Ia sesuatu yang amat menyentuh hati.. dan saya bersyukur jika mempunyai ketua yang begitu prihatin dan berani.. Kadangkala kita ni leka.. kadangkala kita ni dah terlalu biasa dengan kemungkaran..? mungkar?? isk teruknya...!!
relax... xkata sesiapa pun.. tapi kalau ada yang tersenth hati, Alhamdulillah...
kenapa kata mungkar? mungkar bila perkara itu batil dan zalim (bukan hak)..
- kita sebagai pemimpin. wajib menjadi tauladan untuk orang yang dipimpin.
- sebagai rakan . sebagai 'adik beradik' dalam satu 'rumah', jaga adab, jaga aib, jaga maruah sesama kita.. bila mengumpat, mengata, menikam-nikam itu zalim namanya. mungkar bukan?
- ikhlas dalam tugas.. terima tugas seikhlasnya.. jika tidak mampu, berterus terang. tak rugi berterus terang bagi mendapat penyelesaian.. tak rugi bertikam lidah untuk kebenaran.. yang rugi bila kita membelit lidah.. sana cakap lain.. sini cakap lain.. zalim bukan?
- jika kita menjadi pendengar masalah, cukuplah sebagai pendengar.. jangan pula kita menjadi menyebar masalah orang.. kadangkala orang tu datang kat kita sebab nak luahkan rasa.. bukan betul2 marah atau benci pun.. jadi kita cuma tolong dia legakan perasaan dia.. dan keluarkan kenyataan yang menguntungkan dua-dua pihak saja jika perlu..
berikut petikan email yang disampaikan kepada saya..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ASSALAMUALAIKUM
DAN SELAMAT SEJAHTERA.
SEDIKIT RENUNGAN
BERSAMA BUAT SEMUA .....................YANG TERGOLONG DALAM KUMPULAN PROFESIONAL SEBAGAI
.......... SEBAGAI SEORANG ....................TUGAS HAKIKINYA ADALAH BUKAN SAHAJA MENGAJAR
BAHKAN MENDIDIK INSAN YANG BERNAMA PELAJAR, DAN SEBAGAI PENDIDIK KITA PERLU
MENUNJUKKAN CONTOH TELADAN YANG BAIK KEPADA ANAK DIDIK KITA DARI SEMUA ASPEK
SAMA ADA JASMANI, INTELEKTUAL DAN TERUTAMA SEKALI ROHANI (HATI DAN PERASAAN).
SAYA SEBAGAI
SALAH SEORANG KETUA ...................DI ............INI, SAYA SAMA SEPERTI TUAN/PUAN, MANUSIA
YANG TIDAK SEMPURNA. TETAPI KITA PERLU FAHAM BERADANYA KITA DI ..............INI ADALAH
UNTUK MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI SEORANG YANG PROFESIONAL. OLEH ITU, SAYA MOHON ELAKKAN
SENTIMEN-SENTIMEN YANG TIDAK SEPATUTNYA TUAN/PUAN TUNJUKKAN SEBAGAI SEORANG PROFESIONAL
TIDAK KIRA APA PUN JAWATAN YANG TUAN/PUAN SANDANG DI SINI. SEKIRANYA TUAN/PUAN
MEMPUNYAI PERASAAN TIDAK PUASHATI ATAU SEBAGAINYA TERHADAP PERBUATAN ATAU
PROGRAM YANG DIJALANKAN OLEH SESEORANG, MOHON UNTUK BERBINCANG SECARA
PROFESIONAL DENGAN INDIVIDU TERSEBUT, BUKANNYA MENIKAM DARI BELAKANG DAN BOLEH
MENIMBULKAN KEMARAHAN SESEORANG.
JIKA KITA
MERUNGUT BEBAN TUGAS TUAN/PUAN SEBAGAI .....................DI .......................................SANGAT HEBAT
SEHINGGA TIDAK ADA MASA UNTUK MENYIAPKAN DOKUMEN SEPERTI ............................DAN SEBAGAINYA SEPERTI YANG DIARAHKAN, KITA PATUT BERFIKIR SECARA
PROFESIONAL ‘KENAPA AKU TIDAK BOLEH SIAPKAN DOKUMEN ITU DAN INI PADA MASA YANG
DITETAPKAN?’. PADA PENDAPAT SAYA SELAGI KITA BOLEH ................................................ ............................ ........................................ ............................................ .................................... ....................... ................. ......................, TUAN/PUAN BELUM DIANGGAP TERBEBAN DENGAN TUGAS
HAKIKI DAN TUGAS SAMPINGAN YANG DIBERIKAN. SELAGI KITA BOLEH TIDUR NYENYAK PADA
WAKTU MALAM, KITA JUGA MASIH DI TAHAP STRESS YANG TERKAWAL.
KESIMPULANNYA, SEKIRANYA KITA TIDAK
PERLU MENGGANGGU SESEORANG JADI JANGANLAH DIGANGGU INDIVIDU TERSEBUT DISEBABKAN
TIADA FAEDAH YANG KITA DAPAT ATAS GANGGUAN TERSEBUT DAN SEKIRANYA PERLU UNTUK
KITA MENEGUR SESEORANG, TEGURLAH DENGAN BIJAK DAN PROFESIONAL.
SEKIAN, TERIMA KASIH
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah.. kita masih lagi boleh tidur nyenyak walau sekali sekala ada tempohnya tidurnya memang caca marba..
Alhamdulillah.. kita masih boleh lagi buat aktiviti yang kita suka walaupun kita sibuk..
Alhamdulillah.. untuk segalanya... terima teguran dengan hati terbuka.. jika semasa terima teguran tu kita macam nak marah.. diam je.. tunggu je..xpun marah je dulu dalam hati... insyaAllah.. pelan pelan hati kita akan terbuka.. tapi.. jika kita terus menjawab... erm.. lambat sikitlah hati tu nak terbuka.. sebab awal-awal lagi kita dah tepis..
saya yakin.. ia bukan di institusi ini sahaja.. tapi dimana pun sama.. kerana saya sering dengar masalah tersebut dari pelbagai tempat.. pelbagai situasi..pelbagai organisasi..pelbagai jenis bidang..
All the best untuk semua yang dalam organisasi.. sedangkan lidah lagi tergigit,bukan? apatah lagi kita berjumpa lebih 1/3 hidup seharian kita..
Salam kasih sayang,
hahaha, itu lah pasalnya, disebabkan CP tak berani nak tegur, CP pendam pastu luah kat blog, susah nak tegur orang nih, silap hari bulan sebulan tak bercakap...
ReplyDeletesalam ukhwah dari kak ana, satu perkongsian yang indah setiap kita perlu ada tanggungjawab terhadap apa yang kita lakukan. :)
ReplyDelete