Berikut merupakan pengalaman yg dikutip dari newsfeed fb.. saya titipkan disini agar mudah dijumpai jika dicari..
Wal'iyadzubillah.. tp sebagai tips bersama
ILYAS DAN HFMD
**HFMD: Hand, Foot & Mouth Disease atau dikenali sbg Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut**
Nak share pengalaman ilyas kena HFMD 2 minggu lepas utk rujukan bersama di masa akan dtg. Sejujurnya sebelum ni tak pernah ambil tau in details ttg HFMD. Ingatkan takde la teruk mana. Bila jadi kat ilyas, rupa2nya lagi teruk dpd dia kena chicken pox tahun lepas. Masa kena chicken pox dia tak demam langsung walaupun gatal satu bdn tapi aktif mcm biasa siap boleh bertumbuk/bergusti dgn mak dia lagi. Tapi bila kena HFMD, sungguh tak sama keadaannya. Huhuhu.
HFMD penyakit berjangkit. Kalau nak tau, HFMD bukan hanya dpt dari nursery/tadika/sekolah sahaja. Anak yg tak pergi nursery pun boleh dpt HFMD contohnya… si ilyas ni ha...
Kronologi:
1. Subuh Ilyas demam. Petang tu baru muncul segala ruam , blister (bintik2 merah berair cam nak letup tu). Google & tanya kwn2 mmg sah la HFMD sbb kat tapak tgn, tapak kaki & mulut dah muncul blister & ulser. Tanda2 kat mulut ada ulser, tengok air liur dia. Meleleh je.
2. Bawa gi klinik. Sah HFMD. Doktor bg PCM (ubat demam) dan ubat spray mulut saja. Antiobitik takde sbb HFMD ni adalah virus jenis coxackie dan enterovirus, so kalau bagi pun tak jalan. Doktor suruh monitor suhu, aktif atau tak, pernafasan, kot2 muntah2 teruk. Kalau ada pergi emergency terus.
3. Doktor ada pesan selama kena HFMD mmg akan ada masalah selera makan dan menyusu. Sebab mulut ilyas penuh ulser. Kesiannya. So doktor suruh monitor kalau pampers kering tanda2 dehydrate. Kena bawa emergency cepat2.
4. HFMD ambil masa selama 10 hari utk pulih sepenuhnya, so kena kuarantinkan ilyas 10 hari.
5. Day 2, demam ilyas tak kebah2. Selalunya kalau demam, bagi PCM 2 kali je dah kebah tp kali ni turun naik. Risau sgt sbb takut kalau tinggi 39 je doktor suruh gi emergency. Aduh trauma dah dgr perkataan hospital/emergency/warded.
6. Yg merisaukan kalau kena HFMD ni adalah suhu, kalau terlalu tinggi boleh sebabkan sawan. Lagi satu kalau kes yg teruk boleh menyerang system saraf, otak dan jantung pesakit dan menyebabkan radang otak, meningitis dan inflamasi juga keradangan otot jantung.
7. Demam ilyas mula turun pada hari ke-3. Hari ke-4 dah tak demam langsung.
8. Blister dan ulser terus keluar sampai hari ke 6. Dalam masa tu mmg merengek je la dia sebab gatal sangat dan sakit dlm mulut. Mana taknya bukan tumbuh kat 3 tempat tu aje. Kat badan, celah peha dan diapers area pun ada. Tumbuh melata. Lagi satu asyik merengek sebab lapar. Dia ada hati nak makan & minum susu tapi bila sampai dekat bibir terus dia tepis. Sakit sangat gamaknya. Kesian anakku.
9. Hari ke 9, ilyas dah sihat sepenuhnya. Dah boleh minum & makan seperti biasa. What a relief. Syukur Alhamdulillah.
10. HFMD boleh berjangkit daripada hingus/kahak, air liur, najis, udara dan air dari blister.
11. HFMD ni kalau dah kena sekali, tak mustahil akan kena lagi sekali sebab sakit ni dtgnya dari virus. So kalau bawa anak gi tempat public especially tempat yg crowded cam supermarket, mall, playground & hospital, sentiasa pastikan anak2 basuh kaki & tangan. Paling tidak, bawalah hand sanitizer dlm handbag. Lumur kat tgn & kaki dorg. Sampai je rumah mandikan dan tukarkan baju dorg.
