lembu segar mempunyai 125mg Kalsium
100g Manna mempunyai 1117mg Kalsium.

* Di mana susu lembu segar MEMPUNYAI lemak dan kolestrol serta TIADA serat terlarut.
Manna (Buah penghidupan) MEMPUNYAI serat terlarut yang tinggi serta TIADA kolestrol dan lemak.

Banyak kajian saintifik keatas Manna mendapati ia sangat berkesan digunakan sebagai Prebiotik.
Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Manna dengan Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal keatas manusia yang diberi Manna 10gm sehari dan Inulin 10gm selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Manna berbanding Inulin. Ini bermakna Mannaadalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.


Kredit Info: Julia Idris 

Prebiotik : adalah sumber makanan bagi merangsang pembiakan bakteria baik di dalam sistem pencernaan rendah yang memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan manusia yang dikenali sebagai Probiotik.

Probiotik : adalah bakteria baik yang hidup di dalam usus besar sejak manusia dilahirkan. Probiotik adalah penting dalam menjamin kesihatan tubuh bagi tujuan, merangsang sistem imun, menyah sisa makanan yang tidak boleh dihadam, menyah toksin dalam badan, menyingkir lebihan lemak dan menghalang pertumbuhan bakteria jahat. Dengan itu probiotik dapat menghalang tubuh daripada penyakit berbahaya seperti kanser, kegagalan buah pinggang, kencing manis, jantung dan lain - lain.
Kelebihan mengambil Prebiotik daripada Probiotik 
 Prebiotik Vs Probiotik


Kredit sumber: Ummu Ainan

Badan sihat. Otak cerdas.

Bolehlah dapatkan stok mealshakes untuk anak anda sekarang! Untuk mak ke ayah budak pun boleh. Tolong kurangkan sembelit. 


Harga RM113.75. 

Hubungi : Umi Jue 0197344405

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Kareem.. :)

Sempena bulan Ramadhan ni, saya ada harga istimewa beserta promosi istimewa untuk anda.. Dengan pembelian set terbaik untuk mengekalkan kesihatan, tenaga dan keperluan harian tubuh anda anda akan dapat set lagi untuk antibodi anda juga.. menarik, bukan ? :)

Bertenagalah dalam bulan Ramadhan, kerana bulan ini rugi jika kita biarkan masa sebegitu sahaja tanpa melakukan perkara-perkara berfaedah untuk diri, masyarakat, agama dan negara.. Siapa pun kita, kita mampu memberi khidmat & mendapat ganjaran dari Allah..
Bangun.. bangun.. kekal aktif!

Gambar yang dipaparkan hanya menunjukkan harga runcit. PM untuk ketahui harga + promosi untuk bulan ni :)



ESP + Mealshakes + Performance Drink
Performance Drink + Mealshakes
Performance Drink + ESP

Friday, June 28, 2013

Sarapan Berkhasiat untuk Otak Cerdas dan Ligat

Pencapaian Persekolahan

Kajian bagi korelasi di antara sarapan pagi dan pencapaian di sekolah menunjukkan "kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi sebelum ke sekolah mendapat keputusan yang lebih baik di dalam mata pelajaran matematik dan cepat membaca serta mempunyai daya tumpuan lebih lama dan bersikap lebih sopan".

Sarapan dengan Meal Shakes setiap pagi 
Bagaimanakah pengambilan sarapan pagi memberi kesan kepada pencapaian kanak-kanak di sekolah secara keseluruhannya?

• memberikan tenaga yang diperlukan untuk memulakan persekolahan.

• menghilangkan simptom rasa lapar seperti sakit kepala, lesu, mengantuk dan longlai.

• membantu mereka untuk berfikir lebih cepat apabila membuat kerja-kerja sekolah dan bertindak atau menjawab pertanyaan yang diutarakan guru dengan lebih cepat.

• meningkatkan pencapaian berfikir.

• menghindarkan perasaan panas baran dan cepat marah.

• membantu mereka untuk tidak "berkhayal" semasa di dalam kelas.

• membuatkan mereka lebih tenang dan kurang menggelabah.


Berminat?
Hubungi :
019-7344405 (ju/umi)
& nikmati konsultasi eksklusif HANYA untuk CUSTOMER saya .. :)

Friday, June 7, 2013

Mealshakes untuk kanak-kanak, dewasa, orang tua :)



Bulan Jun '13 adalah bulan promosi Mealshakes.. dan ia dinanti-nantikan oleh para ibu dan para anak. Mengapa?

Kerana Mealshakes termasuk dalam Set kanak-kanak Shaklee. Malah, Mealshakes turut boleh diberi kepada semua golongan umur. Jom, kita kenali lagi apa itu Mealshakes.

Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk keperluan harian. 

Ia diperbuat daripada bahan semulajadi ; buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap oleh tubuh dari peringkat bayi (selepas 1 tahun) hinggalah ke peringkat dewasa. Meal Shakes mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

MANFAAT UTAMA


  • Nutrisi lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh. Ia turut mengandungi lechitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
  • Kaya protein - kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dan lain-lain anggota dalaman yang terbina daripada sel.
  • Membantu tumbesaran - mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk membesar.
  • Antioksida - memgandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan agen antioksida yang bertindak melawan jangkitan, radikal bebas dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengembalikan seri wajah - mengandungi Vitamin B yang lengkap , zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi kulit yang lebih sihat.
  • Detoksifikasi - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan daripada perut dan usus.
SIAPAKAH YANG PERLU MENGAMBIL MEALSHAKES

Sebenarnya, sesiapa sahaja boleh mengambil MealShakes kerana MealShakes bukanlah ubat tetapi ianya makanan tambahan dalam bentuk susu yang lengkap dengan khasiat, dan rasanya vanilanya juga lazat. Namun demikian, individu-individu di bawah ini disarankan untuk mengambil MealShakes untuk kesihatan yang lebih optimum.

