My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Friday, November 16, 2012

"Patch Tool" AP CS3

Okey.. terus lagi menulis.. kalini kita fahami apa itu patch tool. Ia lebih kepada 'meniru' gambar ikut kepada yang kita dah pilih. Ia ada SUMBER dan DESTINASI. Panjang kata, bila kita dah pilih tool ni, kita perlu bulatkan (kita boleh lukis bentuk sesuka hati) dulu destinasi gambar (hasil akhir nanti) Lepaskan mouse dan akan terhasil satu bentuk. Kita tarik bentuk yang telah terhasil ke bahagian mana (sumber) yang kita nak dia juga turut sama ada di tempat yang kita bulatkan tadi (destinasi) i. Pilih Patch Tool ii. Lukis destinasi (gunakan gerakan mouse-klik)Lepaskan mouse iii. Drag destinasi ke sumber yang kita inginkan. Faham? Kalau tidak faham, boleh bertanya :D

Monday, February 6, 2012

Hikmah ujian..

Alhamdulillah..

Kadangkala Allah bagi kita hujan yang selebat-lebatnya.. (Itupun kadang2 je kan,sekali sekala,setelah banyak keseronokan yang Dia beri) ... Nak suruh kita risau, gundah gulana, resah gelisah, rasa tak selesa, out of comfort-zone, nak kita merayu, mengadu, mengharap, berfikir, mengoreksi diri, .. kembali tenang, bersyukur, redha & akur akan taqdir yang telah diberi.. dan tidak mustahil, untuk mensyukuri akan insan-insan yang ada dalam hidup kita..

Sebelum diberikan sinar yang cerah, sinar sesinar sinarnya.. :)

Walaupun yang telah ditelan itu pahit, namun itulah mujahadahku.. Yupp.. Mujahadah, sebab ia teramat perit, teramat sakit, teramat menguji kesabaran & kelemahanku sebagai isteri, anak, pekerja, masyarakat..

Namun sangat-sangat bersyukur ditaqdirkan berjauhan.. Jika tidak, mungkin mudah kaki ini melangkah keluar, meninggalkan amanah.. Mungkin disebabkan jarak yang dekat, keluar rumah itu menjadi kebiasaan hingga terlupa syariat.. Syukur mak & ayah yang memahami & tidak memberati anak-anaknya.. Walaupun dalam hati mereka, .. siapa yang tidak rindukan anak & cucu?.. (Tpi dulukan pernah 2hari berturut-turut berulangalik dari PG-BP untuk menjenguk anak & cucunya ni..-xckupkah lagi nak bersyukur?)

Syukur.. harapnya terus redha atas apa jua yang menimpa keatas diri ini.. :) Jadikan Mr Ikhlas, sebagai peneman setiaku~ :) ngeee~

Apa kes tulis seperti diatas?

Haa... Ni la cerita nyer..

Kesnya, dah beberapa bulan tak balik kampung seremban dua.. Alkisah nak dijadikan kisah, dah 2 minggu sejak kematian ibu salah seorang staff, rindu itu dah menjadi rindu dendam.. Yang dah xboleh dibendung2 lagi dah.. Harapan nak bertemu dengan pengarang jantung hati itu, dah mula berbunga-bunga bila mak ayah nak datang PG, dekat tu dengan rumah.. hnya setengah jam je lalu highway bandar penawar.. tapi nak dijadikan cerita lagi.. kami ni kenalah duduk di lokheng (yang membuatkan jauh dari mereka-uhuk3) kerana tuntutan tugas. ada masalah pekerja di lokheng.

(padanlah beberapa hari ini, ayah selalu tanya pasal kerja, mesti dia nak korek masa anak nya ok ke tak)huhu.. tu yang buat ati sayu tu.. mak ayah, cuba sedaya upaya menjaga hati anak2 & menantunya ... so, bila dia tanya, mereka taulah yang kami sedang hadapi masalah & masa agak tiada untuk bersama mereka.. namun begitu, pelawaan tetap ditanya kepada kami, kalau2 kami boleh bersama mereka melawat adikkucuk yang berada di Pontian sana nu... waaaaahh.. masa tu sangat jeles! dahlah abg PG br datang ke Pontian sana, kalini bawak mak ayah pulak.. tp bila ati dah tenang, jiwa tak kacau, barulah dapat fikir rasional, mngenang balik jasa2 & peristiwa manis (cewah!)

