My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com
Showing posts with label Ostematrix Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix Shaklee. Show all posts

Saturday, March 12, 2016

Lawatan Ke Rumah

waaaahhh.. misi nak lawat rumah..?

anda hamil ke? hehe.. kebiasaannya sepanjang kehamilan, ada beberapa klinik kesihatan akan menyediakan perkhidmatan melawat ke rumah.. alhamdulillah, tempat kami ni dibawah selia klinik kesihatan bandar penawar.. memang mereka akan datang lawat ke rumah..

ingat lagi masa pertama kali misi kata nak datang rumah.. hehe. biasalah.. bila xtau atau xnampak, risau nya tah macam apa je...

masa first aritu mereka dah gitau awal2.. oklah.. blh la get ready.. tapi tu pun memang cuak.. yela.. tak tau apa yang mereka akan lakukan...

semalam kali kedua mereka datang ke rumah.. kalini tak inform awal2.. hehe.. nasib baik ada dirumah.. tapi terkejut la.. mandi belum lagi..walapun dah jam 11...ngeee... maklumlah..time ni la nak kemas2.. buat keje dapur.. nak uruskan baju...

okla.. apa yang jururawat lakukan ketika Lawatan Rumah?

  1. ujian air kencing. kalau di bandar penawar, ibu hamil dah dibekalkan siap2 tabung air kencing.. tabung ini akan digunakan tiap kali ada lawatan klinik.. maka bila di rumah, kita akan gunakan juga tabung.. jururawat akan guna strip untuk kehamilan dan juga kesan protein / gula dalam air kencing..
  2. cek perut.. ketinggian rahim
  3. cek tekanan darah ..
setakat ni tu je la yang dia cek.. dan sambil tu boleh la kita tanya macam2 berkenaan kehamilan..

..........................
semalam saya di cek bahagian perut.. dan misi dengar jantung anak..kandungan berusia hampir 28minggu..(lagi 5hari g cek bulanan)

misi kata ' ok... nanti kita akan ajar cara kiraan gerakan baby'
saya 'yela kak.. baby ni kuat sangat geraknya..'
misi 'yela.. saya dengar jantung dia...kuat!'

hehe..alhamdulillah...
kadang2 terfikir nak jarakkan makan ostematrix.. hehe.. risau baby kuat sangat..~.~

saya perasan, anak2 yang ibunya rajin ambil ostematrix sepanjang kehamilan, nampak anaknya teguh tulangnya.. kepala laju je angkat..

apa-pun moga apa yang kita buat harapnya Allah berikan yang terbaik.. 

Monday, September 28, 2015

Set Pakej YES Shaklee [Pre Natal]

Korang tau tak?

Promosi YES shaklee masih berlangsung.. Pek Yes Shaklee ni banyak pakej. Antaranya Set Pre Natal (supplemen ketika kehamilan) dan Post Natal (supplemen untuk berpantang)

Ada lagi.. Pakej Lovely Young.. yang tu ada dua botol Vivix Shaklee dalam satu set.. hehe.. kekal muda.. sel yang muda.. bila sel muda.. faham2 la.. asasnya dah muda,kan? ;)

Dan lagi satu jenis untuk mereka yang nak Fit atau Kurus dengan Sihat ..

Yang nak cerita ni ialah set Pre Natal..

Dalam set ni ada ESP shaklee, Omegaguard shaklee, Vita-c Shaklee, B-complex shaklee, Ostematrix Shaklee dan tak lupa, Vitalea Shaklee.. mampu milik semua tu..

Kenapa Shaklee letakkan produk ini sebagai pakej dalam set kehamilan (pre natal)?

Untuk memastikan ibu bertenaga, mengelakkan morning sickness, pembentukan janin dan otak bayi yang sihat dan cerdas, pembinaan tulang yang mantap serta memastikan kesihatan ibu dan bayi sentiasa di tahap yang optimum..!

Cara makan yang betul juga penting.. Jadi, silalah order dan buat temujanji konsultan dengan:

Umi-Jue : 0197344405

Thursday, September 3, 2015

Nutrisi kehamilan dan penyusuan susu ibu yang sihat

Assalamualaikum.. selamat sejahtera gojes gojes dan gagah gagah semua...


