My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Friday, January 30, 2015

Takoyaki @ felda adela / kledang / tunggal / sening

Nyum2.. selama ni tengok ajela takoyaki.. tapi sebab agak pelik, memang xde rasa nak makan..

Tapi kalini berbeza.. disebabkan kenalan yang jual, keterasaan tu amat berbeza... so .. dah berapa hari berlalu, baru kali ini dapat berpeluang membeli..

Not bad rupanya! hehe.. pastu yang paling saya suka ialah Fried Mushrooms! Sebab saya ni memang suka yang jenis macam tu.. pastu.. yang buatkan ia terasa sangat, cukup rasa cheezy, pedas dan rangup.. Itu menu terbaru mereka..

Lepas ni ada lagi menu yang akan mereka tambah.. soo.. tunggu...! nantikan kemunculan mereka..

'..Takoyaki @feldaAdela!! !
Sedap rupanya.. hehe.. festaim terasa nak makan.. biasa tgk je..
kalini ada menu baru.. fried mushrooms! Terbaekk.. cukup rasa.. nak2 .. dia letak cheezy tu.. ehem! Hehe..
Jemputlah datang ke felda adela. kedudukan kedai di kawasan giat mara ..
Jangan lupa sebut blog saya ye. Hehe. Nak juga tgk sejauh mana gambar ni dilihat. kiki emoticon
**Gambar yg ada watermark tu gambar diambil lepas dia bergolek ketika kami pulang ke rumah.. dah sejuk pun rangup lg mushrooms tuu.. gambar yg comel sebetulnya yg lagi satu tu...'


nak order ke?
call atau pm ulfa

bolehla sebut blog ni .. hehe.. nak juga tau sampai mana berita ni didengari.. :)


Friday, January 23, 2015

Pengalaman hampir demam..

Alhamdulillah..
Allah telah banyak beri nikmat pada kita.. setiap saat.. setiap waktu.. apakah tiada ruang untuk kita mengucapkan lafaz syukur pada Allah..? apakah tiada kesempatan untuk kita lakukan sesuatu yang menunjukkan betapa kita mensyukuri nikmat Allah...?

Bagaimana untuk tunjukkan kita begitu mensyukuriNya..? Dari segi amal wajib kita, perintah Allah kita cantikkan lagi.., perbanyakkan amalan sunat.. dan banyak lagi... wallahualam...

Semoga kita sentiasa berada dalam golongan yang sentiasa syukur atas nikmat pemberian Allah..

Bukan sihat sahaja nikmat.. gembira dan bahagia sahaja yang nikmat.. malah sedih, derita, kecewa dan sakit juga merupakan suatu nikmat yang sukar diungkaikan.. hanya yang alim dan faqih yang bisa merungkainya.. 

Cerita Isnin 19.1.2015

Dan setelah lama saya diberi oleh Allah nikmat sihat.. tanggal isnin yang lalu (19.1.2015), selesai sahaja pencerapan yang pertama, saya mula rasa tak sedap badan.. jadi petang balik tu saya telan dua biji vitamin c. ahaks, perit sikit tekak sebab utk vita c ni tak pernah lagi makan dua biji serentak.. (ostematrix 4biji sekali ngap xde lak rasa gitu.. ngade2!) ... malam tu betul sangkaan saya.. hidung mula berair2.. cuma tak berapa laju mungkin saya ikhtiar awal2 mencegah dari melarat..

Cerita Selasa 20.1.2015

Pagi bangun itu saya sangat ok.. hidung bagai segar semula.. haha.. rasa damai je bernafas. alhamdulillah.. tapi saya masih lagi ambil vita c dan ditambah ostematrix.. sebab saya perasan rasa badan ni dah lain macam...

Bila start nak tengahari, datang balik dah.. hidung kembali berair.. sok sek sok sek la saya cerap kali kedua petang tu.. tapi syukur, tak terasa langsung gangguan dari keberairan itu..

Petang tu taekwando.. konon2 pergila juga.. nanti buat sikit2 je..

