My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Thursday, October 23, 2014

Bila kepala dah tepu

Assalamualaikum.. selamat pagi..

Sejak beberapa hari ini, banyak sangat perkara yang perlu dibuat.. sampai kepala dah tepu dah nak buat apa..

Hoho.. sebenarnya perkara tersebut boleh diatasi dengan 'memindahkan' ketepuan di kepala kepada ketepuan diatas kertas.. faham kah? dengana bahasa yang mudah, buat to do list.

Dalam PermataJutawan, kami diajar untuk membuat to do list ini setiap malam sebelum tidur. kiranya macam plan la.. ada dengar sepatah ayat yang berbunyi, perancangan yang batil akan mematahkan kebenaran yang tidak tersusun..

Jadi, walaupun batil itu dibenci Allah, tapi bila dirancang, Allah tetap izinkan rancangan mereka berjaya.Sesuai dengan Nama Allah Yang Maha Adil. Kerana itu kita perlu sentiasa cuba menyusun dan merancang hari-hari kita..

Itu satu hal, merancang. Satu hal lagi ialah melaksanakan. Haha.. Bab ni pun kadang-kadang kita lemah.. Rancang tanpa bertindak pun takkan memberi apa-apa kesan. Jadi, merancang dan melaksanakan apa yang dirancang. Kombinasi yang cun melecun. So, bila dah merancang. Cubalah kita bertindak mengikut perancangan. Fokus! Cuba elakkan perkara yang boleh mengalih perhatian kita (distraction). Susun masa. Bila ada waktu lapang (free), cuba buat perkara-perkara yang boleh membantu dan menyenangkan kita dikemudian hari. Contoh?

Contohnya, bila cuti:

i) kisar(blend) siap-siap bawang ke, cili kering ke, rempah untuk tumis ke. Kalau jenis suka makan nasi goreng pagi-pagi tu, bolehlah sediakan bahan tumisannya. (bawang merah + ikan bilis)

ii) sediakan makanan sejuk beku(frozen food). Siapkan ayam/daging/ikan yang siap dirempah. atau kalau anak suka makan nugget, cubalah sediakan homemade nugget.

resepinya secara detail, saya tidak dapat sediakan. tapi boleh diolah mengikut citarasa dan pengalaman sendiri.

- blend/kisar semangkuk isi ayam yang telah dipotong dadu.
- gaulkan bersama gula, garam, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, kiub ayam.
- tambah sedikit tepung dan bentukkan ia.

resepi ni dah lama saya tak buat, insyaAllah, bila dah buat nanti saya cuba beri resepi yang lengkap. tapi sementara itu, boleh sahaja google resepi tersebut di internet ;)

atau buat sahaja yang kita pro. kalau pandai buat karipap, gentel siap2 karipap.. dan lain-lain :)


Insya-Allah, selepas ini, kepala dah tak terlalu tepu untuk fikir nak masak apa. masak je apa yang ada tu. hehe.. dan kalau masih banyak lagi yang ingin dibuat, buatlah to do list tersebut.


Sekian dulu tips yang ingin dikongsi bersama.. semoga ketepuan dikepala kita dapat dipindahkan ke tempat lain.. sebab banyak lagi perkara yang akan kita tempuhi dan perlu difikirkan.

Semoga berjumpa lagi!

ala-ala twister

homemade pastry burger
hasil bakar pastry diatas



Monday, October 20, 2014

Cod lokheng dan bandar penawar (felda adela)

Alhamdulillah.. semalam sempat COD barang shaklee untuk customer di lokheng.. dan bertemu pula customer dari felda adela/sening/kledang/tunggal di petronas bandar penawar untuk cod barangnya pula..

Letih..? hehe.. badan terasa jugala.. tapi kerana seronok dan suka dengan semua kerja saya ni, terlupa letihnya sekejap..

Time tu kita COD:
ESP shaklee
Shaker Shaklee
..
Bcomplex Shaklee 2
Zinc Shaklee 2
Lecithin 1
Alfalfa (K) 2
Ostematrix 2

Customer yang dari lokheng tu menetap di PErak, tapi masih sudi mengambil stok dengan saya.. terharu!

Sekian dulu coretan untuk hari tersebut.. jumpa lagi! semoga kita bahagia di dunia.. sejahtera di akhirat..

Saturday, October 18, 2014

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Jom kita alas perut dengan ESP.! Berbeza ambil dan tidak ambil ESP. kejap lagi nak mencangkul membersihkan lalang2 di belakang rumah. Kalau x ambil,bbadan rasa menggigil.. ape ye orang panggil tu.. tapi sebaliknya, badan masih bertenaga walaupun perut lapar.. hehe..

Sarapan belum boleh nak makan lagi.. jadi kita alas perut dulu yeh. Pilihan saya pagi ni, ESP + MEALSHAKES + SHAKLEE COLLAGEN POWER. Yummy!!

 Sesuai untuk mereka yang ingin berdiet. Tapi awas!! Bersedialah menerima kesan sampingan nya!!


