My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010

Terima kasih Allah,

Memberi aku peluang menikmati 2010..
Namun,
kupasti, terlalu banyak kelekaan dan kealpaan yang kulakukan..
Ampunkanlah Hamba..
Terlalu luas nikmat yang telah Kau berikan pada HambaMu yang jarang bersyukur ini..
Tiada tepinya Kasih Sayang dan Pemurahnya Engkau pada Hamba-hambaMu ini..
Oh Tuhan..Limpahkanlah petunjuk dan HidayahMu pada kami disepanjang 2011 dan seterusnya..
Jangan biarkan kami membuat keputusan kami sendiri tanpa bersandar padaMu..Walau sekelip mata..Malah kurang dari itupun..

Terlalu sayu ketika ini...Tidak banyak yang aku boleh banggakan sebagai hamba dan masyarakat disepanjang tahun ini..Apa yang pasti,Kerinduan pada kampung halaman menambahkan kesayuan ini..Bila teringat kampung halaman yang Kekal, bertambah pula sayunya...

Saturday, September 4, 2010

Antara Puasa 6 dan Puasa Ganti

Antara Puasa 6 dan Puasa Ganti
Postby puteri83 »

Minta penjelasan...puasa mana yang perlu diutamakan dahulu...samada lebih afdal melakukan puasa qada' dahulu atau puasa 6???


**********************************
Postby kamin »

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Jika ditanya yang mana dulu, sudah tentu perkara WAJIB mendahului perkara SUNNAT. Didalam kes Qadha' puasa berbanding dengan Puasa enam, sudah tentu mengQadha' puasa lebih afdal dilakukan, kecuali bagi kaum perempuan, ada beberapa ulama' berpandangan bahawa jika masa TERHAD, ditakuti bulan Syawwal berlalu, maka dibolehkan berpuasa 6 dahulu dan diikuti dengan puasa Qadha' menurut Syiekh Ibn Utsaimin. [Sharh al-Mumthi' 6/448].

Sabda Nabi :saw :-

من صام رمضان ثم أتبعه بست من شوال فكأنما صام الدهر
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan berpuasa 6 hari di bulan Syawwal, seolah-olah dia telah berpuasa tahun"

Jika dihalusi hadith diatas yang menjelaskan fadhilat Puasa 6, ia menunjukkan kepada suatu ganjaran yang diberikan kepada orang Islam yang telah cukup sebulan berpuasa Ramadhan. Menurut Ibn Utsaimin rh, umum mengetahui bahawa barangsiapa yang masih berhutang puasa Ramadhan tidak dianggap telah berpuasa Ramadhan sehingga ia mengqadha' hari-hari yang ditinggalkan [Fataawa al-Siyaam. ms 438].

Boleh rujuk kepada link dibawah ini :-

SJ-08-0018 : Puasa Sunat n Wajib COMBINED ?
viewtopic.php?f=99&t=28048&p=34367

Sekian, wassalam

*********************************************
Soalan: Puasa Sunat n Wajib COMBINED?

Postby VHoutenJr »
assalamu'alay-kum...

ana selama ini berpegang kpd hukum BOLEHNYA COMBINE NIAT antara puasa sunat dan puasa wajib...

cth : Puasa 6 syawal dan puasa qadha'

seandainya seseorang itu berpuasa qadha selama 6 hari dlm bulan syawal, maka dia dikira dah berpuasa 6 hari di bulan syawal.

tambahan pula, dalam hadith hanya dinyatakan "... berpuasa 6 hari di bulan syawal" tanpa mengkhususkan puasa apa.

tapi..

hari ni ana dikelirukan ngan pendapat seorang sahabat yg mengatakan TIDAK BOLEH DEMIKIAN krn diqiyaskan kpd perbuatan solat fardhu yg mana x boleh dicombinekan niat dgn solat sunat.

berikut ialah petikan kata2 dia :