Nutrisi yang cukup dan baik memainkan peranan penting dalam proses kehamilan dan bayi yang bakal lahir.. Dalam tempoh kehamilan dan penyusuan susu ibu, tubuh memerlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan bayi dan juga ibu. Di sini terdapat beberapa nutrisi penting yang diperlukan bagi menyokong kehamilan dan penyusuan susu ibu yang sihat.

Protein - diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelasnya, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.
Asid Folik - pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.
Kalsium - kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.
Asid Lemak Omega-3 - juga dikenali sebagai DHA yang diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi. Ikan laut dalam(Coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri, kayan dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada 2 bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, suplemen ultra-tulen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya.


Berikut merupakan Cadangan pengambilan suplemen Shaklee utk nutrisi kehamilan dan penyusuan Susu Ibu yg sihat
ESP- rendah lemak, bukan GMO dan protein biologi lengkap yang mengandungi kesemua sembilan asid amino penting. 

Ostematrix
- Lengkap serta suplemen kalsium yang terbukti secara saintifik mempunyai penyerapan yang lebih baik dan tablet yang mudah ditelan.

B Complex - Memberikan kesemua khasiat 8 vitamin B dengan sistem penyerapan bioaktif yang membantu penyerapan dan bioketersediaan asid folik.

Omega Guard - Menawarkan spektrum penuh asid lemak omega-3 bergred tinggi yang selamat di makan. Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.[sumber Shaklee Today]

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





Friday, January 23, 2015

Pengalaman hampir demam..

Alhamdulillah..
Allah telah banyak beri nikmat pada kita.. setiap saat.. setiap waktu.. apakah tiada ruang untuk kita mengucapkan lafaz syukur pada Allah..? apakah tiada kesempatan untuk kita lakukan sesuatu yang menunjukkan betapa kita mensyukuri nikmat Allah...?

Bagaimana untuk tunjukkan kita begitu mensyukuriNya..? Dari segi amal wajib kita, perintah Allah kita cantikkan lagi.., perbanyakkan amalan sunat.. dan banyak lagi... wallahualam...

Semoga kita sentiasa berada dalam golongan yang sentiasa syukur atas nikmat pemberian Allah..

Bukan sihat sahaja nikmat.. gembira dan bahagia sahaja yang nikmat.. malah sedih, derita, kecewa dan sakit juga merupakan suatu nikmat yang sukar diungkaikan.. hanya yang alim dan faqih yang bisa merungkainya.. 

Cerita Isnin 19.1.2015

Dan setelah lama saya diberi oleh Allah nikmat sihat.. tanggal isnin yang lalu (19.1.2015), selesai sahaja pencerapan yang pertama, saya mula rasa tak sedap badan.. jadi petang balik tu saya telan dua biji vitamin c. ahaks, perit sikit tekak sebab utk vita c ni tak pernah lagi makan dua biji serentak.. (ostematrix 4biji sekali ngap xde lak rasa gitu.. ngade2!) ... malam tu betul sangkaan saya.. hidung mula berair2.. cuma tak berapa laju mungkin saya ikhtiar awal2 mencegah dari melarat..

Cerita Selasa 20.1.2015

Pagi bangun itu saya sangat ok.. hidung bagai segar semula.. haha.. rasa damai je bernafas. alhamdulillah.. tapi saya masih lagi ambil vita c dan ditambah ostematrix.. sebab saya perasan rasa badan ni dah lain macam...

Bila start nak tengahari, datang balik dah.. hidung kembali berair.. sok sek sok sek la saya cerap kali kedua petang tu.. tapi syukur, tak terasa langsung gangguan dari keberairan itu..

Petang tu taekwando.. konon2 pergila juga.. nanti buat sikit2 je..

HAHAHAHA... bila cerita kat adik, dia awal2 lagi dah gitau.. 'eleh.... yeye je kakmi tuuu...'

Kenapa dia kata gitu...? haha.. saya dengan bersemangatnya buat dengan sungguh2 sampai ke sudah.. cuma bila setiap slot tu, terasalah dada ni panas.. alhamdulillah.. saya lepas tengahari tu kulum vitalea for kids dan chew c.. sedap banget.. agknya tekak ni kembang bila selsema.. so dia rasa loya pula...

ok... malam tu saya ambil excuse kelas mengaji.. agk kurang sedap dah badannya.. macam nak demam sebab sengal2 sikit.. malam ambil ostematrix...

