My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Saturday, November 24, 2007

walimah urus..tahniah izni & kak na

alhamdulillah..tadi tengok friendster..sahabat umi sorang ni nak kawin..mm..terkejut sangat2..yang umi tau,akak dia yang nak kawin..rupa2nya sekali..terkejut2..
umi teringin nak pi..tengokla..lau ada rezeki dan kesungguhan,insyaAllah,umi pi..leh jumpa mak ayah skali..hehe..
izni,sama sekolah ngan umi..smka pedas..semoga Allah memberkatinya dan pasangannya..umi tumpang gembira..terkejut + gembira...tahniah izni!!!siapalah insan bertuah memiliki bidadari dunia itu....

Tuesday, November 20, 2007

menarik...menarik..manfaat.

salam,kengkawan..hehe..salam sahabat2ku sekelian...
m..tadi umi tengok2 lagi kat www.iluvislam.com.. kat link ni
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=80&thread_id=333&pid=3244#post_3244 ..banyak manfaat dan panduan untuk yang mana masih comel2 lote,masih solo..tak kurang juga buat peringatan dan muhasabah diri bagi yang dah berkeluarga mahupun dekat2 nak berkeluarga...
moga hidup kita sentiasa diredhai Allah..

sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku,untuk mendapat keredhaan Allah...amiiin

Saturday, November 10, 2007

ibuuuuuu...

salam alaik...


sabarnya..melayani kerenah anakmu..
mengajarku erti kesabaran...

buka2 blog,ada lagu ni..dari adik2 ae-man...
sabarnya seorang ibu....
tabahnya menjaga kami 8 beradik...
kerana di sisinya ada suami yang mendokongnya..
kerana di hatinya punya pegangan kukuh dengan Allah...
air tangan ibu...masak untuk kami walaupun keletihan...sediakan sedaya mungkin makanan untuk suami dan anak2 walaupun kadangkala suami atau anak menyinggung hati wanitanya..

manakan tidak..kerja 24 jam..tidur selewat jam 2 pagi..bangun seawal 5 pagi..dikala suami menunaikan solat di surau/masjid...

"mi...selawat sambil basuh makanan..tu beza basuhan orang Islam dan orang kafir"
"..jangan kasar2 tuang beras..tak elok..pelan2..sambil selawat.."

teringat masa kecik2 dulu..darjah2 kot..biasala..budak2.degil wo..kalau gi ziarah umah kawan @ umah sedara,mesti kena cubit..cubit keciiiikk...kat peha ke,pinggang ke..yang penting dibawah meja.tau sebab ape?hehe..mak ingatkan anak2nya ni supaya tolong angkat cawan@pinggan kotor,bawa masuk dapur..huhu..masa kecik dulu,kena cubit je mula tarik muka masam.geram gak dulu..tapi bila fikir2,cubitan halus tu la yang mengajar kami..tentunya cubitan itu bukan cubitan benci..sebab kesannya,kesan yang baik..mak tak penah pukul2..mm..kena tegas ngan anak2 masa umur 7-14 tahun..

Wednesday, November 7, 2007

ayah..mak..

huhu..tak tau mak ayah jadi datang ke tak..udah kangen banget ni..huhu..

pencarian hampir berakhir

alhamdulillah...
hehe...dah lama cari streaming ikim.fm yang cun...atlast..ditemukan dengan website iluvislam...memang bagus website ni..
ditakdirkan permulaan pertama dengan site ni bila searching 4 udin&ipin..;)..
dalam site tu siaran ikim jelas.kat cni susah nak dapat ikim.lau guna digital radio pun selalu ada gangguan...thanks,Allah..
Allah tak penah kecewakan hambaNya...:((..walaupun hambaNya sering lari dariNya..
Ya Allah..kurniakan aku cinta dan rindu pada MU...
ni tengah dengar ikim via www.iluvislam.com..tp tengah usahakan nak link dari sini..doakan!


wah...makin digali site tu,makin excited nak tau isi kandungannye..serius!macam2 ada..sorry la..tak bermaksud nak promote..tp memang nak promote pun sebab umi tengok macam bagus je..harini baru nak jadi ahli..hehe..jom join..insyaAllah,xde yang rugi melainkan manfaat...hehe..k,la..nak terus gali ni..i'm a digger now..knowledge digger..;)assalamualaikum..

p/s:lau ada site cun lagi handsome,gtau e..jazakumullah..

