My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Saturday, March 22, 2014

resepi donut lembut gebu

Jom masak sendiri!! Selain menjaga kesihatan dengan mengambil produk kesihatan, makanan yg dimasak sendiri lebih mudah diperhatikan mutu dan kualiti makanan yg masuk ke perut..

Ni resepi yg saya agak tibai jugala.. sbab masak di dapur yg bukan dapur kita dan bahan yg main redah je..hehe.. mujur tuan rumah rajin simpan stok2 yg diperlukan.


▶hampir setengah kg tepung gandum
▶1 peket yis mauripan
▶3 sudu besar gula
▶1sudu teh garam
▶secawan susu cair (tp xde susu cair so guna susu pekat+air suam)
▶3 sudu besar butter (xde, guna minyak jagung)
▶sebiji telur, (telur kampung je ada! guna tu je.hehe) - dipukul
▶air suam secukupnya

cara:
1) ayak tepung. masukkan mauripan. gaul. biarkan selama beberapa minit (2-3 minit)
2) masukkan gula, garam dan minyak/butter. gaul sehingga sebati antara minyak/butter dengan tepung.
3) masukkan susu dan telur kedalam adunan tepung itu tadi. gaulkan sehingga sebati.
4) masukkan air suam sedikit demi sedikit, sambil menguli doh tersebut. uli & masukkan lagi air sehingga doh tidak melekat pada tangan.
5) setelah doh tidak melekat pada tangan, tutup doh tersebut dengan kain lembap. biarkan sehingga ia kembang sekali ganda.

6) setelah kembang, kita akan lihat seperti ada angin dalam doh tersebut. tumbuk doh bagi mengeluarkan semua angin-angin itu tadi..uli. dan canai dengan ketebalan lebih kurang setengah inci. tekap dengan acuan.
7) setelah ditekap, biarkan dahulu  supaya kembang sedikit, baru masukkan dalam minyak yang panas + api yang sederhana.
8) masak sehingga keperangan dan boleh disalut dengan gula ising ataupun topping-topping yang lain :)

selamat mencuba~!!

terima kasih buat blog yang saya singgah untuk mencari item-item yang diperlukan dalam pembuatan donut. dan terima kasih buat emak Junaidah yang sering sudi menjawab pertanyaan saya walaupun berulang kali tanya setiap kali mak buat kuih, pastry, bakery dan macam-macam.. jawab dengan sabar dan tenang tu.. hehe.. kecil2 suka tanya banyak2 kali kat mak, sampai rasa puas hati dengan jawapan-jawapan beliau.. tapi mak tak marah pun.. :')

nota: sudah masuk hari ketiga, donutnya masih boleh dimakan dan teksturnya masih lembut! tanpa bahan-bahan seperti bread improver / bread softener! subhanallah.. boleh rupanya tahan sebegitu.. mungkinkah sebab telur kampungnyakah? wallahualam...
























Tuesday, March 18, 2014

Kusuuuttt!!

KUsut! kusut ! kusut!
tak tahu nak fikir ape dahhh..
keje banyak.. tapi tak tau nak buat yg mana satuuu~!!

fuh fuh fuh!!.. 

ha... pening,kan? hehe.. bila alami situasi ni.. tarik nafas.. tinggalkan kejap kerja-kerja tu.. cuba citer dgn org2 yang mampu beri motivasi pada kita..

kadang2 citer je.. tak yah feedback positive pun xpe.. hihi.. 
doa banyak2.. minta jalan penyelesaian..
cuba fikirkan jalan yg simple..

kadang2 kita ni suka fikir yg complicated. kena tahu had kemampuan juga..

kadang2 kita ni fikir terburu-buru.. jgn.. nnti stress.. terburu-buru tu kerja syaitan.. so, dia pun suka lah kita stress..
bila stress, sukalah cakap perkataan yang bukan2.. bila cakap bukan2 mulalah jadi doa kat diri tu.. pastu kacau aura org lain... kiki.. yg ni ambil pengajaran dari student yang comel2 tu...

gantikan huhu dgn hihi.. lain seyhh!

Friday, February 28, 2014

Cara mudah Bakar Lemak?