Saya, pengedar sah shaklee anda seluruh Malaysia.
♥umi-jue♥
0197344405








Tuesday, October 7, 2014

Najis hitam berminyak?? ewww..!!

"Kalau tuan puan perhatikan selepas pengambilan phytocol, herblax, alfalfa, lecithin dan omegaguard.. najis akan hitam berminyak. ini kerana ia mencuci perut betul-betul. Flush outt semua yang tak elok melekat di dinding perut. Tambahan pula, lecithin memecahkan lemak tau. Ia akan jadi molekul2 kecil dalam badan dan dibuang melalui najis.

"Phytocol memang best sangat guna.. sebelum makan apa, makan dulu phytocol ni.. Ia akan sekat kolestrol jahat masuk badan.. Yelah.. takkan kita tengok sate, nasi lemak, rendang, sup daging tu kita nak bau je.. Boleh ambil, tapi telan phytocol dulu. Kemudian konsisten ambil alfalfa, herblax, omegaguard, lecithin sekali tau.."

Perkongsian sarah, pakar nutrisi shaklee masa jamuan raya shaklee tempohari.. haha.. tiba2 teringat makan daging terlekat lemak kat lelangit. kat tepi bibir.. kat jari2.. kat pinggan2.. kalau kat luar, (pinggan) tu boleh la kita curah dengan air panas.. tapi itupun ada lekat2 lagi.. apalah agaknya kat dalam badan kita ni ye?

Berhati2 dengan makanan berasaskan daging.. bukan xleh makan, tapi perlu bersiap siaga.. kerana ia boleh naikkan kolestrol jahat dan buatkan jantung tersumbat..

Cadangan produk shaklee yang boleh diambil untuk buang kolestrol jahat:
1. Phytocol - untuk sekat kolestrol jahat masuk badan
2. Lecithin/omegaguard - pecahkan lemak / emulsi lemak
3. Alfalfa/Herblax - bawa ia keluar dari badan (detoksifikasi)
4. Coq10Health - elak blockage pada jantung

PErcayalah.. ia akan flush out (buang semua) yang boleh merosakkan badan kita melalui najis kita nanti.. xde simpan-simpan.. yang lama2 pun boleh buang sekali..

*Ibu mengandung boleh ambil phytocol juga! :)

 Inilah bentuk phytocol ni.. ;)


Hubungi pengedar shaklee yang sah
019-7344405
umi - jue
 ju_262_umi@yahoo.com

Bila terasa...

Bismillah.. assalamualaikum..

Bila terasa lemah .. ingat Allah..
Bila terasa bahagia .. kenangla Allah..
Bila terasa sunyi .. yakinlah Allah ada menemani..
Bila terasa sempit .. yakinlah Allah sentiasa melapangkannya..
Bila terasa sedih .. yakinlah Allah yang rindukan rintihan kita..
Bila terasa perit .. yakinlah Allah ada penawarnya..
Bila terasa sakit terjatuh .. yakinlah Allah mahu kita cari jalan untuk bangkit..
Bila terasa kaki tersekat, buntu.. yakinlah Allah mahu kita cari motivasi untuk kita dan mereka yang lain..


Allah.. Allah.. Allah..

Mak ayah mama abah nenek yayi opah tokki semua sangat sayangkan kita.. kita tahu.. tapi kita kadang2 lupa yang Allah lebih menyayangi kita LEBIH dari insan2 tersebut.. Allah.. kalau insan2 itu kita dah terasa melayang2 dengan keindahan kasih sayang mereka, apatah lagi Allah...

Allah.. terbitkan rasa rindu cinta sayang kami kepadaMu..
Allah.. campakkan rasa takut dan gerun dengan kemurkaanMu..
hamba insan yang sering leka dan lalai.. dan sering meminta lebih2..
Ampunkan hamba... :'( ..


Monday, September 29, 2014

42 Kursus dalam Sehari??

Ha... best x ? best x? Karnival Kursus Pendek kini kembali!!!

Kolej Komuniti Bandar Penawar akan menawarkan kursus pendek yang akan jatuh pada 9 November 2014. Ketika ini pelajar sekolah pun sudah mula mencari-cari aktiviti yang boleh dilakukan bagi memenuhi masa terluang di akhir-akhir persekolahan.

Apa yang best lagi? Ia terbuka untuk semua peringkat umur mengikut kesesuaian kursus. Contoh, bagi kursus aircond, kita tak bukalah untuk kanak-kanak sekolah rendah ;) begitulah ceritanya...


Oleh yang demikian, kita tepekkan la kat sini senarai kursus yang bakal dijalankan ketika itu. Jika dilihat, di gambar tersebut ada diletakkan sekali nama person in charge bagi kursus-kursus tertentu beserta no telefon.

Jadi, tunggu apa lagi?? Dail segera!!!
 ---------------info tambahan-------------

kursus ini dijalankan selama lebih kurang 5 jam seperti waktu yang tertera dalam gambar dibawah. Ia dijalankan secara serentak di sekitar kawasan Kolej Komuniti Bandar Penawar. Selain itu terdapat juga aktiviti cabutan bertuah.