Saturday, November 3, 2007

berayeee..

alhamdulillah...rest jap pas prepare utk kawan2 husband datang beraya..seronok gak rasa..hehe..ni first time fikir sendiri cane nak prepare..mm..tapi nak masak,kena minta tolong bos la..hehe.belum berani lagi..
ni pun first time belah lemang..hehe..macam takut2 je...hehe..yela..masa raya pertama tu,kaklong kena miangnye..jadi kaget gitu..tu mujur adik ipar teringin nak makan...lau tak,ingatkan nak tunggu orang lain..hehe...lau kat umah masa bujang2 dulu(;)) ada pembahagian tugas..lani semua kena buat..tapi suami la kena jadi mangsa (sape lagi ek?kan kan kan)whatever..alhamdulillah..segalanya dipermudahkanNya...

Monday, October 29, 2007

Majlis di Seremban 2





za..ni umi dah upload sikit..hehe..kabo sikit,kan..hehe..lau nak,nnti umi upload lagi e..

Saturday, October 20, 2007

bilakah ku kan kembali pada fitrah...?

Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu
Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa .....

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=713

Thursday, October 4, 2007

Diari Ramadhan

"Allah itu Al - Fatah.. Maha Pembuka.. moga Dia bukakan pintu untuk menolong kita..Kau doa je pada Allah..nnti Dia mesti akan bukakan jalan untuk kau selesaikan masalah kau dengan Charles Junior.."

wah..pandai dia cakap kat kawan dia..

alah..dia baru je dengar ustaz tu kata tadi...

perenggan pertama diatas adalah kata2 rafique dalam Diari Ramadhan TV3. rafique menasihati kawannya (sy xingat namanya sebab tu first time saya join tengok cite tu,sy namakan dia Fizi).Fizi sering dibuli oleh seorang budak bernama Charles Junior..dan kali terakhir,Fizi dianiaya oleh Charles Junior yang meletakkan beberapa batang rokok di dalam beg sekolahnya.Fizi kemudian dimarahi oleh bapanya yang terjumpa rokok terbabit.Fizi cuba membela dirinya.tapi bapanya tidak percaya padanya kerana bapanya yakin Charles Junior budak pandai yang sering dipuji oleh cikgu2..Fizi akhirnya didenda dan dia merasa sangat sedih dan geram..Semasa mereka berkumpul dimasjid sambil menunggu untuk solat,kata2 inilah yang rafique keluarkan semasa Fizi meluahkan rasa...

dan dua perenggan berikutnya adalah komen penonton..hmm...bagiku..aku terpegun bagi insan sekecil itu bijak mengaplikasikan apa yang didengarinya...dan apa yang lebih penting,dia telah menepati apa yang Islam suruh..."Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..melainkan mereka yang berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kebaikan.."

dan si Rafique,mungkin tak tau perkara tersebut,tapi kita sebagai penonton yang perlu kritis dan menjaga aqidah dalam melihat apa yang disajikan pada kita..supaya syahadah dan iman kita terjaga...

kerana tv lah media paling senang untuk kafirun dan musyrikun menjajah dan mengalahkan kita...

"kita tak boleh perang orang Islam secara berdepan,kerana kita akan kalah..satu cara untuk memerangi (melemahkan) mereka adalah menjauhkan mereka dari al-Quran..."

nah..kita tengok,..berjaya tak misi mereka???

