My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com
Showing posts with label vitamin c shaklee. Show all posts
Showing posts with label vitamin c shaklee. Show all posts

Friday, October 9, 2015

Korang tau tak?: makanan berlemak dan daging


Malam tu ada dinner dengan pelajar semester akhir program kami.. Saya ambil menu lamb chop, dan spaghetti carbonara untuk afnan.. menu sampingan adalah kek pecan heaven yang betul2 terasa heavennya dan indulgence..

Orang yang sering makan daging, risiko kena kanser kolon adalah tinggi, kerana daging mempunyai nitrite nitrate karsinogenik (penyebab kanser). Kerana itu, selepas makan daging, seeloknya kita minum bersama air limau suam.. atau, kita boleh tambah / gantikan dengan pengambilan vitamin c ini.. vitamin c dan vivix merupakan anti oksidan yang tinggi.. ia akan meneutralkan radikal bebas (nitrite nitrate karsinogenik dll) yang masuk ke dalam badan kita dengan izin Allah..

Omegaguard pula,bertindak mengemulsi a.k.a membakar lemak-lemak yang ada dalam badan kita..

Peringatan: Minyak ikan melincirkan saluran darah dan berkemampuan untuk mencairkan darah untuk pengaliran darah yang lancar dan melambatkan kepekatan darah. oleh itu, pesakit yang akan melakukan pembedahan dan perempuan hamil yang hampir bersalin tidak digalakkan untuk mengambil minyak ikan.

Monday, September 28, 2015

Set Pakej YES Shaklee [Pre Natal]

Korang tau tak?

Promosi YES shaklee masih berlangsung.. Pek Yes Shaklee ni banyak pakej. Antaranya Set Pre Natal (supplemen ketika kehamilan) dan Post Natal (supplemen untuk berpantang)

Ada lagi.. Pakej Lovely Young.. yang tu ada dua botol Vivix Shaklee dalam satu set.. hehe.. kekal muda.. sel yang muda.. bila sel muda.. faham2 la.. asasnya dah muda,kan? ;)

Dan lagi satu jenis untuk mereka yang nak Fit atau Kurus dengan Sihat ..

Yang nak cerita ni ialah set Pre Natal..

Dalam set ni ada ESP shaklee, Omegaguard shaklee, Vita-c Shaklee, B-complex shaklee, Ostematrix Shaklee dan tak lupa, Vitalea Shaklee.. mampu milik semua tu..

Kenapa Shaklee letakkan produk ini sebagai pakej dalam set kehamilan (pre natal)?

Untuk memastikan ibu bertenaga, mengelakkan morning sickness, pembentukan janin dan otak bayi yang sihat dan cerdas, pembinaan tulang yang mantap serta memastikan kesihatan ibu dan bayi sentiasa di tahap yang optimum..!

Cara makan yang betul juga penting.. Jadi, silalah order dan buat temujanji konsultan dengan:

Umi-Jue : 0197344405

Friday, September 11, 2015

Burger Bakar Sejuk Beku! Sedap!



Assalamualaikum... salam jumaat...
Harini pagi-pagi lagi kami makan ni.. hehe..
En imam nak makan burger bakar..

Dulu pernah buat sendiri.. hehe.. tapi biasalah ramuan tak cukup tapi rasanya tetap sedap..
Kali ni kami beli je patty burger bakar ni.. sedap.. ni tokey kedai makan yang buat sendiri.. beliau memang jual ni di kedainya di pontian.. nama kedainya Zulhizad's Station.. selain burger bakar yang sering kami order, ada lamb chop, chicken grill, chicken chop, mee ketam.. dan pelbagai seafood yang segar .. oh ya! tang seafood ni tergantung pada availability.. ini kerana jika stok seafood fresh yang diperolehi dari nelayan sekitarnya ada, maka adalah bendanya.. hehe..

