My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Monday, March 31, 2014

Pengedar Sah Shaklee

Mari.. mari.. kenali Bandar Penawar yang kian membangun dan memesat..

Pelbagai kemudahan yang telah disediakan dan bakal dirancang. Antaranya dengan Rancangan Rapid Pengerang 40 minit perjalanan daripada Bandar Penawar. Dikelilingi dengan tempat pelancongan yang kian tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Antaranya Lotus Desaru, Pulai Desaru Beach Resort, Pelangi Beach Resort, Tanjung Balau, Muzium Nelayan dan pelbagai lagi.. Tidak kurang juga untuk hotel atau rumah tumpangan malah homestay juga makin banyak memasuki persaingan..

Bandar Penawar yang dahulunya agak ceruk dan agak sunyi kini makin meriah dengan adanya Jambatan Lebuhraya Senai-Desaru yang menghubungkan Pasir Gudang, Kongkong Laut.. ia diberi nama tol Cahaya Baru. Baru-baru ini ada berita kurang menyenangkan berkenaan dengan jambatan tersebut, namun, nampak gayanya pemaju sangat prihatin. Keadaan jalan semakin baik. Cuma lampu jalan perlu ditambah..

Antara kemudahan yang disediakan di Bandar Penawar ialah kawasan perindustrian yang terdiri daripada beberapa buah kilang, Pasar Awam Bandar Penawar yang menyediakan barang basah dan keperluan runcit, klinik kesihatan Bandar Penawar, klinik swasta, kedai elektrik, Pejabat Pos Bandar Penawar, Masjid Bandar Penawar, Balai bomba Bandar Penawar, Balai Polis Bandar Penawar dan macam-macam lagi..

Antara kemudahan pendidikan pula Tadika Bestari, Tadika Agama Johor, Pra-sekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Rendah Berprestasi Tinggi, Sekolah Agama, Sekolah Sains, Sekolah Sains, Kolej Komuniti Bandar Penawar, Kolej Profesional Mara, InsTeDT dan macam-macam lagi..

Uniknya, Bandar Penawar ini dikelilingi dengan felda-felda yang amat mempesonakan dengan landskap yang sangat menarik bagi setiap kawasan. Antara felda yang terlibat ialah Gugusan Felda Tunggal / Felda Sening / Felda Adela / Felda Kledang, Belungkor, Gugusan Felda Lokheng Selatan / Lokheng Timur / Lokheng Barat, Felda Sg Mas, Bandar Mas, Felda Papan Timur, Felda Waha, Felda Simpang Waha, Felda Easter, Felda Air Tawar 1,2,3,4 dan 5, Felda Pasak.. Ha.. banyak, kan? tak termasuk sungai rengit, Semenchu dan baanyaakk lagi yang berdekatan.. dekat-dekat pun antara 10 - 30 minit juga la :)

Oh.. cerita pasal bandar penawar yang pesat membangun ini memang amat mengujakan sampai terlupa point asal.. hehe.. saya adalah pengedar sah shaklee di bandar penawar dan boleh COD di mana-mana kawasan sekitarnya.. jangan segan hubungi kami:

019-7344405 || 019-771107

dan kami bersedia membuat penghantaran ke seluruh Malaysia!!! jom!!! 
termasuk Senai, Pasir Gudang, dan kawasan berdekatan.
Kawasan Desaru

Lotus Desaru Beach Resort

Map menunjukkan kawasan Desaru


Supplemen Darah Tinggi

balik dari jumpa customer merangkap jiran lama di ‪#‎feldasening‬..
baru lahirkan anak.. dah 3 bulan.. tapi ada darah tinggi pada kehamilannya kalini.. doc beri ubat untuk sakit darah tinggi.. tapi dia dan baby tak tahan.. anaknya selalu tidur.. dia pula alami sakit kepala yang serius.. dia jadi risau..
time dua hari sebelum abis pantang, dia ambil set sesuai untuk berpantang. vitalea, vita-c, bcomplex, zinc, omega(jarang2).. jadi anaknya memang tgk bersemangat. dah pandai nak ngiring.. dah nak sebut bu... ala.. lupa nak ambil gambar baby!!!comel sangat!!
tapi tula.. dia risau..babynya selalu sangat tidur.. dia ibu yang bijak.. dia puas cari supplemen yang lebih sesuai (dia ni memang jenis supplemen tegar.. macam2 supplemen dia ambil) dia cuba elakkan pengambilan ubat yang nampaknya memberi kesan terhadap anaknya..
so dia call.. (dia dah kaji mana produk shaklee yang sesuai utk dia)..
semoga niat nya utk kesihatan diri dan keselamatan baby terlaksana..
All the best, kak! (kalau akak ada baca ni..  )
"akak dah cuba macam2 mi.. p.. ste... lain2.. kesannya sekejap je.. walaupun selepas tu akak masih ambil, tapi tetap tiada kesan.. jadi, akak harap, yg ni blh bantu masalah akak.."
"tapi akak memang rasa bezanya berpantang dgn shaklee.. rasa sedap je badan.. xletih.. cuma cepat lapar je.."
"uhuk2.. tula kak.. umi teringin nak berpantang dengan shaklee ni......."
hehe.. doakan ye.. sy tahu berkat doa kalian, pasti akan tercapai jua.. tq~~!
-coq10 health
-garlic
-ostematrix
019-73 444 05
ID: 910246

Pengedar sah shaklee anda sekitar Bandar Penawar dan Felda-felda Berdekatan


Thursday, March 27, 2014

Tips nampak sangat cantik..