HAHAHAHA... bila cerita kat adik, dia awal2 lagi dah gitau.. 'eleh.... yeye je kakmi tuuu...'

Kenapa dia kata gitu...? haha.. saya dengan bersemangatnya buat dengan sungguh2 sampai ke sudah.. cuma bila setiap slot tu, terasalah dada ni panas.. alhamdulillah.. saya lepas tengahari tu kulum vitalea for kids dan chew c.. sedap banget.. agknya tekak ni kembang bila selsema.. so dia rasa loya pula...

ok... malam tu saya ambil excuse kelas mengaji.. agk kurang sedap dah badannya.. macam nak demam sebab sengal2 sikit.. malam ambil ostematrix...

Cerita Rabu 21.1.2015

Oh... pagi ini terasa macam nak MC je.. nak rehatkan badan.. dia bukanlah pening ke.. panas ke.. tapi rasa letih... tapi pagi ini kena buka kelas.. kesian pula student.. jadi, tekak yang rasa loya ni saya pun makanlah lagi vitalea afnan.. kiki.. ditambah dgn chew c.. kikiki lagi... sedapnya....

Ada dua pilihan.. nak makan asam atau vitalea lepas lunch tu... tapi iman kuat sikitla.. amik vitalea je.. yg asam tu hold dulu.. hehe.. time tu tekak kembang lagi.. masuk kerja macam biasa.. dapatlah buat beberapa kerja yang perlu disettlekan.. alhamdulillah...


Balik tu dah tak berapa nak larat masak... namun, alhamdulillah.. kelas malam tu seperti biasa.. afnan gi taekwando, mama buat kelas..

Dalam pada larat tak larat, dapur kena sentuh, rumah kena sentuh gak.. luar pun kena sentuh jugak2... apatah lagi suami dan anak.. ngee....

Cerita Khamis 22.1.2015
pagi itu seperti biasa hantar afnan pergi sekolah.. tapi pagi tu kepala masih laagi pusing... boleh pula masa nak keluarkan keta (reverse keta) boleh nak langgar tiang porch.. pastu bila dah keluar, baru perasan ada keta kat belakang ekor.. risau pula masa reverse tu memang xperasan langsung keta jiran tu... oh..Harini kena amik MC... supaya badan boleh rehat..  

petang tu alhamdulillah, boleh temankan suami pergi ambil barang ikan.. itulah.. macam dikata dari awal.. tak demam.. tapi kepala pusing.. tak berapa nak larat... tapi larat lagi.. haha.. pelik betul kalini! badan pun confuse.. ni nak rehat ke tak nak nih!

malamnya on the way pulang, suami pula rasa tingtong.. tapi dia still drive sampai tol PG kot.. pastu dia stop tepi.. ngantuk katanya.. cewah, dengan machonya saya offer nak tolong drive.. saat awal2 tu steady je... tapi bila separuh jalan kepala jadi dah semulaaa.... lepas je dari tol penawar, saya pula berhenti tepi.. konon nak tidur jugak kejap.. tapi suami dah terjaga dulu dan tukar semula posisi >.< aiyoo.. berangan tinggi sungguh!

Sampai umah, terus makan ubat selesema (baru nak amik!.ehehe).. terus tidur... sampailah paginya...

Cerita Harini 23.1.2015

Alhamdulillah.. Allah masih panjangkan umurku.. moga keberkatan penghulu hari ini kan mengalir juga dalam kehidupanku...

Pagi ini bangun dah tiada running nose.. cuma ada sisa mukus sikit.. tapi kepala still tak larat... bangun nak buat kerja tak dapat nak lama2... sampai ke jam 11 lebih pun xmasak sarap lagi!... alhamdulillah.. lepas dengar youtobe lagu2 kegemaran, saya kembali bertenaga (walau sebentar) sempatla ready utk makan nanti...

Tengaahari bersemangat nak hantar afnan gi masjid.. jalan pergi tu memang semangat.. tak de rasa apa pun.. sihat semacam je...

