My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Monday, May 26, 2014

Teks MC Bengkel OBE

Berikut merupakan contoh yang digunakan oleh MC ketika bengkel baru-baru ini. mohon mereka yang pakar untuk memperbetulkan kesilapan.. kalau dulu ada cikgu nak tanya, ini kena cari cikgu.. hehe.. terima kasih ye sudi komen dan baca! 

-- 6/5/2015: ada sedikit penambahan.. sepatutnya nyatakan jawatan penyampai cenderahati atau siapa2 yang disebut itu


-Pembuka majlis-
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Yang berbahagia ____ (VIP)_____, Yang berusaha Tn Hj Mohamed Nadzri bin Mohd Yusof, _____-jawatan-____   penceramah jemputan Bengkel OBE Pensyarah Kolej Komuniti Wilayah Johor, yang dikasihi rakan-rakan pensyarah Kolej Komuniti Wilayah Johor.

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dijemput Ustaz ____ ____ untuk menyampaikan doa..
-DOA-
Amin . amin . amin ya rabbal alamin. Terima kasih kepada Yg Berbahagia Ustaz diatas penyampaian doa itu tadi.
Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNYa, kita diberikan kesempatan dan peluang untuk berhimpun di dewan kuliah ini bagi menghadiri Bengkel OBE Pensyarah Kolej Komuniti Wilayah Johor pada pagi ini. Semoga momentum pagi ini akan terus ditingkatkan sehingga ke saat bengkel yang terakhir, insyaallah.

Tanpa membuang masa, dengan segala sukacita dan penuh semangat, saya menjemput dan menyerahkan majlis ini kepada penceramah kita untuk meneruskan lagi segala acara selama dua hari. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

….
-Penutup majlis-
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Yang berbahagia ____ (VIP)_____, Yang berusaha penceramah jemputan kita, Tn Hj Mohamed Nadzri bin Mohd Yusof, , yang dikasihi rakan-rakan pensyarah Kolej Komuniti Wilayah Johor sekalian.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita semua menghadiri Bengkel OBE Pensyarah-pensyarah Kolej Komuniti Wilayah Johor selama dua hari ini
Bagi meneruskan majlis, majlis menjemput Puan Aryati binti Ramlan selaku Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran KKBP, yang diiringi oleh Puan Hasniza binti Tawyer, Ketua Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat KKBP, untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada Tuan Haji Mohamed Nadzri bin Mohd Yusof. Dengan dengan hormatnya, dipersilakan.
Terima kasih kepada Puan Aryati binti Ramlan dan Puan Hasniza binti Tawyer diatas penyampaian cenderamata itu tadi.
Dengan ini, berakhirlah sudah bengkel OBE Pensyarah-pensyarah KKWJ. Kami juga turut berterima kasih diatas kesudian penceramah kita berkongsi dan menyampaikan ilmu selama dua hari tersebut. Semoga segala yang diperolehi dan dikongsi bersama akan memberikan manfaat dan kebaikan kepada semua pensyarah khususnya dan warga kolej komuniti amnya. Kita akhiri majlis kita dengan tasbih kaffarah dan surah al-Asr.


Saturday, May 10, 2014

selamat hari ibu .. ♥♥♥

Afnan nak makan telur puyuh yg kebetulan memang sedia direbus. Dia nak kopek sendiri kulitnya ..
A: mama, susah la nak kopek kulit dia ni
M: haah .. tu br sikit .. mcmtula mama buat macam2 utk afnan. .tapi afnan marah2 juga kat mama ..  (bernada sayu)
A: aa..  xpe..  nanti esok mama masak, afnan tolong mama ea..

Td jam 3 dia tolong basuh luar .. nak minta makan tadi pun lebih senang ..

Nampak macam perkara kecik .. kita fk mereka xtahu .. tp mereka lebih halus hatinya .. jadi, didik lah hati anak sejak dari kecil .. takpe, mgkin esok lusa dia lupa .. ingatkan balik .. insyaallah,  lama2 dia dh terbiasa .. ntah2 terbayang2 nasihat maknya ..

(Credit utk mak yg xserik ingatkan anaknya ni)

Thursday, May 8, 2014

manusia diuji

Allah .. betapa Dia sayangkan kita ..

Disaat kita leka, Dia beri peringatan ...  andai Dia biarkan kita leka, tentu kita akan terus hanyut atau buntu untuk lakukan apa yang perlu ..

Syukurlah andai Allah beri kita rasa perit .. 'sentuh' hati kita .. kerana dgn sentuhan itu, memberi kita sebuah peringatan yang cukup bermakna ..

Bukan kerana untuk kita seorang sahaja .. tapi peringatan untuk mereka di sekeliling kita juga ..

Saya tak mampu sampaikan ini dgn mulut sendiri .. kerana airmata jenis yang mudah jatuh .. kerana ingin jg airmata, saya kedu utk berkata .. saya xsuka ..

Kepada insan yang sedang diuji .. bersabarlah .. Allah sedang memandangmu dgn penuh kasih.. Allah sedang menantimu dgn penuh sayang.. Allah sedang mendengar rintihanmu dgn penuh cinta..

Jadi, sambutlah cintaNya..  kasihNya.. dan sayangNya ini.. jangan biarkan ia terlepas lagi..

Itulah ia hidayah Allah .. tak semua dapat.. sangat eksklusif .. buat mereka yang terpilih dan berusaha ..

Dipetik daripada post fb umi jue ..