My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Friday, October 7, 2011

Doa Buat Anak Mama...

"Afnan anak yang soleh, pintar, bijak, cerdik, pemurah, penyabar, rajin, berdikari, lembut hatinya, tenang jiwanya, berani, besar jiwanya, teguh pendiriannya, murni aqidahnya, mantap amalannya,kuat badannya,sihat tubuhnya... Mata untuk apa? Untuk lihat yang halal, yang baik2, lihat kebesaran Allah, lihat AlQuran.. Telinga? Nak dengar perkataan baik2, kalimah2 Allah..Mulut? cium alquran,untuk berkata yang bermanfaat, mengalunkan kalimah Allah, ajak kebaikan, cegah kemungkaran..Hidung?Bau yang enak2 dan menyenangkan yang halal..Kalau bau busuk?xpe..asal bukan yg sengaja yang haram.. Tangan ni?..tolong mama,tolong papa,tolong nenek,tolong atuk,tolong aki,tolong saudara2,tolong orang mukmin,tolong orang yang memerlukan,pegang alquran..Kaki?pergi masjid,hadiri mjlis2 ilmu,tempat2 yang Allah redha.."

Ya Allah, lindungilah anak2ku..kurniakan aku anak yang soleh & solehah..penyejuk mata penawar hati.. peliharalah mereka, jangan lepaskan mereka dari pandangan Rahmat&KasihMu walau sesaat mahupun kurang dari itu.. sesungguhnya, depan mataku sendiri,aku tidak mampu menjaganya melainkan keizinan & qudratMu..

InsyaAllah, sejak afnan sebelum kandung, mama tidak akan lupa luahkan kata2 ini.. Harapnya akan terus istiqamah untuk melakukannya..

mama2, umi2, ibu2, mak2, mummy2.. jangan sia2kan ruang & pangkat yang Allah beri untuk kita pada anak2 kita.. masih belum terlambat.. doa kalian adalah senjata kalian.. sama ada anugerah buat anak atau pemusnah anak2... pelihara lidah & hati kita..

*mencari hati ikhlas semurni role model-Puan Junaidah Nordin..*

Friday, August 5, 2011

ROTI SOSEJ


Nampaknya sempena bulan Ramadhan ni, otak lebih kepada makanan & motivasi.. hehe.. Harini try buat roti sosej..jadi ke x?ni la hasilnya..resepi buh sendiri..kalau nak tgk yang diorang buat & berjaya ada di bawah ni..nak tengok yang saya punya?kuikuikui.. tunjuk gambar je dulu..kalau sempat saya sertakan resepi saye..
Oppss..jgn lupa baca sampai habis..Sebab ada PETUA pasal roti..ni saya ambil dari link :http://yatiecooking.blogspot.com/2009/06/roti-sosej.html

SELAMAT MENCUBA~!
-------------------------------------------------------------------------------
ROTI SOSEJ

Penyumbang resipi Yatie tak ingat le ... sebab nak cepat salin sampai terlupa nama penyumbang resipi. Tapi Yatie rasa macam ambil di Mamafami atau Mamazieza .... Anyway, maaf kepada penyumbang resipi jika namanya tak tertera di sini.

ROTI SOSEJ

BAHAN2:
190ml air
400gm tepung roti
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ayam
2 sudu kecil yis
60gm butter
Sosej yang mencukupi (direbus terlebih dahulu)

CARA2:
1. Tepung, susu tepung, garam & telur dikacau sebati (BAHAN A)
2. Bancuh gula dengan yeast dalam air suam (BAHAN B)
3. Masukkan B dalam A gaul sebati dan masukkan butter, uli sehingga lembut
4. Biarkan 45 minit - 1 jam atau sehingga roti naik 2 kali ganda
5. Uli doh mengikut bentuk yang dikehendaki, biarkan selama 10 - 15 minit sebelum dimasak
6. Untuk menampakkan roti berkilat diatas, boleh le disapu adunan susu segar & telur kuning diatasnya.
7. Dibakar dengan suhu yang tinggi 200C selama 10 minit dan kemudian diturunkan suhu kepada 180C selama 10 - 15 minit. Ini semua bergantung kepada kesesuaian oven masing-masing ye jadi kena pandai agak-agak juga. Kalau rasa dah masak boleh le diangkat.

