My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Sunday, February 5, 2012

Sunnah Baginda dalam Rumahtangga

Ahad, Februari 05, 2012

Bismillahirrahmaanirrahim..

Pagi tadi hampir tidak mahu keluar dari bilik. Hehe..

Mendengar Slot Rancangan USRATI bersama Ustazah Norhafizah Musa. Bersiaran secara langsung setiap Jumaat jam 10 pagi insya Allah

melalui radio ikim.fm. Selepas habis slot tu, terus bergegas siap2 untuk ke tempat kerja :)

Seronok sangat mendengar ustazah tersebut mengulasnya.. Apa yang ditulis dibawah ini cuma antara isi-isinya sahaja, sangat indah & tenang kalau dapat mendengar sendiri penerangan dan gaya cerita dari penceramah tersebut.

i) Korek kebaikan pasangan & tulis.

Ustazah menerangkan tentang perlunya setiap pasangan melakukannya. Ini supaya ketika saat getir atau hati masing-masing terluka, ini adalah salah satu cara kita mudah untuk menenangkan hati & perasaan kita di waktu itu. Kita sering membebel terhadap pasangan sehingga kadangkala kita terlupa untuk menilai kebaikan pasangan. Bagi saya, sebagai wanita, memang kadangkala kita sering menghadapi saat emosi & perasaan yang sangat tidak stabil. Mungkin ini boleh membantu. (si suami, jika isteri mohon kerjasama, silalah beri :) kerana ia amat penting buat isteri untuk si suami turut sama atas usaha isteri:))

ii) Terjun dalam dunia pasangan.

Rasulullah s.a.w berkahwin dengan Saiyidatina Aishah r.a ketika Aishah r.a berumur 6 tahun dan bersama ketika Aishah r.a berumur 9 tahun. Bagaimana Baginda yang sentiasa sibuk dengan urusan dunia yang berat & serius, Baginda masih mampu melayani dunia Aishah r.a yang berbeza.

iii) Beri masa dengan pasangan.

Beliau menceritakan tentang kisah Ummu Zar (kisah lanjut boleh baca di: http://firanda.com/index.php/artikel/keluarga/133-suami-sejati-bag-6-qkisah-abu-zar-dan-ummu-zarq)

Ketika itu Aishah r.a menceritakan keseluruhan perihal wanita-wanita tersebut (bayangkan kisah 10 orang wanita), nabi sanggup mendengar satu persatu dengan penuh sabar dan bukan setakat memberi telinga, tetapi selesai itu, Baginda memberikan rumusan yang tepat. Begitu juga para suami/isteri, perlu memberi masa buat pasangan meluahkan apa yang ingin diluahkan, idea yang ingin dilontarkan.

iv) Meraikan perwatakan, kondisi, sifat pasangan.

Saiyidatina Aishah r.a ingin melihat majlis keramaian melalui tingkap rumah. Baginda berdiri ditepi tingkap sambil dagu Aishah diatas bahu Baginda..Pipi aishah menyentuh pipi Baginda.. Baginda bertanya, sudahkah wahai Aishah? Sehinggalah Aishah r.a puas hati...

Antara kisah lain, Baginda mengutip sendiri pinggan pecah (didepan sahabat-sahabat yang lain) yang telah ditepis oleh salah seorang isterinya yang cemburu dengan madunya.

Anas bin Malik radiallahu anhu menceritakan, ketika Nabi sallallahu alaihi wasallam berada di salah sebuah rumah isteri-isteri baginda, isteri yang lain menghantar sepinggan makanan. Isteri tempat baginda berada itu telah menepis tangan baginda sehingga pinggan yang dipegangnya terjatuh lalu pecah. Baginda mengutip pinggan yang pecah itu dan mencantumkannya, lalu diletakkan semula makanan yang tumpah sambil bersabda, “Ibu kamu itu cemburu. Makanlah makanan ini!” Maka mereka pun makan. Isterinya membawakan pinggan lain yang ada di rumahnya lalu diberikan kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sebagai ganti pinggan yang pecah tadi…”

(sumber: http://www.malaysiaharmoni.com/v2/index.php/kolumnis/ustazah-maznah-daud/515-islam-itu-indah)

Tidak lucut kemuliaan sebagai suami jika melakukan seperti itu (mengutip pinggan dsb)
Baginda meng'cover' keadaan isteri Baginda yang sedang cemburu.

v) Bergurau, bercanda

Baginda sering bergurau dengan isteri-isteri Baginda. Antaranya yang mahsyur, Baginda berlumba lari dengan Aishah r.a.

Berguraulah, bercandalah.. dengan pasangan anda.. dan .. Ia bukanlah sia-sia..... Malah diberi pahala.. Kalau bergurau2 dengan jantina lain yg bukan pasangan? Fikir2kan lah :)

vi) Peka dengan perubahan pasangan.

Ustazah menceritakan tentang kepekaan Rasulullah terhadap perkataan yang terkeluar dari mulut isteri-isterinya. Antaranya:

Beliau pernah berkata kepada Aisyah, "Sungguh, aku tahu kalau engkau marah dan kalau engkau rela."

Aisyah bertanya, "Bagaimana engkau tahu?" Beliau menjawab, "Kalau engkau rela, engkau berkata, 'Tidak, demi Tuhan Muhammad,' dan bila engkau marah, engkau berkata, 'Tidak, demi Tuhan Ibrahim.' Aisyah menjawab, "Betul, (kalau aku marah) aku hanya menghindari menyebut namamu."

(sumber: http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=166:soal-jawab-agama-dr-yusuf-al-qardhawi-hak-isteri-atas-suami&catid=20:fatwa&Itemid=29 )

Suami yang sangat peka, untuk isteri, Aishah sebagai contoh, hanya menukar perkataan apabila marah. Tetapi kalau kita (? :P) bukan setakat perkataan je yang berubah, dengan air muka, dengan tangan macam helikopter (bak kata ustazah :P)
Wanita harus bijaksana ketika marah. Biarpun marah, tetapi tetap masih ada sifat kewanitaan dalam dirinya..

No comments:

Post a Comment