My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Saturday, March 22, 2014

resepi donut lembut gebu

Jom masak sendiri!! Selain menjaga kesihatan dengan mengambil produk kesihatan, makanan yg dimasak sendiri lebih mudah diperhatikan mutu dan kualiti makanan yg masuk ke perut..

Ni resepi yg saya agak tibai jugala.. sbab masak di dapur yg bukan dapur kita dan bahan yg main redah je..hehe.. mujur tuan rumah rajin simpan stok2 yg diperlukan.


▶hampir setengah kg tepung gandum
▶1 peket yis mauripan
▶3 sudu besar gula
▶1sudu teh garam
▶secawan susu cair (tp xde susu cair so guna susu pekat+air suam)
▶3 sudu besar butter (xde, guna minyak jagung)
▶sebiji telur, (telur kampung je ada! guna tu je.hehe) - dipukul
▶air suam secukupnya

cara:
1) ayak tepung. masukkan mauripan. gaul. biarkan selama beberapa minit (2-3 minit)
2) masukkan gula, garam dan minyak/butter. gaul sehingga sebati antara minyak/butter dengan tepung.
3) masukkan susu dan telur kedalam adunan tepung itu tadi. gaulkan sehingga sebati.
4) masukkan air suam sedikit demi sedikit, sambil menguli doh tersebut. uli & masukkan lagi air sehingga doh tidak melekat pada tangan.
5) setelah doh tidak melekat pada tangan, tutup doh tersebut dengan kain lembap. biarkan sehingga ia kembang sekali ganda.

6) setelah kembang, kita akan lihat seperti ada angin dalam doh tersebut. tumbuk doh bagi mengeluarkan semua angin-angin itu tadi..uli. dan canai dengan ketebalan lebih kurang setengah inci. tekap dengan acuan.
7) setelah ditekap, biarkan dahulu  supaya kembang sedikit, baru masukkan dalam minyak yang panas + api yang sederhana.
8) masak sehingga keperangan dan boleh disalut dengan gula ising ataupun topping-topping yang lain :)

selamat mencuba~!!

terima kasih buat blog yang saya singgah untuk mencari item-item yang diperlukan dalam pembuatan donut. dan terima kasih buat emak Junaidah yang sering sudi menjawab pertanyaan saya walaupun berulang kali tanya setiap kali mak buat kuih, pastry, bakery dan macam-macam.. jawab dengan sabar dan tenang tu.. hehe.. kecil2 suka tanya banyak2 kali kat mak, sampai rasa puas hati dengan jawapan-jawapan beliau.. tapi mak tak marah pun.. :')

nota: sudah masuk hari ketiga, donutnya masih boleh dimakan dan teksturnya masih lembut! tanpa bahan-bahan seperti bread improver / bread softener! subhanallah.. boleh rupanya tahan sebegitu.. mungkinkah sebab telur kampungnyakah? wallahualam...
























No comments:

Post a Comment