My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Monday, August 31, 2015

Kek Sedap di Felda Air Tawar 5!

Kek ni memang marvellous .. sejibik malah sedap setanding yg dibeli di 'resepi rahsia' .. lebih sedap kerana kita kenal siapa pembuatnya.. kita tahu bila dia siap.. 

Kek ni lepas saya order dan siap 28hb lepas sehingga harini makin sedap pula rasanya.. .

Memang berbaloi .. kat rumah mertua tu mmg xramai yg suka kek.. tp blh abis sehingga lihat baki ni..

Nak ke? Boleh order dgn Hani Honey .. mmg terbaik..



gambar asal.. kek indulgence 8inci.. sedap bangat...!!

selepas sehari kena ngap.. hehe...

Mana kedainya ni..? Lebih kurang setengah jam dari Bandar Penawar... hem.. apa kesah dgn setengah jam tu...? hehe.. saya sanggup redah kerana inginkan kepastian tentang status halal dan bersih nya.. hehe..

Sunday, August 30, 2015

Healing Crisis. Krisis Penyembuhan. [Luaran]


Pernahkah anda hampir kecewa... Makan supplemen dengan harapan anda terus dapat apa yang anda hajati?

Produk ini bukanlah ubat atau dadah yang memberikan kesan serta merta.. ia adalah yang membekalkan nutrisi ke dalam tubuh dengan cara yang semulajadi..

Healing crisis ini berlaku apabila badan kita sudah terlalu banyak toksin atau terlalu lama tidak diberikan nutrisi yang secukupnya.. hal lanjut boleh baca link ini dan itu 

Berikut tanda yang anda alami dan kemungkinan-kemungkinan mengapa anda mengalami tanda tersebut:
(klik untuk imej yang lebih jelas)



Jika terdapat simptom di bahagian mata seperti mata merah, mata gatal, penglihatan kabur, tahi mata, mata berair, tekanan di kelopak mata...
Simptom di bahagian hidung & tekak seperti selesema, demam, bersin, tekak kering, hidung tersumbat, batuk, sakit tekak...

Berikut di bahagian rongga oral.. lidah atau gusi bengkak, sakit, bibir kering & pecah, nafas berbau, ulser mulut, bibir pucat...

Ini pula simptom dibahagian telinga seperti tahi telinga, tinnitus.. 


Why? HC?

Kenapa berlakunya Healing Crisis?
Kenapa? Ia disebabkan toksin yang telah lama tertimbun dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama. 



Contoh?
πŸ‘‰Sisa-sisa, makanan berkimia, lemak
πŸ‘‰Stress
πŸ‘‰Diet tidak seimbang
πŸ‘‰Kurang tidur
πŸ‘‰Pengambilan antibiotic / ubatan
πŸ‘‰Suplemen dietary membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Apa yang berlaku ketika proses detoks ini? Ada kemungkinan:
πŸ‘‰Pening
πŸ‘‰Lesu
πŸ‘‰Sakit kepala
πŸ‘‰Ketidakhadaman (perut kembung, lapar)
πŸ‘‰Cirit-birit
πŸ‘‰Kahak berlebihan
πŸ‘‰Kencing yang keruh
πŸ‘‰Berasa hangat
πŸ‘‰Berpeluh
πŸ‘‰Dll.

*simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu selama 1 hingga 2 minggu

**Minum banyak air bersih, rehat secukupnya dan makan lebih sayuran dan buahan. Fahami lah ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini 

Untuk mengetahui mengapa anda mengalami simptom-simptom tertentu, boleh lihat paparan ini

Makin makan.. makin.. aduh...~!

Healing Crisis:


Sesetengah kita akan melalui satu tempoh penyesuaian apabila mula mengambil suplemen. 

Simptom ini nampak seperti penyakit tetapi ianya tidak. 

Rupanya ia adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. 

Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh suplemen, krisis pemulihan ni akan berlaku.


Ketika tempoh ini, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. 

Biasanya ia terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun, tubuh yang lemah akan ambil masa yang lebih untuk pulih.

