My LiFe~

My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^
Info
Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.
Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.
Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com
Saturday, June 29, 2013
Berpuasa: penghasilan susu tidak terganggu
Jadual Pemakanan Vitamin Ketika Berpuasa~
Memandangkan ramai ibu2 yang ada bertanya risau jika ganti puasa akan menjejaskan pengeluaran susu ibu.. dan bagaimana cara makan vitamin yg sesuai supaya tak efek penghasilan susu... berikut saya petik dari website mamafaiz..
__________________________________________________
Bulan puasa tak lama lagi dah kan?..ni pun dah masuk bulan rejab..so ramai yang dah start nak berpuasa..dan kepada ibu2 yang dah mula bertanya pada saya..apa nak makan untuk mengekalkan pengeluaran susu dan kekal bertenaga...jgn risau..….… jika mengamalkan makanan seimbang….insyaAllah takkan jejaskan pengeluaran susu….Cuma bila kite berpuasa..kita akan lebih letih dan dehydrate(kurang air)..jadi bila terlalu letih dan tidak bertenaga…ni yang buat kurang mood,stress..dan impak yang buruk atas penghasilan susu…Sebab itulah perlunya anda mengambil makanan yang boleh mengekalkan kesegaran anda sepanjang hari seperti kurma, oats, dan makanan tambahan……especially.. soy protin (ESP) dan Performance Drink
Antara persiapan Ramadhan bagi seorang ibu menyusu:Sebelum/Semasa berpuasa:
Ni testimoni yang mengamalkan performance drink :
Dan Khas buat semua ibu2 yang sedang menyusukan anak...bolehla jadikan jadual ni sebagai rujukan...Jadual pemakanan tambahan Shaklee di bulan Ramadhan/ berpuasa.
- Makan nasi atau apa jua juadah .digalakkan makan sup..dan makanan yg tinggi protin.
- Makanlah kurma at least 3 biji kurma.
- Minum segelas Prfromance Drink dan segelas ESP atau boleh mix Performance Drink dan ESP (gabungan terbaik).
- Makan 2 biji Alfalfa
- Berbuka dengan juadah berbuka..with kurma..amat digalakkan
- Minum segelasPerformance Drink dan ESP (untuk dapatkan hasil terbaik).
- Makan 2 biji Alfalfa
- Mkn 1 bj vitalea, 1bj bcomplex 1bj vita C
- (1) Amalkan minum segelas ESP.
- Makan ostematrix 2-4bj dan vitamin lain sepeerti Omega atau GLA
Friday, June 28, 2013
Sarapan Berkhasiat untuk Otak Cerdas dan Ligat
Pencapaian Persekolahan
Kajian bagi korelasi di antara sarapan pagi dan pencapaian di sekolah menunjukkan "kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi sebelum ke sekolah mendapat keputusan yang lebih baik di dalam mata pelajaran matematik dan cepat membaca serta mempunyai daya tumpuan lebih lama dan bersikap lebih sopan".
Bagaimanakah pengambilan sarapan pagi memberi kesan kepada pencapaian kanak-kanak di sekolah secara keseluruhannya?
• memberikan tenaga yang diperlukan untuk memulakan persekolahan.
• menghilangkan simptom rasa lapar seperti sakit kepala, lesu, mengantuk dan longlai.
• membantu mereka untuk berfikir lebih cepat apabila membuat kerja-kerja sekolah dan bertindak atau menjawab pertanyaan yang diutarakan guru dengan lebih cepat.
• meningkatkan pencapaian berfikir.
• menghindarkan perasaan panas baran dan cepat marah.
• membantu mereka untuk tidak "berkhayal" semasa di dalam kelas.
• membuatkan mereka lebih tenang dan kurang menggelabah.
Berminat?
Hubungi :
019-7344405 (ju/umi)
& nikmati konsultasi eksklusif HANYA untuk CUSTOMER saya .. :)
Labels:
Anak Cerdas,
Kesihatan Anak,
Mealshakes Shaklee
Thursday, June 27, 2013
Testimoni - Herblax + ESP + vita-c
JOm tengok testimoni kawan..
da lama nak share dengan kengkawan. waktu preggy muka sangat2 hodoh, berbau, leher dan ketiak hitam, selulit hitam2 di peha. alhamdulillah perut xda pecah2.
konsisten makan suplemen shaklee ni, Alhamdulillah. keyakinan diri bertambah. muka jadi bersih dan glowing walaupun x pakai cuci muka. body jd mantop. memnag terbaik la shaklee...
efek lebih jelas: https://www.facebook.com/
Kunci:
Displin + beri peluang 90 hari untuk sel-sel badan dibaiki & dibina sepenuhnya oleh vitamin2 anda..
