My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Friday, August 27, 2010

Mandi Junub

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.




Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

by Azarudin Bocheh on Thursday, August 5, 2010 at 11:36am
http://www.facebook.com/note.php?note_id=415432056646&id=1797249860

Tuesday, July 27, 2010

Nikmat Tak Terucap

Syukur ke hadratNya kerana memberikan ruang dan peluang itu.. Hati ini yang terlalu merindui, merintih dan merayu-rayu untuk ke tempat itu Alhamdulillah, diizinkan-Nya.. Apatah bersama dengan insan yang sentiasa dan bakal menemaniku duniaku dan akhiratku..Insya-Allah.. Ditambah pula dengan kelakuan yang baik dari si kecil, imam mudaku..

Alhamdulillah, sebelum pergi tu, (malam semalam) saya tak putus-putus mengucapkan harapan dan pergantungan pada-Nya, agar memudahkan segala urusan kami..sudah lama kami tak kesana, risau juga kalau mood si kecil pintar itu terganggu..rupa-rupanya tak rugi kita selalu meminta, mengharap, meletakkan pergantungan percaturan kehidupan dan langkah kita terhadap-Nya.. Segala Puji dan Keagungan bagi Allah, memudahkan segala urusan kami...

Ucapan syukur dan terima kasih jua buat imamku yang setia dan sudi menunaikan hasrat di hatiku ini...

Andai ditakdirkan saya akan mengandung lagi (*wink wink*) saya akan cuba teruskan amalkan sentiasa berniat untuk ke tempat itu bersama-sama anak-anak agar bila dia sudah berada di alam fana ini, mudah untuk saya menguruskannya..amiin..insya-Allah..

Sunday, July 18, 2010

Rumah ku Syurga Ku..

18 hb Julai 2010 - Alhamdulillah..hari ini pagi kedua aku di rumahku sendiri..akhirnya kami mempunyai sebuah tempat kediaman yang selesa sebagai rumah, sebagai kawasan perjiranan..syukur atas kurniaan Allah..namun selautan syukur itu masih belum setanding dengan kurniaan yang Allah berikan ini..apatah lagi setiap saat Dia kurniakan untukku...untuk kami..

Banyak sungguh keberuntungan..Jiran-jirannya sangat ramah dan baik hati..Dia Maha Mengetahui. Sinar matahari.. Udara yang bertiup.. dan macam2 lagi..

Masa belum lagi rumah ni siap dulu, jiran selang dua rumah dah siap jemput datang berkawan..hehe..Malam masa punggah barang (16 julai) Mak Jah jual bakso selang dua buah rumah dari sini pun beramah mesra..mak jah yang tegur dulu..huhu..umi ni kadang2 xreti nak start dulu..

19 hb Julai 2010 - Sampai saat ni umi belum dapat keluar jalan-jalan sekitar rumah..pagi uruskan sedikit hal2 rumah (ada kotak2 yang perlu di beri perhatian).siangnya pula keluar untuk uruskan hal rumah dan diri (gi klinik).malamnya ikut suami pergi Sening untuk uruskan hal rumah sana dan kedai, mengajar.. Alhamdulillah, Afnan is such a good and behave boy.. Thanks Allah, simplify our job.. Bertolak dari sini pukul 8 malam sampai semula rumah pukul 11.30 malam setelah singgah kejap beli makanan..

20 hb Julai 2010 - Pagi ini kupanjatkan lagi syukur ku..ku buka jendela..ku dengar insan berpusu-pusu mencari rezeki, pergi berjihad menuntut ilmu.. Moga Engkau permudahkan urusan mereka dan urusan kami.. Moga Engkau lindungi mereka dan keluargaku dari malapetaka dan kemurkaanMu..

Harini perlu setelkan kotak2 tu, baju bajan..harap2 dalam sejam dah setel..blh tumpukan pada family dan jiran..insyaALlah..gambateh!

Wednesday, June 30, 2010

Iman..

Ya Allah.. Jangan Engkau lupakan aku sedetik pun mahupun kurang dari itu di dunia apatah lagi di akhirat sana.. Peliharakan imanku, Tuhan.. Matikan aku dalam keadaan aku sujud dan tunduk pada-Mu..

Amalan paling utama

Jaga waktu solat.. Masuk waktu terus solat
TOlong buat baik dengan ibu bapa kamu..
Berjihad di jalan Allah..
BEriman kepada Allah dan RasulNya


Amalan yang paling Allah sukai adalah amalan Wajib..

Thursday, June 24, 2010

Asal usul kusut ?

Malam tadi lepas solat,boleh teringat kata-kata salah seorang watak dalam Lakeview Terrace (rancangan Astro) "Kalau pun kita xsuka sesuatu perkara, tidak semua perkara yang kita tidak suka tu kita perlu beritahu pada orang itu.."

Bila dikenangkan semula, ada benarnya... Kadangkala diri ini terlepas membuat sesuatu yang kita tidak suka dan juga orang lain tidak suka.. Dan kita berharap sangat orang lain tidak akan menyebut kesalahan itu didepan kita.. Tetapi.. bila dipandang dari sudut lain, perlu juga kalau dah terlampau kerap mengulang kesalahan itu..