Cerita Rabu 21.1.2015

Oh... pagi ini terasa macam nak MC je.. nak rehatkan badan.. dia bukanlah pening ke.. panas ke.. tapi rasa letih... tapi pagi ini kena buka kelas.. kesian pula student.. jadi, tekak yang rasa loya ni saya pun makanlah lagi vitalea afnan.. kiki.. ditambah dgn chew c.. kikiki lagi... sedapnya....

Ada dua pilihan.. nak makan asam atau vitalea lepas lunch tu... tapi iman kuat sikitla.. amik vitalea je.. yg asam tu hold dulu.. hehe.. time tu tekak kembang lagi.. masuk kerja macam biasa.. dapatlah buat beberapa kerja yang perlu disettlekan.. alhamdulillah...


Balik tu dah tak berapa nak larat masak... namun, alhamdulillah.. kelas malam tu seperti biasa.. afnan gi taekwando, mama buat kelas..

Dalam pada larat tak larat, dapur kena sentuh, rumah kena sentuh gak.. luar pun kena sentuh jugak2... apatah lagi suami dan anak.. ngee....

Cerita Khamis 22.1.2015
pagi itu seperti biasa hantar afnan pergi sekolah.. tapi pagi tu kepala masih laagi pusing... boleh pula masa nak keluarkan keta (reverse keta) boleh nak langgar tiang porch.. pastu bila dah keluar, baru perasan ada keta kat belakang ekor.. risau pula masa reverse tu memang xperasan langsung keta jiran tu... oh..Harini kena amik MC... supaya badan boleh rehat..  

petang tu alhamdulillah, boleh temankan suami pergi ambil barang ikan.. itulah.. macam dikata dari awal.. tak demam.. tapi kepala pusing.. tak berapa nak larat... tapi larat lagi.. haha.. pelik betul kalini! badan pun confuse.. ni nak rehat ke tak nak nih!

malamnya on the way pulang, suami pula rasa tingtong.. tapi dia still drive sampai tol PG kot.. pastu dia stop tepi.. ngantuk katanya.. cewah, dengan machonya saya offer nak tolong drive.. saat awal2 tu steady je... tapi bila separuh jalan kepala jadi dah semulaaa.... lepas je dari tol penawar, saya pula berhenti tepi.. konon nak tidur jugak kejap.. tapi suami dah terjaga dulu dan tukar semula posisi >.< aiyoo.. berangan tinggi sungguh!

Sampai umah, terus makan ubat selesema (baru nak amik!.ehehe).. terus tidur... sampailah paginya...

Cerita Harini 23.1.2015

Alhamdulillah.. Allah masih panjangkan umurku.. moga keberkatan penghulu hari ini kan mengalir juga dalam kehidupanku...

Pagi ini bangun dah tiada running nose.. cuma ada sisa mukus sikit.. tapi kepala still tak larat... bangun nak buat kerja tak dapat nak lama2... sampai ke jam 11 lebih pun xmasak sarap lagi!... alhamdulillah.. lepas dengar youtobe lagu2 kegemaran, saya kembali bertenaga (walau sebentar) sempatla ready utk makan nanti...

Tengaahari bersemangat nak hantar afnan gi masjid.. jalan pergi tu memang semangat.. tak de rasa apa pun.. sihat semacam je...

Haha.. balik tu, jeng jeng.. kepala dah mula rasa berat balik.. dahlah ramai muslim yang beriman lalu lalang.. mujurlah selamat sampai ke rumah.. okla.. sampai sini dulu.. harini belum ambil apa2 supplement lagi... eh.. ambil omegaguard sebelum tengahari tadi.. ikhtiar nak cairkan kahak.. alhamdulillah, dada sikit lapang..

Baiklah..semoga Allah sembuhkan kami.. semoga sakit-sakit ini adalah satu cara Allah nak hapuskan dosa-dosa kami.. kami memang sering leka.. mudah lemah bila diuji.. sakit sikit, itulah alasan nak excuse dari tunaikan amanah Allah.. Allah.. hinanya kami dimataMu.. ampunkan kami....maafkan atas kelalaian kami...