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
saya tanyalah ustaz2 saya katanya memang tak boleh...katanya ada perkara wajib didahulukan dan ada jugak perkara sunat didahulukan...mengenai mati kita tak tahu bila dan kita buat yg sunat dulu bab waktunya terhad hanya untuk bulan syawwal sahaja dan posa ganti tu boleh bila2 selagi belum sampai bulan ramadhan yg akan datang...kita niatlah selepas buat posa sunat 6 ni saya nak buat ganti plak, kalaulah kita mati selepas tu pun ianya di maafkan, contohnya kalaulah kita buat ganti dulupun tapi tak habis lagi ajal kita dah sampai, macammana ngan yg berbaki tu... samalah cam ni ianya akan di maafkan...

ustaz saya membawa contoh jika seseorang tu bangun tido lewat contohnya kul 10 tanpa dia sedari, pastu dia kenalah qadha subuh tu tapi tak boleh nak satukan qadha subuh tu ngan solat dhuha walaupun keduanya dua rakaat... ustaz saya kata lagi memang tak boleh langsung nak buat cam tu.... kalau kita niat dua2 cam tu yg terangkatnya hanyalah posa ganti... memanglah islam itu mudah tapi kita tak boleh mempermudahkan bab posa ganti waktunya panjangkan.

tamat petikan kata2 dia...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ana merujuk kpd petikan fatwa Ibnu Hajar Al-Haitami, mengenai orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib seperti di atas dengan katanya maksudnya :

"Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan pusat wajib) dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya." (Al-Fatwa Al-Kubra : 2/75).

jadi, mohon penjelasan masyaikh sekalian.

WA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jawapan:

Postby kamin »

wa'alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan sdr VHoutenJr dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Asal niat didalam ibadat hanyalah : satu ibadat satu niat. Cuma ulama' membincangkan beberapa permasalahan didalam keafdalan melakukan sesuatu amalan. Sebagai contoh, dijangka 9 Zulhijah akan jatuh pada 20 Januari 2005, yang kebetulan merupakan hari Khamis. Puasa Isnin-Khamis mempunyai fadhilat yang umum, akan tetapi Puasa Arafah mempunyai fadhilat khas, maka ulama' berpendapat bahawa berniatkan puasa Arafah, dengan izin moga2 mendapat fadhilat berpuasa hari Khamis. Disana ada dikalangan ulama' yang membenarkan dikombinasikan niat tersebut. Kaedah umumnya yang diberikan oleh Syiekh Ibn Utsaimin (Liqa' al-Baab al-Maftooh, 51/19) adalah seperti berikut :-

a. Ibadat yang tidak sama jenis. Contohnya solat sunat Fajar dan solat sunat Duha tidak boleh disatukan niat, ini adalah kerana kedua2 bergantung kepada masa yang berlainan.

b. Ibadat yang tidak khusus. Contohnya; solat tahiyatul masjid bersifat Umum. Maka jia seseorang yang masuk masjid tatkala Imam dan Makmum sedang bersolat sunat al-Fajar, maka hendaklah dia juga bersolat sunat al-Fajar dan disatukan niat Solat Tahiyatul masjid (yang disunatkan secara umum bagi sesiapa yang memasuki masjid).

Kita berbalik kepada scenario diatas : Qadha' Puasa dan Puasa 6 hari didalam bulan Syawaal; apakah boleh disatukan niat? Secara umumnya, jenis ibadat ini juga berlainan; puasa Qadha' vs puasa Sunat. Disini saya memetik sebuat Fatwa yang dikeluarkan oleh lembaga penyelidikan dan fatwa Arab Saudi yang menyentuh berkenaan dengan qadha' puasa Ramadhan dan puasa Isnin-Khamis :-

Soalan : Jika seseorang berpausa Isnin dan Khamis, adakah boleh digunakan puasa ini sebagai mengqadha' puasa Ramadhan? Atau adakah NIATnya perlu diasingkan?

