Prebiotik dalam Meal Shakes
"Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu "Manna" dan "salwa". Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu. Dan tidaklah mereka menganiayai Kami, akan tetapi merekalah yang telah menganiayai diri mereka sendiri" - Surah Al-Baqarah ayat 57
Manna merupakan hanya satu bentuk Fibre 100% serat yang terlarut di dunia. Ia merupakan sebahagian dari tumbuhan yang tidak mengandungi kalori, vitamin atau mineral tetapi ia sangat membantu menghilangkan bahan buangan berbahaya dari badan.
Info menarik:
Epal telah diwar-warkan mempunyai serat pemakanan terlarut tertinggi dikalangan semua tumbuhan semulajadi, tetapi kajian telah membuktikan dengan kuantiti berat yang sama, didapati:
Epal – 2.3% serat terlarut
Manna – 86.6% serat terlarut.
100g susu lembu segar mempunyai 125mg Kalsium
100g Manna mempunyai 1117mg Kalsium.
* Di mana susu lembu segar MEMPUNYAI lemak dan kolestrol serta TIADA serat terlarut.
Manna (Buah penghidupan) MEMPUNYAI serat terlarut yang tinggi serta TIADA kolestrol dan lemak.
Banyak kajian saintifik keatas Manna mendapati ia sangat berkesan digunakan sebagai Prebiotik.
Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Manna dengan Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal keatas manusia yang diberi Manna 10gm sehari dan Inulin 10gm selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Manna berbanding Inulin. Ini bermakna Mannaadalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.
Kredit Info: Julia Idris
Prebiotik : adalah sumber makanan bagi merangsang pembiakan bakteria baik di dalam sistem pencernaan rendah yang memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan manusia yang dikenali sebagai Probiotik.
Probiotik : adalah bakteria baik yang hidup di dalam usus besar sejak manusia dilahirkan. Probiotik adalah penting dalam menjamin kesihatan tubuh bagi tujuan, merangsang sistem imun, menyah sisa makanan yang tidak boleh dihadam, menyah toksin dalam badan, menyingkir lebihan lemak dan menghalang pertumbuhan bakteria jahat. Dengan itu probiotik dapat menghalang tubuh daripada penyakit berbahaya seperti kanser, kegagalan buah pinggang, kencing manis, jantung dan lain - lain.
Kelebihan mengambil Prebiotik daripada Probiotik
Prebiotik Vs Probiotik
Kredit sumber: Ummu Ainan
Badan sihat. Otak cerdas.
Bolehlah dapatkan stok mealshakes untuk anak anda sekarang! Untuk mak ke ayah budak pun boleh. Tolong kurangkan sembelit.
Harga RM113.75.
Hubungi : Umi Jue 0197344405
No comments:
Post a Comment