Tips nampak sangat cantik..
tips ni sering diajar oleh orang-orang yang alim bahagian ini. dan tips ni sering saya lihat pada mereka yang sangat menghayati dan menjadi amalan mereka..
apa tips tu...? jeng jeng jeng...
SATU: sentiasa bersihkan hati
hati ini nak kata sentiasa bersih, tentu sukar.. kerana setiap saat syaitan akan sentiasa mencari peluang agar hati kita ni penuh dengan buruk sangka, bersangka-sangka, dengki, dendam, irihati, dan macam-macam.
Jadi, mereka yang nampak sangat cantik ini rupanya sentiasa bermujahadah, sering bertarung dengan diri mereka (sebahaya-bahaya musuh adalah diri sendiri).. agar perasaan-perasaan buruk itu dihilangkan dari hati mereka.. bukan senang untuk bersihkan hati.. tapi itulah mereka lakukan untuk menjaga kesucian hati.. dan kesan sampingannya..waduh2.. berseri2.. bercahaya2.. rasa tak puas tatap wajah mereka..mereka xtahupun.. tapi kita yang lihat ni yang tahu.. kalau kita bagitahu mereka, baru mereka tahu agaknya..
wah.. satu point ni pun dah panjang.. nanti la kita sambung tips-tips yang lain ye insyaallah
No comments:
Post a Comment