My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Thursday, July 28, 2011

Rangsang Anak Menyiapkan Kerja Sekolah

1. Spesifikkan masa belajar anak2
2. Buat sebentar-sebentar (ie ikut umur - kalau tahap 1 dlm 20-30 min.tahap 2 40min,sek menengah 1jam)
3. Peruntukkan tempat yg sesuai dan elakkan gangguan yg blh distract tumpuan anak..eg tv,game atau adik-beradik yg lain.
4. Pada peringkat awal nak disiplinkan mrk,ibu/bapa perlu korbankan masa sikit temankan mereka buat kerja sekolah - dr awal hingga siap.tapi jika mereka dah pandai disiplin,blh la tinggal2kan kejap. Monitoring sangat PENTING!
5. Jgn lupa 'reward' andai mereka dpt fokus dlm mbuat kerja rmh. Penghargaan blh dibuat dlm bentuk hadiah, pujian dan acknowledgement.eg,ibu bgtau ayah yg anak dia buat keje sekolah dgn baik,dan ayah respon dgn senyum bangga - maybe plus a pat on the back - sambil mengatakan "haaa..bagus!macamni la ayah nak.." (bukannye takat dengar,angguk dan sambung baca suratkhabar!muahahah..)
5. Tips utk anak yg susah dgr kata,xmau buat keje sekolah/belajar,malas gi sekolah,xmau solat,etc.. Masuk ke bilik anak masa dia tgh tidur lena. Usap2 kepala dia sambil sebut nama dia,"Ahmad, Ummi nak Ahmad jadi anak yang soleh,rajin belajar dan tak tinggal solat".ulang byk2 kali sampai la ada respon (menggaru,bergerak alih posisi,mengangguk etc),ulang beberapa kali lagi sebelum keluar.baca (ala..lupa ayatnya) surah al-Hajj (klu xsilap) dan tiup di ubun2 anak.
Perbuatan ini perlu diulang tiap2 mlm - dlm seawal seminggu dua,insyaAllah akan nampak hasilnya.. :)

Utk kes kerja rumah byk (time cuti sekolah) - tgk berapa soalan kerja rumah anak2 (bukan muka surat ye),pastu cuba bahagikan ikut tempoh yg sesuai - brp lama dia perlukan utk siapkan SEMUA kerja rumah.

NOTE : Amat penting utk kita benarkan anak kita menikmati cuti sepuas2nya. Tapi allocatekan beberapa hari khusus utk diorg siapkan kerja rumah..hari2 lain silakan enjoy! I LIKE! :D

-petikan dari status Janira Ain di facebook beliau

First In 2011

Assalamualaikum.. he.. he.. mengikut tajuk diatas.. Sekarang dah bulan 7. Ni baru nak publish kan post. Bukan takde post, tapi bertimbun kat draf sana..Asal taip je mesti tak sempat final, asal nak finalkan, mesti ada panggilan lain yang memanggil. He He

Alhamdulillah, diam tak diam dah setahun Ramadhan berlalu.. Tinggal 2,3 hari lagi Ramadhan 1432H akan tiba. Harap2, ibadah pada Ramadhan lepas lebih berganda pada Ramadhan tahun ini, dan ditambah dengan amalan2 lain yang mendekatkan saya dengan Pencipta & Kekasih saya. Dan harapnya saya tabah untuk menyempurnakan puasa & amalan lain di bulan mulia ini. Semoga, saya berjaya menempuh tarbiyah di sepanjang bulan itu. Yang menjadikan saya mendapat 'ijazah' kejayaan selepas melaluinya.

Wah, tahun ni, sekali lagi Birthday Afnan pada bulan Ramadhan. Tapi tekad nak buat sedikit sambutan untuk berkongsi rezeki dengan dua tempat: Seremban & Lok HEng semasa raya nanti. Eh? Mcm nak buat kat pontian jugak.. Em, kita tengok macam mana yang ketiga itu ye,. =)

Maknanya, anakku Muhammad Afnan Faqihuddin sudah hampir 2 tahun lahir ke dunia ini, dengan gelagat, kerenah, tingkah laku, perangai yang mencuit, menggaru, dan mengusik hati ini.. Dan tahun ni, sudah 4 tahun saya menjadi isteri kepada seorang suami..

Banyak yang telah dilalui.. Terlalu banyak hikmah & pengajaran yang Allah beri.. Tinggal diri ini tuk menilai.. Dengan mata kasar ataupun dengan mata hati..

Ok lah, sampai sini dulu je. Harapnya dapat konsisten untuk memblog. Apatah lagi mengepost sesuatu yang amat berguna untuk rujukan di kemudian hari e.g: tips keluarga, tips anak, tips masak etc.

Thanks for viewing~!