Best x? :) Ada dikalangan kita yang akan ada healing crisis.. tapi ada juga yang tiada healing crisis. kalau ada, bersabar.. beri masa 3 bulan.. dan jangan risau.. apa yang kita ambil adalah natural, selamat & berkesan.
Berminat?
Hubungi :
019-7344405 (ju/umi)
& nikmati konsultasi eksklusif HANYA untuk CUSTOMER saya .. :)
Labels:
Chewable Vita-c Plus,
ESP Shaklee,
Herblax Shaklee,
Testimoni
Wednesday, June 26, 2013
CarotoMax II
Kandungan CarotoMax terdiri daripada 6 jenis karotena penting, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sigat anti-oksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dll. Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena dalam darah, seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser: 6 jenis tersebut ialah:-
1) Astaxanthin - ia merupakan karotenoid yang paling kuat antioksidannya (kalau vivix, antioksidan paling power adalah resveratrol)
2) Alpha Carotene - diekstrak dari kelapa sawit.
untuk penglihatan malam, mata sihat, menghalang degenerasi penglihatan.
memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka.
mempertingkatkan sistem imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.
3) Beta Carotene - sama seperti no (2)
4) Lycopene - bersifat antioksidan, menghalang penuaan organ.
untuk serviks yang sihat, kitaran jantung & sistem imun.
mengurangkan penyakit kelenjar prostat.
5) Lutein - menyekat katarak, AMD (penyakit makular berkaitan umur), glaukoma.
6) Zeaxanthin - melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya.
mengurangkan risiko kanser payudara, ovari, endometrial dan serviks.
Masukkan produk ini dalam list anda sekarang!
Berminat?
Hubungi / komen:
019-7344405 (umi / ju)
Sedia untuk penghantaran ke seluruh malaysia :)
Kesetiaan bersama kualiti :)
Kenali Astaxanthin
APA ITU ASTAXANTHIN?
Astaxanthin dihasilkan dari microalga Haematococcus Pluvialis. Astaxanthin 550 kali Iebih baik berbanding vitamin E untuk menghapuskan radikal bebas dalam sel-sel. Astaxanthin juga dapat mengelakkan kerosakan DNA, melambatkan kesan penuaan, anti kanser, anti diabetik dan banyak lagi kebaikan-kebaikan yang sedang dikaji oleh bio-saintis seluruh dunia.
KUASA ASTAXANTHIN
Karotenoid ialah salah satu pigmen yang dihasilkan oleh keadaan semulajadi dunia. Ia adalah pigmen lipid-larut yang dihasilkan daripada warna kuning, oren dan merah seperti warna oren lobak merah, warna merah tomato dan jagung yang berwarna kuning. Kebanyakan karetenoid terkumpul di dalam daun tumbuhan, plankton dan alga.
Setakat ni terdapat lebih kurang 650 jenis karotenoid semulajadi yang telah dikenalpasti. Ia boleh dibahagikan secara umumnya kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan karotenoid dan kumpulan xanthophylls. Beta karoten adalah 'wakil' kumpulan karoten yang memberi faedah kepada kesihatan.
Pada tahun 1930, beta-karoten dikenalpasti berupaya bertindak sebagai provitamin A (proses menukar sebahagian beta-karoten kepada vitamin A di dalam badan manusia). Beta-karoten telah disahkan sebagai anti oksida yang kuat pada tahun 1980.
Dalam karotenoid jenis xanthophylls pula, astaxanthin adalah yang paling baik dan berkesan. Sumber terbaik astaxanthin adalah daripada microalga Haematococcus Pluvialis.
Astaxanthin yang Hebat
Astaxanthin berkesan menentang radikat bebas oksigen singlet dan Iipoperaoxide dalam sel badan manusia.
