Assalamualaikum.. he.. he.. mengikut tajuk diatas.. Sekarang dah bulan 7. Ni baru nak publish kan post. Bukan takde post, tapi bertimbun kat draf sana..Asal taip je mesti tak sempat final, asal nak finalkan, mesti ada panggilan lain yang memanggil. He He
Alhamdulillah, diam tak diam dah setahun Ramadhan berlalu.. Tinggal 2,3 hari lagi Ramadhan 1432H akan tiba. Harap2, ibadah pada Ramadhan lepas lebih berganda pada Ramadhan tahun ini, dan ditambah dengan amalan2 lain yang mendekatkan saya dengan Pencipta & Kekasih saya. Dan harapnya saya tabah untuk menyempurnakan puasa & amalan lain di bulan mulia ini. Semoga, saya berjaya menempuh tarbiyah di sepanjang bulan itu. Yang menjadikan saya mendapat 'ijazah' kejayaan selepas melaluinya.
Wah, tahun ni, sekali lagi Birthday Afnan pada bulan Ramadhan. Tapi tekad nak buat sedikit sambutan untuk berkongsi rezeki dengan dua tempat: Seremban & Lok HEng semasa raya nanti. Eh? Mcm nak buat kat pontian jugak.. Em, kita tengok macam mana yang ketiga itu ye,. =)
Maknanya, anakku Muhammad Afnan Faqihuddin sudah hampir 2 tahun lahir ke dunia ini, dengan gelagat, kerenah, tingkah laku, perangai yang mencuit, menggaru, dan mengusik hati ini.. Dan tahun ni, sudah 4 tahun saya menjadi isteri kepada seorang suami..
Banyak yang telah dilalui.. Terlalu banyak hikmah & pengajaran yang Allah beri.. Tinggal diri ini tuk menilai.. Dengan mata kasar ataupun dengan mata hati..
Ok lah, sampai sini dulu je. Harapnya dapat konsisten untuk memblog. Apatah lagi mengepost sesuatu yang amat berguna untuk rujukan di kemudian hari e.g: tips keluarga, tips anak, tips masak etc.
Thanks for viewing~!
No comments:
Post a Comment