dan beberapa hari ini, ati sangat sayu, dan empangan mudah rapuh..hehe..rasa terkilan, sedih, m..kadang2 marah pun ada..tapi mungkin berkat Maulidurrasul, hati jd sangat tenang & mudah rasional berbanding sebelum2 ni (berkat dengar selawat2 dan rancangan yang mnenangkan agknya)..cuma empangan tu je la yg xmampu nak kukuhkan lagi :P

Dan! (sekali lagi dan :P) terima berita yang walaupun belum tentu sahih ke x (sebab masanya blum sampai,jadi,mcm2 boleh terjadi), mak kata nak datang lagi minggu depan (ada majlis ex-imigresen pulak) alhamdulillah, n mak kata, kalau dapat, nak tdur bandar penawar pulak!! ohh.. macam bulan jatuh ke riba!opss..tp xleh citer panjang2 tentang ni, coz xtahu lagi perancangan Allah..tapi cukuplah berita ni membuatkan empangan tu bocor sekejap tanda lega & syukur.. Lega mak xterasa dengan ketidakmampuan kami berada disamping mereka & syukur, Allah kurniakan berita buat penenang hati si mujahadah kerdil ini..

Nah! selepas Allah uji saya selama beberapa minggu, (itupun bukanlah mencapai taraf teruk pun jika dibandingkan dengan ujian keatas kekasih Allah), Allah bagi saya pelangi yang sangat cantik, buat peneman saya dibeberapa ketika selepas ini :)

Jadi, jika anda juga diuji, sabarlah, jangan melakukan sesuatu yang boleh dikira melanggar undang2/larangan Allah. Tunggulah sambil melakukan amal kebaikan sebanyak2nya. InsyaAllah, giliran anda mendapat pelangi anda juga akan tiba nanti :) Walaupun kisah diatas bukanlah seteruk mana, namun, masing-masing punya tahap kekentalan yang berbeza. Masing-masing punya titik kelemahan yang tidak sama. Apa yang berlaku, adalah atas kemampuan kita. Ujian itu adalah khusus buat kita. Lain orang, lain ujiannya. Tapi yang pasti, cuma satu. Allah nak panggil kita agar kembali/balik kepadaNYa, mengadu diribaanNya..

Sunday, February 5, 2012

Sunnah Baginda dalam Rumahtangga

Ahad, Februari 05, 2012

Bismillahirrahmaanirrahim..

Pagi tadi hampir tidak mahu keluar dari bilik. Hehe..

Mendengar Slot Rancangan USRATI bersama Ustazah Norhafizah Musa. Bersiaran secara langsung setiap Jumaat jam 10 pagi insya Allah

melalui radio ikim.fm. Selepas habis slot tu, terus bergegas siap2 untuk ke tempat kerja :)

Seronok sangat mendengar ustazah tersebut mengulasnya.. Apa yang ditulis dibawah ini cuma antara isi-isinya sahaja, sangat indah & tenang kalau dapat mendengar sendiri penerangan dan gaya cerita dari penceramah tersebut.

i) Korek kebaikan pasangan & tulis.

Ustazah menerangkan tentang perlunya setiap pasangan melakukannya. Ini supaya ketika saat getir atau hati masing-masing terluka, ini adalah salah satu cara kita mudah untuk menenangkan hati & perasaan kita di waktu itu. Kita sering membebel terhadap pasangan sehingga kadangkala kita terlupa untuk menilai kebaikan pasangan. Bagi saya, sebagai wanita, memang kadangkala kita sering menghadapi saat emosi & perasaan yang sangat tidak stabil. Mungkin ini boleh membantu. (si suami, jika isteri mohon kerjasama, silalah beri :) kerana ia amat penting buat isteri untuk si suami turut sama atas usaha isteri:))

ii) Terjun dalam dunia pasangan.

Rasulullah s.a.w berkahwin dengan Saiyidatina Aishah r.a ketika Aishah r.a berumur 6 tahun dan bersama ketika Aishah r.a berumur 9 tahun. Bagaimana Baginda yang sentiasa sibuk dengan urusan dunia yang berat & serius, Baginda masih mampu melayani dunia Aishah r.a yang berbeza.

iii) Beri masa dengan pasangan.