TIPS UNTUK MEMBUAT ROTI:
Nak diikutkan senang juga nak buat roti cuma yang lecehnya adalah proses menguli, mengembang & memasak. Disini Yatie sertakan beberapa tips untuk membuat roti mengikut pengalaman sendiri le ye. Pengalaman selalu asyik tak jadi ... heheheheeh

MENGULI:
1. Mesti diULI. Kalau tak ULI tak jadi beb. Boleh pakai tangan atau mesin. Kalau pakai tangan, berpeluh tu, mengambil masa dalam 15 - 20 minit. Kalau pakai mesin 10 -15 minit. Kalau pakai breadmaker, lagi senang mengikut masa yang telah ditetapkan aje.
2. Lagi lama diuli, lagi cantik doh ye .. almaklumle ... nak cepat siap

MENGEMBANG:
1. Selepas doh diuli, kita kena biarkan dalam 45 minit hingga 1 jam untuk doh mengembang. Itu yang orang selalu sebut biarkan doh naik sehingga 2 kali ganda.
2. Untuk proses ini, Yatie selalunya akan biarkan doh di mangkuk & ditutup dengan kain lembab.
3. Jangan sampai doh terlampau naik ye sebab dia akan turun bila dibakar. Sebab itu kena tengok yang mana dulu, 45 minit hingga 1 jam atau doh naik 2 kali ganda.

MEMECAHKAN DOH:
1. Doh yang naik tadi hendaklah ditumbuk-tumbuk bagi membuang karbon dioksida didalamnya & mengembalikna yis kepada kedudukan asal.
2. Selepas itu barulah boleh diuli mengikut bentuk2 kecil yang dikehendaki.

MENGEMBANG KALI KE-2:
1. Selepas doh diuli mengikut saiz, biar kan ia seketika. Ini kena ikut resipi tersendiri le ye. Ada yang memerlukan sesingkat 15 minit & ada juga memerlukan 30 minit untuk dibiartkan sebelum dibakar.

MEMBAKAR:
1. Roti perlu dibakar menggunakan suhu yang tinggi mengikut resipi masing-masing

ROTI YANG CANTIK:
1. Untuk mendapat kulit roti yang lembut - Selepas roti dibakar & sebaik shj dikeluarkan dari oven, roti disapukan dengan mentega cair atau campuran susu segar & telur
2. Untuk kulit roti yang rangup - Sapukan roti dengan aor yang dicampurkan dgn sedikit garam sebelum dibakar
3. Untuk kulit roti yang berkilat - Sapukan roti dengan susu segar yang dicampur dengan telur & gula halus

SELAMAT MENCUBA BUAT SEMUA!!!!


------------------------------------------------------------------------

oh..alhamdulillah,sempat lagi taip sementara tunggu makanan dalam perut hadam sebelum memulakan solat maghrib (kejap je tau!)

ROTI SOSEJ

500gm tepung gandum
1 bungkus yis mauripan

1 biji telur (pukul sikit)
5 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 sudu besar shortening
2 +- sudu besar minyak masak
400 - 500ml air suam

Sosej secukupnya (rebus dulu)
1. Gaul tepung gandum + yis. Tunggu sehingga 5 minit.
2. Masukkan bahan-bahan yang lain ke dalam satu bekas.
3. Setelah 5minit, uli semua-semua bahan.

rasanya langkah yang lain boleh ikut diatas, sambung langkah 4..hehe

tepuk dada, tanya tangan & selera.. pilihlah yang mana berkenan~!

