My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Thursday, October 30, 2014

Pembuka pintu rezeki: Sedekah subuh..

Pernah dengar tak sedekah? Pernah dengar tak subuh? Sedekah subuh? apa maknanya itu?

Sedekah seperti yang kita ketahui merupakan amalan yang dikatakan mampu untuk membuka pintu rezeki, di selamatkan dari siksa. Dan pelbagai lagi. Teringin nak cerita pasal ini, tapi saya bukan dalam keadaan arif untuk menceritakannya. Kita cerita pasal tajuk diatas lah ye? :)

Saya mula dengar perihal sedekah subuh ini melalui facebook. Dan saya betul-betul ralat kerana tidak pasti siapa yang memperkenalkannya. Moga Allah sahaja yang dapat membalas sedekah jariah yang beliau lakukan.

Ok.. sedekah subuh ini sama seperti sedekah yang lain. Pelaksanaannya macam kita buat simpanan. tu.. Cumanya kita lakukan selepas waktu Subuh. Dan beberapa ritual (ecewah) tambahan yang perlu dilakukan.. Banyak hikmahnya. Tapi biarlah yang alim menerangkan berkenaan hikmahNya.

Caranya: 

  • Sediakan satu bekas lutsinar. Tuliskan diatas kertas atau label pada bekas SEDEKAH SUBUH + NAMA ANDA.
  • Solat subuh dulu (pastikan waktu subuh ye)
  • Pegang duit yang ingin disedekahkan.
  • Niatkan apa sahaja keinginan / hajat anda. Jangan lupa untuk akhirat anda juga.
  • Isi sedekah. Isikan duit anda ke dalam bekas tersebut. Tak kisah berapa pun.Cuba kekalkan niat ketika bersedekah.
  • Hasil sedekah tersebut bolehlah anda buat makan-makan, tak kira lah fakir miskin ke atau mereka yang memerlukan. Mungkin boleh sedekah pada waqaf, jariah dan sebagainya.
Letakkan lah bekas tersebut didepan tempat solat atau mana-mana tempat yang mudah dilihat agar kita tidak terlupa untuk melakukannya tanpa putus. SEeloknya buatlah ketika belum syuruk. Jika terlupa, istighfar atas kelalaian dan gantikan pada ketika itu juga.. 

Jika kita tiada di tempat yang biasa kita solat, boleh je selitkan kat bahagian dompet yang kita takkan usik. Nanti bila dah balik semula ke tempat asal, bolehla masukkan je terus dalam bekas tersebut.

Selamat mencuba! Kepada sesiapa yang terbaca ini dan tahu siapa yang perkenalkannya, mohon komen di bawah ye! terima kasih / jazakallahu khairan kathira untuk insan ini. Banyak yang saya rasa .. Kalau bab Shaklee, order melimpah ruah.. Kalau bab kerja, hati lebih tenang dan kerja rasa lebih mudah walaupun ada kesukaran. Happy and enjoy!.. Dan macam-macam lagi.. depends la kan apa yang kita niat.. Dapat rasa kenapa dalam Islam tekankan niat dalam setiap perbuatan.

Niat mampu menarik aura tersebut. Kalau baik niat kita, baiklah yang datang, begitulah sebaliknya. Kerana itu, kita diajar buka mata (lepas terjaga), baca doa dan niat buat baaaaanyyyaaakkk kebaikan.. InsyaAllah Allah lorongkan jalannya.. 

Kalau sesiapa tahu link berkenaan tajuk ni dapat tepekkan link tersebut disini, suka sangat2!



Gambar hiasan. Gunakan bekas yang boleh nampak dalam.

p/s: saya mohon kepada yang sudah mencuba sama ada melalui pembacaan disini atau dari mana jua sumbernya, agar dapat menitipkan pengalaman atau rasa disini.. terima kasih in advance! 

5 comments:

  1. Tq for sharing info sedeqah subuh.. mak ada ajar jugak. Cukup bulan jer kita ambik duit tu bg kt surau ke..ank yatim..

    x start ptaktikkan lg...huhu


    www.bidadarigojes.blogspot.com

    jemput dtg blog saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bdadari gojes.. boleh beli wakaf ke.. beli alquran dan sedekah ke.. (xpernah buat lagi..hhuhu)

      Delete
  2. mungkin dgr dari link ni...mungkin

    https://www.facebook.com/mahawa.pilus/posts/910109475683372

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. mungkin juga.. tapi ada lagi satu link lagi.. :) jemput jenguk blog.. :)

      Delete
    2. terima kasih.. mungkin juga.. tapi ada lagi satu link lagi.. :) jemput jenguk blog.. :)

      Delete