Beliau menceritakan tentang kisah Ummu Zar (kisah lanjut boleh baca di: http://firanda.com/index.php/artikel/keluarga/133-suami-sejati-bag-6-qkisah-abu-zar-dan-ummu-zarq)

Ketika itu Aishah r.a menceritakan keseluruhan perihal wanita-wanita tersebut (bayangkan kisah 10 orang wanita), nabi sanggup mendengar satu persatu dengan penuh sabar dan bukan setakat memberi telinga, tetapi selesai itu, Baginda memberikan rumusan yang tepat. Begitu juga para suami/isteri, perlu memberi masa buat pasangan meluahkan apa yang ingin diluahkan, idea yang ingin dilontarkan.

iv) Meraikan perwatakan, kondisi, sifat pasangan.

Saiyidatina Aishah r.a ingin melihat majlis keramaian melalui tingkap rumah. Baginda berdiri ditepi tingkap sambil dagu Aishah diatas bahu Baginda..Pipi aishah menyentuh pipi Baginda.. Baginda bertanya, sudahkah wahai Aishah? Sehinggalah Aishah r.a puas hati...

Antara kisah lain, Baginda mengutip sendiri pinggan pecah (didepan sahabat-sahabat yang lain) yang telah ditepis oleh salah seorang isterinya yang cemburu dengan madunya.

Anas bin Malik radiallahu anhu menceritakan, ketika Nabi sallallahu alaihi wasallam berada di salah sebuah rumah isteri-isteri baginda, isteri yang lain menghantar sepinggan makanan. Isteri tempat baginda berada itu telah menepis tangan baginda sehingga pinggan yang dipegangnya terjatuh lalu pecah. Baginda mengutip pinggan yang pecah itu dan mencantumkannya, lalu diletakkan semula makanan yang tumpah sambil bersabda, “Ibu kamu itu cemburu. Makanlah makanan ini!” Maka mereka pun makan. Isterinya membawakan pinggan lain yang ada di rumahnya lalu diberikan kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sebagai ganti pinggan yang pecah tadi…”

(sumber: http://www.malaysiaharmoni.com/v2/index.php/kolumnis/ustazah-maznah-daud/515-islam-itu-indah)

Tidak lucut kemuliaan sebagai suami jika melakukan seperti itu (mengutip pinggan dsb)
Baginda meng'cover' keadaan isteri Baginda yang sedang cemburu.

v) Bergurau, bercanda

Baginda sering bergurau dengan isteri-isteri Baginda. Antaranya yang mahsyur, Baginda berlumba lari dengan Aishah r.a.

Berguraulah, bercandalah.. dengan pasangan anda.. dan .. Ia bukanlah sia-sia..... Malah diberi pahala.. Kalau bergurau2 dengan jantina lain yg bukan pasangan? Fikir2kan lah :)

vi) Peka dengan perubahan pasangan.

Ustazah menceritakan tentang kepekaan Rasulullah terhadap perkataan yang terkeluar dari mulut isteri-isterinya. Antaranya:

Beliau pernah berkata kepada Aisyah, "Sungguh, aku tahu kalau engkau marah dan kalau engkau rela."

Aisyah bertanya, "Bagaimana engkau tahu?" Beliau menjawab, "Kalau engkau rela, engkau berkata, 'Tidak, demi Tuhan Muhammad,' dan bila engkau marah, engkau berkata, 'Tidak, demi Tuhan Ibrahim.' Aisyah menjawab, "Betul, (kalau aku marah) aku hanya menghindari menyebut namamu."

(sumber: http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=166:soal-jawab-agama-dr-yusuf-al-qardhawi-hak-isteri-atas-suami&catid=20:fatwa&Itemid=29 )

Suami yang sangat peka, untuk isteri, Aishah sebagai contoh, hanya menukar perkataan apabila marah. Tetapi kalau kita (? :P) bukan setakat perkataan je yang berubah, dengan air muka, dengan tangan macam helikopter (bak kata ustazah :P)
Wanita harus bijaksana ketika marah. Biarpun marah, tetapi tetap masih ada sifat kewanitaan dalam dirinya..

Saturday, January 28, 2012

KEMATIAN suatu YANG PASTI

Subhanallah,,walhamdulillah,walailahaillah,,allaahuakbar

KEMATIAN

sepanjang minggu ini, duduk di lokheng ini, termasuk kali ni, dah 4 kematian yang saya dengar,,
cuma kali ni, seumur hidup saya, inilah pertama kali saya ziarahi jenazah yang begitu dekat di hati ini,,dan melihat beberapa proses urusan jenazah..