Untuk mengetahui mengapa anda mengalami simptom-simptom tertentu, boleh lihat paparan ini

Saturday, August 29, 2015

Kisah anak muda bumiputera..


Saya tidak berapa mengenali beliau.. tapi apabila melihat kejayaan beliau, saya sangat kagum dengan semangat beliau... usaha yang beliau lakukan... saya tidak pernah mengajar beliau.. tapi apabila beliau menjadi salah seorang anak murid dalam kursus pendek yang saya ajari, semakin kagum dengan semangat anak muda ini.. kerjasama yang beliau berikan.. akhlak yang beliau tonjolkan.. sangat berbeza dengan rakan yang lain... bukan mudah nak mudah.. bukan mustahil untuk jadi mudah..

Anak muda,... atau yang berusia yang ingin berikan pengajaran untuk anak-anak kalian, boleh lah follow beliau.. kita ambil yang baik.. moga jadi tauladan buat semua..

Tahniah Muhamed Norle & co!.

Semoga Allah sentiasa melindungi kalian dan memberkati segala usaha..., tidak meninggalkan kalian sekelip mata atapun lebih kejap dari itu...



Stronger than ever..~!

Dua hari lepas dalam group secret masing-masing kongsi gambar selfie bersama produk shaklee kegemaran mereka.. hehe.. saya pun nak join jugakkk... tapi kan... ada yang paling saya suka tu time ni tgh tunggu stok sampai.. apa tu ye...? hehe.. yang paling best la... VIVIX!!


Nah.. ini ada satu gambar bersama shaklee yg saya edit.. sebab gambar selfie saya je so saya editla ye. hehe..

Nampak tak kat almari belakang tu.. hehe.. tu tempat stok shaklee saya.. memang kena prepare.. sebab ada customer yang perlukan produk shaklee secara adhoc.. jadi namanya kedai shaklee... so kena la sediakan..

Ingat memain ke..? :)


Yang dibawah ni ada lagi pengguna shaklee yang setia... ramai kan? kenapa best? kenapa masih setia ?
Haaaa... nak rasa kebestannya.. ? Meh contact kita... 





Friday, August 28, 2015

Sustained Release Vita-C Plus!

Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg -wow! kulit ada orang nak makan ke?kalau saya makan yang asam tu je...huwaaaa ) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam badan kita dalam setiap jam.

Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C dalam 2 tablet vitamin shaklee (dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam.

Setiap tablet mengandungi:
120 mg bioflavanoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buat) yang dikenali sebagai vitamin C Complex - ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C didalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Manfaat Utama:
©Membentuk kolagen - merangsang pembentukan kolagen.

©Memperbaiki Simptom Pendarahan - kurangnya vitamin c adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

©Peningkatan Sistem Imun - membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selesema.

©Memerangi Kanser - ia adalah satu-satunya anti oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita..

©Mencantikkan kulit - Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukkan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

©Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress malah berkaitan mental seperti keresahan.

©Mengekalkan Kolestrol Sihat - Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat.. menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.



Thursday, August 27, 2015

Vivix....~ Keperluan Badan Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Sedar tak, bila kita sakit atau demam, kadangkala kita tak selera makan, kemudian orang yang sayang kita akan suruh kita makan jugak.. buatkan bubur.. belikan pelbagai makanan atau minuman yang boleh beri tenaga... Kenapa? sebab nak bagi tenaga pada kita...

Kerap jatuh sakit adalah tanda sel badan kita kurang sihat.. pendek kata, sakit.. Sel badan kalau sihat, kita akan JARANG jatuh sakit/demam...

Acaner nak bagi sel kita ni sihat? cukup tenaga?

Kalau saya, saya akan cadangkan agar konsisten ambil Vivix & ESP.. Kerana Vivix ini akan membaikpulih akar umbi punca banyak penyakit.. apa ye puncanya? yep.. puncanya daripada sel yang kurang sihat.. Vivix ni akan terus tuju ke sel..