Lokasinya? boleh rujuk peta yang disertakan :)

Ok, back to picture,.. nampak tak apa yang lebih tu? hehe.. saya buat sendiri coleslaw dan bancuh sendiri cheezy sauce.. saya terangkan sikit la cara nak buat simple duo ni..

coleslaw:
  • kobis + lobak (biasanya lobak tu sikit je nisbah berbanding kobis)
-cincang dan celur sekejap dengan air panas
  • mayonis
  • garam
  • serbuk lada hitam
cara: gaulkan kesemuanya.. dan siap untuk dihidang :)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
sos cheezy
  • 1/2 cawan cheezy powder (contact)
  • 1/2 cawan air suam
 cara: tuangkan air perlahan-lahan ke dalam powder, gaul.. sehingga pekat dan likat nya seperti yang diingini. boleh tambah lagi air jika ingin cair seperti dalam gambar
-----------------------------------------------------------------------------------------------------


berikut pula cara saya masak patty ini:
1. gunakan oven. alas menggunakan foil. suhu 180-200 darjah. 30-40 minit.. siap..

senang kan?hehe.. lepas tu jangan lupa ambil vitamin C atau fish oil .. hehe.. pilihan saya sustained release vita-c plus shaklee dan omegaguard shaklee.. vita c mengandungi antioksidan yang menghalang radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser... manakala fish oil bagi membantu mengemulsi lemak dan kolestrol jahat dari badan.. sebabtu lah antara tips orgtua, lepas makan berminyak, silalah minum yang masam2... nak lagi tips? jadilah pelanggan saya :)


Friday, January 23, 2015

Pengalaman hampir demam..

Alhamdulillah..
Allah telah banyak beri nikmat pada kita.. setiap saat.. setiap waktu.. apakah tiada ruang untuk kita mengucapkan lafaz syukur pada Allah..? apakah tiada kesempatan untuk kita lakukan sesuatu yang menunjukkan betapa kita mensyukuri nikmat Allah...?

Bagaimana untuk tunjukkan kita begitu mensyukuriNya..? Dari segi amal wajib kita, perintah Allah kita cantikkan lagi.., perbanyakkan amalan sunat.. dan banyak lagi... wallahualam...

Semoga kita sentiasa berada dalam golongan yang sentiasa syukur atas nikmat pemberian Allah..

Bukan sihat sahaja nikmat.. gembira dan bahagia sahaja yang nikmat.. malah sedih, derita, kecewa dan sakit juga merupakan suatu nikmat yang sukar diungkaikan.. hanya yang alim dan faqih yang bisa merungkainya.. 

Cerita Isnin 19.1.2015

Dan setelah lama saya diberi oleh Allah nikmat sihat.. tanggal isnin yang lalu (19.1.2015), selesai sahaja pencerapan yang pertama, saya mula rasa tak sedap badan.. jadi petang balik tu saya telan dua biji vitamin c. ahaks, perit sikit tekak sebab utk vita c ni tak pernah lagi makan dua biji serentak.. (ostematrix 4biji sekali ngap xde lak rasa gitu.. ngade2!) ... malam tu betul sangkaan saya.. hidung mula berair2.. cuma tak berapa laju mungkin saya ikhtiar awal2 mencegah dari melarat..

Cerita Selasa 20.1.2015

Pagi bangun itu saya sangat ok.. hidung bagai segar semula.. haha.. rasa damai je bernafas. alhamdulillah.. tapi saya masih lagi ambil vita c dan ditambah ostematrix.. sebab saya perasan rasa badan ni dah lain macam...

Bila start nak tengahari, datang balik dah.. hidung kembali berair.. sok sek sok sek la saya cerap kali kedua petang tu.. tapi syukur, tak terasa langsung gangguan dari keberairan itu..

Petang tu taekwando.. konon2 pergila juga.. nanti buat sikit2 je..

HAHAHAHA... bila cerita kat adik, dia awal2 lagi dah gitau.. 'eleh.... yeye je kakmi tuuu...'

Kenapa dia kata gitu...? haha.. saya dengan bersemangatnya buat dengan sungguh2 sampai ke sudah.. cuma bila setiap slot tu, terasalah dada ni panas.. alhamdulillah.. saya lepas tengahari tu kulum vitalea for kids dan chew c.. sedap banget.. agknya tekak ni kembang bila selsema.. so dia rasa loya pula...

ok... malam tu saya ambil excuse kelas mengaji.. agk kurang sedap dah badannya.. macam nak demam sebab sengal2 sikit.. malam ambil ostematrix...