Haha.. balik tu, jeng jeng.. kepala dah mula rasa berat balik.. dahlah ramai muslim yang beriman lalu lalang.. mujurlah selamat sampai ke rumah.. okla.. sampai sini dulu.. harini belum ambil apa2 supplement lagi... eh.. ambil omegaguard sebelum tengahari tadi.. ikhtiar nak cairkan kahak.. alhamdulillah, dada sikit lapang..

Baiklah..semoga Allah sembuhkan kami.. semoga sakit-sakit ini adalah satu cara Allah nak hapuskan dosa-dosa kami.. kami memang sering leka.. mudah lemah bila diuji.. sakit sikit, itulah alasan nak excuse dari tunaikan amanah Allah.. Allah.. hinanya kami dimataMu.. ampunkan kami....maafkan atas kelalaian kami...

Monday, January 12, 2015

Murtabak roti cheese

mungkin inilah agaknya namanya..

hehe.. saya google resepi, pastu buat ikut apa yang ada.. jadi, tidak ingatlah resepi siapa seawalnya.. huhu.. maaf.. ini, letakkan siap2 resepi dalam ini supaya nanti tidak lupa.. a.k.a senang nak mencari ;)


bahan-bahan:
separuh buku roti, 
2 keping keju cheddar, 
cheddar parut
marjerin untuk gris
3 biji telur*
2 sudu besar susu pekat (yang asal guna susu segar)*

bahan inti:
separuh bungkus daging kisar, 
**seulas bawang putih,
**1-2 biji bawang merah,
garam,
serbuk kari,
serbuk lada hitam.

cara-cara:
1) pukul telur bersama susu. biarkan di tepi
2) tumis bahan inti bertanda **. tumis sehingga layu
3) masukkan daging kisar. biarkan ia bertukar warna.
4) masukkan serbuk kari. gaul sebati.
5) masukkan serbuk lada hitam + garam secukup rasa.

6) potong roti kecil2 (saya koyakkan je kepada 4 bahagian.hehe). 
7) celup roti kedalam 
8) masukkan roti ke dalam loyang yang telah digris (saya guna 4" x 8").
9) tuang inti keatas roti. susun kepingan keju keatas daging.
10) tutup kembali dengan lapisan roti berlebihan itu tadi.
11) parut keju kotak sebagai topping.
12) bakar didalam oven bersuhu 160'C selama 5-10 minit atau sehingga berubah warna.

Saturday, January 10, 2015

4 Adab bersin & menguap.

Bersin & menguap, dua perkara yang sering kita lakukan.. bukan permintaan kita.. tapi ia kadangkala diluar kawalan..

Bukti kekuasaan Allah.. ada masanya kita tak mampu mengawal badan kita sendiri.

1. Apa pandangan Allah?
    Bersin Allah suka. Menguap Allah tak suka.

2. Bila bersin buat apa?
    Ucap (lafaz!) Alhamdulillah..
    Hak oranglain adalah menjawab yarhamkallah/yarhamkillah..

3. Kalau bersin, Jangan Tahan.. biarlah suara yang keluar itu bunyi macamana pun.. jangan   tahan..

4. Kalau not-yet muslim bersin, kita jgn ucap yarhamkallah/yarhamkillah.. tapi ucapkan yahdikumullah..(moga Allah berikan hidayah padamu)

-ustaz taha, Assalamualaikum, TVAlhijrah


vs                

Friday, January 9, 2015

Suburkan sifat sabar.. suburkan sifat merasa cukup..

