My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Sunday, January 20, 2008

alhamdulillah....

alhamdulillah...tanggal 29 disember 2007,aku mula melangkah ke alam baru....sesuatu yang perlu aku sesuaikan...kini..aku berdua dengan suamiku...ada tempat baru..semua baru...hehe..terima kasih sayangku kerana menyediakan semuanya untukku...ingat lagi masa mula2 tu...penat gak la...hehe..umah baru la katakan...macam2 kena kemas...tu cite bila dapat umah baru untuk fasa pertama (minggu pertama)..
tang minggu kedua..nak sesuaikan diri ngan keadaan sekeliling...masyaAllah..innalillah...umi kena tekanan darah rendah lak...mungkin tak banyak minum air..m..lum biasa lagi ngan air kat cni..ksian dia...kena kerja lebih sikit memandangkan umi memang tak berapa larat masa tu..dah la masa tu gi balik lok heng..hehe..cian mama,anak dia ni tak mampu nak tolong banyak kerja...
dah selesai bab tekanan darah,fasa ketiga (minggu ketiga)..umi sakit tekak la pulak...demam2..pening2..huhu...ada skali tu masa tengah2 buat karipap (kul 10+mlm,leh tertidur ngan tangan lum basuh,..barang2 masih bersepah...huhu...terkejut dia tengok umi keadaan camtu..hehe..dia yang kena kemaskan untuk umi..cian lagi kat dia...ntahla waktu tu...rasa cam tak sedar ape2...
mm..rupa2nya baru masuk ahad yang keempat...hehe..rasa lama...agaknya asyik sakit sembuh sakit sembuh..hehe..mm...tapi bila dah lama,nnti rasa macam baru je sekejap..(pulak dah!)
alhamdulillah..syukur atas peluang dan nikmat yang Allah berikan kepada kami...moga ibadah kami kepada Allah makin cantik...makin sempurna...sebagaimana kita sukakan kesempurnaan,ALlah lebih lagi...kerana sememangnya Dia Maha dalam segalanya....kerana Dia yang menciptakan segalanya..tak terlepas sekelumit pun dari pengetahuanNya...
wallahualam

Wednesday, January 16, 2008

KekUaTAN!!

Andai dia ditempatku...dan diwaktu itu aku melakukan apa yang dia lakukan sekarang,
tentu dia merasai apa yang aku rasa... dan tentu dia akan respon seperti yang aku respon...

maafkan aku,wahai dia...

SubhanaLLah..jom gali2...ilmu!



Kehebatan Rahmat penulis khat bertangan kudung

SETIAP kita begitu mengagumi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau lebih dikenali Masjid Biru yang tersergam sebagai masjid terbesar di Asia Tenggara yang terletak berhampiran Tasik Raja Lumu di Shah Alam, Selangor.
Namun catatan yang kita semua perlu tahu, kaligrafi khat yang menghiasi bahagian kubah besar masjid itu, merupakan tulisan khat yang dipercayai tertinggi di dunia, iaitu 7 meter tinggi!
Kepakaran lilitan kaligrafi khat daripada ayat-ayat suci al-Quran itu merupakan sentuhan penuh seni oleh pakar khat yang dibawa khas dari negara Mesir, Sheikh Abdel Moneim Mohamed Ali El Sharkawi.
“Beliau seorang yang berbeza daripada kebanyakan orang Arab yang biasa kita lihat atau dengar. Seorang yang menyenangkan, tidak kasar dan begitu tekun bekerja,” kata Rahmat Shafei, 66.
Ini menyebabkan satu-satunya anak tempatan, Rahmat, pesara guru agama berasal dari Jeram, Kuala Selangor mengambil kesempatan sepenuhnya untuk berguru dengan Sheikh dari Mesir itu.

Apabila mendapat tahu beliau berada di sini, saya terus menawarkan diri untuk menjadi anak muridnya bagi mempelajari ilmu khat dan memahirkan lagi kebolehan yang ada,” katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.
Begitulah sifat seorang yang mencintai ilmu. Walaupun Rahmat sendiri telah menempah nama sebagai penulis khat terkemuka negara, namun itu tidak menghalang untuknya untuk terus menambah ilmu.
“Telah disebutkan ilmu itu seluas lautan, bukannya sebesar tasik atau kolam. Maka, menjadi umat Islam bererti kita mesti sentiasa berusaha menambah ilmu, dahagakan ilmu.