Cerita Rabu 21.1.2015

Oh... pagi ini terasa macam nak MC je.. nak rehatkan badan.. dia bukanlah pening ke.. panas ke.. tapi rasa letih... tapi pagi ini kena buka kelas.. kesian pula student.. jadi, tekak yang rasa loya ni saya pun makanlah lagi vitalea afnan.. kiki.. ditambah dgn chew c.. kikiki lagi... sedapnya....

Ada dua pilihan.. nak makan asam atau vitalea lepas lunch tu... tapi iman kuat sikitla.. amik vitalea je.. yg asam tu hold dulu.. hehe.. time tu tekak kembang lagi.. masuk kerja macam biasa.. dapatlah buat beberapa kerja yang perlu disettlekan.. alhamdulillah...


Balik tu dah tak berapa nak larat masak... namun, alhamdulillah.. kelas malam tu seperti biasa.. afnan gi taekwando, mama buat kelas..

Dalam pada larat tak larat, dapur kena sentuh, rumah kena sentuh gak.. luar pun kena sentuh jugak2... apatah lagi suami dan anak.. ngee....

Cerita Khamis 22.1.2015
pagi itu seperti biasa hantar afnan pergi sekolah.. tapi pagi tu kepala masih laagi pusing... boleh pula masa nak keluarkan keta (reverse keta) boleh nak langgar tiang porch.. pastu bila dah keluar, baru perasan ada keta kat belakang ekor.. risau pula masa reverse tu memang xperasan langsung keta jiran tu... oh..Harini kena amik MC... supaya badan boleh rehat..  

petang tu alhamdulillah, boleh temankan suami pergi ambil barang ikan.. itulah.. macam dikata dari awal.. tak demam.. tapi kepala pusing.. tak berapa nak larat... tapi larat lagi.. haha.. pelik betul kalini! badan pun confuse.. ni nak rehat ke tak nak nih!

malamnya on the way pulang, suami pula rasa tingtong.. tapi dia still drive sampai tol PG kot.. pastu dia stop tepi.. ngantuk katanya.. cewah, dengan machonya saya offer nak tolong drive.. saat awal2 tu steady je... tapi bila separuh jalan kepala jadi dah semulaaa.... lepas je dari tol penawar, saya pula berhenti tepi.. konon nak tidur jugak kejap.. tapi suami dah terjaga dulu dan tukar semula posisi >.< aiyoo.. berangan tinggi sungguh!

Sampai umah, terus makan ubat selesema (baru nak amik!.ehehe).. terus tidur... sampailah paginya...

Cerita Harini 23.1.2015

Alhamdulillah.. Allah masih panjangkan umurku.. moga keberkatan penghulu hari ini kan mengalir juga dalam kehidupanku...

Pagi ini bangun dah tiada running nose.. cuma ada sisa mukus sikit.. tapi kepala still tak larat... bangun nak buat kerja tak dapat nak lama2... sampai ke jam 11 lebih pun xmasak sarap lagi!... alhamdulillah.. lepas dengar youtobe lagu2 kegemaran, saya kembali bertenaga (walau sebentar) sempatla ready utk makan nanti...

Tengaahari bersemangat nak hantar afnan gi masjid.. jalan pergi tu memang semangat.. tak de rasa apa pun.. sihat semacam je...

Haha.. balik tu, jeng jeng.. kepala dah mula rasa berat balik.. dahlah ramai muslim yang beriman lalu lalang.. mujurlah selamat sampai ke rumah.. okla.. sampai sini dulu.. harini belum ambil apa2 supplement lagi... eh.. ambil omegaguard sebelum tengahari tadi.. ikhtiar nak cairkan kahak.. alhamdulillah, dada sikit lapang..

Baiklah..semoga Allah sembuhkan kami.. semoga sakit-sakit ini adalah satu cara Allah nak hapuskan dosa-dosa kami.. kami memang sering leka.. mudah lemah bila diuji.. sakit sikit, itulah alasan nak excuse dari tunaikan amanah Allah.. Allah.. hinanya kami dimataMu.. ampunkan kami....maafkan atas kelalaian kami...

Friday, January 9, 2015

Otak overload + Fenin.. fenin..



