Alhamdulillah..
Kadangkala Allah bagi kita hujan yang selebat-lebatnya.. (Itupun kadang2 je kan,sekali sekala,setelah banyak keseronokan yang Dia beri) ... Nak suruh kita risau, gundah gulana, resah gelisah, rasa tak selesa, out of comfort-zone, nak kita merayu, mengadu, mengharap, berfikir, mengoreksi diri, .. kembali tenang, bersyukur, redha & akur akan taqdir yang telah diberi.. dan tidak mustahil, untuk mensyukuri akan insan-insan yang ada dalam hidup kita..
Sebelum diberikan sinar yang cerah, sinar sesinar sinarnya.. :)
Walaupun yang telah ditelan itu pahit, namun itulah mujahadahku.. Yupp.. Mujahadah, sebab ia teramat perit, teramat sakit, teramat menguji kesabaran & kelemahanku sebagai isteri, anak, pekerja, masyarakat..
Namun sangat-sangat bersyukur ditaqdirkan berjauhan.. Jika tidak, mungkin mudah kaki ini melangkah keluar, meninggalkan amanah.. Mungkin disebabkan jarak yang dekat, keluar rumah itu menjadi kebiasaan hingga terlupa syariat.. Syukur mak & ayah yang memahami & tidak memberati anak-anaknya.. Walaupun dalam hati mereka, .. siapa yang tidak rindukan anak & cucu?.. (Tpi dulukan pernah 2hari berturut-turut berulangalik dari PG-BP untuk menjenguk anak & cucunya ni..-xckupkah lagi nak bersyukur?)
Syukur.. harapnya terus redha atas apa jua yang menimpa keatas diri ini.. :) Jadikan Mr Ikhlas, sebagai peneman setiaku~ :) ngeee~
Apa kes tulis seperti diatas?
Haa... Ni la cerita nyer..
Kesnya, dah beberapa bulan tak balik kampung seremban dua.. Alkisah nak dijadikan kisah, dah 2 minggu sejak kematian ibu salah seorang staff, rindu itu dah menjadi rindu dendam.. Yang dah xboleh dibendung2 lagi dah.. Harapan nak bertemu dengan pengarang jantung hati itu, dah mula berbunga-bunga bila mak ayah nak datang PG, dekat tu dengan rumah.. hnya setengah jam je lalu highway bandar penawar.. tapi nak dijadikan cerita lagi.. kami ni kenalah duduk di lokheng (yang membuatkan jauh dari mereka-uhuk3) kerana tuntutan tugas. ada masalah pekerja di lokheng.
(padanlah beberapa hari ini, ayah selalu tanya pasal kerja, mesti dia nak korek masa anak nya ok ke tak)huhu.. tu yang buat ati sayu tu.. mak ayah, cuba sedaya upaya menjaga hati anak2 & menantunya ... so, bila dia tanya, mereka taulah yang kami sedang hadapi masalah & masa agak tiada untuk bersama mereka.. namun begitu, pelawaan tetap ditanya kepada kami, kalau2 kami boleh bersama mereka melawat adikkucuk yang berada di Pontian sana nu... waaaaahh.. masa tu sangat jeles! dahlah abg PG br datang ke Pontian sana, kalini bawak mak ayah pulak.. tp bila ati dah tenang, jiwa tak kacau, barulah dapat fikir rasional, mngenang balik jasa2 & peristiwa manis (cewah!)
dan beberapa hari ini, ati sangat sayu, dan empangan mudah rapuh..hehe..rasa terkilan, sedih, m..kadang2 marah pun ada..tapi mungkin berkat Maulidurrasul, hati jd sangat tenang & mudah rasional berbanding sebelum2 ni (berkat dengar selawat2 dan rancangan yang mnenangkan agknya)..cuma empangan tu je la yg xmampu nak kukuhkan lagi :P
Dan! (sekali lagi dan :P) terima berita yang walaupun belum tentu sahih ke x (sebab masanya blum sampai,jadi,mcm2 boleh terjadi), mak kata nak datang lagi minggu depan (ada majlis ex-imigresen pulak) alhamdulillah, n mak kata, kalau dapat, nak tdur bandar penawar pulak!! ohh.. macam bulan jatuh ke riba!opss..tp xleh citer panjang2 tentang ni, coz xtahu lagi perancangan Allah..tapi cukuplah berita ni membuatkan empangan tu bocor sekejap tanda lega & syukur.. Lega mak xterasa dengan ketidakmampuan kami berada disamping mereka & syukur, Allah kurniakan berita buat penenang hati si mujahadah kerdil ini..
Nah! selepas Allah uji saya selama beberapa minggu, (itupun bukanlah mencapai taraf teruk pun jika dibandingkan dengan ujian keatas kekasih Allah), Allah bagi saya pelangi yang sangat cantik, buat peneman saya dibeberapa ketika selepas ini :)
Jadi, jika anda juga diuji, sabarlah, jangan melakukan sesuatu yang boleh dikira melanggar undang2/larangan Allah. Tunggulah sambil melakukan amal kebaikan sebanyak2nya. InsyaAllah, giliran anda mendapat pelangi anda juga akan tiba nanti :) Walaupun kisah diatas bukanlah seteruk mana, namun, masing-masing punya tahap kekentalan yang berbeza. Masing-masing punya titik kelemahan yang tidak sama. Apa yang berlaku, adalah atas kemampuan kita. Ujian itu adalah khusus buat kita. Lain orang, lain ujiannya. Tapi yang pasti, cuma satu. Allah nak panggil kita agar kembali/balik kepadaNYa, mengadu diribaanNya..
No comments:
Post a Comment