My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Saturday, June 29, 2013

Kisah CoQ10 Health Plus dan Jantung..

Teringat kisah di Product Workshop.. 


'Kalau orang tu jenis baran, cepat marah, cepat melenting, cepat melatah, cepat sedih, cepat gelisah,ada kebas2 dibahagian hujung jari,mudah iri hati,mudah terperanjatdia sebenarnya sedang alami simptom2 jantung yang lemah..


tambah seorang distributor di selang satu tempat duduk.. 'yaloh..lepas saya ambil CoQ10, saya dah tak kisah, saya dh jarang susah hati, kalau drive pun xde nak marah2..'



Berpuasa: penghasilan susu tidak terganggu

Jadual Pemakanan Vitamin Ketika Berpuasa~


Memandangkan ramai ibu2 yang ada bertanya risau jika ganti puasa akan menjejaskan pengeluaran susu ibu.. dan bagaimana cara makan vitamin yg sesuai supaya tak efek penghasilan susu... berikut saya petik dari website mamafaiz..
__________________________________________________

Bulan puasa tak lama lagi dah kan?..ni pun dah masuk bulan rejab..so ramai yang dah start nak berpuasa..dan kepada ibu2 yang dah mula bertanya pada saya..apa nak makan untuk mengekalkan pengeluaran susu dan kekal bertenaga...jgn risau..….… jika mengamalkan makanan seimbang….insyaAllah takkan jejaskan pengeluaran susu….Cuma bila kite berpuasa..kita akan lebih letih dan dehydrate(kurang air)..jadi bila terlalu letih dan tidak bertenaga…ni yang buat kurang mood,stress..dan impak yang buruk atas penghasilan susu…Sebab itulah perlunya anda mengambil makanan yang boleh mengekalkan kesegaran anda sepanjang hari seperti kurma, oats, dan makanan tambahan……especially.. soy protin (ESP) dan Performance Drink

Antara persiapan Ramadhan bagi seorang ibu menyusu:Sebelum/Semasa berpuasa:
§ Amalkan pemakanan seimbang.
§ Banyakkan minum susu, soya dan makanan yang tinggi protein.
§ Ambil supplemen –soyprotin,mealshake,performance drink,tablet2 vitamin
§ Lebih kerapkan mengepam dan menyusui bayi.
§ Sediakan stok untuk bulan puasa dari awal.
§ Ceria2 selalu.
§ Jaga fizikal-banyakkan rehat,tidur cukup,etc….jauhi stress
§ Psikologi-fikir positif insyaAllah susu cukup utk si kecil..banyakkan doa & istigfar

Ni testimoni yang mengamalkan performance drink :
Setakat ni, alhamdulillah. Semalam kami semua tak terbangun sahur, sedar2 dah dekat Subuh, saya cuma sempat ambil 2 gelas Performance Drink ni, dan alhamdulillah sampai ke petang susu masih banyak bila dipicit anak2.Saya pernah berpuasa (puasa ganti) tanpa mengambil minuman ni, menjelang petang, susu dah mula ‘kering’ dan anak2 start mengamuk.Sekarang macam addicted pulak sebab rasanya sedap, especially bila diminum sejuk2. Ia boleh diminum bila2 masa saja, preferably semasa berbuka dan bersahur. Semasa bersahur untuk bekalan tenaga untuk berpuasa dan menyusu seharian, semasa berbuka untuk menggantikan kembali imbangan elektrolit dan bendalir badan yg hilang.. ~Mommy Lyna

Pada saya, sepanjang 2 tahun berpuasa sambil menyusu dan memerah susu di pejabat ini, sebenarnya pada waktu puasa ini, hasil pengeluaran susu tidak banyak berubah. Jika kebiasaannya anda akan dapat 12oz sehari, contohnya, Insya Allah, jika anda berpuasa, anda akan dapat 12oz EBM juga.~genki Momma

testimony saya? – saya suke ambil performance drink time saya berpuasa…bukan je time breastfeed dulu..tapi sampai la sekrg...dan dulu di miri time saya ke offshore.pagi tu mesti minum performance drink..sepanjang hari berpanas..tapi Alhamdulillah sangat2..raasa bertenaga..tak rasa haus pun.~kak cery

