My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Monday, November 17, 2014

Sedekah subuh.. milik semua

saya pernah menceritakan tentang sedekah subuh ini pada entri sebelum ini.

Dijadikan cerita, saya membawa idea ini ke kelas Kemahiran Insaniah. Hehe.. mengajar subjek ini you... ;) tapi seronok ajar benda yang lain sikit dari bidang asal ini, kadangkala..

Ok dalam kelas tersebut terdapat beberapa pelajar india. Jadi, ketika terangkan tentang perkara ini, saya cuba menggunakan pendekatan umum.. Saya terangkan genap seminggu yang lepas.

Pagi tadi kelas kemahiran insaniah ini kembali lagi pada hari dan waktu yang sama. Saya pada mulanya ingin follow up berkenaan apa yang saya pinta mereka lakukan. Namun, dalam keseronokan berceloteh saya hampir terlupa, sehingga lah ada indian girl sebut pasal sedekah subuh ini.

'Puan, saya dah buat yang puan cerita minggu lepas. Saya rasa sangat gembira, puan.. rasa sangat seronok..' ok, saya minta beliau bercerita ringkas berkenaannya..

Kegembiraannya bercerita tidak tamat setakat itu.. Habis sahaja kelas, beliau secara perseorangan telah bertemu dengan saya..

'Puan, saya betul rasa sangat seronok.. harap puan ceritakan lagi pada mereka.. Puan nak tahu, pada masa pertama saya ingin memulakan sedekah saya ini, saya bakal memasuki pertandingan mural. Tapi saya betul2 tak tahu pasal mural.. xtahu nak lukis apa.. Pagi itu selepas saya meditasi - yoga (jam 5.00-6.00pg !), saya mula sedekah. Saya niatkan untuk orang-orang tua macam itu..

Puan nak tau? Itu harilah saya dapat naib johan untuk pertandingan tersebut. Saya memang sangat .. seronok.. Saya harap mereka pun dapat seronok seperti saya..'

'Sejak itu, saya ajak kawan-kawan serumah pun ikut sedekah sama.. saya memang macam ini puan.. kalau ada mereka yang lebih dewasa daripada saya beri tips, saya akan cuba buat.. kalau tidak ada kesan, saya akan tinggalkan.. kalau ada, saya akan teruskan.. tapi betul puan, saya rasa sangat happy.. rasa lain..'

Saya terharu.. bersyukur.. rasa betapa hebat dan pemurahnya Allah.. betapa tepati janjinya Dia.. siapa yang berusaha, dia akan dapat.. tentang Islam, saya memang harapkan saya ada peluang menarik semula tangan mereka kembali ke jalan yang diredhai..

Tentang sedekah subuh ini ya, ia bukan wajib.. tapi sekurangnya 1/23 orang yang telah mencubanya.. saya harap selepas ini, mereka akan terbuka hati untuk mencuba.. saya cuma sebagai penyampai.. terpulang pada diri sendiri.. Buat, dapat.. Xbuat, saya tidak rugi apa-apa.

Allah dan nabi memang suka pada mereka yang berpagi-pagi.. Mulai pagi dengan kebaikan. Inilah salah satu cara untuk usaha ke arah itu..


No comments:

Post a Comment