My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Friday, October 25, 2013

Tawaran Kemasukan ke Kolej Komuniti Bandar Penawar : Ambilan Sesi November 2013



Assalamualaikum..
Nak beritahu satu berita gembira buat mereka

  • Warganegara Malaysia
  • LEPASAN SPM. 
  • masih mencari pekerjaan (apa jua status sijil / diploma / degree)
  • ingin menambah kemahiran
  • ingin mencari pengalaman

Kolej Komuniti Bandar Penawar menawarkan Sijil (Lulus SPM)
  • Sijil Aplikasi Perisian Komputer
  • Sijil Penyelenggaraan Bangunan
  • Sijil Akauntansi (Lulus SPM & 1 kredit mana-mana subjek & Lulus Matematik)
  • Sijil Teknologi Pembinaan (Lulus SPM & 1 kredit mana-mana subjek & Lulus Matematik)

Disamping itu, bagi mereka yang tidak LULUS SPM, terdapat Sijil Modular yang masih ditawarkan di KKBP ini (Ambilan Januari 2013) : 
  • SMK yang dibuka: Sijil Penyelenggaraan Bangunan- Elektrik, Kimpalan Arka & Gas, Kemasan Bangunan Sijil Aplikasi Perisian Komputer- Sijil Pembangunan Aplikasi (jAVA) Sijil Pembangunan Sistem Berasaskan Web S. Pengoperasian Perniagaan- Sijil Pengendalian Pejabat & Pemasaran
    • keterangan lanjut, blh berhubung dengan Unit Pengambilan Kolej Komuniti Bandar Penawar

Ambilan November 2013 Dibuka sekarang.
Laluan ke Politeknik -> Universiti IPTA/IPTS
Laluan kerjaya ke sektor awam/sektor swasta/bekerja sendiri..
Kelebihan lain:Lokasi KKBP di Bandar Penawar yang berada di tengah-tengah kawasan yang sedang membangun (Desaru & Pengerang). Pembangunan ini memerlukan tenaga buruh yang banyak dari pelbagai sudut.
Kami juga berusaha kearah menyediakan lulusan berkemahiran untuk bekalan komuniti setempat.
Tarikh pendaftaran: 29 Oktober 2013 (sebarang pertanyaan berkenaan pendaftaran boleh diajukan)
Untuk keterangan lanjut, hubungi 019-7344405 / Unit Pengambilan KKBP


Kenapa berita ini dikatakan gembira?


Kerana ia merupakan laluan alternatif ..

Laluan ke Politeknik -> Universiti IPTA/IPTS
Laluan kerjaya ke sektor awam/sektor swasta/bekerja sendiri..

Dan yang bestnya, KKBP ini berdekatan dengan Pengerang & Desaru yang SEDANG membangun. Mereka memerlukan tenaga buruh dan berkemahiran. KKBP berusaha menyediakan tenaga berkemahiran bagi sektor-sektor yang memerlukan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Program-program yang ditawarkan:
http://www.kkbpenawar.edu.my/lamanbpenawar/


Tambahan, KKBP juga menyediakan kursus-kursus jangka pendek (min 5 jam). Kursus yang diadakan terdiri daripada:

  • Bahasa
  • Bangunan
  • Grafik & Multimedia
  • Hospitaliti & Pelancongan
  • Jahitan & Pakaian
  • Katering & Sajian
  • Kecantikan & Dandanan
  • Kenderaan & Automotif
  • Kerohanian & Keagamaan
  • Kesenian & Kebudayaan
  • Komputer & Teknologi Maklumat
  • Kraftangan & Hiasan Dalaman
  • Pembangunan Diri
  • Perniagaan & Keusahawanan
  • Program Industri
  • Kursus Profesional

wah.. banyak,kan benefitnya? untuk keterangan lanjut berkenaan kursus pendek, boleh layari: http://www.kkbpenawar.edu.my/lamanbpenawar/index.php/takwim-kursus-pendek-2013-2


Pilihan ditangan anda.. ^_^

Juainiah Umi Binti Abu Bakar
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi 
Kolej Komuniti Bandar Penawar


atau hubungi 07-8225800 (sambungkan ke Unit Pengambilan)

No comments:

Post a Comment