Dan Khas buat semua ibu2 yang sedang menyusukan anak...bolehla jadikan jadual ni sebagai rujukan...Jadual pemakanan tambahan Shaklee di bulan Ramadhan/ berpuasa.
Waktu Sahur:
  • Makan nasi atau apa jua juadah .digalakkan makan sup..dan makanan yg tinggi protin.
  • Makanlah kurma at least 3 biji kurma.
  • Minum segelas Prfromance Drink dan segelas ESP atau boleh mix Performance Drink dan ESP (gabungan terbaik).
  • Makan 2 biji Alfalfa
Waktu Berbuka:
  • Berbuka dengan juadah berbuka..with kurma..amat digalakkan
  • Minum segelasPerformance Drink dan ESP (untuk dapatkan hasil terbaik).
  • Makan 2 biji Alfalfa
  • Mkn 1 bj vitalea, 1bj bcomplex 1bj vita C
Sebelum tidur:
  • (1) Amalkan minum segelas ESP.
  • Makan ostematrix 2-4bj dan vitamin lain sepeerti Omega atau GLA

Friday, June 28, 2013

Sarapan Berkhasiat untuk Otak Cerdas dan Ligat

Pencapaian Persekolahan

Kajian bagi korelasi di antara sarapan pagi dan pencapaian di sekolah menunjukkan "kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi sebelum ke sekolah mendapat keputusan yang lebih baik di dalam mata pelajaran matematik dan cepat membaca serta mempunyai daya tumpuan lebih lama dan bersikap lebih sopan".

Sarapan dengan Meal Shakes setiap pagi 
Bagaimanakah pengambilan sarapan pagi memberi kesan kepada pencapaian kanak-kanak di sekolah secara keseluruhannya?

• memberikan tenaga yang diperlukan untuk memulakan persekolahan.

• menghilangkan simptom rasa lapar seperti sakit kepala, lesu, mengantuk dan longlai.

• membantu mereka untuk berfikir lebih cepat apabila membuat kerja-kerja sekolah dan bertindak atau menjawab pertanyaan yang diutarakan guru dengan lebih cepat.

• meningkatkan pencapaian berfikir.

• menghindarkan perasaan panas baran dan cepat marah.

• membantu mereka untuk tidak "berkhayal" semasa di dalam kelas.

• membuatkan mereka lebih tenang dan kurang menggelabah.


Berminat?
Hubungi :
019-7344405 (ju/umi)
& nikmati konsultasi eksklusif HANYA untuk CUSTOMER saya .. :)

Thursday, June 27, 2013

Testimoni - Herblax + ESP + vita-c

JOm tengok testimoni kawan..


da lama nak share dengan kengkawan. waktu preggy muka sangat2 hodoh, berbau, leher dan ketiak hitam, selulit hitam2 di peha. alhamdulillah perut xda pecah2.

konsisten makan suplemen shaklee ni, Alhamdulillah. keyakinan diri bertambah. muka jadi bersih dan glowing walaupun x pakai cuci muka. body jd mantop. memnag terbaik la shaklee...

efek lebih jelas: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=187528414740884&set=pb.147775815382811.-2207520000.1372299965.&type=3&theater
Kunci:
Displin + beri peluang 90 hari untuk sel-sel badan dibaiki & dibina sepenuhnya oleh vitamin2 anda..





Best x? :) Ada dikalangan kita yang akan ada healing crisis.. tapi ada juga yang tiada healing crisis. kalau ada, bersabar.. beri masa 3 bulan.. dan jangan risau.. apa yang kita ambil adalah natural, selamat & berkesan. 

Berminat?
Hubungi :
019-7344405 (ju/umi)
& nikmati konsultasi eksklusif HANYA untuk CUSTOMER saya .. :)

Wednesday, June 26, 2013

CarotoMax II


Kandungan CarotoMax terdiri daripada 6 jenis karotena penting, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sigat anti-oksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dll. Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena dalam darah, seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser: 6 jenis tersebut ialah:-

1) Astaxanthin - ia merupakan karotenoid yang paling kuat antioksidannya (kalau vivix, antioksidan paling power adalah resveratrol)

2) Alpha Carotene - diekstrak dari kelapa sawit. 
                             untuk penglihatan malam, mata sihat, menghalang degenerasi penglihatan.
                            memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka.
                            mempertingkatkan sistem imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.