12. HFMD setiap budak tak sama. Ada yg teruk, ada yg tak teruk.
Usaha saya semasa jaga Ilyas:
1. Sentiasa sponging kepala & body. Especially kat ketiak dan pelipat2. Campur air asam jawa dgn air—lapkan. Campur air dan YLEO lemon – lapkan. YLEO-Young Living Essential Oil ni kawan yg introduce. Geng mak2 minyak mesti terror dah bab ni hehe. Sbnrnya beli YLEO utk tujuan lain, tapi dah kebetulan ilyas kena HFMD ni terus apply mana yg sesuai. Rose Haikal Orkid Mania Farina Hamzah
2. Mandikan & rendamkan setiap 2 jam dlm 10-15min.
Rendam dlm air, lemon slices, epsom salt (utk turunkan suhu). Mmg sgt berkesan. Recommended.
Rendam dlm air, 3 drops of YLEO lavender (turunkan suhu, bg anak rs tenang & kurangkan gatal bdn). Superb.
Mandikan dgn neem & turmeric soap brand himalaya (utk kurangkan gatal). Ni pun bagus sgt.
3. Sapukan calamine lotion dekat seluruh tempat yg gatal. YLEO Lavender pun sapu gak tapi sapu kat tempat yg dah melepuh je nak bagi hilangkan bekas.
4. Masakkan bone broth soup (sup tulang ayam atau daging). Ramai yg panggil ni sup antivirus/antiviral sbb fungsinya utk melawan virus. Sup ni mengandungi high protein jadi mmg elok utk melawan penyakit.
5. Bagi makan aiskrim vanilla dan yogurt utk legakan tekak dan mulut.
6. Bagi minum susu dlm kotak sebab straw susu kotak ni halus je. Suprisingly boleh pulak dia terima susu lembu anak bertuah ni. Ilyas selama ni minum susu kambing sahaja.
7. Air kosong pun cuba bagi minum pakai straw halus. Ilyas minum sikit2 je. Tu pun lepas kena spray mulut.
8. Time tido lumur YLEO thieves kat tapak kaki. First time apply anakku menjerit. Rupanya kena dilute dulu. Mama kalut sgt sbb risau hahaha.
9. Potong bwg merah 5 ulas, letak dlm bekas terbuka letakkan kat kepala katil. Katanya boleh serap virus & bakteria. Kira serap kuman la. Pernah cuba masa ilyas selsema. Esoknya dah tak bersin dah.
10. Asing2kan brg ilyas cth baju dan utensils.
11. Basuh dan jemur barang2 dan toys. Boleh spray dgn YL thieves spray. Ada try google, boleh spray dgn air campur baking soda utk matikan kuman.
12. Lapkan lantai dgn Clorox frequently.
13. Bila dia dah tak demam, pakaikan dgn baju long sleeves dan long pants. Utk elakkan dia berjangkit kat org lain dan juga elakkan dia menggaru bekas2 gatal.
14. Yg tukang jaga pun kena jaga kebersihan gak sbb ada possibility jangkit. So kena sentiasa basuh tgn. Sepanjang ilyas sakit, air liur sentiasa meleleh jd mmg kena sentiasa basuh tgn dan tukar baju sbb air liur melekat kat merata baju dan seluar mama.
15. VCO-Virgin Coconut oil pun bagus bagi utk antibodi badan kalau anak boleh telan la. Ilyas tak suka.
Apa lagi ek. Rasanya ni saja yg teringat buat masa ni. Kalau kawan2 ada pengalaman lain tentang HFMD ni boleh la share. Mana tau ditakdirkan kena lagi.. nauzubillah la kan tapi kena sentiasa berjaga2 jugak
Bulan puasa ni, ramai yg bawa anak2 gi bazar ramadhan kan.. so kena extra cautious kalau terpaksa bawa anak sekali pergi bazar. Skrg banyak sangat penyakit dan mudah sangat anak2 dpt penyakit kat luar sana tu.
Note: Semua yg diceritakan adalah pengalaman sendiri. Mana2 part yg ada percanggahan fakta mohon betulkan.
*Sumber gmbr2 dari google.
OK.. habis dah :)
#naparenting #ilyashfmd
No comments:
Post a Comment