Jawapan : "Alhamdulillah. Tidak ada salahnya berpuasa Isnin-Khamis untuk mengqadha' puasa Ramadhan yang tertinggal, dengan syarat puasa dilakukan dengan niat mengqadha puasa...... Mudah-mudahan (moga2) anda mendapat 2 ganjaran sekali, ganjaran melakukan Qadha' dan ganjaran melakukan puasa sunat, dan fadhilat yang Allah berikan itu luas. Walaupun jika anda hanya mendapat ganjaran mengqadha' puasa, ia adalah memadai, kerana mengqadha' puasa adalah lebih mustahak dari melakukan puasa sunat. Akan tetapi jika kamu berniat melakukan puasa sunat dan tidak berniat melakukan qadha', maka kamu masih belum lagi memenuhi tuntutan kefarduan. Maka masih lagi wajib melakukan qadha' puasa Ramadhan. Wa Allahu 'alam dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw dan keluarganya." -[Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/383].

Menurut Syiekh Ihsan bin Muhammad 'Aaish al-'Ataibi :

"Pandang yang paling hampir kepada kebenaran : sesungguhnya tidak dibenarkan bagi orang Islam menkombinasikan Niat diantara 2 ibadat dimana setiap satunya mempunyai fadhilat khas, amalan khas yang tersendiri (independent). Contohnya : Tidak boleh menkombinasikan Qadha' Ramadan dan Nazar. Begitu juga diantara Qadha puasa Ramadhan dan puasa Enam didalam bulan Syawwal, dan begitulah sesungguhnya maksud dari hadith agar manusia berpuasa 36 hari - satu bulan (Ramadhan) dan 6 hari (Syawwal) - Maka jika dihimpunkan kedua niat, maka jadilah ia puasa 1 bulan dan satu hari sahaja!

Inilah yang dibezakan dengan maksud hadith bahawa berpuasa satu bulan Ramadhan dan 6 hari, maka telah datang sunnah yang menjelaskan tujuan hadith ini, telah diriwayatkan oleh Ibn Majah dengan sanad yang baik bahawa Nabi saw bersabda "Barangsiapa yang berpuasa 6 hari selepas berhari raya maka dia telah menyempurnakan / berpuasa satu tahun penuh, barangsiapa yang mendatangkan kebaikkan (melakukan puasa) maka baginya digandakan 10" [url : http://www.islamway.com/?iw_s=Article&i ... le_id=1003]
--------------------

Didalam kes mengadha' puasa dan melakukan puasa sunat 6 hari didalam bulan Syawwal, ulama berbeza pendapat yang mana satu harus dilakukan. Beberapa ulama' berpandangan bahawa Tidak sah amalan sunat sebelum melakukan qadha'. Mereka menggunakan kaedah :

"Sesungguhnya amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu"

Akan tetapi, jika terdapat masa yang sangat pendek (takut tertinggal peluang menunaikan puasa 6), berbanding dengan puasa qadha' yang banyak; seperti didalam kes wanita yang panjang haidhnya, dibenarkan melakukan puasa enam hari didalam bulan Syawwal, dan kemudian mengqadha'nya sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang. Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan ini merupakan pandangan yang lebih kepada kebenaran. [Sharh al-Mumthi' 6/448].

Kesimpulannya, bagi puasa sunnat yang mempunyai fadhilat umum (seperti Isnin-Khamis), jika ia bersamaan dengan puasa sunnat yang mempunyai fadhilat khas (contohnya puasa sunat hari Arafah), bolehlah dilakukan niat yang khas (Puasa Arafah) bagi mendapatkan ganjaran puasa Isnin-Khamis sekali. Bagi Puasa qadha' yang dilakukan pada bulan Syawwal, dia boleh berniat qadha' dengan harapan moga2 mendapat juga fadhilat berpuasa didalam bulan Syawwal. Jika seseorang itu berniat puasa sunat, maka tuntuan qadha' masih tidak terlepas dari dirinya. WA.

wassalam.
---------------

p/s:Memetik petikan tersebut diatas daripada pautan: http://www.soaljawabpuasa.co.cc/2010/07/antara-puasa-6-dan-puasa-ganti.html sebagai panduan di hari muka.

Friday, August 27, 2010

Mandi Junub

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.




Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

by Azarudin Bocheh on Thursday, August 5, 2010 at 11:36am
http://www.facebook.com/note.php?note_id=415432056646&id=1797249860

Tuesday, July 27, 2010

Nikmat Tak Terucap

Syukur ke hadratNya kerana memberikan ruang dan peluang itu.. Hati ini yang terlalu merindui, merintih dan merayu-rayu untuk ke tempat itu Alhamdulillah, diizinkan-Nya.. Apatah bersama dengan insan yang sentiasa dan bakal menemaniku duniaku dan akhiratku..Insya-Allah.. Ditambah pula dengan kelakuan yang baik dari si kecil, imam mudaku..

Alhamdulillah, sebelum pergi tu, (malam semalam) saya tak putus-putus mengucapkan harapan dan pergantungan pada-Nya, agar memudahkan segala urusan kami..sudah lama kami tak kesana, risau juga kalau mood si kecil pintar itu terganggu..rupa-rupanya tak rugi kita selalu meminta, mengharap, meletakkan pergantungan percaturan kehidupan dan langkah kita terhadap-Nya.. Segala Puji dan Keagungan bagi Allah, memudahkan segala urusan kami...

Ucapan syukur dan terima kasih jua buat imamku yang setia dan sudi menunaikan hasrat di hatiku ini...

Andai ditakdirkan saya akan mengandung lagi (*wink wink*) saya akan cuba teruskan amalkan sentiasa berniat untuk ke tempat itu bersama-sama anak-anak agar bila dia sudah berada di alam fana ini, mudah untuk saya menguruskannya..amiin..insya-Allah..

Sunday, July 18, 2010

Rumah ku Syurga Ku..

18 hb Julai 2010 - Alhamdulillah..hari ini pagi kedua aku di rumahku sendiri..akhirnya kami mempunyai sebuah tempat kediaman yang selesa sebagai rumah, sebagai kawasan perjiranan..syukur atas kurniaan Allah..namun selautan syukur itu masih belum setanding dengan kurniaan yang Allah berikan ini..apatah lagi setiap saat Dia kurniakan untukku...untuk kami..

Banyak sungguh keberuntungan..Jiran-jirannya sangat ramah dan baik hati..Dia Maha Mengetahui. Sinar matahari.. Udara yang bertiup.. dan macam2 lagi..

Masa belum lagi rumah ni siap dulu, jiran selang dua rumah dah siap jemput datang berkawan..hehe..Malam masa punggah barang (16 julai) Mak Jah jual bakso selang dua buah rumah dari sini pun beramah mesra..mak jah yang tegur dulu..huhu..umi ni kadang2 xreti nak start dulu..

19 hb Julai 2010 - Sampai saat ni umi belum dapat keluar jalan-jalan sekitar rumah..pagi uruskan sedikit hal2 rumah (ada kotak2 yang perlu di beri perhatian).siangnya pula keluar untuk uruskan hal rumah dan diri (gi klinik).malamnya ikut suami pergi Sening untuk uruskan hal rumah sana dan kedai, mengajar.. Alhamdulillah, Afnan is such a good and behave boy.. Thanks Allah, simplify our job.. Bertolak dari sini pukul 8 malam sampai semula rumah pukul 11.30 malam setelah singgah kejap beli makanan..

20 hb Julai 2010 - Pagi ini kupanjatkan lagi syukur ku..ku buka jendela..ku dengar insan berpusu-pusu mencari rezeki, pergi berjihad menuntut ilmu.. Moga Engkau permudahkan urusan mereka dan urusan kami.. Moga Engkau lindungi mereka dan keluargaku dari malapetaka dan kemurkaanMu..

Harini perlu setelkan kotak2 tu, baju bajan..harap2 dalam sejam dah setel..blh tumpukan pada family dan jiran..insyaALlah..gambateh!

Wednesday, June 30, 2010

Iman..

Ya Allah.. Jangan Engkau lupakan aku sedetik pun mahupun kurang dari itu di dunia apatah lagi di akhirat sana.. Peliharakan imanku, Tuhan.. Matikan aku dalam keadaan aku sujud dan tunduk pada-Mu..