Mm... Susah kan jaga hati orang.. Sebab hati kita sendiri pun kita tak mampu nak jaga... Tapi kalau nak jaga sangat hati itu, sampai bila-bila pun kita takut nak maju.. Macam mane? Bak kata orang sini... "kusut..kusut.." =)

Tuesday, June 8, 2010

Dugaan...ujian itu rahmat sebenarnya..

Semalam agak menguji kesabaran saya.. Semalam saya diamanahkan untuk menggantikan suami menjaga 'ofis' kami kerana dia perlu keluar bekerja untuk menguruskan hal berkaitan rumah yang sedang kami bina..

Selama ini afnan kurang buat perangai. entah kenapa pagi semalam dia dapat tidur kurang setengah jam (9.55am-10.20am+-) sahaja... Alhamdulillah, waktu itu cukup untuk saya menguruskan pembukaan kedai saya sekejap (mengemas, dan pelbagai lagi) Jadinya, bila dia kurang tidur, dia akan rasa tidak selesa.. Main pun tak mau.. Apatah lagi diletakkan di walker mahupun dibiar bermain keseorangan ( walaupun saya ada berdekatan ).. Saat saya membuka kedai, dia berkepit dengan saya.. Alhamdulillah, orang ramai datang waktu itu.. Saya masih lagi mampu mengawal keadaan (chewah!..(*syukur*..) Apbila ada orang yang memerlukan lebih perhatian saya, saya semakin kurang sabar bila afnan tidak mau memberikan kerjasamanya..huhu...afnan..afnan... Alhamdulillah.. ia berlanjut selama 3jam.. Puas saya keluarkan semua mainan dan alas baringnya.. Tapi dia masih tidak mahu saya tinggalkan dia...aduhai..dugaan..namun syukur,saya masih mampu lagi tersenyum dan berlapang dada bila keadaan pulih sekejap.. Dan waktu itulah saya cuba merefresh kekuatan saya sebelum kekalutan datang lagi..

Tak cukup dengan itu... masalah lain pula timbul.. biasanya ok saja.. tapi bila ujian itu Allah kata nak bagi, ia akan datang juga.. Masalah pekerja pula.. Sepatutnya saya hanya menggantikan sehingga jam 1.30pm (itu pun puas saya pujuk afnan, "sekejap ye nak...lagi sejam lagi..kejap ye..lagi setengah jam lagi...") tup tup bila sampai masanya, pekerja yang saya harapkan datang untuk menggantikan saya, menyatakan dia tidak dapat hadir kerana masalah pekerja lagi satu... Debush!...'saya dah tak mampu lagi ni...' bisik hati saya.. afnan da dua kali menyusu tapi tak mau tidur..perut saya pun sudah mula memulas..(kesan menyusu..ibu yang menyusu,tentu mengerti rasa ini)sabar..sabar..ati saya dah xkeruan..suami pula tak dapat call,sbb bateri dia kong!..aduh..sabar jela..nak mesej mmg saya tak menang tangan nak menaip.afnan dah makin tak boleh tahan mengantuk agaknya...jam sudah menunjukkan pukul 2.07pm...oh...ya Allah..datangkan lah pertolonganMu.. Alhamdulillah.. tidak lama selepas itu, pekerja yang saya harapkan pun sampai sambil mengendong nasi ayam ditangannya... (tersenyum lebar hati saya waktu itu..hehe) masa itu afnan baru terlelap setelah menyusu.. Alhamdulillah..

indah kan kalau kita boleh bersabar sikit lagi..memangla, sabar tu sebenarnya tiada had bagi yang ingin merasai nikmatnya bersabar :)

Friday, May 14, 2010

Anak Anugerah Allah

Perhatian = beri perhatian kepada anak dengan perhatian yang maksima sehingga hatinya puas..

Situasi : Ayah yang baru pulang dari kerja, sedang asyik menonton televisyen. Anak sedang membuat kerja sekolah memanggil-manggil ayahnya tapi ayahnya terlalu khusyuk melihat berita anak orang dibunuh, anak orang menderita sedangkan anak sendiri tidak diberi perhatian.
Nanti bila sudah remaja, ayah memanggil anak untuk sarapan atau solat tapi anak tetap tidak menjawab. Itu semua kerana balasan, ujian dari ALlah, didikan dari kita.

Puji dan Peluk = pujilah anak supaya kantung hatinya sudah penuh, tidak perlukan pujian orang lain
Peluk adalah sebuah ikatan,kasih sayang.

Ibu puji anak lelaki, ayah puji anak perempuan. Agar mereka tidak mencari pujian apatah lagi mempedulikan pujian dari jantina lain terhadap mereka.

Pendidikan = Terbahagi kepada 3A = Akademik Agama Akhlak

Ajar anak ucap "Terima kasih ayah, Terima kasih Ibu, Terima kasih ALlah.."