Vivix ni bertindak dengan cara memberi tenaga pada sel tadi, baikpulih DNA sel kita dan juga kurangkan AGE protein dalam badan kita...

Bila sel sihat, sel cantik, penyakit pun kurang mendatang.. kita pun akan rasa cergas..

Vivix bukan short term solution, bukan drug, bukan ubat segera, tetapi ia adalah long term. Sebab ia merawat sel.. punca segala penyakit..

Siapa yang dah amalkan vivix dalam suatu tempoh yang lama, boleh rasa..bileh sedar beza satu badan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki...

Tak caya..?? Cubalah tengok beberapa tahun sebelum kenal Vivix vs selepas konsisten Vivix.. Tetejut tak?hehe..

Cubalah sesudu sehari.. konsisten setiap hari.. Insyaallah... anda pasti salah seorang yang akan setuju dengan tagline Vivix



Tuesday, August 25, 2015

Kasih Ayah Pada Anak Perempuan....

Pagi tadi ketika rehat dengan rakan, kami bercerita pelbagai cerita... tiba suatu ketika timbul satu cerita tentang betapa saya dari kecil tidak perlukan kasih lelaki lain selain lelaki dalam keluarga saya...

Mungkin sebab itu cukup lah saya minat dalam diam... suka suka dalam diam... tapi tiada apa pun yang serius.. hihi... kenapa ye?

Kerana kasih sayang yang diberikan oleh seorang ayah sudah cukup penuh memenuhi ruang hati saya..

Ayah bukanlah insan yang sentiasa berseloroh .. ada masa beliau tegas.. ada masa tangan naik bahu (naik muka tak pernah rasanya).. ada masa suara nya sahaja sudah menusuk hati paling dalam bila ayah sinis atau pun naik suara.. selain dari itu, banyaknya ayah bergurau senda .. bertanya kerja rumah.. ajak pergi surau.. solat berjemaah dirumah.. penuh kan hati ini...? tak sempat menagih kasih cinta sayang palsu dari lelaki lain... Disamping mak juga sentiasa berpesan, jangan terlalu percaya dengan lelaki.. upsss.. hehe.. tentu ada sebab...


Okayla sampai sini sahaja dulu.. harapnya lelaki di luar sana yang bergelar ayah atau abang, sentiasalah isi hati saudara perempuan sejak dari kecil dengan ketegasan, kasih sayang, perhatian dan pemantauan... semoga semuanya selamat... ibarat menyulam kasih.. kadang2 berhasil.. kadang2 tergeliat tangan.. namun bila dapat hasilnya.. waduh... happy kelangit... hehe..moga bahagia hingga ke syurga..





Monday, August 24, 2015

Sihat.. Cantik itu bonus!

Assalamualaikum... salam sejahtera semua.. :)
Beberapa hari ni agak pack dan lebih perlukan gerakan fizikal dan tak kurang juga mental.. Fuh!.. Bila keadaan macam tu, makan minum semua entah ke mana.. Alhamdulillah.. Allah masih lagi beri nikmat sihat dan bahagia ... 



Cuma, kepala agak pening dan badan agak kurang selesa.. Saya ni memang tekanan darah agak rendah.. itu yang agaknya senang nak rasa pitam...

Lama sikit baru saya sedar.. hehe.. ada vitamin yang saya lama dah skip.. uppss.. hehe
Antaranya ialah, yang seperti dalam gambar ini..

Apa tu?

Vitalea dan juga Sustained Release Vita-C ..

Kenapa kena gabung? Boleh tak kalau nak satu? boleh... ambillah Vitalea untuk mereka yang ada masalah macam saya ni.. saya gabungkan dengan vitamin c kerana zat2 besi yang ada dalam vitalea amat mudah diresap jika diambil bersama dengan vitamin c..

Apa kandungan vitalea yang boleh membantu orang macam saya dan anda?


Setiap tablet mengandungi :

✍30 nutrisi lengkap yang diesktrak daripada sayuran dan buahan.
✍12 vitamin dan 7 mineral penting seperti yang disarankan oleh RDA.
✍ ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi iaitu spirulina.