Amalan paling utama

Jaga waktu solat.. Masuk waktu terus solat
TOlong buat baik dengan ibu bapa kamu..
Berjihad di jalan Allah..
BEriman kepada Allah dan RasulNya


Amalan yang paling Allah sukai adalah amalan Wajib..

Thursday, June 24, 2010

Asal usul kusut ?

Malam tadi lepas solat,boleh teringat kata-kata salah seorang watak dalam Lakeview Terrace (rancangan Astro) "Kalau pun kita xsuka sesuatu perkara, tidak semua perkara yang kita tidak suka tu kita perlu beritahu pada orang itu.."

Bila dikenangkan semula, ada benarnya... Kadangkala diri ini terlepas membuat sesuatu yang kita tidak suka dan juga orang lain tidak suka.. Dan kita berharap sangat orang lain tidak akan menyebut kesalahan itu didepan kita.. Tetapi.. bila dipandang dari sudut lain, perlu juga kalau dah terlampau kerap mengulang kesalahan itu..

Mm... Susah kan jaga hati orang.. Sebab hati kita sendiri pun kita tak mampu nak jaga... Tapi kalau nak jaga sangat hati itu, sampai bila-bila pun kita takut nak maju.. Macam mane? Bak kata orang sini... "kusut..kusut.." =)

Tuesday, June 8, 2010

Dugaan...ujian itu rahmat sebenarnya..

Semalam agak menguji kesabaran saya.. Semalam saya diamanahkan untuk menggantikan suami menjaga 'ofis' kami kerana dia perlu keluar bekerja untuk menguruskan hal berkaitan rumah yang sedang kami bina..

Selama ini afnan kurang buat perangai. entah kenapa pagi semalam dia dapat tidur kurang setengah jam (9.55am-10.20am+-) sahaja... Alhamdulillah, waktu itu cukup untuk saya menguruskan pembukaan kedai saya sekejap (mengemas, dan pelbagai lagi) Jadinya, bila dia kurang tidur, dia akan rasa tidak selesa.. Main pun tak mau.. Apatah lagi diletakkan di walker mahupun dibiar bermain keseorangan ( walaupun saya ada berdekatan ).. Saat saya membuka kedai, dia berkepit dengan saya.. Alhamdulillah, orang ramai datang waktu itu.. Saya masih lagi mampu mengawal keadaan (chewah!..(*syukur*..) Apbila ada orang yang memerlukan lebih perhatian saya, saya semakin kurang sabar bila afnan tidak mau memberikan kerjasamanya..huhu...afnan..afnan... Alhamdulillah.. ia berlanjut selama 3jam.. Puas saya keluarkan semua mainan dan alas baringnya.. Tapi dia masih tidak mahu saya tinggalkan dia...aduhai..dugaan..namun syukur,saya masih mampu lagi tersenyum dan berlapang dada bila keadaan pulih sekejap.. Dan waktu itulah saya cuba merefresh kekuatan saya sebelum kekalutan datang lagi..

Tak cukup dengan itu... masalah lain pula timbul.. biasanya ok saja.. tapi bila ujian itu Allah kata nak bagi, ia akan datang juga.. Masalah pekerja pula.. Sepatutnya saya hanya menggantikan sehingga jam 1.30pm (itu pun puas saya pujuk afnan, "sekejap ye nak...lagi sejam lagi..kejap ye..lagi setengah jam lagi...") tup tup bila sampai masanya, pekerja yang saya harapkan datang untuk menggantikan saya, menyatakan dia tidak dapat hadir kerana masalah pekerja lagi satu... Debush!...'saya dah tak mampu lagi ni...' bisik hati saya.. afnan da dua kali menyusu tapi tak mau tidur..perut saya pun sudah mula memulas..(kesan menyusu..ibu yang menyusu,tentu mengerti rasa ini)sabar..sabar..ati saya dah xkeruan..suami pula tak dapat call,sbb bateri dia kong!..aduh..sabar jela..nak mesej mmg saya tak menang tangan nak menaip.afnan dah makin tak boleh tahan mengantuk agaknya...jam sudah menunjukkan pukul 2.07pm...oh...ya Allah..datangkan lah pertolonganMu.. Alhamdulillah.. tidak lama selepas itu, pekerja yang saya harapkan pun sampai sambil mengendong nasi ayam ditangannya... (tersenyum lebar hati saya waktu itu..hehe) masa itu afnan baru terlelap setelah menyusu.. Alhamdulillah..

