My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Friday, June 13, 2014

anak dan tips untuk mendapatkan zuriat

hehe.. memang menyeronokkan... mereka lah tempat kita merehatkan fikiran.. keletah mereka yang mengusik, benar2 mengusik jiwa.. mereka pelajar paling hebat.. sekali cakap dah dengar.. siap akan tegur kita.. baik yg diajar, seribu kali lebih baik dari kita jadinya.. begitu sebaliknya..

anak-anak benar permata berharga buat kita..

saya syukur dikurniakan seorang anak.. dialah tempat kami berdua mencurahkan segala perasaan.. saya syukur kerana Allah tetap beri peluang anak kepada kami walau kami sering lalai dan leka .. terima kasih, Allah atas segalanya... 3 tahun pertamanya bersamanya melihat membesar depan mata amat bermakna...

saya doakan.. mereka yang belum mendapat zuriat, akan dikurniakan zuriat.. sabarlah dengan ujian Allah.. namun sabar bukanlah kita biarkan aja ia follow with the flow.. tapi kita usaha dengan pelbagai cara..

begitu juga mereka yang senasib dengan saya, masih lagi seorang anak.. syukur dengan apa yang ada.. hargai dirinya.. usaha pun perlu ada.. semoga kita akan dikurniakan juga rezeki anak ..

jika ada yang tersinggung kerana orang tanya tentang anak, tolong jangan sedih atau terasa hati.. mereka benar-benar mengambil berat tentang kita.. dengan senyum ikhlas, mohonlah agar mereka mendoakan kita.. mana tahu, ada kalangan mereka yang doanya diangkat Allah..

teruskan bersedekah.. berilah apa jua bentuk sedekah kepada semua makhluk Allah.. senyum yang ikhlas itu pun sedekah.. senyum pada kucing.. senyum pada pokok... senyum pada laut.. senyum pada langit .. ^_^

banyakkan beristighfar .. istighfar antara yang sering disebut mereka yang alim antara membuka pintu rezeki .. cuba amalkan 100x sehari

banyakkan berdoa dengan hati .. hati yang penuh mengharap.. dan lafaz sebagai penguat kata.. doa dengan sungguh-sungguh..

ziarahi setiap kelahiran.. lahirnya bayi ada malaikat yang menjaga.. kita ziarah mereka dan bisikkan ke telinga bayi, doakan kita dapat zuriat ye? moga malaikat yang menjaganya akan turut mengaminkannya..

banyakkan amal, kurangkan perbuatan dan tingkah laku lagho (sia2, yang tidak ada manfaat) .. mungkin inilah masanya untuk kita muhasabah diri, menjadikan diri kita kepada yang lebih baik..

amalkan pemakanan yang baik dan halal.. antaranya madu, kismis, kurma.. dan pemakanan yang boleh bantu kita subur..

jangan lupa jumpa doktor ye.. bagi mereka yang lebih setahun tidak dapat anak, dinasihatkan untuk pergi berjumpa dgn doktor.. kerana zaman sekarang ni, potensi penyakit pelik menyerang semakin tinggi.. nak-nak kita yang perempuan (lelaki tak terkecuali ye) .. doktor ada sebut,cyst, fibroid, endometriosis dan macam-macam.. pergi je.. nanti pandailah doktor cari puncanya (digalakkan jumpa doktor pakar)

lepas tu kalau nak cari supplemen tambahan, meh tanya saya.. hehe.. #sayajualshaklee ..



019-7344405 -umi-jue-

No comments:

Post a Comment