Klik sini untuk melihat manfaat Vitalea

Kenapa pula saya kata cantik..?

hehehe....

Bila sel-sel badan kita cukup, tenaga ada.. nutrisi pula lengkap, keupayaan kita lebih produktif secara tidak langsung ia akan terbit kepada luaran kita.. Jadi, kulit lebih cantik, muka kita lebih ceria, hati kita lebih bahagia.. kerana, kita dapat buat apa yang kita inginkan.. Bahagia, kan? ^_^ Bila hati senang muka pun sejuk je tengok...

Lepas tu pula kan... gabung dengan Sustained Release Vita C Plus ni... perghhh... subhanallah.. 
Satunya, untuk memudahkan proses penyerapan seperti yang sudah saya sebutkan tadi.. Yang lainnya, kerana fungsi vitamin itu sendiri yang menggalakkan pembinaan kolagen dalam badan.. selain menguatkan sistem imunisasi badan.. banyak lagi yang boleh anda perolehi daripada pengambilan kedua-dua produk ini.

Jangan segan jangan malu.. mari kita bincang-bincang:
019.734.4405

*Produk - produk ini bukanlah bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday, August 23, 2015

Indahnya Mengandung ... testimoni!

Allahuakbar.. mencabar sungguh untuk menulis entri kali ini...
Bermula dengan browser Mozilla nya crash.. kemudian nak design gambar toolsnya pun crash.. Allah .. Allah...

Semoga ada hikmah disebalik ujian...
Kerana dah berjanji.. jadi Allah menguji... adakah benar kita akan tunaikan janji atau membiarkan janji itu seperti kaum munafik lakukan... berjanji tapi tidak tepati.. Allah... dah banyak dah buat.. terbuat..tak sengaja mahupun sengaja mencari alasan..semoga Allah sentiasa permudahkan urusan saya...

Jadi, saya akan usahakan juga teruskan entri ... sharing is caring.. ingat..! Allah sahaja yang berkuasa dalam menjadikan segalanya berlaku... kita sebagai hamba, wajib mencari penawar yang Allah sediakan dalam alam ciptaanNya .. carilah yang halal.. carilah yang terbaik.. saya berkongsi, mana tahu sekiranya anda mengalami masalah yang sama, anda boleh berikhtiar dengannya.. saya kongsi kerana saya tahu ia SELAMAT, ia mempunyai KESAN yang BAIK, dan ia diekstrak dari NATURAL dan MESRA ALAM

Disini mari kita lihat beberapa testimoni yang menggunakan sebahagian produk dalam set Mengandung Shaklee ..


*Produk - produk ini bukanlah bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Friday, August 21, 2015

Set PreNatal Khas untuk kesihatan jangka panjang anda.. ^_^


Seronok bila dengar mereka yang mengamalkan produk shaklee sebagai makanan pilihan mereka, ada yang ingin mengikut sunnah : halal dan baik... , masing - masing memberikan respon positif dari pelbagai sudut..

Mari kita lihat dahulu apakah yang terkandung dalam set Kehamilan Sihat Shaklee.

YES Wellness Pack 1

πŸ‘ESP [850gram]         : Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar.
πŸ‘Omegaguard [90 biji] : DHA dan EPA mampu mengurangkan keradangan dan menggalakkan fungsi otak.
πŸ‘Vitalea [120 biji]       : Dirumus khas bagi memenuhi keperluaun 28 vitamin dan mineral penting.
πŸ‘Vita-C Plus [180 biji] : Membantu dan menyalurkan vitamin C berterusan.
πŸ‘B-Complex [120 biji]  : Menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B dan asid folik.πŸ‘Ostematrix [120 biji]  : Lebih daripada kalsium. Membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.

Bulan ini Promosi YES Wellness Pack Shaklee sedang berlangsung!! Anda akan mendapat diskaun sehingga 5%! Untuk pek 1 diatas ni.... Seronoknya...!!