3) Beta Carotene - sama seperti no (2)

4) Lycopene - bersifat antioksidan, menghalang penuaan organ.
                     untuk serviks yang sihat, kitaran jantung & sistem imun.
                     mengurangkan penyakit kelenjar prostat.

5) Lutein - menyekat katarak, AMD (penyakit makular berkaitan umur), glaukoma.

6) Zeaxanthin - melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya.
                       mengurangkan risiko kanser payudara, ovari, endometrial dan serviks.


Masukkan produk ini dalam list anda sekarang!
Berminat? 
Hubungi / komen:
019-7344405 (umi / ju)
Sedia untuk penghantaran ke seluruh malaysia :)
Kesetiaan bersama kualiti :)

Kenali Astaxanthin

APA ITU ASTAXANTHIN?
Astaxanthin dihasilkan dari microalga Haematococcus Pluvialis. Astaxanthin 550 kali Iebih baik berbanding vitamin E untuk menghapuskan radikal bebas dalam sel-sel. Astaxanthin juga dapat mengelakkan kerosakan DNA, melambatkan kesan penuaan, anti kanser, anti diabetik dan banyak lagi kebaikan-kebaikan yang sedang dikaji oleh bio-saintis seluruh dunia.

KUASA ASTAXANTHIN
Karotenoid ialah salah satu pigmen yang dihasilkan oleh keadaan semulajadi dunia. Ia adalah pigmen lipid-larut yang dihasilkan daripada warna kuning, oren dan merah seperti warna oren lobak merah, warna merah tomato dan jagung yang berwarna kuning. Kebanyakan karetenoid terkumpul di dalam daun tumbuhan, plankton dan alga.

Setakat ni terdapat lebih kurang 650 jenis karotenoid semulajadi yang telah dikenalpasti. Ia boleh dibahagikan secara umumnya kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan karotenoid dan kumpulan xanthophylls. Beta karoten adalah 'wakil' kumpulan karoten yang memberi faedah kepada kesihatan.

Pada tahun 1930, beta-karoten dikenalpasti berupaya bertindak sebagai provitamin A (proses menukar sebahagian beta-karoten kepada vitamin A di dalam badan manusia). Beta-karoten telah disahkan sebagai anti oksida yang kuat pada tahun 1980.

Dalam karotenoid jenis xanthophylls pula, astaxanthin adalah yang paling baik dan berkesan. Sumber terbaik astaxanthin adalah daripada microalga Haematococcus Pluvialis.

Astaxanthin yang Hebat
Astaxanthin berkesan menentang radikat bebas oksigen singlet dan Iipoperaoxide dalam sel badan manusia.

Astaxanthin kini diketahui mempunyai keupayaan yang tinggi untuk menghalang tindakbalas radikal bebas oksidasi oksigen singlet yang amat bertoksid kepada sel manusia. Penggunaan astaxanthin boleh menghalang penghasilan Iipoperaoxide yang boleh memudaratkan tisu badan.

Astaxanthin mempunyai kesan anti oksida yang paling hebat jika dibandingkan dengan vitamin E atau kumpulan beta karoten yang lain.

Astaxanthin menunjukkan kesan aktiviti anti oksida yang amat tinggi iaitu mencapai 1000 kali lebih tinggi daripada Vitamin E (a-tocopherol) dalam menentang tindakbalas lipid peroxidation (pengeluaran lipoperoxide) di sel mitochondria hati yang disebabkan oleh iron bivalen.

Astaxanthin juga didapati mempunyai kekuatan lebih 100 kali ganda daripada Vitamin E dan sepuluh kali ganda lebih daripada beta-karoten dalam menentang oksidasi oksigen singlet radikal bebas.

Oleh yang demikian bolehlah dibuat kesimpulan bahawa astaxanthin adalah anti oksida yang kuat.

FAEDAH ASTAXANTHIN ::

Apabila astaxanthin dimakan, kita akan memperoleh kesan tindakan vitamin A serentak dengan kesan anti oksida seperti :-

Mengekalkan kenormalan fungsi mata, menghalang rabun malam, mata Ietih dan lain-lainMemperkuat membran mucus, berkesan menghalang penyakit berjangkitMenghalang kulit kering, kedut dan kendur dan anti penuaan (anti ageing). Memastikan pertumbuhan gigi yang sempurna dan mengekalkan fungsi reproduktif dan lain-lain.