Saturday, September 29, 2007

Akhlak berubah tanda lulus ujian ibadat puasa

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Agama/20070929001736/Article/index_html

Akhlak berubah tanda lulus ujian ibadat puasa
Oleh Ibrahim Abdullah

RAMADAN juga dinamakan bulan al-Quran kerana pada bulan ini diturunkan kitab suci al-Quran. Banyak fadilat pada Ramadan berbanding bulan lain seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila tiba bulan Ramadan pintu langit dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan dibelenggu. (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Ibnu Battal memberi pengertian yang dimaksudkan dengan pintu langit di sini ialah 'pintu syurga' dengan dalil saingannya 'pintu neraka'.

Ulama memberi dua aliran maksud pintu langit dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan dibelenggu iaitu pertama, aliran yang memberi tafsiran mengikut pengertian kata yang lahir dan kedua, aliran yang memberi tafsiran mengikut pengertian metafora atau kias tamsil daripada kata yang lahir itu.


Berdasarkan aliran pertama, maksud pembukaan pintu langit, penutup pintu neraka dan pembelenggu syaitan itu ialah maksud lahir yang disampaikan hadis iaitu pembukaan pintu syurga yang hakiki, penutup pintu neraka yang hakiki dan pembelengguan syaitan yang hakiki.

Bagi mereka, tidak ada sebab untuk dibawa kepada satu pengertian metafora selama syurga dan neraka memang mempunyai pintu dan syaitan adalah makhluk yang boleh dibelenggu. Sementara cara pembukaan, penutupan dan pembelengguan itu tidak dapat disamakan dengan cara dalam alam nyata serta kebendaan.

Dalam konteks ini, al-Qurtubi menjelaskan bahawa maksud hadis itu ialah syurga dibuka dan dihias kepada siapa yang mati pada Ramadan kerana kelebihan ibadat puasa dilaksanakan dalam bulan itu, serentak itu juga pintu neraka ditutup kepada mereka (orang-orang berpuasa).

Ia memang ganjaran istimewa dikurniakan Allah kepada mukmin yang menjalani ibadat puasa penuh keikhlasan.

Mengikut aliran kedua pula, maksud pembukaan pintu syurga itu ialah gambaran metafora betapa limpah kurniaan pahala dan keampunan Allah yang dikurniakan kepada orang berpuasa pada Ramadan.

Maksud pembelengguan syaitan ialah gambaran kemerosotan pengaruh syaitan yang menggoda manusia dalam bulan itu hingga seolah-olah mereka terbelenggu. Tetapi, jika syaitan dibelenggu pada Ramadan, mengapakah masih banyak kejahatan dan maksiat berlaku?

Jawapannya, maksud pembelengguan syaitan ialah syaitan itu dibelenggu daripada mengganggu orang yang puasa dengan penuh kejujuran, keikhlasan yang mematuhi segala syarat dan peraturannya.

Sementara itu, menurut pendapat ulama lain, walaupun syaitan dibelenggu, tidak bererti kejahatan tidak berlaku kerana kejahatan boleh berlaku dengan sebab lain daripada hasutan syaitan iaitu seperti dorongan naluri kotor, kebiasaan tidak senonoh dan godaan syaitan berupa manusia.

Ada juga pendapat maksud pembelengguan syaitan itu ialah gambaran kurangnya perlakuan kejahatan dan maksiat pada Ramadan dibandingkan bulan lain.

Al-Halimi berkata, pada Ramadan syaitan tidak dapat berleluasa menggoda orang mukmin seperti dilakukannya pada bulan lain. Ia disebabkan orang mukmin pada Ramadan bersungguh-sungguh melakukan ibadat puasa, tilawah al-Quran, bertadarus serta berzikir.

Al-Qadhi 'Iyyadh pula berpendapat, maksud pembukaan pintu syurga ialah gambaran betapa luasnya Allah mendorong mukmin melakukan ketaatan yang boleh membawa manusia ke syurga pada Ramadan.