Aiyak... arini makan kambing bakar..
makan pulak keropok lekor..
makan pulak kentang goreng dengan cheezy sauce..

Alhamdulillah.. Allah kurniakan kita nikmat nak makan... nikmat selera.. mak pesan, kalau makan jgn fikir2 akibat ke kesan ke.. makan je.. baca doa !

:)

Jadi kita makan... tapi bagi yang ingin ekstra penjagaan dari lemak2 yang ada ni, meh tgk entry ni:-

Nak cari yang boleh bantu bakar lemak???
Cuba try Omega guard..

OmegaGuard mengandungi Omega-3 yang diekstrak dari minyak ikan (bukan minyak hati ikan!) dengan kaedah  ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini.. melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk ekstrak asid lemak omega 3 yang paling asli dan paling semulajadi..

Omega-3 ni la akan membantu membakar lemak dengan cara membantu badan kita bertindakbalas dengan hormon yang dipanggil Leptin.

Leptin akan memberitahu badan kita utk menyekat selera makan. Ini akan membuatkan kita kurang makan dan boleh mengekalkan atau menurunkan berat badan.

...



Saya sedia konsult anda sepanjang pembelian anda dengan saya..

Boleh COD area Desaru / Bandar Penawar / Lokheng untuk kawasan sekitarnya..
Dan penghantaran pos ke seluruh Malaysia..
019-7344405

Mereka yang berminat untuk jadi ahli bagi meningkatkan kualiti hidup dan untuk saje2 makan pun boleh daftar ahli.. Dengan keahlian, macam-macam boleh belajar :)
ID: 910246

Saturday, January 18, 2014

B-Complex


Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semula jadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailabality) yang sangat tinggi dan berkualiti. 

Ini kerana, asid folik yang semula jadi tidak mudah diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik yang terdapat di pasaran bersifat sintetik.

B-Complex Shaklee mengandungi:
  • 8 komponen penting vitamin B, termasuk 100% biotin dan asid folik
    • 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.
    • kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh.
Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-kompleks setiap hari.

"Shaklee b-complex will not cause rosary fungus or infected active yeast bacteria like b complex extract from beer yeast"

Manfaat Utama


  •  Menukar makanan kepada tenaga - Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.
  • Melawan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Membantu tumbesaran - menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
  • Rambut beruban dan gugur - membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  • Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus.
  • Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
  • Meredakan senggugut - baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
  • Mencegah perlcche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau.
  • Detoksifikasi - meredakan alahan.

Bagaimana Memilih B-Kompleks yang Baik?

  1. Mengandungi kesemua 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana yang dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
  2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.
  3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar.
  4. Elakkan pengambilan B-kompleks yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release).
Sumber: Shaklee Panduan Nutrisi




Di mana dan bagaimana ingin dapatkan?
Hubungi:
Whatsapp/SMS/WeChat
019-7344405
ID Shaklee: 910246
ju_262_umi@yahoo.com

Friday, January 17, 2014

Vita-lea(r) Iron Formula

Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min", dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. 

Setiap tablet mengandungi :

  • 30 nutrisi lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah.
  • 12 vitamin dan 7 mineral penting yang disarankan oleh RDA.
  • diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.
Tablet Vita-Lea disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina.

Dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Eksplo-tab". Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest  pada tahun 2000.

Manfaat Utama:
  • Penambahan Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  • Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak0kanak dan remaja yang sedang membesar.
  • Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen Penting pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon, serta menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi Organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Di mana dan bagaimana ingin dapatkan?
Hubungi:
Whatsapp/SMS/WeChat
019-7344405
ID Shaklee: 910246
ju_262_umi@yahoo.com

Saturday, December 14, 2013

Bangkai tikus 2 hari..!! Selamatkan rumah!!

Tempohari ada bau busuk kat rumah... cari punya cari rupanya bangkai tikus bawah almari! huwaaa.. time tu dah lah suami ada hal malam tu.. tikus tu dah beberapa hari mati.. sebab suami ada cerita yang dia cuba penyetkan tikus tapi cari belakang almari xjumpa-jumpaa.. 'dah lari kut' katanya... itu cerita 2-3 hari sebelum jumpa bangkai tu.. huwaaa... bayangkanlah, kan? dah berapa lama...


