My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Saturday, September 27, 2014

Jom tanam herba di rumah!

Manusia dan tumbuhan tidak dapat dipisahkan.. ibarat irama dan lagu... aur dengan tebing..
Sumber oksigen kita perolehi daripada tumbuhan dan karbon dioksida yang kita keluarkan akan digunakan pula oleh tumbuhan.. simbiosis gitu..

Jom tanam... er..Tidak cukup tanah...?? Rumah perumahan...?? Rumah apartment...?? Tidak mengapa... kerana walaupun cukup tanah, tapi sebenarnya kita boleh gunakan pasu. dan pasu ini lebih mudah dikawal tanahnya berbanding kita tanam diatas tanah yang luas yang kadangkala terdedah dengan penyakit.. itu yang munculnya teknik fertigasi dewasakini..

Apa itu teknik fertigasi? Ia berasal daripada perkataan "fertilizer" dan "irrigation" iaitu, satu kaedah penanaman dimana baja yang lengkap akan diberikan kepada tanaman dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan tiris. Dengan teknologi ini, bekalan air dan nutrien yang mencukupi serta seimbang mengikut peringkat pertumbuhan pokok, ia akan mendapat kawalan yang lebih sistematik. Hasilnya, tanaman yang lebih sihat dan pengeluaran yang optimum dan berkualiti tinggi.

Ha.. itu fertigasi menurut website rtc. Tapi bukan saya nak ajar fertigasi.. istilah ini pun saya dapat semasa menjaga booth kolej, ada yang bertanyakan berkenaan kursus fertigasi (ketika dengar perkataan tu, memang blur.. hehe.. bila sebut balik pun tersilap) .. saya harap mana2 institusi yang boleh memberikan ilmu dan tunjuk ajar berkenaan fertigasi ini kepada komuniti agar dapat menghubungi pihak kami, Kolej Komuniti Bandar Penawar. OK2.. sambung topik sebenar..

Jika kita ingin gunakan teknik fertigasi, agak kos tinggi.. jadi, kita gunakanlah teknik ala-ala macam itu.. menggunakan tanaman dalam pasu.. diingatkan, tidak semua pokok boleh gunakan kedua-dua teknik ini.

Antara yang paling mudah untuk ditanam dan dijaga ialah, pudina, mulberry, daun sup, daun bawang, kangkung, serai dan macam-macam lagi tanaman herba. Cuma pastikan kita gunakan portion pasir yang betul (yang ini saya masih cuba memahami..)Apa yang paling penting, ketika semaian kita boleh letak dalam bekas kecil sahaja.. gunakan tanah pasir pun xpe, sebab ketika ini dia belum ada akar untuk menyerap zat nutrien..

Apabila dah semakin naik dan batang nampak kukuh, boleh dipindahkan ke pasu yang lebih besar dengan portion tanah (yang ini saya xberapa ikut, tapi pastikan ada baja-organik kalau dapat-, tanah bakar/humus, tanah biasa)..humus tu letak di lapisan tengah2 pasu (supaya tidakla menampakkan layu2 dan rupa paras nya yang tidak berapa comel tu..)..

Tunggulah sampai besar.. rajinkan menyiram, membelai, memberi baja. Oh, teringat cikgu pertanian yang terangkan hal ini pada saya, kalau boleh gunakan baja organik (boleh je buat sendiri-perut ikan+air basuhan beras+baki batang2 sayur yang tidak digunakan.siram pada pokok). kenapa kena guna baja organik? kerana tumbuhan herba kita gunakan untuk tujuan kesihatan.. kita makan.. kita minum.. jadi, bila kita gunakan baja kimia, ia akan diserap oleh akar tumbuhan.. maka? jadi, oleh kerana itu, elakkan langsung penggunaan baja kimia.

Bagaimana jika kita terrrrrr letak juga baja kimia sebelum ni? ok.. gantikan terus dengan baja organik, dan ia akan mengganti nutrisi.. tapi, mungkin bahan kimia tu dah jadi darah daging dia sikit.. jgn terlalu risau, berdoa dan mintalah pada Allah agar tumbuhan tersebut tidak akan memudharatkan kita..

Ok.. stop dulu tika ini.. jumpa lagi di entry akan datang.. terima kasih sudi baca bebelan saya.. hehe.. idea untuk diluah.. ilmu untuk dikongsi ^_^

Bayam

Dukung Anak

kangkung. daun sup. daun bawang. ulam raja. tomato ceri. cili padi.-masih baru lagi

Misai Kucing

Sambung Nyawa

Selasih atau basil

No comments:

Post a Comment