Yuran untuk hari ini cuma RM10 sahaja bg setiap kursus. Lekas call pic dan dapatkan tempat anda sekarang!  tempat sangat terhad!


Bagi mereka yang inginkan pengangkutan, boleh dipertimbangkan.. dan sila berbincang dgn PIC  setiap kursus. Teeima kasih! ;)











Saturday, September 27, 2014

Jom tanam herba di rumah!

Manusia dan tumbuhan tidak dapat dipisahkan.. ibarat irama dan lagu... aur dengan tebing..
Sumber oksigen kita perolehi daripada tumbuhan dan karbon dioksida yang kita keluarkan akan digunakan pula oleh tumbuhan.. simbiosis gitu..

Jom tanam... er..Tidak cukup tanah...?? Rumah perumahan...?? Rumah apartment...?? Tidak mengapa... kerana walaupun cukup tanah, tapi sebenarnya kita boleh gunakan pasu. dan pasu ini lebih mudah dikawal tanahnya berbanding kita tanam diatas tanah yang luas yang kadangkala terdedah dengan penyakit.. itu yang munculnya teknik fertigasi dewasakini..

Apa itu teknik fertigasi? Ia berasal daripada perkataan "fertilizer" dan "irrigation" iaitu, satu kaedah penanaman dimana baja yang lengkap akan diberikan kepada tanaman dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan tiris. Dengan teknologi ini, bekalan air dan nutrien yang mencukupi serta seimbang mengikut peringkat pertumbuhan pokok, ia akan mendapat kawalan yang lebih sistematik. Hasilnya, tanaman yang lebih sihat dan pengeluaran yang optimum dan berkualiti tinggi.

Ha.. itu fertigasi menurut website rtc. Tapi bukan saya nak ajar fertigasi.. istilah ini pun saya dapat semasa menjaga booth kolej, ada yang bertanyakan berkenaan kursus fertigasi (ketika dengar perkataan tu, memang blur.. hehe.. bila sebut balik pun tersilap) .. saya harap mana2 institusi yang boleh memberikan ilmu dan tunjuk ajar berkenaan fertigasi ini kepada komuniti agar dapat menghubungi pihak kami, Kolej Komuniti Bandar Penawar. OK2.. sambung topik sebenar..

Jika kita ingin gunakan teknik fertigasi, agak kos tinggi.. jadi, kita gunakanlah teknik ala-ala macam itu.. menggunakan tanaman dalam pasu.. diingatkan, tidak semua pokok boleh gunakan kedua-dua teknik ini.

Antara yang paling mudah untuk ditanam dan dijaga ialah, pudina, mulberry, daun sup, daun bawang, kangkung, serai dan macam-macam lagi tanaman herba. Cuma pastikan kita gunakan portion pasir yang betul (yang ini saya masih cuba memahami..)Apa yang paling penting, ketika semaian kita boleh letak dalam bekas kecil sahaja.. gunakan tanah pasir pun xpe, sebab ketika ini dia belum ada akar untuk menyerap zat nutrien..

Apabila dah semakin naik dan batang nampak kukuh, boleh dipindahkan ke pasu yang lebih besar dengan portion tanah (yang ini saya xberapa ikut, tapi pastikan ada baja-organik kalau dapat-, tanah bakar/humus, tanah biasa)..humus tu letak di lapisan tengah2 pasu (supaya tidakla menampakkan layu2 dan rupa paras nya yang tidak berapa comel tu..)..

Tunggulah sampai besar.. rajinkan menyiram, membelai, memberi baja. Oh, teringat cikgu pertanian yang terangkan hal ini pada saya, kalau boleh gunakan baja organik (boleh je buat sendiri-perut ikan+air basuhan beras+baki batang2 sayur yang tidak digunakan.siram pada pokok). kenapa kena guna baja organik? kerana tumbuhan herba kita gunakan untuk tujuan kesihatan.. kita makan.. kita minum.. jadi, bila kita gunakan baja kimia, ia akan diserap oleh akar tumbuhan.. maka? jadi, oleh kerana itu, elakkan langsung penggunaan baja kimia.

Bagaimana jika kita terrrrrr letak juga baja kimia sebelum ni? ok.. gantikan terus dengan baja organik, dan ia akan mengganti nutrisi.. tapi, mungkin bahan kimia tu dah jadi darah daging dia sikit.. jgn terlalu risau, berdoa dan mintalah pada Allah agar tumbuhan tersebut tidak akan memudharatkan kita..

Ok.. stop dulu tika ini.. jumpa lagi di entry akan datang.. terima kasih sudi baca bebelan saya.. hehe.. idea untuk diluah.. ilmu untuk dikongsi ^_^

Bayam

Dukung Anak

kangkung. daun sup. daun bawang. ulam raja. tomato ceri. cili padi.-masih baru lagi

Misai Kucing

Sambung Nyawa

Selasih atau basil