Berikut merupakan contoh yang digunakan oleh MC ketika bengkel baru-baru ini. mohon mereka yang pakar untuk memperbetulkan kesilapan.. kalau dulu ada cikgu nak tanya, ini kena cari cikgu.. hehe.. terima kasih ye sudi komen dan baca!
-- 6/5/2015: ada sedikit penambahan.. sepatutnya nyatakan jawatan penyampai cenderahati atau siapa2 yang disebut itu
-- 6/5/2015: ada sedikit penambahan.. sepatutnya nyatakan jawatan penyampai cenderahati atau siapa2 yang disebut itu
-Pembuka majlis-
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Yang berbahagia ____ (VIP)_____, Yang berusaha Tn Hj Mohamed
Nadzri bin Mohd Yusof, _____-jawatan-____ penceramah jemputan Bengkel OBE Pensyarah Kolej Komuniti
Wilayah Johor, yang dikasihi rakan-rakan pensyarah Kolej Komuniti Wilayah
Johor.
Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dijemput Ustaz ____
____ untuk menyampaikan doa..
-DOA-
Amin . amin . amin ya rabbal alamin. Terima kasih kepada Yg
Berbahagia Ustaz diatas penyampaian doa itu tadi.
Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah
kurniaNYa, kita diberikan kesempatan dan peluang untuk berhimpun di dewan
kuliah ini bagi menghadiri Bengkel OBE Pensyarah Kolej Komuniti Wilayah Johor
pada pagi ini. Semoga momentum pagi ini akan terus ditingkatkan sehingga ke
saat bengkel yang terakhir, insyaallah.
Tanpa membuang masa, dengan segala sukacita dan penuh
semangat, saya menjemput dan menyerahkan majlis ini kepada penceramah kita
untuk meneruskan lagi segala acara selama dua hari. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
….
-Penutup majlis-
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Yang berbahagia ____ (VIP)_____, Yang berusaha penceramah
jemputan kita, Tn Hj Mohamed Nadzri bin Mohd Yusof, , yang dikasihi rakan-rakan
pensyarah Kolej Komuniti Wilayah Johor sekalian.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah
kurniaNya dapat kita semua menghadiri Bengkel OBE Pensyarah-pensyarah Kolej
Komuniti Wilayah Johor selama dua hari ini
Bagi meneruskan majlis, majlis menjemput Puan Aryati binti
Ramlan selaku Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran KKBP, yang diiringi oleh Puan Hasniza binti Tawyer, Ketua Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat KKBP, untuk menyampaikan sedikit
cenderahati kepada Tuan Haji Mohamed Nadzri bin Mohd Yusof. Dengan dengan
hormatnya, dipersilakan.
Terima kasih kepada Puan Aryati binti Ramlan dan Puan
Hasniza binti Tawyer diatas penyampaian cenderamata itu tadi.
Dengan ini, berakhirlah sudah bengkel OBE
Pensyarah-pensyarah KKWJ. Kami juga turut berterima kasih diatas kesudian
penceramah kita berkongsi dan menyampaikan ilmu selama dua hari tersebut. Semoga
segala yang diperolehi dan dikongsi bersama akan memberikan manfaat dan
kebaikan kepada semua pensyarah khususnya dan warga kolej komuniti amnya. Kita akhiri
majlis kita dengan tasbih kaffarah dan surah al-Asr.
No comments:
Post a Comment