Kita rasa sejuk....
Boleh masuk rumah masak air... ambil selimut.. memanaskan diri..
Kita rasa lapar..
Boleh korek apa yang kat dapur.. kat luar rumah.. tak pun.. boleh start enjin kereta.. carik kedai..beli makanan..
Indahnya dunia..
Tak cukup lagi ke nikmat yang Allah beri..?
Tak cukup lagi ke jantung ni masih berdegup..?
Tak cukup lagi ke hidung ini masih mampu bernafas..?
Tak cukup ke mata ni masih mampu melihat.. lantas memandu kaki untuk terus melangkah..??
Tak cukup siang untuk mencari rezeki..?
Malam untuk rehatkan diri...? Dan memuhasabah diri...?
Kita takkan pernah puas..
Cuma diri kita juga yang mampu memuaskan diri.. bersifat qanaah.. lahirkan sifat itu dalam diri.. itu tugas kita.. Allah..
Ingatlah .. ramai lagi yang kurang bernasib baik.. doakan mereka selalu...
Kerana kita tak tahu bila pula masa kita...
'Dalam sukar, hitunglah kesyukuranmu..
Dalam senang, awasi kealpaanmu...
Setitis derita melanda..
Segunung kurniaanNya..'


Berita hangat! Anak tersedak ibu menyampah dengan shaklee

Waduh! Tajuk x menahan.. tapi inilah kisah benar yang berlaku. Si ibu mesej di pagi hari. Dan pagi itulah buatkan saya semangatnya lain macam.

Jom kita tengok apa yang ibu ini katakan. Fuh! Menyirap darah!










Kan? Ibu nya geram susu keluar banyak. Cukup bekalan untuk anaknya.. Si ibu ambil kerana hadiah daripada seseorang yang juga SID.. seseorang ini nampak keperluan pada diri ibu ini..

Alfalfa juga merupakan supplemen permulaan untuk memastikan supplemen lain dapat diserap dan digunakan sepenuhnya oleh badan.. (kecuali mereka yang mempunyai penyakit ganjil, perlu dapatkan nasihat doktor/nasihat pakar nutrisi Shaklee)

Otak overload + Fenin.. fenin..



Semalam waktu lunch saya update ini di status FB:

"...Dek kerana aktiviti berat berkenaan otak dan jasad, ikhtiar ambil ni.
Kasi cargas sel otak berhubung so xdelah stress otak sangat .
Hehe.. Tambah imun. Makan pun dah kurang selera ni... so nutrisi mmg kureng ..
Lunch ambil ikan bilis goreng + nasi .. sedap ! .."

Satu minggu agak havoc.. nak settlekan perkara setelah dua minggu tidak masuk ofis kerana kursus dan cuti.. dan semalam kemuncaknya bila kena calculate dan isi data dalam bentuk excel..

Time lunch tu memang sakit belakang tengkuk.. macam stress gitu.. pastu kepala rasa macam berat.. badan rasa nak demam.. sendi mula macam nak sengal2...

Rasa macam nak tidur.. tapi banyak perkara nak kena buat.. balik rumah makan nasi putih dan ikan bilis goreng - kebetulan ada bendanya..hehe (selera seminggu ni memang tidak menentu) ..

Makan tu pun sebab nak ambil vitamin seperti diatas.. OmegaGuard + Vita c yang dipatahkan..

Kenapa patahkan? sebiji Sustained Release vitamin C mengandungi 500mg. kalau tidak dipatahkan, ia akan melepaskan 100mg vitamin c secara berperingkat selama 5 jam.. untuk keadaan normal, kita ambil sebiji je setiap hari..

Tapi bila sakit, sebenarnya badan memberi signal bahawa badan kita kekurangan zat tertentu.. oleh kerana itu, kita patahkan sebiji atau dua biji supaya dalam fungsi vitamin c tersebut sekaligus..

Omegaguard pula ambil untuk ikhtiar sel-sel otak berhubung supaya meringankan tugas kepala otak ini untuk melakukan tugas seterusnya..

Oh ya.. lepas ambil tu, masa naik kereta untuk masuk ofis semula, kepala rasa ringan.. otak yang rasa macam berat tadi lebih ringan dan.. sambung kerja kira2 tu dah tiada masalah :)

Alhamdulillah.. kita ikhtiar.. Allah sahaja yang mengizinkannya..

Cubalah.. klik untuk tahu omegaguard / vitamin c dengan lebih lanjut.

Kenali supplemen kita.. ia boleh jadi kit terbaik ketika diperlukan.. Allah jadikan sesuatu itu ada penawarnya.. :)

0197344405