Walaupun aktiviti provitamin A yang terdapat pada astaxanthin kurang jika dibandingkan dengan Vitamin A atau beta-karoten, faedah yang terdapat di dalam vitamin A tetap diperolehi dengan selamat tanpa perlu risau kesan negatif disebabkan pengambilan vitamin A yang berlebihan seperti pening kepala, masalah hati, masalah kulit dan sebagainya.

Menghalang Kanser dan Metastasis Dengan Berkesan

Astaxanthin jauh lebih berkesan daripada beta-karoten dalam menghalang kanser dan metastasis.

Penginjesan astaxanthin amat berguna dalam menentang kanser. Kajian yang dijalankan oleh Yishifumi Tomita, pembantu professor di Fakulti Pertanian di Universiti Miyazaki telah mengesahkan perkara ini. Kajian ini mendapati keupayaan astaxanthin menyekat perkembangan sel kanser lebih baik daripada beta karoten.

Menghalang Metastasis barah yang disebabkan tekanan (stress)

Kebelakangan ini, tekanan (stress) telah dikenalpasti sebagai salah satu daripada faktor risiko kanser. Hal ini disebabkan tekanan menghasilkan jumlah oksigen aktif yang tinggi di dalam tubuh badan. Ia juga menggalakkan penghasilan, pembiakkan dan metastasis kanser. Kajian mendapati astaxanthin berupaya mengawal proses ini.

Astaxanthin menentang beberapa jenis kanser dengan berkesan.

Selain daripada penemuan yang telah dinyatakan di atas, penyelidikan yang dijalankan oleh Profesor Hoyoku Nishino dari Universiti Perubatan Prefectural mengesahkan bahawa astaxanthin juga berkesan dalam menentang penularan kanser paru-paru, kulit dan neuroblastoma.

Kajian ini juga mendapati risiko kanser kolon juga dapat dikurangkan sehingga separuh dengan pengambilan astaxanthin selama lapan bulan secara berterusan. Selain daripada itu astaxanthin juga didapati berkesan menentang kanser jenis lain seperti kanser mulut, hati dan payu dara.

Menentang Penyakit Diabetes

Kesan penyakit diabetes amat menakutkan. Apabila insulin iaitu sejenis hormon yang dirembeskan oleh pankreas tidak lagi berupaya menjalankan tugasnya dengan berkesan, tubuh badan manusia tidak akan mampu menggunakan sepenuhnya gula yang diambil melalui pemakanan. Hal ini akan menyebabkan kandungan gula berkumpul di dalam darah dan akhirnya menyebabkan diabetes. Penyakit diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah meningkat dengan kroniknya dan kemudian gula mula dikeluarkan daripada tubuh melalui air kencing iaitu kencing manis.

Astaxanthin dapat mengawal diabetis dengan berkesan seperti:

a) Kandungan gula dalam darah telah dapat dikawal dan diseimbangkan ke paras normal
b) Aktiviti enzim anti oksida dapat mengurangkan tekanan terhadap hati
c) Kuantiti lipopreroxide dapat dikurangkan (proses lipoperoxide berkurang)
d) Pengurangan kolesterol dan triglyserid di dalam darah (kurang merosakkan peredaran darah)
e) Katarak mata disebabkan kencing manis dapat dihalang dengan ketara

Astaxanthin yang digabungkan dengan terapi diet mungkin berupaya menentang perkembangan diabetes dengan lebih berkesan.

Astaxanthin Menjadikan Kulit Cantik Tanpa Kedut dan Tompok Hitam*Radikal bebas oksigen aktif boleh mendatangkan mudarat kepada kulit. Pendedahan kepada cahaya matahari yang keterlaluan menyebabkan kulit berkedut dan bertompok-tompok hitam.

Ini disebabkan cahaya ultra ungu yang terdapat di dalam cahaya matahari menghasilkan jumlah radikal bebas yang banyak pada kulit dan boleh menyebabkan keradangan, kerosakan pada protein yang menyokong kepejalan kulit dan mempercepatkan pengeluaran pigmen melanin yang menyebabkan kulit menjadi bertompok hitam.

Peningkatan umur juga adalah faktor utama menyebabkan kulit berkedut dan bertompok-tompok.