“Namun Sheikh Abdul Moneim tidak mampu untuk bertindak sebagai guru sebagaimana lazimnya kerana dihambat kesibukan untuk menyempurnakan tugas berat menulis khat untuk menghiasi kubah yang besar itu,” jelasnya.
Jadi, beliau berguru dengan kerap menunjukkan hasil-hasil tulisannya untuk disemak dan dinilai oleh Sheikh Abdul Moneim.
“Alhamdulillah dengan cara itu, pakar khat dari Mesir banyak memberikan komen, tunjuk ajar dan di akhir pengajian, saya dikurniakan sekeping ijazah yang ditulis tangan oleh Sheikh itu sendiri sebagai tanda saya lulus dengan cemerlang,” katanya.
Namun, satu pengalaman yang cukup berharga kepada Rahmat apabila dapat melihat sendiri bagaimana Sheikh Abdul Moneim menyempurnakan tugasnya yang begitu unik itu.
Kepakaran
“Bagi menyediakan ayat-ayat al-Quran memenuhi lilitan sekeliling kubah itu memerlukan satu kepakaran yang luar biasa terutama melibatkan perkiraan ukuran dan keseimbangan ayat-ayat bagi memenuhi lilitan itu,” katanya.
Bercakap mengenai luar biasa, Rahmat sendiri ialah individu istimewa kerana kepakaran menulis khat sehingga ramai yang tidak menyangka ia adalah hasil kerja insan yang tidak mempunyai anggota tangan dan jari jemari yang sempurna.
Sedangkan kesempurnaan fizikal anggota-anggota itu menjadi prasyarat bagi seseorang yang terlibat dalam penulisan seni, termasuk khat.
Yang pasti, Rahmat berjaya membuktikan walaupun tanpa anggota tangan yang sempurna, iaitu hanya terdapat tiga batang jari pada tangan kanannya dan tangan kiri yang kudung, beliau mampu menghasilkan tulisan-tulisan khat yang cantik, menarik dan penuh seni.
Kekurangan pada dirinya itu tidak dijadikan penghalang malah mampu bertugas dengan baik sebagai guru agama selama 38 tahun di sekitar Selangor sehinggalah beliau bersara pada 1996.
Semenjak bersara beliau semakin aktif memberikan sumbangan terutama dalam memartabatkan penulisan jawi dan seni khat itu sendiri.
Ini apabila pada tahun 1996 hingga 1998 beliau mengajar penulisan khat dan jawi di Kajian Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.
Hampir empat tahun kemudian, beliau antara penggerak yang menjayakan penubuhan Yayasan Restu. Ia begitu terkenal sebagai institusi yang mengangkat martabat tulisan jawi dan khat ke tahap yang begitu tinggi pada hari ini.
Rahmat bukan sahaja menjayakan penerbitan al-Quran Mushaf Malaysia yang terkenal itu, malah berjaya melahirkan ramai penulis khat baru terutama di kalangan anak muda.
Begitu pun beliau terkenal sebagai Penulis Watikah Diraja. Sejak pemerintahan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hinggalah pemerintahan anakanda baginda, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Selain itu, beliau juga juga menulis cenderahati sultan untuk pelbagai tujuan rasmi.
Begitu juga bagi mereka yang mengikuti Majlis Tilawah al-Quran Antarabangsa sejak diadakan di Dewan Besar Pusat Islam sehinggalah ke Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Tulisan khat yang menghiasi bahagian tirai latar (back drop) pentas bagi acara itu juga merupakan sebahagian daripada sumbangan besar Rahmat kepada dunia penulisan khat negara.
Itu tidak lagi bercerita mengenai tulisan khat beliau yang boleh dilihat di kebanyakan masjid terutama di sekitar Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sabak Bernam, Selangor.
Sehingga kini dalam usia emasnya itu, Rahmat dan khat bagaikan terpisah tiada. Tidak ada istilah bersara jauh sekali jemu. Beliau akan menyahut apa juga cabaran yang memerlukan beliau menyebarkan kemahiran menulis itu kepada sesiapa sahaja.
“Pun begitu, saya kesal dua perkara. Baru kini saya nampak dan sedar betapa pentingnya mempunyai galeri sendiri bagi mengumpulkan kesemua hasil kerja seni saya selama ini.
“Tentunya ia bertujuan untuk pendidikan bukan untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah mendabik dada dan yang keduanya, walaupun saya mahir menulis khat tetapi saya tidak pandai melukis.
“Saya begitu minat melukis tetapi sayangnya saya tidak mempunyai kebolehan walaupun puas juga saya mencuba,” katanya.
Di samping itu, Rahmat juga mahir membaca kitab suci al-Quran dengan berlagu dan bertartil.
“Sebenarnya saya mengambil kesempatan membaca sambil berlagu ketika menulis khat yang melibatkan ayat-ayat al-Quran itu.
“Ia merupakan satu aktiviti yang cukup memberikan ketenangan kepada jiwa umpama kita membuat kerja sambil menyanyi. Ia bukan kerana kita gembira tetapi kita mencari kegembiraan apabila saya menulis itu saya lagukan ayat-ayat al-Quran itu,” katanya.