Tips nampak sangat cantik..

tips ni sering diajar oleh orang-orang yang alim bahagian ini. dan tips ni sering saya lihat pada mereka yang sangat menghayati dan menjadi amalan mereka..

apa tips tu...? jeng jeng jeng...

SATU: sentiasa bersihkan hati
hati ini nak kata sentiasa bersih, tentu sukar.. kerana setiap saat syaitan akan sentiasa mencari peluang agar hati kita ni penuh dengan buruk sangka, bersangka-sangka, dengki, dendam, irihati, dan macam-macam.

Jadi, mereka yang nampak sangat cantik ini rupanya sentiasa bermujahadah, sering bertarung dengan diri mereka (sebahaya-bahaya musuh adalah diri sendiri).. agar perasaan-perasaan buruk itu dihilangkan dari hati mereka.. bukan senang untuk bersihkan hati.. tapi itulah mereka lakukan untuk menjaga kesucian hati.. dan kesan sampingannya..waduh2.. berseri2.. bercahaya2.. rasa tak puas tatap wajah mereka..mereka xtahupun.. tapi kita yang lihat ni yang tahu.. kalau kita bagitahu mereka, baru mereka tahu agaknya..

wah.. satu point ni pun dah panjang.. nanti la kita sambung tips-tips yang lain ye insyaallah

Saturday, March 22, 2014

resepi donut lembut gebu

Jom masak sendiri!! Selain menjaga kesihatan dengan mengambil produk kesihatan, makanan yg dimasak sendiri lebih mudah diperhatikan mutu dan kualiti makanan yg masuk ke perut..

Ni resepi yg saya agak tibai jugala.. sbab masak di dapur yg bukan dapur kita dan bahan yg main redah je..hehe.. mujur tuan rumah rajin simpan stok2 yg diperlukan.


▶hampir setengah kg tepung gandum
▶1 peket yis mauripan
▶3 sudu besar gula
▶1sudu teh garam
▶secawan susu cair (tp xde susu cair so guna susu pekat+air suam)
▶3 sudu besar butter (xde, guna minyak jagung)
▶sebiji telur, (telur kampung je ada! guna tu je.hehe) - dipukul
▶air suam secukupnya

cara:
1) ayak tepung. masukkan mauripan. gaul. biarkan selama beberapa minit (2-3 minit)
2) masukkan gula, garam dan minyak/butter. gaul sehingga sebati antara minyak/butter dengan tepung.
3) masukkan susu dan telur kedalam adunan tepung itu tadi. gaulkan sehingga sebati.
4) masukkan air suam sedikit demi sedikit, sambil menguli doh tersebut. uli & masukkan lagi air sehingga doh tidak melekat pada tangan.
5) setelah doh tidak melekat pada tangan, tutup doh tersebut dengan kain lembap. biarkan sehingga ia kembang sekali ganda.

6) setelah kembang, kita akan lihat seperti ada angin dalam doh tersebut. tumbuk doh bagi mengeluarkan semua angin-angin itu tadi..uli. dan canai dengan ketebalan lebih kurang setengah inci. tekap dengan acuan.
7) setelah ditekap, biarkan dahulu  supaya kembang sedikit, baru masukkan dalam minyak yang panas + api yang sederhana.
8) masak sehingga keperangan dan boleh disalut dengan gula ising ataupun topping-topping yang lain :)

selamat mencuba~!!

terima kasih buat blog yang saya singgah untuk mencari item-item yang diperlukan dalam pembuatan donut. dan terima kasih buat emak Junaidah yang sering sudi menjawab pertanyaan saya walaupun berulang kali tanya setiap kali mak buat kuih, pastry, bakery dan macam-macam.. jawab dengan sabar dan tenang tu.. hehe.. kecil2 suka tanya banyak2 kali kat mak, sampai rasa puas hati dengan jawapan-jawapan beliau.. tapi mak tak marah pun.. :')

nota: sudah masuk hari ketiga, donutnya masih boleh dimakan dan teksturnya masih lembut! tanpa bahan-bahan seperti bread improver / bread softener! subhanallah.. boleh rupanya tahan sebegitu.. mungkinkah sebab telur kampungnyakah? wallahualam...
























Tuesday, March 18, 2014

Kusuuuttt!!

KUsut! kusut ! kusut!
tak tahu nak fikir ape dahhh..
keje banyak.. tapi tak tau nak buat yg mana satuuu~!!

fuh fuh fuh!!.. 

ha... pening,kan? hehe.. bila alami situasi ni.. tarik nafas.. tinggalkan kejap kerja-kerja tu.. cuba citer dgn org2 yang mampu beri motivasi pada kita..

kadang2 citer je.. tak yah feedback positive pun xpe.. hihi.. 
doa banyak2.. minta jalan penyelesaian..
cuba fikirkan jalan yg simple..

kadang2 kita ni suka fikir yg complicated. kena tahu had kemampuan juga..

kadang2 kita ni fikir terburu-buru.. jgn.. nnti stress.. terburu-buru tu kerja syaitan.. so, dia pun suka lah kita stress..
bila stress, sukalah cakap perkataan yang bukan2.. bila cakap bukan2 mulalah jadi doa kat diri tu.. pastu kacau aura org lain... kiki.. yg ni ambil pengajaran dari student yang comel2 tu...

gantikan huhu dgn hihi.. lain seyhh!