Adalah dipercayai bahawa astaxanthin yang dimakan setiap hari akan membolehkan tubuh badan menyingkirkan radikal bebas (oksigen singlet) yang dihasilkan oleh cahaya ultra ungu. Selain daripada itu aktiviti provitamin A astaxanthin juga dipercayai dapat melawan kedutan dan kulit mengendur dengan berkesan.

Kesan kulit yang cantik ini juga boleh diperolehi jika astaxanthin disapukan pada bahagian luar kulit. Pengumpulan pigmen yang boleh menyebabkan tompokan hitam pada muka telah terhalang apabila kulit disapukan dengan astaxanthin.

Sunday, June 23, 2013

Jerebu akan kembali ke Bandar Penawar?..

Dengar kata, jerebu akan kembali semula di sini..
Muar sangat teruk.. Tak pasti keadaan nenek yayi di parit serong, muar-bpahat..

APa2 pun, bersedia.. bila benda dah jadi itu taqdir namanya. terima dengan redha & berfikir apa hikmah disebaliknya..

renung merahnya matahari..
renung asap yang menyelebungi..
renung mujur ada juga tempat teduhan untuk kita bersembunyi dari ketakutan..

renung.. bagaimana kita nak hadapi hari kiamat? bagaimana kita di padang mahsyar?
adakah tempat untuk kita bersembunyi? untuk kita lari... ?

Allahurabbi.. :'(

Ya Allah.. sampaikan kami pada Ramadhan.. sempatkah? apakah ramadhan lepas ckup untuk kita.. ? :'(

Panjangkan usia kami.. usia yang penuh keberkatan
Lihat anak.. lihat suami.. teringat mak ayah nenek yayi (rindula pula)..ye.. ini semua pinjaman.. temukan kami ditaman syurga


Testimoni

 Carotomax:
Alhamdulillah, tak sangka percubaan pertama cari supplement utk mata ayah akhirnye berjaya. Ayah ada brain tumor yg effect mata kanannya. Dr ckp lepas scan & MRI 2 minggu lepas mata kanan ayah dah takde harapan lagi utk melihat, tapi aku nekad nak bg ayah makan carotomax ni. Baru2 ni ayah ckp die da leh nmpk semula walaupun kabur. Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Alhamdulillahhhh........Pegi scan lagi baru2 ni Dr pun tak percaya. Alhamdulillah.... Sekarang tinggal nk keluarkan nanah je dari dlm kepala.... Mak dan adik pun dah start amik carotomax utk masalah rabun dorang. Alhamdulillah hepi sangat..! Thanks SHAKLEE beri sinar baru utk ayahku..!!

-pN waNIE sHIFU
Cerita lanjut tentang produk ini:


 Dapatkan sekarang! :) 

Berminat? 
Hubungi / komen:
019-7344405 (umi / ju)
Sedia untuk penghantaran ke seluruh malaysia :)

Saturday, June 22, 2013

Ibu Menyusu. Susu Merudum? Susu Tak banyak?

Susu ibu merudum.. Punca dan cara atasi

1. Ibu gagal mengamalkan konsep Demand & Supply.

Rata-rata ibu gagal memberi rangsangan secukupnya kepada badan untuk menghasilkan susu. Rangsangan ini melalui bayi ‘direct feed’ atau pump. Ini antara beberapa kesilapan yang para ibu lakukan.

Pump tak konsisten atau jarak masa antara sesi pump terlalu jauh. Ibu digalakkan untuk pump 2-3 jam sekali supaya badan sentiasa dirangsang untuk hasilkan susu. Kurang rangsangan maka kuranglah supply.
Pump bila breast penuh atau breast bengkak. Ini is BIG NO NO! Jika ibu pump bila breast dah penuh atau bengkak, badan ibu akan memberi signal kepada otak bahawa baby tak perlukan banyak susu. Jadi automatic otak akan suruh badan kurangkan penghasilan susu. Jika cara ini dibuat berterusan, ya susu memang drop.
Pump suka hati bila boleh. Saya galakkan ibu buat jadual pump ikut masa terluang ibu itu sendiri sebab perjalanan penyusuan setiap ibu berbeza. Ikut jadual pump tu dengan konsisten. Kenapa? Supaya badan lama-lama terlatih dan faham bila perlu hasilkan susu. Bila pump tak konsisten production susu pun tak konsisten. Walaupun breast rasa lembik kena pump juga.
Pump bila susu keluar dan berhenti pump bila susu stop mengalir. Ini memang konsep yang salah. Ibu kena pump setiap breast minimum 20 minit untuk 1 sesi pump. Walaupun susu dah stop teruskan pump kerana di hujung mungkin ibu akan mengalami ‘let-down’ sekali lagi.