Astaxanthin kini diketahui mempunyai keupayaan yang tinggi untuk menghalang tindakbalas radikal bebas oksidasi oksigen singlet yang amat bertoksid kepada sel manusia. Penggunaan astaxanthin boleh menghalang penghasilan Iipoperaoxide yang boleh memudaratkan tisu badan.
Astaxanthin mempunyai kesan anti oksida yang paling hebat jika dibandingkan dengan vitamin E atau kumpulan beta karoten yang lain.
Astaxanthin menunjukkan kesan aktiviti anti oksida yang amat tinggi iaitu mencapai 1000 kali lebih tinggi daripada Vitamin E (a-tocopherol) dalam menentang tindakbalas lipid peroxidation (pengeluaran lipoperoxide) di sel mitochondria hati yang disebabkan oleh iron bivalen.
Astaxanthin juga didapati mempunyai kekuatan lebih 100 kali ganda daripada Vitamin E dan sepuluh kali ganda lebih daripada beta-karoten dalam menentang oksidasi oksigen singlet radikal bebas.
Oleh yang demikian bolehlah dibuat kesimpulan bahawa astaxanthin adalah anti oksida yang kuat.
FAEDAH ASTAXANTHIN ::
Apabila astaxanthin dimakan, kita akan memperoleh kesan tindakan vitamin A serentak dengan kesan anti oksida seperti :-
Mengekalkan kenormalan fungsi mata, menghalang rabun malam, mata Ietih dan lain-lainMemperkuat membran mucus, berkesan menghalang penyakit berjangkitMenghalang kulit kering, kedut dan kendur dan anti penuaan (anti ageing). Memastikan pertumbuhan gigi yang sempurna dan mengekalkan fungsi reproduktif dan lain-lain.
Walaupun aktiviti provitamin A yang terdapat pada astaxanthin kurang jika dibandingkan dengan Vitamin A atau beta-karoten, faedah yang terdapat di dalam vitamin A tetap diperolehi dengan selamat tanpa perlu risau kesan negatif disebabkan pengambilan vitamin A yang berlebihan seperti pening kepala, masalah hati, masalah kulit dan sebagainya.
Menghalang Kanser dan Metastasis Dengan Berkesan
Astaxanthin jauh lebih berkesan daripada beta-karoten dalam menghalang kanser dan metastasis.
Penginjesan astaxanthin amat berguna dalam menentang kanser. Kajian yang dijalankan oleh Yishifumi Tomita, pembantu professor di Fakulti Pertanian di Universiti Miyazaki telah mengesahkan perkara ini. Kajian ini mendapati keupayaan astaxanthin menyekat perkembangan sel kanser lebih baik daripada beta karoten.
Menghalang Metastasis barah yang disebabkan tekanan (stress)
Kebelakangan ini, tekanan (stress) telah dikenalpasti sebagai salah satu daripada faktor risiko kanser. Hal ini disebabkan tekanan menghasilkan jumlah oksigen aktif yang tinggi di dalam tubuh badan. Ia juga menggalakkan penghasilan, pembiakkan dan metastasis kanser. Kajian mendapati astaxanthin berupaya mengawal proses ini.
Astaxanthin menentang beberapa jenis kanser dengan berkesan.
Selain daripada penemuan yang telah dinyatakan di atas, penyelidikan yang dijalankan oleh Profesor Hoyoku Nishino dari Universiti Perubatan Prefectural mengesahkan bahawa astaxanthin juga berkesan dalam menentang penularan kanser paru-paru, kulit dan neuroblastoma.
Kajian ini juga mendapati risiko kanser kolon juga dapat dikurangkan sehingga separuh dengan pengambilan astaxanthin selama lapan bulan secara berterusan. Selain daripada itu astaxanthin juga didapati berkesan menentang kanser jenis lain seperti kanser mulut, hati dan payu dara.
Menentang Penyakit Diabetes
Kesan penyakit diabetes amat menakutkan. Apabila insulin iaitu sejenis hormon yang dirembeskan oleh pankreas tidak lagi berupaya menjalankan tugasnya dengan berkesan, tubuh badan manusia tidak akan mampu menggunakan sepenuhnya gula yang diambil melalui pemakanan. Hal ini akan menyebabkan kandungan gula berkumpul di dalam darah dan akhirnya menyebabkan diabetes. Penyakit diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah meningkat dengan kroniknya dan kemudian gula mula dikeluarkan daripada tubuh melalui air kencing iaitu kencing manis.