Tekak kembang je tengok tikus tu.. dengan bau yang sangat tengik dan hamis..  Masa ke hulu hilir fikir nak panggil sape nak buangkan tu.. dengan rasa tekak kembangnya.. afnan datang nak beri bantuan...

'mama, mehla afnan tolong buangkan..afnan berani'

Sungguh ke? mama pun geli nak oii.. takpela, kita tgk reaksi dia bila tgk tikus tu ye..

'mama! besarnyyaa!! mamalah buat!' bila afnan tgk bangkai tikus tu.. 

hihi...anak2 .. takpela.. bila afnan offer tu pun dah motivate mama.. mulut & hidung ditutup ala2 ninja.... terus mama kais guna batang penyapu.. penyodok sebagai penunggu bangkai tiba..

erhh.. nak tunggu bangkai tu dari kedudukan asal sehingga ke penyodok tu rasa macam dah sejam.. darah melekat di lantai yang berlaminate jenis kayu.. laminate pulak jenis yang tak rata... dapat bayangkan x??


geli + nak termuntah +  macam2 lagi rasa.. fikirkan kesihatan je sekarang ni.. sayangkan anak & diri.. gagahkan juga diri..

alhamdulillah sampai pun bangkai ke penyodok tu.. terus lari buang kat longkang depan. xfikir banyak dah, terus buang!


em.. step 2.. bersihkan!! hoho.. rasa macam nak nangis juga.. terpaksa korbankan 2 kain buruk untuk lap..

mujur haritu dah bancuh pencuci basic siap2.. dah lama bancuh.. dah lebih sebulan rasanya.. beberapa titik kedalam bekas penyembur + 2l air ..  dah guna banyak kegunaan.. lap meja makan, lap dapur, lap lantai (yang simple2).. kalini semburr kat tempat darah tu....

dah semburr.. lap..

lap2.... sampai yakin.. 

tapi ada bau lagi.. xlarat nak tolak almari segedabak tu.. mgkin ada bahagian yang tak nampak... ada breeze... sembur2.. ilangkan bau...

Alhamdulillah.. dah lepas 2 malam.. bau dah xde..

Tapi kena tunggu jugak encik suami untuk tentusahkan memang tak de pape.. ;)


Saturday, December 7, 2013

Cantik dan sihat bersama Collagen Shaklee & Vitamin C

Alhamdulillah.. segala pujian hanya milikNya,.. hanya untukNya..

"..alhamdulillah.. ambil 4 kotak SCP straight, memang rasa lain.. kalau dulu ambil on-off-on-off.. kalini nekad nak straight.. alhamdulillah.. 

-rambut sangat lembut... dan makin kuat.. suka dah nak urai2 rambut sendiri.. 
-bahagian badan makin cantik.. suami pun selalu tertanya2 kenapa blh jadi mcm ni..
-kulit terasa lembap
-sendi2 terasa smooth
-jeragat memang sangat teruk.mgkn sbb keturunan juga rasanya.jd,jeragat masih ada. cuma sangat berkurang dan kulit muka makin ceria, xkusam


memang berbaloi2.. berat? kalau org kata kolagen menggemukkan badan, berat masih maintain, malah terasa ringan walau badan menggebu..

sekarang ni saya amalkan vita-c sahaja.. untuk meneruskan pembinaan kolagen secara semulajadi . InsyaAllah, ada rezeki saya akan ambil SCP, tp on-off pun dah xkisah.."

alhamdulillah.. kita berusaha & berdoa.. Allah sebaik2 penentu.. kalau customer ini teruskan 8 kotak terus, insyaAllah.. sikit lagi nak capai targetnya.. memang ada perbezaannya kalau kita fokus utk repairing system.. lepas dah repair, tinggal maintain jek  dalam nak maintain tu kena tau apa yang sesuai..

wah.. sangat berbaloi!!!

nak jugak? meh PM.. calling2.. SMS2.. konsult percuma2 lepas pembelian 

019-7344405