indah kan kalau kita boleh bersabar sikit lagi..memangla, sabar tu sebenarnya tiada had bagi yang ingin merasai nikmatnya bersabar :)

Friday, May 14, 2010

Anak Anugerah Allah

Perhatian = beri perhatian kepada anak dengan perhatian yang maksima sehingga hatinya puas..

Situasi : Ayah yang baru pulang dari kerja, sedang asyik menonton televisyen. Anak sedang membuat kerja sekolah memanggil-manggil ayahnya tapi ayahnya terlalu khusyuk melihat berita anak orang dibunuh, anak orang menderita sedangkan anak sendiri tidak diberi perhatian.
Nanti bila sudah remaja, ayah memanggil anak untuk sarapan atau solat tapi anak tetap tidak menjawab. Itu semua kerana balasan, ujian dari ALlah, didikan dari kita.

Puji dan Peluk = pujilah anak supaya kantung hatinya sudah penuh, tidak perlukan pujian orang lain
Peluk adalah sebuah ikatan,kasih sayang.

Ibu puji anak lelaki, ayah puji anak perempuan. Agar mereka tidak mencari pujian apatah lagi mempedulikan pujian dari jantina lain terhadap mereka.

Pendidikan = Terbahagi kepada 3A = Akademik Agama Akhlak

Ajar anak ucap "Terima kasih ayah, Terima kasih Ibu, Terima kasih ALlah.."

Tuesday, April 13, 2010

Sebelum tidur...

Hari ini ingat nak masuk tidur awal..tapi rasanya tak sedap kalau tak dicatat disini..bukan apa..sebagai peringatan untuk diri ini dimasa akan datang..Almaklum, manusia ni pelupa..hatta setinggi mana tingkat kitab kita telah pelajari,tapi tanpa peringatan dan nasihat tentu tetap mudah terjerumus dalam kejahilan..wal'iyadzubillah..

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan (menasihati) dengan kebenaran, dan berpesan-pesan (menasihati) dengan kesabaran.."

Aduh..bila dibaca ayat ni semula seketika tadi.."sabar"..huhu..mana hilangnya kesabaran aku??

Balik semula niat asal, sebenarnya malam tadi masuk tidurkan afnan pukul 10++malam..bila tidurkan dia,makanya tuanpunya diri ni pun turut terbuai walaupun belum solat isya' lagi (leka!bak kata org sini..cuai!)nak dijadikan cerita, tak lama lepas itu (xtau la berapa lama waktu ni) suami pun masuk tidur..tiba-tiba umi terjaga dan sambil tu hati ni rasa panassss sangat..xtaula nak cerita..kalau panas sebab bahang sekeliling,xpenah lak sepanas itu perasaannya..so, umi pun mandi la..rupa-rupanya pukul 1pagi..dah mandi pun hati masih panas..dada rasa perit dan sempit..lepas solat isya' dan sunat dua rakaat, baru tenang skit..

pukul 2 pagi lbih, SMS mak ayah,tanya semua ok ke x,sebab rasa pelik sangat..risau la kalau ada benda-benda yang kurang senang terjadi..tapi takde jawapan,sebab mak ayah da tidur (xharapkan pun sebab kita yang mengganggu mereka)

esoknya, (pagi ini)mak call..mak kata semua ok..umi cerita lah pasal malam tadi..bila tiba bab baru nak solat isya',mak mencelah...