Cepat ye... ingat Shaklee ingat saya tau! :)

0197344405

Nantikan post saya berkenaan testimoni produk ini ya :)

Monday, August 17, 2015

Apa yang best dengan Omegaguard???!!

Kenapa best??

πŸ‘Minyak ikan terbaik di dunia.
πŸ‘Supplemen yang mengandungi minyak ikan paling tulen didunia.
πŸ‘Satu sajian membekalkan 905mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
πŸ‘Kaedah penyediaan. Penggunaan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini - ekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya.


πŸ‘DHA - penting untuk perkembangan dan fungsi otak
πŸ‘EPA - menyihatkan jantung dan sendi

Kebaikan Omegaguard untuk kanak-kanak :
πŸ‘Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
πŸ‘Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema dan asma.
πŸ‘Memperkuat sistem imunisasi badan.


Sila hubungi 0197344405 untuk keterangan dan tempahan ye! :)

Tuesday, August 11, 2015

Kita satu badan

Hari ini email saya didatangi dengan email ini...

Ia sesuatu yang amat menyentuh hati.. dan saya bersyukur jika mempunyai ketua yang begitu prihatin dan berani.. Kadangkala kita ni leka.. kadangkala kita ni dah terlalu biasa dengan kemungkaran..? mungkar?? isk teruknya...!!

relax... xkata sesiapa pun.. tapi kalau ada yang tersenth hati, Alhamdulillah...

kenapa kata mungkar? mungkar bila perkara itu batil dan zalim (bukan hak)..

  • kita sebagai pemimpin. wajib menjadi tauladan untuk orang yang dipimpin.
  • sebagai rakan . sebagai 'adik beradik' dalam satu 'rumah', jaga adab, jaga aib, jaga maruah sesama kita.. bila mengumpat, mengata, menikam-nikam itu zalim namanya. mungkar bukan?
  • ikhlas dalam tugas.. terima tugas seikhlasnya.. jika tidak mampu, berterus terang. tak rugi berterus terang bagi mendapat penyelesaian.. tak rugi bertikam lidah untuk kebenaran.. yang rugi bila kita membelit lidah.. sana cakap lain.. sini cakap lain.. zalim bukan?
  • jika kita menjadi pendengar masalah, cukuplah sebagai pendengar.. jangan pula kita menjadi menyebar masalah orang.. kadangkala orang tu datang kat kita sebab nak luahkan rasa.. bukan betul2 marah atau benci pun.. jadi kita cuma tolong dia legakan perasaan dia.. dan keluarkan kenyataan yang menguntungkan dua-dua pihak saja jika perlu..


berikut petikan email yang disampaikan kepada saya..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

SEDIKIT RENUNGAN BERSAMA BUAT SEMUA .....................YANG TERGOLONG DALAM KUMPULAN PROFESIONAL SEBAGAI .......... SEBAGAI SEORANG ....................TUGAS HAKIKINYA ADALAH BUKAN SAHAJA MENGAJAR BAHKAN MENDIDIK INSAN YANG BERNAMA PELAJAR, DAN SEBAGAI PENDIDIK KITA PERLU MENUNJUKKAN CONTOH TELADAN YANG BAIK KEPADA ANAK DIDIK KITA DARI SEMUA ASPEK SAMA ADA JASMANI, INTELEKTUAL DAN TERUTAMA SEKALI ROHANI (HATI DAN PERASAAN).

SAYA SEBAGAI SALAH SEORANG KETUA ...................DI ............INI, SAYA SAMA SEPERTI TUAN/PUAN, MANUSIA YANG TIDAK SEMPURNA. TETAPI KITA PERLU FAHAM BERADANYA KITA DI ..............INI ADALAH UNTUK MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI SEORANG YANG PROFESIONAL. OLEH ITU, SAYA MOHON ELAKKAN SENTIMEN-SENTIMEN YANG TIDAK SEPATUTNYA TUAN/PUAN TUNJUKKAN SEBAGAI SEORANG PROFESIONAL TIDAK KIRA APA PUN JAWATAN YANG TUAN/PUAN SANDANG DI SINI. SEKIRANYA TUAN/PUAN MEMPUNYAI PERASAAN TIDAK PUASHATI ATAU SEBAGAINYA TERHADAP PERBUATAN ATAU PROGRAM YANG DIJALANKAN OLEH SESEORANG, MOHON UNTUK BERBINCANG SECARA PROFESIONAL DENGAN INDIVIDU TERSEBUT, BUKANNYA MENIKAM DARI BELAKANG DAN BOLEH MENIMBULKAN KEMARAHAN SESEORANG.