Monday, March 31, 2014

Supplemen Darah Tinggi

balik dari jumpa customer merangkap jiran lama di ‪#‎feldasening‬..
baru lahirkan anak.. dah 3 bulan.. tapi ada darah tinggi pada kehamilannya kalini.. doc beri ubat untuk sakit darah tinggi.. tapi dia dan baby tak tahan.. anaknya selalu tidur.. dia pula alami sakit kepala yang serius.. dia jadi risau..
time dua hari sebelum abis pantang, dia ambil set sesuai untuk berpantang. vitalea, vita-c, bcomplex, zinc, omega(jarang2).. jadi anaknya memang tgk bersemangat. dah pandai nak ngiring.. dah nak sebut bu... ala.. lupa nak ambil gambar baby!!!comel sangat!!
tapi tula.. dia risau..babynya selalu sangat tidur.. dia ibu yang bijak.. dia puas cari supplemen yang lebih sesuai (dia ni memang jenis supplemen tegar.. macam2 supplemen dia ambil) dia cuba elakkan pengambilan ubat yang nampaknya memberi kesan terhadap anaknya..
so dia call.. (dia dah kaji mana produk shaklee yang sesuai utk dia)..
semoga niat nya utk kesihatan diri dan keselamatan baby terlaksana..
All the best, kak! (kalau akak ada baca ni..  )
"akak dah cuba macam2 mi.. p.. ste... lain2.. kesannya sekejap je.. walaupun selepas tu akak masih ambil, tapi tetap tiada kesan.. jadi, akak harap, yg ni blh bantu masalah akak.."
"tapi akak memang rasa bezanya berpantang dgn shaklee.. rasa sedap je badan.. xletih.. cuma cepat lapar je.."
"uhuk2.. tula kak.. umi teringin nak berpantang dengan shaklee ni......."
hehe.. doakan ye.. sy tahu berkat doa kalian, pasti akan tercapai jua.. tq~~!
-coq10 health
-garlic
-ostematrix
019-73 444 05
ID: 910246

Pengedar sah shaklee anda sekitar Bandar Penawar dan Felda-felda Berdekatan


Thursday, May 23, 2013

Set berpantang Shaklee

Set berpantang




1) ESP Protein - fungsi, sihatkan sel.. Bentuk semula sel baru.. Kurangkan water retention (sesuai untuk ibu berpantang nak shape up semula badan, dan bantu pudarkan stretch mark, badan ibu tak letih, bertenaga, milk booster)



2) Vita-Lea with iron - sumber multivitamin dan multimineral bekalkan nutrisi kepada ibu terutama zat besi sebab ibu bersalin banyak hilang zat besi dan susu ibu kaya zat besi, jadi pengambilan Vita-Lea percepat ibu tambah darah semula. Menyumbang penghasilan susu



3) B-Complex- vitamin tenaga tukarkan makanan kepada tenaga dan vitamin morale, anti-stress baik untuk ibu bersalin sebab mood bila berpantang memang swing.. B-Complex release stress bagi ibu relax dan sedikit sebanyak boleh tingkatkan hasil susu



4) Chew vitamin C - pertingkat imun, percepat luka sembuh



5) Zinc - percepat luka bersalin sembuh (biasa tempoh baik luka lebih cepat berbanding orang yang tak ambil zinc)



6) ostematrix - kalsium with magnesium (bekalkan kalsium untuk tulang dan gigi dan elakkan sembelit sepanjang berpantang)

Susu ibu mengandungi 40% jumlah kalsium. Pengambilan ostematrix menggalakkan pengeluaran susu ibu. 



7) Alfalfa(ambil selepas anak bebas daripada jaundice) - milk booster+ perapat(bertindak seperti kacip fatimah), percepat rahim naik semula. 


Apa kata mereka yang mencubanya:

-Anna Eddy-
'Saya baru bersalin anak ke-3... Seorang Princess yg sgt adorable..... Teringin nak berkongsi testimoni saya selepas merasai perbezaan pengalaman hamil tanpa vitamin shaklee utk 2 anak saya sebelum ini dan selepas hamil anak ke-3 dgn vitamin shaklee utk kehamilan..

