My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Monday, March 31, 2014

Pengedar Sah Shaklee

Mari.. mari.. kenali Bandar Penawar yang kian membangun dan memesat..

Pelbagai kemudahan yang telah disediakan dan bakal dirancang. Antaranya dengan Rancangan Rapid Pengerang 40 minit perjalanan daripada Bandar Penawar. Dikelilingi dengan tempat pelancongan yang kian tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Antaranya Lotus Desaru, Pulai Desaru Beach Resort, Pelangi Beach Resort, Tanjung Balau, Muzium Nelayan dan pelbagai lagi.. Tidak kurang juga untuk hotel atau rumah tumpangan malah homestay juga makin banyak memasuki persaingan..

Bandar Penawar yang dahulunya agak ceruk dan agak sunyi kini makin meriah dengan adanya Jambatan Lebuhraya Senai-Desaru yang menghubungkan Pasir Gudang, Kongkong Laut.. ia diberi nama tol Cahaya Baru. Baru-baru ini ada berita kurang menyenangkan berkenaan dengan jambatan tersebut, namun, nampak gayanya pemaju sangat prihatin. Keadaan jalan semakin baik. Cuma lampu jalan perlu ditambah..

Antara kemudahan yang disediakan di Bandar Penawar ialah kawasan perindustrian yang terdiri daripada beberapa buah kilang, Pasar Awam Bandar Penawar yang menyediakan barang basah dan keperluan runcit, klinik kesihatan Bandar Penawar, klinik swasta, kedai elektrik, Pejabat Pos Bandar Penawar, Masjid Bandar Penawar, Balai bomba Bandar Penawar, Balai Polis Bandar Penawar dan macam-macam lagi..

Antara kemudahan pendidikan pula Tadika Bestari, Tadika Agama Johor, Pra-sekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Rendah Berprestasi Tinggi, Sekolah Agama, Sekolah Sains, Sekolah Sains, Kolej Komuniti Bandar Penawar, Kolej Profesional Mara, InsTeDT dan macam-macam lagi..

Uniknya, Bandar Penawar ini dikelilingi dengan felda-felda yang amat mempesonakan dengan landskap yang sangat menarik bagi setiap kawasan. Antara felda yang terlibat ialah Gugusan Felda Tunggal / Felda Sening / Felda Adela / Felda Kledang, Belungkor, Gugusan Felda Lokheng Selatan / Lokheng Timur / Lokheng Barat, Felda Sg Mas, Bandar Mas, Felda Papan Timur, Felda Waha, Felda Simpang Waha, Felda Easter, Felda Air Tawar 1,2,3,4 dan 5, Felda Pasak.. Ha.. banyak, kan? tak termasuk sungai rengit, Semenchu dan baanyaakk lagi yang berdekatan.. dekat-dekat pun antara 10 - 30 minit juga la :)

Oh.. cerita pasal bandar penawar yang pesat membangun ini memang amat mengujakan sampai terlupa point asal.. hehe.. saya adalah pengedar sah shaklee di bandar penawar dan boleh COD di mana-mana kawasan sekitarnya.. jangan segan hubungi kami:

019-7344405 || 019-771107

dan kami bersedia membuat penghantaran ke seluruh Malaysia!!! jom!!! 
termasuk Senai, Pasir Gudang, dan kawasan berdekatan.
Kawasan Desaru

Lotus Desaru Beach Resort

Map menunjukkan kawasan Desaru


No comments:

Post a Comment