Semalam waktu lunch saya update ini di status FB:

"...Dek kerana aktiviti berat berkenaan otak dan jasad, ikhtiar ambil ni.
Kasi cargas sel otak berhubung so xdelah stress otak sangat .
Hehe.. Tambah imun. Makan pun dah kurang selera ni... so nutrisi mmg kureng ..
Lunch ambil ikan bilis goreng + nasi .. sedap ! .."

Satu minggu agak havoc.. nak settlekan perkara setelah dua minggu tidak masuk ofis kerana kursus dan cuti.. dan semalam kemuncaknya bila kena calculate dan isi data dalam bentuk excel..

Time lunch tu memang sakit belakang tengkuk.. macam stress gitu.. pastu kepala rasa macam berat.. badan rasa nak demam.. sendi mula macam nak sengal2...

Rasa macam nak tidur.. tapi banyak perkara nak kena buat.. balik rumah makan nasi putih dan ikan bilis goreng - kebetulan ada bendanya..hehe (selera seminggu ni memang tidak menentu) ..

Makan tu pun sebab nak ambil vitamin seperti diatas.. OmegaGuard + Vita c yang dipatahkan..

Kenapa patahkan? sebiji Sustained Release vitamin C mengandungi 500mg. kalau tidak dipatahkan, ia akan melepaskan 100mg vitamin c secara berperingkat selama 5 jam.. untuk keadaan normal, kita ambil sebiji je setiap hari..

Tapi bila sakit, sebenarnya badan memberi signal bahawa badan kita kekurangan zat tertentu.. oleh kerana itu, kita patahkan sebiji atau dua biji supaya dalam fungsi vitamin c tersebut sekaligus..

Omegaguard pula ambil untuk ikhtiar sel-sel otak berhubung supaya meringankan tugas kepala otak ini untuk melakukan tugas seterusnya..

Oh ya.. lepas ambil tu, masa naik kereta untuk masuk ofis semula, kepala rasa ringan.. otak yang rasa macam berat tadi lebih ringan dan.. sambung kerja kira2 tu dah tiada masalah :)

Alhamdulillah.. kita ikhtiar.. Allah sahaja yang mengizinkannya..

Cubalah.. klik untuk tahu omegaguard / vitamin c dengan lebih lanjut.

Kenali supplemen kita.. ia boleh jadi kit terbaik ketika diperlukan.. Allah jadikan sesuatu itu ada penawarnya.. :)

0197344405 

Saturday, December 7, 2013

Cantik dan sihat bersama Collagen Shaklee & Vitamin C

Alhamdulillah.. segala pujian hanya milikNya,.. hanya untukNya..

"..alhamdulillah.. ambil 4 kotak SCP straight, memang rasa lain.. kalau dulu ambil on-off-on-off.. kalini nekad nak straight.. alhamdulillah.. 

-rambut sangat lembut... dan makin kuat.. suka dah nak urai2 rambut sendiri.. 
-bahagian badan makin cantik.. suami pun selalu tertanya2 kenapa blh jadi mcm ni..
-kulit terasa lembap
-sendi2 terasa smooth
-jeragat memang sangat teruk.mgkn sbb keturunan juga rasanya.jd,jeragat masih ada. cuma sangat berkurang dan kulit muka makin ceria, xkusam


memang berbaloi2.. berat? kalau org kata kolagen menggemukkan badan, berat masih maintain, malah terasa ringan walau badan menggebu..

sekarang ni saya amalkan vita-c sahaja.. untuk meneruskan pembinaan kolagen secara semulajadi . InsyaAllah, ada rezeki saya akan ambil SCP, tp on-off pun dah xkisah.."

alhamdulillah.. kita berusaha & berdoa.. Allah sebaik2 penentu.. kalau customer ini teruskan 8 kotak terus, insyaAllah.. sikit lagi nak capai targetnya.. memang ada perbezaannya kalau kita fokus utk repairing system.. lepas dah repair, tinggal maintain jek  dalam nak maintain tu kena tau apa yang sesuai..

wah.. sangat berbaloi!!!

nak jugak? meh PM.. calling2.. SMS2.. konsult percuma2 lepas pembelian 

019-7344405