Spjg preggy saya ambil vitalea, vit C, B Complex, Omega Guard dan Ostematrix since saya mmg x suka minum susu... Saya lebih bertenaga, tiada rasa loya, lebih cergas dan kulit saya semakin cantik tanpa pigmentation. Sampai la kesaat melahirkan.. Saya masih rasa sihat dan bertenaga.. Sehinggakan proses bersalin kali ni... sgt mudah dan cepat... Kalau sebelum ni, selepas keluar tanda..sakit kontraksi memakan masa 2 hari dgn bukaan serviks baru 2cm.. Tapi kali ini.. Sakit kontraksi berlaku sgt sekejap.. Sejurus smpai ke hospital.. Doc cek bukaan serviks dah 7cm.. Diusung terus ke Labour Room.. Sedang nurse & Doc buat persiapan utk sambut baby.. Saya terus saya nk meneran.. Doc cuba cek bukaan serviks.. Mmg dh 10cm.. Dgn 2X push je.. Sy selamat melahirkan baby girl yg sgt comel.. kulit baby sgt halus mulus... putih merah.. Doc pun puji.. uri cantik, luka perinium sgt minimal dan proses jahitan sgt mudah... 

Baby pun sgt baik....disbbkan susu badan saya dh mula mengalir sejurus melahirkan... baby terus tido kekenyangan...' 


      Inilah babynya.. Sangat comel
credit 

Saya pengedar sah Shaklee. Anda boleh dapatkan produk Shaklee melalui COD dan penghantaran melalui poslaju dan Gdex juga dibuat di seluruh Malaysia
Shaklee ID 910246
019-7344405
atau like :) 

Sunday, May 19, 2013

Cara Menaikkan Hemoglobin

Jom teruskan membaca tips dari UA, my Shaklee's mom..hehe..

Hari tu saya ada buat check up dekat klinik nurse ajar satu-satu cara makan dan bagaimana ambil suplemen supaya tak mengganggu penyerapan iron..

Nurse cakap, cara makan silap sikit je Hemoglobin boleh tergelincir.. Walau banyak mana kandungan iron yang diambil.. Semalam ada yang pm saya, 'macam mana nak buat HB turun sampai kena bebel dengan doktor'.. 

Satu je saya tanya sekarang dia makan
apa .. 'Jawapannya iron tablet'.. 
Kalau Iron tablet yang tinggi dosnyapun dia cakap tak boleh naikkan HB terus terang saya kata dia takkan mampu naikkan HB dengan suplemen lain.. Jadi saya tak suggest apa-apa.. Teruskan apa yang dia makan je.. Dan minta consult doktor cara makan yang betul.. 

Ok berbalik kepada cerita saya, nurse
pesan

1) Lepas minum susu JANGAN breakfast HEAVY MEAL.. Memadai makan ringan sepotong kuih.. Haaaa kenapa??? Sebab dalam makanan berat kita kemungkinan ada iron dan kalsium mengganggu penyerapan. Jadi kalau nak makan juga, selepas beberapa jam minum susu.. 

2) Semasa lunch atau ambil makanan berat elakkan makan sebarang makanan berasaskan kalsium.. Elakkan susu, soya dan apa-apa kalsium lain.. 

3) Ambil suplemen with iron (Saya makan vita-Lea with Iron) selang sekurang-kurangnya 1 jam selepas makan dan diambil bersama-sama jus atau vitamin C (saya ambil chew vita-C) barulah iron tu dapat diserap baik.. Kemudian rehatkan perut.. Jangan makan apa-apa lagi bagi semuanya diserap...

4) Elakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi sambil lunch atau ketika ambil makanan berat kerana ia boleh menghalang penyerapan nutrien. 

Saya ambil Vita-Lea with iron 2 kali
Iaitu sebiji setiap kali ambil..
Buat macam apa yang nurse ajar di atas.. 

Sesekali best juga dapat taklimat free daripada nurse..

Haaaa kalau sembelit, saya ada caranya nak atasi.. 

Suplemen sepanjang saya mengandung; 
 
Chewable Vita-C 100mg saya ambil beberapa kali sehari.. Biasa 3 biji.. 
 
