Entry kalini nak titipkan hikmah dan kutipan pengalaman di sepanjang perjalanan...
Perjalanan dimulakan pada malam Ahad.. dihantar ke Airport oleh jejaka hati saya.. tapi si kecil tidur keletihan di sepanjang perjalanan sehinggalah tiba di airport.. buka mata kejap tengok saya pergi.. pastu sambung tidur dalam keta dan sepanjang perjalanan pulang ke rumah..
Tiba di airport transit, LCCT.. diambil oleh pemandu gagah dan tabah.. beliau baru pulang driving dr JB petang tu.. malam tu terus ambil kakaknya di LCCT yang mengambil masa setengah jam juga.. malam2.. sorang2.. hebat,kan? sampai tempat transit (rumahku syurgaku..hehe) jam 12 lebih tengah malam..
Paginya lepas subuh terus siap2 dan bergerak ke subang pulak..
Gambar kenangan di teratak ladang anggur.. hehe.. bersama pemandu tabah gagah tu.. |
Penerbangan dengan Malindo Air. suka! kelihatan FireFly |
Pandangan dari atas.. sangat indah dan tersusun.. |
Lapisan awan yang berlapis-lapis |
Kudapan yang disediakan oleh Malindo Air secara percuma!! |
Pinggiran laut.. |
Susunan alam.. |
Sungai simpang tiga |
Antara Malindo Air dan Air Asia, secara peribadi, ya! saya sukakan Malindo Air.. ruangan duduknya hanya 4 seat berbanding Air Asia 6 seat.. kalau kena duduk tengah2, memang naya.. hehe..
Malindo Air, dapat juga kudapan percuma walaupun hanya sepeket biskut comel dan sebekas air.. terasa syukurnya dapat ini sejurus selepas naik Air Asia.. hehe.. AA xdapat pape.. tengok jela orang dapat makan.. makannya kena order dan kena bayar... tambang pun lebih kurang sama, tapi agak murah berbanding lagi satu..
dalam penerbangan Malindo Air tu, salute dengan nilainya .. 'kalau xnak bagi, jangan tunjuk' .. hehe.. ni pandangan saya saja.. saya teringat nilai tu.. dan betapa syukurnya kita disaat kita kepenatan, kelaparan, dalam musafir pula, kita diberikan makanan ini.. mampukah kita isi diri kita dengan nilai ini? walaupun yang diberikan itu tidaklah semewah mana.. Allah.... semoga Allah permudahkan urusan mereka yang membantu oranglain dalam kepayahan..
...
Syukur dengan peluang yang diberikan kerajaan.. atas urusan kerajaan juga, saya berpeluang menaiki flight.. memang usaha dapatkan yang murah.. yela, walaupun itu duit kerajaan, tapi kita segan nak guna duit rakyat banyak2... (haa.. dah guna duit rakyat tu, tang berkomunikasi haraplah gunakan perkataan sebaiknya..)
Syukur dapat nikmati pemandangan yang cantik.. sayup mata memandang...
Oklah.. stop sampai sini dulu bab perjalanan pergi ke KKBDA ni.. KKBDA tu apa? Kolej Komuniti Bandar Darulaman..!! jom, siapa nak COD Shaklee ( ALFALFA & LECITHIN ) area KEDAH, jitra, alor setar.... mai.. mai.. stok tak banyak.. sangat terhad!
COD jitra, alor setar, changlun (sehingga 18 april 2014)
POS seluruh Malaysia..
019-7344405
No comments:
Post a Comment