Astaxanthin dapat mengawal diabetis dengan berkesan seperti:
a) Kandungan gula dalam darah telah dapat dikawal dan diseimbangkan ke paras normal
b) Aktiviti enzim anti oksida dapat mengurangkan tekanan terhadap hati
c) Kuantiti lipopreroxide dapat dikurangkan (proses lipoperoxide berkurang)
d) Pengurangan kolesterol dan triglyserid di dalam darah (kurang merosakkan peredaran darah)
e) Katarak mata disebabkan kencing manis dapat dihalang dengan ketara
Astaxanthin yang digabungkan dengan terapi diet mungkin berupaya menentang perkembangan diabetes dengan lebih berkesan.
Astaxanthin Menjadikan Kulit Cantik Tanpa Kedut dan Tompok Hitam*Radikal bebas oksigen aktif boleh mendatangkan mudarat kepada kulit. Pendedahan kepada cahaya matahari yang keterlaluan menyebabkan kulit berkedut dan bertompok-tompok hitam.
Ini disebabkan cahaya ultra ungu yang terdapat di dalam cahaya matahari menghasilkan jumlah radikal bebas yang banyak pada kulit dan boleh menyebabkan keradangan, kerosakan pada protein yang menyokong kepejalan kulit dan mempercepatkan pengeluaran pigmen melanin yang menyebabkan kulit menjadi bertompok hitam.
Peningkatan umur juga adalah faktor utama menyebabkan kulit berkedut dan bertompok-tompok.
Adalah dipercayai bahawa astaxanthin yang dimakan setiap hari akan membolehkan tubuh badan menyingkirkan radikal bebas (oksigen singlet) yang dihasilkan oleh cahaya ultra ungu. Selain daripada itu aktiviti provitamin A astaxanthin juga dipercayai dapat melawan kedutan dan kulit mengendur dengan berkesan.
Kesan kulit yang cantik ini juga boleh diperolehi jika astaxanthin disapukan pada bahagian luar kulit. Pengumpulan pigmen yang boleh menyebabkan tompokan hitam pada muka telah terhalang apabila kulit disapukan dengan astaxanthin.
Sunday, June 23, 2013
Jerebu akan kembali ke Bandar Penawar?..
Dengar kata, jerebu akan kembali semula di sini..
Muar sangat teruk.. Tak pasti keadaan nenek yayi di parit serong, muar-bpahat..
APa2 pun, bersedia.. bila benda dah jadi itu taqdir namanya. terima dengan redha & berfikir apa hikmah disebaliknya..
renung merahnya matahari..
renung asap yang menyelebungi..
renung mujur ada juga tempat teduhan untuk kita bersembunyi dari ketakutan..
renung.. bagaimana kita nak hadapi hari kiamat? bagaimana kita di padang mahsyar?
adakah tempat untuk kita bersembunyi? untuk kita lari... ?
Allahurabbi.. :'(
Ya Allah.. sampaikan kami pada Ramadhan.. sempatkah? apakah ramadhan lepas ckup untuk kita.. ? :'(
Panjangkan usia kami.. usia yang penuh keberkatan
Lihat anak.. lihat suami.. teringat mak ayah nenek yayi (rindula pula)..ye.. ini semua pinjaman.. temukan kami ditaman syurga
Muar sangat teruk.. Tak pasti keadaan nenek yayi di parit serong, muar-bpahat..
APa2 pun, bersedia.. bila benda dah jadi itu taqdir namanya. terima dengan redha & berfikir apa hikmah disebaliknya..
renung merahnya matahari..
renung asap yang menyelebungi..
renung mujur ada juga tempat teduhan untuk kita bersembunyi dari ketakutan..
renung.. bagaimana kita nak hadapi hari kiamat? bagaimana kita di padang mahsyar?
adakah tempat untuk kita bersembunyi? untuk kita lari... ?
Allahurabbi.. :'(
Ya Allah.. sampaikan kami pada Ramadhan.. sempatkah? apakah ramadhan lepas ckup untuk kita.. ? :'(
Panjangkan usia kami.. usia yang penuh keberkatan
Lihat anak.. lihat suami.. teringat mak ayah nenek yayi (rindula pula)..ye.. ini semua pinjaman.. temukan kami ditaman syurga
Subscribe to:
Posts (Atom)