ESP saya minum bersama-sama Cinch Chocolate awal pagi sebagai alas perut. 


Vita-Lea dan B-Complex pelengkap asid folik dan iron untuk ibu mengandung

 
Ostematrix sebagai sumber kalsium yang lengkap dengan Magnesium, Vitamin D dan pelbagai jenis mineral supaya dapat mengelakkan cramp, menggalakkan ritma jantung yang stabil, mengekalkan tekanan darah normal dan yang paling best melembutkan najis.. 

 
Cinch Shake Mix ni saya ambil pada
asalnya untuk kesan kenyang sebab 2nd trimester comel je berat naik sampai berkilo-kilo sebulan dan buat MGTT sampai 2 kali sebab takut Diabetes.. Tapi alhamdulillah darah normal.. 
Jadi sebelum saya dapat Diabetes yang betul-betul lagi baik saya jaga makan pagi sarapan ESP+Cinch+Oat, in between meal makan ringan-ringan dan lunch saya WAJIB makan berat.. 

Kalau diabetes, habis semua kena kontrol.. Karbohidratpun tak boleh ambil banyak.. Ooo tidakkkk.. 

Benefit daripada ambil Cinch, peningkatan berat badan naik elok.. Takde dah sampai berkilo-kilo.. Terkawal.. Paling best ia juga melawaskan sebab formulanya tinggi fiber.. 

Selamatke Cinch untuk ibu mengandung??? 

Selamat sebab Cinch tak ada kandungan yang berbahaya cumanya indeks glisemiknya sangat rendah, jadi saya campurlah dengan ESP.. GI ESP lebih tinggi.. Gabungan 2 ni sangat mantap... 

Tahukah Anda???
Pengambilan Protein dan Vitamin C yang mencukupi semasa mengandung membantu si ibu kembali solid dan slim selepas mengandung dengan lebih cepat..
 
Omega Guard teman setia untuk
Si iBu dan si Manja.. Khas untuk perkembangan otak si manja yang pintar.. Digalakkan ambil 2nd trimester ke atas.. 

Saya biasa makan 3 biji sehari.. Tapi bila dah dekat tarikh due boleh kurangkan dos atau hentikan seketika sebab kandungan EPA boleh mencairkan sedikit darah.. Kita ambil langkah berjaga-jaga.. 

Omega Guard pilihan ibu-ibu diyakini bebas bahan toksik, bebas merkuri, bebas plumbum dan Ultra Pure..

Susah dah nak cari Fish Oil yang hebat macam ni.. 

Oklah.. Sampai di sini sahaja celoteh saya pagi ini.. 

Selamat menaikkan Hemoglobin dan kesihatan ye ibu-ibu mengandung.. 

credit
Saya pengedar sah Shaklee. Anda boleh dapatkan produk Shaklee melalui COD dan penghantaran melalui poslaju juga dibuat di seluruh Malaysia
Shaklee ID 910246
019-7344405
atau like :)

..................tambahan info........................
memandangkan entry ini banyak viewers, maka saya ambil keputusan untuk tambah sedikit info disini.. supaya cari je terus jumpa..

ada lagi satu petua yang rakan saya (Puan Izyani-KKBP) kongsikan untuk menaikkan hb. Iaitu, minum air limau hampir setiap hari (pastikan air masak juga diminum dengan banyak ye) .. tidak kisahlah limau itu nak manis ke nak masam ke nak tawar ke.. tapi cuba amalkan. mudah, bukan?

Agak-agak kenapa air limau? Kerana kandungan vitamin c yang tinggi selain zat besi, kalsium dan pelbagai lagi..

Jika anda agak sukar untuk membuat, membeli air tersebut atau sumber vitamin c yang lain, Shaklee ada sediakan alternatifnya. Sustained Release Vitamin C. Sebanyak 500mg vitamin c yang akan dilepaskan secara berperingkat setiap sejam. (sejam = 100mg) Jadi, ini akan memastikan tubuh kita tidak terlebih dos vitamin c ketika pengambilan. Hanya 100mg sahaja setiap sejam.