"umi belum solat lagi waktu tu ye?rugi,mi..kalau belum isya' tapi dah tidur,bila terjaga malam, itu belum dikira dapat bertahajjud.."

zzzuuuppp...terasa something..huhu......takyah la citer macam mana rasanya..Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku..Dia datangkan rasa resah sekejap sebab Dia masih sayangkan aku..Dia nak suruh aku berfikir, dan dinasihati begitu...yela..aku dah makin leka dalam duniaku sendiri..tiada penasihat agama,tiada teman pengajak ibadah..Alhamdulillah...terima kasih,Allah..aku harap,aku mampu untuk istiqamah..aku harap Allah terima semua amalan yang aku lakukan..

jadi kawan-kawan, macam tu jugalah dalam kehidupan kalian..kalau ada rasa sakit hati,resah,takut,kecewa...cuba cek diri..atau,try borak-borak ngan orang yang soleh..insya-Allah,pasti ada hikmah@pengajaran yang akan kita dapat...kadangkala, perlu jugak kita bercerita perkara remeh-temeh (bagi anggapan sesetengah orang)..supaya impaknya lebih besar dan bermakna dalam kehidupan kita seterusnya kalau kita temui kebenaran yang tersirat@tersembunyi disebalik kejadian itu..

ingat,dunia ni "takde maknenya" tanpa akhirat...kalau kita beruntung dan bangga dapat kawan yang boleh bincang tentang bisnes dan perihal kerja, kenapa kita tak rasa beruntung,malahan ada yang rasa rimas a.k.a ibarat membebel (pulak!)bila punya kawan atau teman yang baru je nak bukak mulut @ yang suka bercerita tentang kebenaran Allah dan yang seangkatan dengannya..

wallahualam.

Muhasabah

Dia cuba memuhasabah dirinya.. Dia tertanya-tanya, jika dulu dia seorang yang pandai menghormati orang...apatah lagi terhadap insan yang punya kedudukan tinggi dalam hidupnya... walaupun tidak dinafikan terkadang terlepas juga tutur kata dan sikapnya..tetapi itu terlalu jarang.. Dia sedaya mungkin cuba menjaga hati orang..

Tapi...kenapa kini sikapnya itu bagai sudah pudar?adakah kerana pendiriannya (jika insan lain menghormatinya,maka dia pasti akan menghormati insan itu.. Malah xmustahil untuk menyanjunginya..jika seseorang tidak menghormati dirinya,apa gunanya dia terlalu menjaga hati mereka) Adakah pendirian itu yang membuatkan dia bersikap begitu terhadap insan itu? Puas dia cuba menggapai semula sikap itu agar kembali dalam dirinya..namun...seringkali dia gagal...

Tiap kali dia bersikap begitu (tidak menghormati), dia pasti akan menitiskan air mata menyesal.. Sesal kerana tidak mampu mengekalkan sikap itu (menghormati dan menyanjungi) kepada insan yang mempunyai tempat di hatinya.. Dan tiap kali juga selepas itu dia akan berazam untuk belajar menghormatinya.... Namun... dia masih keliru, kenapa dia masih tidak mampu.. Adakah hanya dia sahaja yang perlu muhasabah diri? Perlukah dia meluahkan perkara ini kepada insan itu?

Sesungguhnya dia tidak sanggup melihat hati insan itu terluka.. tak pernah sanggup.. namun apakan daya.. hatinya benar-benar tidak mampu mengatasi situasi itu.. Dilubuk hatinya yang paling dalam, dia mengharapkan agar insan itu dibukakan pintu hati oleh Allah serta dilembutkan hati untuk mengakui tanggungjawabnya sebagai seorang yang paling diamanahkan dalam keluarganya.. Lantas memperbaikinya.. Agar hati dia lebih lembut dan senang untuk lebih menghormati dan mengasihi..

Salam sayang dari hati yang benar-benar cintakannya....

Wednesday, April 7, 2010

spirit~!

diri ini boleh menjadi sesuper yang mungkin selagi hatinya tidak dicalari dengan kemarahan, kehalangan...all the best to me for today and for the future!gambateh! please ALlah...grant me strength and guidance...

BismiLLahirRahmanirRahim..