My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Thursday, October 23, 2014

Bila kepala dah tepu

Assalamualaikum.. selamat pagi..

Sejak beberapa hari ini, banyak sangat perkara yang perlu dibuat.. sampai kepala dah tepu dah nak buat apa..

Hoho.. sebenarnya perkara tersebut boleh diatasi dengan 'memindahkan' ketepuan di kepala kepada ketepuan diatas kertas.. faham kah? dengana bahasa yang mudah, buat to do list.

Dalam PermataJutawan, kami diajar untuk membuat to do list ini setiap malam sebelum tidur. kiranya macam plan la.. ada dengar sepatah ayat yang berbunyi, perancangan yang batil akan mematahkan kebenaran yang tidak tersusun..

Jadi, walaupun batil itu dibenci Allah, tapi bila dirancang, Allah tetap izinkan rancangan mereka berjaya.Sesuai dengan Nama Allah Yang Maha Adil. Kerana itu kita perlu sentiasa cuba menyusun dan merancang hari-hari kita..

Itu satu hal, merancang. Satu hal lagi ialah melaksanakan. Haha.. Bab ni pun kadang-kadang kita lemah.. Rancang tanpa bertindak pun takkan memberi apa-apa kesan. Jadi, merancang dan melaksanakan apa yang dirancang. Kombinasi yang cun melecun. So, bila dah merancang. Cubalah kita bertindak mengikut perancangan. Fokus! Cuba elakkan perkara yang boleh mengalih perhatian kita (distraction). Susun masa. Bila ada waktu lapang (free), cuba buat perkara-perkara yang boleh membantu dan menyenangkan kita dikemudian hari. Contoh?

Contohnya, bila cuti:

i) kisar(blend) siap-siap bawang ke, cili kering ke, rempah untuk tumis ke. Kalau jenis suka makan nasi goreng pagi-pagi tu, bolehlah sediakan bahan tumisannya. (bawang merah + ikan bilis)

ii) sediakan makanan sejuk beku(frozen food). Siapkan ayam/daging/ikan yang siap dirempah. atau kalau anak suka makan nugget, cubalah sediakan homemade nugget.

resepinya secara detail, saya tidak dapat sediakan. tapi boleh diolah mengikut citarasa dan pengalaman sendiri.

- blend/kisar semangkuk isi ayam yang telah dipotong dadu.
- gaulkan bersama gula, garam, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, kiub ayam.
- tambah sedikit tepung dan bentukkan ia.

resepi ni dah lama saya tak buat, insyaAllah, bila dah buat nanti saya cuba beri resepi yang lengkap. tapi sementara itu, boleh sahaja google resepi tersebut di internet ;)

atau buat sahaja yang kita pro. kalau pandai buat karipap, gentel siap2 karipap.. dan lain-lain :)


Insya-Allah, selepas ini, kepala dah tak terlalu tepu untuk fikir nak masak apa. masak je apa yang ada tu. hehe.. dan kalau masih banyak lagi yang ingin dibuat, buatlah to do list tersebut.


Sekian dulu tips yang ingin dikongsi bersama.. semoga ketepuan dikepala kita dapat dipindahkan ke tempat lain.. sebab banyak lagi perkara yang akan kita tempuhi dan perlu difikirkan.

Semoga berjumpa lagi!

ala-ala twister

homemade pastry burger
hasil bakar pastry diatas



No comments:

Post a Comment