SR Vitamin c nya yang diekstrak dari jagung menjadikan ia lebih mesra perut untuk mereka yang ada gastrik atau masalah perut. Best,kan? ;)

Sunday, May 5, 2013

Lagi tentang Ostematrix Shaklee


Ostematrix Shaklee:
-Menguatkan tulang - kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. ia juga merawat tulang retak, rickets dewasa, kuku rapuh, ekzema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.


-Memperbaiki kekejangan dan kebas - pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.


-Meringankan stress - mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress.


-Memperbaiki masalah haid - kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit ketika haid dan membantu membuang air kecil.


-Pengalkalian tubuh - kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.


-Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.




Peringatan: Elakkan pengambilan Vita-lea bersama-sama Ostematrix atau mana-mana sumber susu yang lain
                   Elakkan pengambilan Vita E dan GLA bersama-sama Alfalfa dan Vita-Lea


Hubungi saya untuk keterangan produk & cara pemakanan:
Mama afnan
Shaklee ID 910246
019-7344405 (ju)
page fb: Hidup biar sedap amalan biar mantap like :)

Wednesday, May 1, 2013

Promosi Set Wanita Shaklee! Sempena hari guru & hari ibu~

Jom.. sebelum saya menutup pengurusan blog kalini, saya nak share satu berita gembira!
Set untuk wanita..
taraaaa... 3 produk yang hot utk gegurl and ladies2 diluar sana yang inginkan badan yang sihat & cergas dengan harga yang sangat menjolok mata..hihi..
Tapi terhad untuk 2 set sahaja!
Kalau nak tau apa lagi tawaran menarik, jangan lupa jadi follower saya di sini dan juga like facebook page saya di: Hidup biar sedap amalan biar mantap! atau temui saya di facebook.. PM sekali tau, sebab saya jarang terima kawan yang saja2 nak add :)

Jom cuci mataa~

Kesuburan, kawal kolestrol & tekanan darah, jaga tulang agar sihat dan kuat.

Sesuai untuk mereka yang:
jaga pemakanan,
sakit senggugut / menopos,
sakit2 sendi dan tulang,
kolestrol tinggi,
ahli sukan / lasak,
suka makanan berlemak,
masalah jantung,

nak cantik / muka glowing

Cepat! Terhad!





Hubungi saya untuk keterangan produk & cara pemakanan:Mama afnan
Shaklee ID 910246
019-7344405 (ju)

Ostematrix! Bukan sekadar kalsium…




Ostematrix mengandungi gabungan sempurna “batu bata-dan-mortar“ untuk membina tulang yang kuat dan sihat.

1,000 mg (100% DV) kalsium unsur dari sumber alam semula jadi yang paling yang concentrated dan mudah diserap
400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan membantu menguatkan tulang
400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolisme tulang
Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang
Mangan, copper, dan zink - co-factor yang mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang
OsteoMatrix juga membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengurangkan gejala PMS .Ia juga membantu dalam pengecutan otot dan transmisi saraf.


Kenapa anda perlu pilih Ostematrix Shaklee?
Nutrien pembinaan tulang yang lengkap
Terbukti secara klinikal
Mudah ditelan dan mudah diserap badan
VITAMIN SEMULAJADI!

Siapa yang perlu mengambil OsteMatrix Shaklee?
Mereka yang kurang mendapat zat2 membina tulang dari pemakanan harian.
Mereka yang mengambil berat tentang pembinaan tulang dan mengekalkan tulang yang sihat untuk jangka masa panjang
Mereka yang merokok, pengambilan alkohol yang tinggi, atau kerap minum minuman ringan - tabiat gaya hidup yang boleh mengehadkan atau mengganggu penyerapan kalsium
Wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, remaja dan warga tua.
Ibu hamil dan menyusukan anak
Wanita yang mengalami gejala PMS
Mereka yang mengambil berat tentang tekanan darah yang normal
Sekiranya anda sukar menelan kalsium dalam bentuk lain


Read more http://vitaminsemulajadi.com/ostematrix-nutrien-untuk-membina-tulang-yang-unik/

Hubungi saya untuk keterangan produk & cara pemakanan:
Mama afnan
Shaklee ID 910246
019-7344405 (ju)
page fb: Hidup biar sedap amalan biar mantap like :)
Jadilah pembeli melalui saya dan dapatkan konsultasi percuma :)