Penutupan pintu neraka ialah betapa Allah memalingkan hemah dan kemahuan mukmin mengerjakan maksiat yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam neraka dan Allah melemahkan syaitan daripada menggoda manusia dan mendorong nafsu keinginannya.

Hikmah penting daripada pembelengguan syaitan supaya setiap Muslim tidak punya kesempatan lagi untuk berdalih dan beralasan ia tidak dapat melakukan ketaatan pada Ramadan kerana digoda syaitan.

Ia seolah-olah memperingatkan kita syaitan sudah dibelenggu, oleh itu jangan memberi alasan dengan menyalahkan syaitan apabila cuai melakukan amalan ketaatan atau melakukan kejahatan pada Ramadan.

Apabila orang berpuasa meninggalkan segala perbuatan maksiat yang terlarang, maka puasanya itu berfungsi sebagai benteng atau perisai daripada neraka dan terbuka pintu rahmat atau syurga.

Oleh itu, ditamsilkan Ramadan dibelenggu syaitan kerana hasutan mereka tidak berguna lagi kepada orang yang berpuasa. Orang berpuasa tidak melakukan aktiviti maksiat atau derhaka kepada Allah.

Kepada orang yang berpuasa dijanjikan Allah pahala ganjaran berlipat ganda. Kegembiraan waktu berbuka dan bertemu Allah di akhirat kelak. Maka, pintu syurga ditamsilkan terbuka luas untuk menyambut kehadiran bakal penghuni syurga iaitu bagi orang yang berjaya menjalani ibadat puasa dengan sempurna dan jayanya.

Pintu syurga memang terbuka hanya untuk orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah, tertutup untuk orang yang derhaka serta tidak beriman.

Ulama juga berpendapat, orang yang lulus ujian ibadat puasa akan dapat diketahui tandanya. Jika perangai, akhlak dan kelakuannya berubah kepada kebaikan, kebajikan dan taat perintah Allah, itulah tanda mereka lulus dalam ujian sebulan Ramadan itu.

kesilapan

mm..nape buat kesilapan banyak kali? umat islam harus cemerlang..hari ini mesti lebih baik dari semalam...
mm...bukan hanya dengan Allah kena semakin baik..dengan manusia pun sama...ingat tak pesan ulama...?
hablumminallah...wa hablumminannas..
ulama tu sape?pewaris nabi..ingat tuh...janganla buat kesilapan lagi...All the best!ajaja hoitin!

Friday, September 28, 2007

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail As dengan bentuk yang cantik, Dan Allah menciptakan pula baginya 600 Sayap yang panjang , sayap itu antara Timur Dan barat (Ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri Dan berkata:


"Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."


Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"


Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. Dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.


Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi diakhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."


Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"


Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan Syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."


Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail As dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah Malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga IA merasa letih dan lemah Dan akhirnya Dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon. Dan dia sujud kepada Allah SWT lalu IA berkata dalam sujud:


"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "


Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."


Marilah sama2 Kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :


* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Semoga Kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Wednesday, September 26, 2007

ramadhan....

ampunkan segala dosaku...ampunkan segala dosaku...ampunkan segala dosaku...

wahai Allah...Engkau Maha Menyukai Pengampunan...ampunkan hamba-Mu ini...
dosa yang terlalu banyak kulakukan...hingga nafasku kini..kumasih melakukannya...

Engkau yang Maha Mengetahui setiap isi hatiku..
setiap titisan darah yang mengalir ditubuhku...
setiap molekul udara yang memenuhi diriku...
setiap celahan niat dan fikiranku....
Ya Allah....Ampunkan ia....ampunkan aku....
jadikan segala nikmat yang Kau beri ini akan beri kebaikan padaku....
agar ku tidak lagi menadah diriku untuk disambar api kemurkaanMu...
jadikan nikmat yang Kau beri ini agar aku sentiasa berusaha dan tamak dalam mencari redhaMu ya Allah.....