Arwah, berumur sekitar 90 tahun, wanita,,

Dia insan pertama yang menemui afnan dalam rahim saya seawal 2,3minggu,, walaupun badannya letih dan lesu akibat sakit tua, dia tetap penuhi permintaan kami untuk berurut (3 tahun lepas) dan peristiwa itu xpernah lekang dari ingatan saya, selama 2 tahun kami menunggu, dia yang pertama sampaikan khabar berita,,

Dan seringkali juga bertanya khabar dan ceritanya dari anaknya (yang juga bekerja bersama saya)
Cuma terkilan sikit sebab saya memang terlalu ingin menemuinya, namun tidak berkesempatan, seringkali lalu didepan rumahnya tapi hanya sekadar lalu, kali terakhir pun ketika afnan (br nak stat berjalan) demam panas, dan ada 'alasan' untuk ke rumahnya..

Arwah walaupun sakitnya melarat, tetap tidak sanggup menolak permintaan tetamu yang inginkan air doa/penawar dari beliau,,

Banyak lagi kekaguman saya antaranya tentang beliau dan juga cucu2 serta anaknya yang setia menjaga makan minum,pakai, buang najis dan sebagainya,,

Kali terakhir saya melihat wajah arwah tadi, tiba2 saya teringatkan arwah nyai saya,,rupanya saling xtumpah, dan paling yang membuatkan airmata ini menderu keluar,bila terpandangkan anaknya yg setia menjaganya, yang baru sahaja selesai menatap wajahnya yg terakhir itu

Sepanjang di sana, suasana mendung, agknya malaikat turut memayungi 'majlis' tersebut, kerana ramai orang berhimpun dan mengalunkan zikir & surah2, menyebut keagungan Illahi,, sehinggalah saat al-fatihah pertama (kata mama, nak stat solat
la tu) titisan hujan yang halus, turun membasahi bumi,,
Harapan saya ingin terus berada di situ,, namun tugas & tanggungjawab
masih terpikul di bahu ini,, mama pun ajak pulang,,,

Apa yang saya pelajari,,
Kematian sesuatu yang pasti,,
Saya berharap, insan2 terapat yang akan mandikan saya nanti,,
Syukur dapat berada sendiri di bawah payungan rahmat Allah,,suasana mendung,tenang & hiba,,amat sesuai mengenang
jasa & kebesaran Allah,,
Saya makin rindukan mak ayah saya,,kerana belum pasti sempat atau tidak meluangkan masa bersama mereka,,,
Yang saya pasti,saya ingin bersama mak ayah saya di tempat yang kekal sana,,,,,,,

Saya sentiasa berharap, kematian ini akan sering mengingatkan saya di sepanjang kehidupan saya, sepertimana ingatan saya terhadap peristiwa bersama arwah,,

Saya bersyukur menjadi sebahagian dari peristiwa ini,,saya diberi rezeki berada di lok heng ini, pada waktu yang betul dan keadaan yang betul,,

Sunday, January 22, 2012

Nak murah rezeki,tak?

Amalan agar murah rezeki.

i.Bersyukur - ucapkan terima kasih, Allah.. (kalau sebutan Alhamdulillah kurang menusuk dalam hati, sebutlah dengan bahasa yang boleh memberi kesan dalam hati)

ii.Banyakkan bersedeqah - Allah pasti akan gandakan 10 di dunia, di akhirat lebih 70x ganda. (Jangan berkira2.. Kadang2 orang berharta ni sayangkan harta sampai berkira2 untuk memberi..)

iii.La Hau la Quwwata Illa Billahil Aliyyil Adzim.. akan dikurniakan 2 perkara: kalau susah nak buat amalan, akan diberi kekuatan untuk melakukan amalan, kedua, bila sudah buat amalan,akan diberi kekuatan hati untuk ikhlas (amal dulu, ikhlas perlu dipupuk kemudian)

iv.Solat Dhuha - Allah akan kurniakan kemurahan rezeki

Tanyalah Ustaz - www.ustazamin.com

Sunday, January 8, 2012

Back :)

Alhamdulillah..beberapa bulan xdapat bukak blog,kini sudah boleh :) yeyeyeyyy!

Terus nak post ini :)

Alhamdulillah,pizza suatu saat dulu 'senyap' kini semakin 'bising'.. Alhamdulillah..
Jangan putus asa, kan? Putus asa berusaha.. Putus asa berharap.. Putus asa meminta pada - Nya. Don't Don't Don't :)