JIKA KITA MERUNGUT BEBAN TUGAS TUAN/PUAN SEBAGAI .....................DI .......................................SANGAT HEBAT SEHINGGA TIDAK ADA MASA UNTUK MENYIAPKAN DOKUMEN SEPERTI ............................DAN SEBAGAINYA SEPERTI YANG DIARAHKAN, KITA PATUT BERFIKIR SECARA PROFESIONAL ‘KENAPA AKU TIDAK BOLEH SIAPKAN DOKUMEN ITU DAN INI PADA MASA YANG DITETAPKAN?’. PADA PENDAPAT SAYA SELAGI KITA BOLEH ................................................ ............................ ........................................        ............................................ ....................................   ....................... ................. ......................, TUAN/PUAN BELUM DIANGGAP TERBEBAN DENGAN TUGAS HAKIKI DAN TUGAS SAMPINGAN YANG DIBERIKAN. SELAGI KITA BOLEH TIDUR NYENYAK PADA WAKTU MALAM, KITA JUGA MASIH DI TAHAP STRESS YANG TERKAWAL.

KESIMPULANNYA, SEKIRANYA KITA TIDAK PERLU MENGGANGGU SESEORANG JADI JANGANLAH DIGANGGU INDIVIDU TERSEBUT DISEBABKAN TIADA FAEDAH YANG KITA DAPAT ATAS GANGGUAN TERSEBUT DAN SEKIRANYA PERLU UNTUK KITA MENEGUR SESEORANG, TEGURLAH DENGAN BIJAK DAN PROFESIONAL.

SEKIAN, TERIMA KASIH


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah.. kita masih lagi boleh tidur nyenyak walau sekali sekala ada tempohnya tidurnya memang caca marba..

Alhamdulillah.. kita masih boleh lagi buat aktiviti yang kita suka walaupun kita sibuk..

Alhamdulillah.. untuk segalanya... terima teguran dengan hati terbuka.. jika semasa terima teguran tu kita macam nak marah.. diam je.. tunggu je..xpun marah je dulu dalam hati... insyaAllah.. pelan pelan hati kita akan terbuka.. tapi.. jika kita terus menjawab... erm.. lambat sikitlah hati tu nak terbuka.. sebab awal-awal lagi kita dah tepis..

saya yakin.. ia bukan di institusi ini sahaja.. tapi dimana pun sama.. kerana saya sering dengar masalah tersebut dari pelbagai tempat.. pelbagai situasi..pelbagai organisasi..pelbagai jenis bidang..


All the best untuk semua yang dalam organisasi.. sedangkan lidah lagi tergigit,bukan? apatah lagi kita berjumpa lebih 1/3 hidup seharian kita.. 

Salam kasih sayang,


Monday, August 10, 2015

7 sebab Mealshakes!!



7 sebab Mealshakes penting untuk anak anda...!

.1. Mengandungi  kalsium, magnesium, asid folik, dan biotin untuk bina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.

.2. Kaya Protein yang membantu menyihatkan sel-sel.

.3. Mengandungi lengkap Vitamin B-Complex, zat besi untuk membentuk sel darah merah yang sihat.

.4. Mengandungi Vitamin A, C, E, Zinc dan selenium sebagai anti-oksidan.

.5. Kaya dengan serat larut yang membantu lemak berlebihan daripada perut dan kolon.

.6. Minuman berperisa multivitamin berperasa vanilla yang lengkap, tanpa pewarna dan gula tiruan.

.7. Lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral.