My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Wednesday, September 23, 2015

Bila time gini....

Bila badan rasa sengal2 macam nak demam, kepala berat.. teringat kat mak ayah.. . Moga Allah berikan kekuatan dan kesihatan yang baik.. 

Mereka tu semangatnya kuat.. tau nak tolong orang je.. hm..
Time ni teringat la pula nak belikan nutriferon utk depa.. 

Time kenduri aritu, saya bawa bekal nutriferon, zinc dan performance drink..
Zinc tiap2 pagi sebelum sarapan.. nutriferon bila nampak mak ayah mcm xbermaya waktu hampir nak kenduri ... perfomance drink, sampai-sampai je terus campurkan dalam minuman mereka... kat sana jerebu kuat masa tu.. kembalikan elektrolit dalam badan mereka, moga Allah izin ia kekalkan bendalir dalam tubuh mereka.. bila dehirasi, bahaya.. macam-macam penyakit boleh timbul, ikut sunah alam..

Alhamdulillah ala kulli hal..
Tp kudrat mereka memang tip top.. beza nau dgn badan 3series berbanding kudrat 6series.. . Huhu..

Sihat untuk berbakti..

Zinc plg comel harganya.. xsampai rm40 pun.. dalam tu ada 120biji!! Muai kan??

Jom pelihara kesihatan.. bincang-bincang bila dan macamana nak gunakan suplemen-suplemen ini.. PERCUMA..

List Blog #1

Macam best je kumpulkan kawan-kawan melalui link blog ini..

Tinggalkanlah jejak laman blog anda di ruangan komen.. Kita tukar-tukar link nak?.. 

Anda boleh lawat senarai blog yang ada.. dan kawan yang lain boleh lawat anda juga..

Best tau!

Jangan lupa follow senarai yang ada ni.. hehe..

Jom! sah sehingga 27 September 2015 :)

Melalui senarai nombor tersebut, mana tahu anda antara yang bertuah menerima hadiah misteri dari kami ... ^_^

Tuesday, September 22, 2015

Mealshakes untuk warga Emas

Nenek seorang yg susah nak minum susu .. memang xleh dgr perkataan susu , kata mak..

Dengan menggunakan pendekatan tertentu pada mula2 dulu, akhirnya nenek boleh terima utk cuba rasa.. dan sejak detik itu kau membuka pintu kamar dihatiku.. cinta yg terdampar satu tika dulu.. bersinar kembali.. . Kiki.. 

Sejak itu nenek mula ambil tanpa culas.. tugas sponsor mealshakes akhirnya diteruskan oleh mak, seterusnya bibik .. dan disokong oleh makcik2 lain.

Alhamdulillah .. bermula dgn kisah nenek tua di pedalaman sabah/ sarawak (sy xigat. kisah ni dr nutritionist) .. masa mula2 mereka jumpa nenek tua tu sgt xbermaya dan xlarat.. mereka berikan nenek itu mealshakes .. dan bila dibawa semula ke rumah nenek tua tu, mereka nampak nenek peluk je tong tu.. .

'Inilah nyawa makcik.. .' Dia nampak sihat dan lebih bertenaga ceria.. 

Alhamdulillah .. segalanya milik Allah.. apa yg kita usahakan xkan berhasil melainkan Allah izinkan dan Allah yg berikan.. 

Dan kini .. saya nampak depan mata saya sendiri.. dan ia sesuatu yg membahagiakan.. .

Monday, September 21, 2015

7 FUNGSI ZINC INI MENYEBABKAN ANDA TERFIKIR UNTUK AMALKAN ZINC SETIAP HARI.

1) Kesihatan Manusia 

Zinc merupakan elemen surih yang penting untuk manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Ia berfungsi dan memainkan peranan penting di lebih daripada 300 enzim lebih dalam badan manusia . Tubuh dewasa mengandungi kira-kira 2-3 gram zinc . Zinc didapati di semua bahagian badan iaitu di organ-organ , tisu , tulang , cecair dan sel-sel . Otot dan tulang mengandungi paling banyak zinc badan ( 90 % ) . Kepekatan Zinc yang tinggi ialah di dalam kelenjar prostat dan air mani . 

2) Pertumbuhan dan Pembahagian sel 

Zinc penting terutama semasa mengandung, membantu janin membesar dan membahagi sel dengan cepat. Zinc juga membantu untuk mengelakkan keabnormalan dan kelahiran pra-matang . Zinc penting untuk mengaktifkan pertumbuhan - ketinggian, berat badan dan pertumbuhan tulang - pada bayi , kanak-kanak dan remaja. 

3) Kesuburan 

Zinc memainkan peranan yang penting dalam kesuburan . Bagi lelaki, zinc melindungi kelenjar prostat daripada jangkitan ( Prostatitis ) dan akhirnya daripada pembesaran ( hipertropi prostatik ) . Zinc membantu mengekalkan jumlah sperma, pergerakan dan tahap normal serum testosteron. Pada perempuan , zinc boleh membantu merawat masalah haid dan mengurangkan gejala yang berkaitan dengan sindrom prahaid ( PMS ) . 


Male Anatomy of Reproduction: The Prostate

Prostate

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ


Prostate
Prostate

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

4) Sistem imun 

Antara semua vitamin dan mineral , zinc menunjukkan kesan yang kuat ke atas semua sistem imun penting. Zinc memainkan peranan yang unik dalam T - sel . Tahap zinc yang rendah membawa kepada kekurangan dan kelemahan T - sel yang tidak dapat mengenali dan melawan jangkitan tertentu. Peningkatan tahap zinc telah terbukti berkesan dalam pertempuran radang paru-paru dan cirit-birit dan jangkitan lain . Zinc juga boleh mengurangkan tempoh dan tahap selesema biasa . 