Thursday, July 28, 2011

Rangsang Anak Menyiapkan Kerja Sekolah

1. Spesifikkan masa belajar anak2
2. Buat sebentar-sebentar (ie ikut umur - kalau tahap 1 dlm 20-30 min.tahap 2 40min,sek menengah 1jam)
3. Peruntukkan tempat yg sesuai dan elakkan gangguan yg blh distract tumpuan anak..eg tv,game atau adik-beradik yg lain.
4. Pada peringkat awal nak disiplinkan mrk,ibu/bapa perlu korbankan masa sikit temankan mereka buat kerja sekolah - dr awal hingga siap.tapi jika mereka dah pandai disiplin,blh la tinggal2kan kejap. Monitoring sangat PENTING!
5. Jgn lupa 'reward' andai mereka dpt fokus dlm mbuat kerja rmh. Penghargaan blh dibuat dlm bentuk hadiah, pujian dan acknowledgement.eg,ibu bgtau ayah yg anak dia buat keje sekolah dgn baik,dan ayah respon dgn senyum bangga - maybe plus a pat on the back - sambil mengatakan "haaa..bagus!macamni la ayah nak.." (bukannye takat dengar,angguk dan sambung baca suratkhabar!muahahah..)
5. Tips utk anak yg susah dgr kata,xmau buat keje sekolah/belajar,malas gi sekolah,xmau solat,etc.. Masuk ke bilik anak masa dia tgh tidur lena. Usap2 kepala dia sambil sebut nama dia,"Ahmad, Ummi nak Ahmad jadi anak yang soleh,rajin belajar dan tak tinggal solat".ulang byk2 kali sampai la ada respon (menggaru,bergerak alih posisi,mengangguk etc),ulang beberapa kali lagi sebelum keluar.baca (ala..lupa ayatnya) surah al-Hajj (klu xsilap) dan tiup di ubun2 anak.
Perbuatan ini perlu diulang tiap2 mlm - dlm seawal seminggu dua,insyaAllah akan nampak hasilnya.. :)

Utk kes kerja rumah byk (time cuti sekolah) - tgk berapa soalan kerja rumah anak2 (bukan muka surat ye),pastu cuba bahagikan ikut tempoh yg sesuai - brp lama dia perlukan utk siapkan SEMUA kerja rumah.

NOTE : Amat penting utk kita benarkan anak kita menikmati cuti sepuas2nya. Tapi allocatekan beberapa hari khusus utk diorg siapkan kerja rumah..hari2 lain silakan enjoy! I LIKE! :D

-petikan dari status Janira Ain di facebook beliau

First In 2011

Assalamualaikum.. he.. he.. mengikut tajuk diatas.. Sekarang dah bulan 7. Ni baru nak publish kan post. Bukan takde post, tapi bertimbun kat draf sana..Asal taip je mesti tak sempat final, asal nak finalkan, mesti ada panggilan lain yang memanggil. He He

Alhamdulillah, diam tak diam dah setahun Ramadhan berlalu.. Tinggal 2,3 hari lagi Ramadhan 1432H akan tiba. Harap2, ibadah pada Ramadhan lepas lebih berganda pada Ramadhan tahun ini, dan ditambah dengan amalan2 lain yang mendekatkan saya dengan Pencipta & Kekasih saya. Dan harapnya saya tabah untuk menyempurnakan puasa & amalan lain di bulan mulia ini. Semoga, saya berjaya menempuh tarbiyah di sepanjang bulan itu. Yang menjadikan saya mendapat 'ijazah' kejayaan selepas melaluinya.

Wah, tahun ni, sekali lagi Birthday Afnan pada bulan Ramadhan. Tapi tekad nak buat sedikit sambutan untuk berkongsi rezeki dengan dua tempat: Seremban & Lok HEng semasa raya nanti. Eh? Mcm nak buat kat pontian jugak.. Em, kita tengok macam mana yang ketiga itu ye,. =)

Maknanya, anakku Muhammad Afnan Faqihuddin sudah hampir 2 tahun lahir ke dunia ini, dengan gelagat, kerenah, tingkah laku, perangai yang mencuit, menggaru, dan mengusik hati ini.. Dan tahun ni, sudah 4 tahun saya menjadi isteri kepada seorang suami..

Banyak yang telah dilalui.. Terlalu banyak hikmah & pengajaran yang Allah beri.. Tinggal diri ini tuk menilai.. Dengan mata kasar ataupun dengan mata hati..

Ok lah, sampai sini dulu je. Harapnya dapat konsisten untuk memblog. Apatah lagi mengepost sesuatu yang amat berguna untuk rujukan di kemudian hari e.g: tips keluarga, tips anak, tips masak etc.

Thanks for viewing~!