My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Wednesday, July 29, 2009

Ais Krim Kacang Merah

Tengah2 try nak masuk laman web myresepi.com,terjumpa pulak resepi ni..hem..website tu selalu xleh masuk akhir2 ni...ramai sangat viewer ke atau apa...huhu..selalu bosan-bosan tgk website tu..cuci mata..hehe..coz dia siap buh gmbar..tu yg menariknya tu...tryla lawati website myresepi.com..better search kat google dulu for the first time..sbb nanti dia masuk ke tempat lain..ha..sambung balik..oleh kerana xdapat masuk website tu,terjumpa resepi ni..rupa-rupanya sumbernya dari ahli myresepi gak..hehe..teringin nak wat..tp nak carik bahan-bahannya..aduhai..mungkin nanti2 kot..xberapa larat pulak...

ni link asal http://chetambiz.blogspot.com/2008/06/ais-krim-kacang-merah-mat-gebu-my.html
gambar pun pinjam blogger tu punya..hehe..jgn mara eh



nampak sedap,kan...

Ais Krim Kacang Merah

Bahan-bahan ( 7 - 8 orang )
270 g coffemate (creamer tepung)
500 ml susu segar
100 g gula halus (gula kastor)
1 tin kacang merah dalam tin

Cara-cara

Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar. Kacau dgn wisk hingga semua larut dan sebati. Simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4 - 5 jam (sehingga 3/4 beku).
Toskan kacang merah, lecek hingga hancur dan ketepikan. Keluarkan adunan ais krim dan masukkan ke dalam mixing bowl. Putar dgn kelajuan tinggi 10 minit hingga pekat dan gebu.
Perlahankan speed. Masukkan kacang merah lecek dan putar 1 - 2 minit hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas plastik (seperti tupperware) dan dingin beku sekurang2nya 8 jam atau semalaman.

Wednesday, July 15, 2009

Perkara yang membuatkan kita tersenyum..

8 perkara yang buatkan mama tersenyum..

1. Alhamdulillah...dapat lagi menghirup udara di dunia ini bila bangun pagi tadi..

2. takde air pagi ini tapi Allah bagi ilham untuk amik wudhu'.

3. Tersenyum dapat mengangkat sebaldi air dari kolah walaupun tengah sarat untuk mandi..Allah bagi kekuatan..

4. Syukur, tadi bahagian rahim sakit,tapi sekarang dah ok..

5. Geli dan seronok dapat rasa pergerakan anak mama yang makin aktif ini...tengah exercise ye sayang...

6. Dapat sediakan makanan,mengemas dan buka kedai pagi ini tanpa sebarang rasa badmood.

7. Allah permudahkan dan bantu mama untuk lakukan semua ini..Sesungguhnya mama tiada daya dan tidak mampu usaha andai bukan Dia yang izinkan dan berikan kekuatan..

8. Tadi hati sedikit terluka..hampir kecewa..Alhamdulillah,Dia hiburkan mama dengan ilhamkan pada mama suatu doa..
Ya Allah...kurniakan aku kebaikannya dan segala kebaikan yang ada pada dirinya...
Jauhkan aku dari keburukannya dan segala keburukan yang ada pada dirinya..
Jadikan aku sabar diatas segala keburukan..kerana disitu akan ada kebaikan...
Sabarlah,sayang...
Dalam mencari redha dan kesenangan dikemudian perlukan struggle...Struggle is not easy..

Smile always...

Sunday, July 12, 2009

Baby tengah berlatih...

Tadi makngah call..cian makngah kurang sihat...mabuk tu..alhamdulillah..tahniah untuk makngah...nak masuk anak yang kelima...

SubhanaLLah..tadi mama citer kat makngah yang anak mama dalam nih selalu sangat gerak-gerak..kalau gerak tu,lama sangat gerakannya sampai mama risau kenapa selalu sangat gerak...em..dia macam gunung berapi yang sedang meletus2...lama tau...kadang-kadang nak buat count-to-ten tu kena tunggu untuk buat kiraan yang seterusnya...kata makngah baby ni tengah praktis untuk keluar...dalam hati mama..kagum dengan kuasa Allah..tak dapat dinafikan,mama risau masa mula-mula tu bila dengar word 'keluar' rasa macam sayang nak keluar anak mama dari perut mama ni...yela...dalam perut ni la mama tau mana anak mama pergi,apa anak mama makan,rasa pergerakan dan perbuatannya..walaupun rasa tak selesa,tapi tenang...

Tapi bila difikirkan semula seminit dua lepastu,terbit rasa kagum..hebatnya Allah..aturkan baby ni berlatih untuk keluar...baby pun kena berlatih!baru dapat keluar..apatah lagi kita yang mukallaf nih..yang telah dipertanggungjawabkan amanah diatas bahu kita..tentu kena berlatih dan berusaha untuk melaksanakan tugas kita dengan sesempurna mungkin..so,dalam hal ni...mama kenalah ambil pengajaran..mama pun kena berlatih bersungguh-sungguh supaya mama dapat keluarkan anak mama dengan baik dan sesempurna mungkinitu kan tanggungjawab mama sebagai pembawa baby..=)

okeylah..mama da penat punggung duduk nih..hehe..anak mama dalam perut ni pun bergoncang2...emm...mama stop sampai sini dulu...

Senyum dan tegas...

Senyuman Rasulullah Banyak Bantu Misi Dakwah
www.iluvislam.com
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1790
Yussamir Yusof
Editor: arisHa27

BUKAN sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan. Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.


Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda.

Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar,

“Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.”
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)

Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,

“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW."
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata,

“Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.”

Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata:

“Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?”

Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata, “Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu". Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah. Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya.

Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya.

Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria. Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai.

Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit. Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan).

Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda:

“Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah?"

Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah:

“Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya”.

Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan.

Saturday, July 11, 2009

anak mama 33 minggu dalam pewot


close up face
Salam anak mama...
Da besar anak mama dalam pewot ni...aktif..selalu gerak-gerak...kadangkala rasa macam anak mama ni tengah buat mesyuarat apa kat dalam tu...telepati ngan sahabat-sahabat yang lain eh..hehe...ke tengah seronok dengar nasyid.fm eh...nanti da besar,jangan dengar lagu bukan-bukan tau..dengarlah lagu yang mendidik jiwa, mengasah akal dan menenangkan fikiran...

Mama minta maaf sepanjang mama mengandungkan anak mama,mama ada rasa xtenteram, xtenang..mama sentiasa doakan anak mama ni seorang yang cergas,soleh,cerdas,lembut hati terhadap kebenaran,tegas menentang kemungkaran...andai mama tak sempat melihat anak mama,insya Allah,papa ada dan setia untuk mendidikmu sayang...jangan dilukai hati seorang bapa...selalu dengar dan taat perintah dia..dia dah jaga mama sepanjang mama xsihat ni...dan banyak bersabar dengan kerenah mama...

Kelmarin mama g klinik...kak imah misi tu risau bila mama kata mama ada mengeras2..tp mama kata xde la skit..cuma kadang2 bila penat,atau br pas buat aktiviti yang ekstrem skit...kdg2 bila mencangkung lama,bila bangun tu ada la rasa...ada rasa sakit skit bl mengeras..kena tahan kat klinik jap..alhamdulillah..bila misi lain gtau yang lau xsakit,masih biasa lagi..tapi kena ati2 jugak...alhamdulillah..lega ati mama..anak mama baru 33 minggu..mg selamat anak mama keluar...

arini mama chatting ngan auntie iman..tp nama sebenar auntie iman tu norasyikin binti abdul hamid...alhamdulillah..dpt tenangkan ati mama yang gelisah sejak pukul 9++ pg tadi...dengan auntie iman la mama dapat luahkan perasaan...walaupun bukan secara berterus terang,tapi bila berinteraksi dengan dia,mama dapat pengajaran dari apa yang mama kata padanya dan apa yang dia katakan pada mama...

alhamdulillah...Allah bagi banyak benda baik untuk mama walaupun terlalu sikit mama buat untuk Nya...Allah memang xminta apa-apa pada mama...kerana Dia punya segalanya...tapi mama perlu buat banyak padaNya supaya Dia boleh berikan mama keselamatan dan ketenangan di dunia dan akhirat..tp tula..mama selalu lupa..selalu leka...tp Dia xpernah lupa beri pada mama...banyak pula tu...malu,kan...

hem..sampai sini dulu coretan mama...insya Allah...mama akan perkenalkan dunia mama pada anak mama..agar bila mama takde atau tidak..anak mama tau,mama sentiasa sayangkan anak mama....