  • Kanak-kanak yang kurang berat badan, memilih makan atau tidak mahu makan makanan berkhasiat.
  • Kanak-kanak yang mudah diserang jangkitan seperti demam, selesema dan batuk.
  • Kanak-kanak yang tidak fokus dalam aktiviti pembelajaran (disarankan ambil Set Kanak-kanak).
  • Kanak-kanak yang mengalami masalah penghadaman dan sembelit.
  • Kanak-kanak yang menghidap asthma dan alergi (disarankan ambil Set Kanak-kanak).
  • Kanak-kanak yang baru belajar berpuasa
  • Ibu mengandung yang mengalami morningsickness atau tidak lalu makan.
  • Ibu mengandung dan menyusu yang berpuasa.
  • Orang dewasa yang tidak sempat bersarapan dengan makanan berkhasiat.
  • Orang dewasa yang mengalami masalah kurang berat badan (disarankan ambil bersama Vita-lea dan B-Complex)
  • Orang dewasa yang melakukan kerja-kerja berat, tidak memenuhi jadual makan yang betul atau terlalu sibuk (disarankan ambil Set Mighty 3 Gems -MealShakes, ESP dan Performance Drink)
  • Orang dewasa yang baru pulih daripada sakit (Set Mighty 3 Gems)
  • Orang tua yang uzur, sakit, susah mengunyah dan tiada selera makan
Nota: MealShakes hanyalah makanan tambahan. Pastikan anak anda makan makanan berat sekurang-kurangnya 3kali sehari dan barulah ditambah dengan memberi mereka MealShakes. MealShakes tidak berperanan menggantikan semua hidangan makanan dalam diet harian anda.

SEDAPKAH MEALSHAKES?

Itulah persoalan pertama yang saya fikirkan masa pertama kali nak order MealShakes dulu. Saya pun bertanya pada kawan-kawan yang telah pun mencuba MealShakes pada anak-anak mereka. Semuanya memberikan feedback yang sangat positif. Ada anak yang tak suka makan, sudah tidak memilih makan, ada yang kerap sakit sejak dihantar ke nursery pun sudah jarang sakit, yang sembelit pun dah ok, dan mereka semua kata MealShakes sedaaaaap sangat.

Sememangnya MealShakes sangat sedap. Aroma vanilanya sangat memikat. Walaupun tujuan beli MealShakes untuk Sofiy, tapi saya pun tumpang juga sesudu dua..masuk dalam ESP atau Cinch Shake saya.Kadang-kadang masuk dalam air Chocolate juga.hihi.

Bagi kanak-kanak, anda boleh bancuh MealShakes ke dalam susu mereka (yang tidak panas), suam-suam ok..kerana tidak mahu khasiat MealShakes musnah. Rugilah nanti. Boleh juga ditambah ke dalam jus atau minuman lain, ikut citarasa anak anda. Ada juga ibu-ibu yang rajin, buat ais krim MealShakes. Bertuah anak mereka!

Tuesday, June 4, 2013

Mealshakes Shaklee

"Shaklee.." "Shaklee..".. haha.. sampai afnan pun dah fasih dan suka2 dia je nak sebut bila2.. nak2 bila sebutan dia ada kaitan dengan perkataan ni, mesti dia kaitkan.. hoho..

Okey straight to the point.. Suka sangat bulan ni promo mealshakes.. haha.. memang dah tunggu2 nak merestok dan membuat stok untuk diri sendiri & family :)

Sebagai ibu yang sibuk a.k.a bab2 makan agak berkira, ia membantu saya untuk menaikkan berat badan.. bagi yang ingin menurunkan berat badan, ia berfungsi mengenyangkan dan menahan rasa kenyang dengan lebih lama..

Sebagai ibu, saya suka melihat perubahan anak yang semakin berselera untuk makan dan, antibodinya makin kuat.. kalau tak, sebelum ni selalu demam-demam.. tak pun selalu ulser.. dan biasanya ambil masa 4-5hari untuk sembuh.. malah lebih dari tu.. sampaikan beli ubat sampai berbotol-botol.. yg xsyoknya, antibodi dan ubat-ubat tu bukannya dia nak makan sangat pun..huhu.. Sekarang ni bila dah masuk taska yang menghimpunkan ramai budak, makin risau..

Alhamdulillah, bila ambil mealshakes Shaklee, sakit tak lama, tempoh sakit ke sakit seterusnya pun semakin panjang.. kawan-kawan lain ada yang selsema / kurang sihat.. tapi syukur, anak tak terus berjangkit (sehingga saat menulis, belum lagi dia jangkit kawan yang ada sakit mudah jangkit)

Yang lagi bestnya, cara nak sediakan pun mudah.. Pagi tadi sahur ESP + Mealshakes je .. kurma tiada stok..huhu.. alhamdulillah, walau letih, tap masih ada tenaga :) masih lagi round-round, turun naik tangga dan angkat-angkat fail menimbun...

Okla.. jemput jadi pelanggan saya dan saya akan cuba berikan khidmat nasihat terbaik :)

Kadangkala, pemilihan distributor pun penting, agar hak anda terjamin ^_^

Saya pengedar sah Shaklee. Anda boleh dapatkan produk Shaklee melalui COD dan penghantaran melalui poslaju juga dibuat di seluruh Malaysia
Shaklee ID 910246
019-7344405

Friday, May 10, 2013

Meal Shakes


Meal Shakes

Meal Shakes
Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

Hubungi saya untuk keterangan produk & cara pemakanan:
Mama afnan
Shaklee ID 910246
019-7344405 (ju)
page fb: Hidup biar sedap amalan biar mantap like :)