Sistem Imun Manusia 

5) Rasa, Bau dan Selera Makan 

Zinc mengaktifkan kawasan otak yang menerima dan memproses maklumat daripada sensor rasa dan bau. Tahap zinc di dalam plasma darah dan kesan zinc pada lain-lain nutrien, seperti tembaga dan mangan, mempengaruhi selera dan citarasa . Zinc juga digunakan dalam rawatan anoreksia. 

6) Kulit, Rambut dan Kuku 

Anatomical Structures of Human Skin 

Struktur Kulit Manusia 

Zinc mempercepatkan pembaharuan sel-sel kulit . Krim zinc digunakan untuk bayi bagi melegakan ruam lampin dan menyembuhkan luka dan kecederaan. Zinc juga telah terbukti berkesan dalam merawat jerawat, masalah yang memberi kesan terutamanya terhadap remaja, dan zinc telah dilaporkan mempunyai kesan positif ke atas psoriasis dan neurodermitis . Zinc digunakan sebagai agen anti -radang dan boleh membantu melegakan tisu kulit, terutamanya dalam kes-kes Poison Ivy , selaran matahari, lepuh dan penyakit gusi tertentu. Zinc penting untuk rambut yang sihat. Tahap zinc yang tidak mencukupi boleh menyebabkan kehilangan rambut , rambut yang kelihatan nipis dan kusam juga beruban lebih awal. Terdapat juga beberapa syampu yang mengandungi zinc untuk membantu mencegah kelemumur 


Kuku
 
7) Penglihatan 
Mata 

Kepekatan zinc yang tinggi juga terdapat di dalam retina. Dengan peningkatan umur, penurunan zinc retina seolah-olah memainkan peranan dalam pembangunan degenerasi makular berkaitan dengan usia ( AMD ), yang membawa kepada kehilangan separa atau lengkap penglihatan. Zinc juga boleh melindungi daripada rabun malam dan menghalang perkembangan katarak . 

Siapa yang memerlukan zinc ? 

Setiap orang memerlukan zinc. Kanak-kanak memerlukan zinc untuk membesar , orang dewasa memerlukan zinc untuk kesihatan . Berkembang bayi , kanak-kanak dan remaja , wanita hamil dan ibu-ibu menyusukan anak , atlet , vegetarian dan orang tua sering memerlukan lebih zinc . 

Dari mana kita mendapatkan zinc? 

Kita mendapat zinc terutamanya daripada makanan yang kita makan. Sumber utama zinc ialah daging merah, daging ayam, ikan, makanan laut, bijirin dan produk tenusu . Zinc yang paling baik untuk tubuh daripada sumber daging . Serapan makanan berasaskan tumbuhan adalah umumnya lebih rendah disebabkan oleh serat dan asid phytic yang menghalang penyerapan zinc . Diet yang seimbang adalah cara terbaik untuk bekalan zinc pada badan anda. 

Suplemen zinc atau suplemen multi - vitamin / multi- mineral harian boleh diambil jika pengambilan pemakanan anda tidak mencukupi .




Wednesday, September 16, 2015

Tukar topi .. :)

Alhamdulillah..selamat sampai di seremban, rumah mak ayah...hehe..tumpang adik ipar yg nak buat majlis ni sebab suami ada hal...

Sampai2 terus blur jap nak buat apa... hehe.. untuk pengetahuan, majlis di rumah kami memang hanpir kesemuanya buat sendiri... pelamin, bilik pengantin, solekan pengantin, catering, kendarat, penanggah.. hehe.. hasil kerjasama saudara mara mak ayah dan semuaahh...

Jadi, hasil perbincangan, saya terkena bahagian pelamin dan bilik pengantin.. tu yang sampai tu blur kejap sebab xtau barang apa yang ada...
Sebab blur.. xde apa la nak tunjuk..hehe..


Tuesday, September 15, 2015

Hati-hati jerebu -2

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA 
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-

Kanak-kanak
Orang tua
Mereka yang mengalami penyakit
• asma 
• bronkitis 
• radang paru-paru 
• penyakit paru-paru yang kronik 
• jantung 
• alahan
Perokok
Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.


Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.


Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.


CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-

Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.

Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki  kenderaan anda.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)

Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar  dari  kawasan tersebut.

Untuk bacaan Indeks Pencemaran Udara / Air Pollution Index (API), sila layari www.doe.gov.my/apims



Monday, September 14, 2015

Hati-hati Jerebu...



Korang tau tak??
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu 
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :

  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
Bayangkan kalau masuk dalam peparu... 
dan pagi ni terasa bahangnya 'asap' ini.. ala cameron tp hangat... waduh...
panas ini boleh menyebabkan dehidrasi..

Pengambilan Performance Drink dapat mengelakkan dehidrasi daripada berlaku...
Nanti kita cerita kisah saya ambil performance drink ini pada tahun 2013.. ketika itu puasa .. dan jerebu teruk.. manakala tugas mengajar harus diteruskan.. orang lain semua sakit tekak dan muka mengelupas.. alhamdulillah... saya rasa bibir makin merah dan tak rasa tekak perit.. alhamdulillah.. 

eh.. ingatkan nak cite nanti..dah tercerita lak.. hehe..

so recommended.. maila beli dengan saya! dengan saya okey?! Korang tau kan..hehe..
Sekitar desaru, bandar penawar, felda lokheng, gugusan felda adela tunggal sening kledang.. kita calling2 untuk COD eh..hehe.. jumpa nanti..