ya Allah...moga Ramadhan yang kulalui kini benar-benar kujadikan ia sebagai latihan untuk diriku...agar bila berlalunya ramadhan,aku benar-benar menjadi "orang baru"..
"orang baru" yang benar-benar menjadi hamba-Mu yang benar-benar taat padaMu dengan sebenar-benar taat...
jadikan aku hamba yang sentiasa mengambil hati tuannya..sentiasa memberikan khidmat yang terbaik untuk tuannya....

ya Allah...kurniakan aku redhaMu dan syurgaMu...
ya Allah...aku berlindung denganMu dari azab api neraka....
ya Allah...hamba yang hina ini merayu...

ya Allah..apa gunanya mata ayu ini andai bukan Engkau redha terhadapnya..
ya Allah..apa gunanya telinga ini andai Engkau benci terhadapnya..
ya Allah...apa gunanya hati ni andai lalai terhadapMu...
ya Allah..apa gunanya keyakinan ini andai tidak berpegang teguh pada Mu...andai tidak bergantung harap sepenuhnya padaMu....
ya Allah.....ampunkan dosaku...
ya Allah...jadikanku hamba yang menyedari setiap kejadian yang Engkau timpakan kepadaku....bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahMu... teguran,hadiah,bukti,kifarah untuk diriku...
ya Allah...pelihara diriku....jangan Engkau biarkan diri ini terumbang ambing...
ya Allah...selamatkanlah diriku... keluargaku... keturunanku... saudaraku... sahabatku.. serta seluruh kaum muslimin... bantulah kami dalam menghadapi kafirun...hancurkan kafirun..selamatkan mukmin...

ya Allah..berikan kami kesabaran dalam kami berusaha mencari redha-Mu... hinanya diri ni tanpa kasih sayang dan petunjuk Mu.....
ya Allah...perkenankanlah...perkenankanlah..perkenankanlah...

Tuesday, September 25, 2007

kasih ayah

assalamualaikum,dik..sape nape...acik nak anta laptop yang acik beli secondhand..nak beli baru tak mampu,pokok dah tebang..acik ingat nak anta laptop..bukan ape..nnti anak acik nak balik..kalau nnti dia pakai,ada problem,susah pulak..nnti waktu raya takut xde orang..payah pulak dia nak bawak balik tempat dia belajar...tak pela..nnti acik datang petang nnti..

acik tu keluar...ku berpaling..kulihat insan tua itu berjalan kaki meredah kepanasan..di bulan puasa...hanya untuk bertanyakan tentang laptop yang dia sendiri beli dengan hasil titik peluhnya semata-mata untuk memenuhi kehendak anaknya...si anak..mungkin tengah membanting tulang,berhempas pulas dihimpunan buku..dikelilingi rakan-rakan membuat diskusi,menahan mata yang mengantuk demi membalas jasa insan tua itu...atau...sedang berlingkar dalam selimut,penat,panas di bulan puasa..bersenang lenang menonton kartun atau drama korea...atau..hanyut dalam dunia remaja mereka...wallahualam...moga anaknya digolongan yang disebutkan diawalnya...amin..




seorang ayah...sanggup berkorban tenaga,untuk keselesaan anak-anaknya...walaupun anak-anaknya sering melukakan hatinya,sering mengelak apabila disuruh,mudah menarik muka masam padanya...

Wednesday, May 16, 2007

Hari Guru..

happy teachers' day!!!!!
we love you, cikgu....

thanks for everything u've done to our life...

SELAMAT HARI IBU>>>

happy mother's day to all mothers in the world!!!
trust me..your mother never fail on giving love to her children....
love your mom...

Monday, May 7, 2007

DAH SIAP...=)


JEMPUTAN KE RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN..


Salam sahabat sahabiah...Alhamdulillah..ni image untuk jemputan ke rumah pengantin perempuan..moga kehadiran dan doa kalian, akan memeriahkan dan dilimpahkan ke atas majlis kami dengan keberkatan dariNya..