2. Keadaan ibu

Apa yang saya maksudkan dengan keadaan ibu?

Letih
Stress
Period
Sedang mengandung
Semua di atas juga menjadi punca susu merudum. Kenapa? Sebab penyusuan susu ibu ni sebenarnya berkait rapat dengan 2 hormon iaitu prolaktin (hasilkan susu) dan oksitosin (merangsang susu keluar atau dipanggil juga hormon gembira).

Dalam suasana yang betul dan ibu happy tak stress, hormone oksitosin ni di hantar ke otak untuk rangsang pengeluaran hormone prolaktin. Hormon prolaktin ni pula di hantar ke kelenjar susu. Hasilnya badan pun keluarkan susu. Jadi kalau ibu stress dan penat, hormone oksitosin ni pun kurang dirembes. Jadi kurang lah hormone prolaktin yang akhirnya membawa kepada kurangnya penghasilan susu. Akhirnya si ibu stress, dan makin stress makin merudum lah susu.

Bila mengandung ibu2 masih boleh menyusu iaitu tandem nursing. Tetapi ibu2 digalakkan tingkatkan dose suplemen kepada double. 
Apabila period, ibu banyak kehilangan kalsium yang mana mempengaruhi penghasilan susu kerana susu ibu mengandungi 40% kalsium. Untuk mengelakkan kemeruduman susu sewaktu peroid, digalakkan mengamalkan suplemen lalsium iaitu Ostematrix kerana ia mengandungi keseluruhan kalsium, magnesium, vitamin D dan mineral. 

3. Pengambilan air kosong tidak cukup

Ibu bf disarankan minum air kosong minimum 3L sehari. Kenapa? Sebab susu ibu komponen utamanya adalah air. Badan ibu juga perlukan air untuk sistem2 dalam badan berfungsi. Jadi bayangkan badan ibu sebagai kereta dan petrol sebagai air. Kalau kereta tak cukup petrol, kereta stop bergerak. Sama juga dengan badan ibu. Bila kurang air kuranglah susu terhasil.

4. Diet harian tidak seimbang

Nampak remeh tapi susu ibu adalah apa yang ibu makan. Kalau badan ibu sendiri kurang khasiat, dari mana pula badan ibu nak dapatkan khasiat yang cukup untuk hasilkan susu ibu? Jadi diet tu diet juga tapi pastikan pengambilan makanan harian itu seimbang.

5. Pump tidak sesuai

Ramai ibu yang mengadu pada saya bila pump rasa sakit tapi susu keluar sikit Sahaja. Punca utama adalah penggunaan pump yang tidak sesuai. Bila guna pump yang tak sesuai, suction kadang2 menyakitkan, pumping tak optimum dan hasilnya susu pun tak banyak diperah. Bayangkan 1 baju tak boleh fit dengan semua orang kan. Jadi sama juga dengan pump. Kesimpulannya kena cari pump yang sesuai dengan bentuk breast kita.

Personally saya galakkan ibu guna double pump. Kenapa? Sebab masa ‘let-down’, susu akan keluar dua2 belah breast. Jadi bila dua2 dirangsang serentak, hasilnya pun banyak. Bila guna single pump, biasanya sebelah dapat banyak sebelah lagi sikit.

Cara Untuk Banyakkan Semula Susu

1. Cari punca susu merudum dan atasi punca itu

Ibu kena renung balik apa punca susu tiba-tiba merudum. Jadual pump macam mana? Konsisten tak ikut jadual pump? Badan stress dan penat ke? Makan ikut sempat dan tak seimbang. Minum air manis tapi air kosong segelas je ke? Bila tahu punca senanglah nak betulkan balik. Kebiasaannya ibu kurang pump.

2. Lakukan Power Pumping dan Tandem Pumping

Power pumping ni teknik pump paling bagus untuk banyakkan susu sebabnya teknik ni paling serupa dengan baby ‘direct feed’. Caranya 10 minit pump, 10 minit rehat dan ulang sampai 1 jam. Lakukan setiap hari selama 1-2 minggu. Ini akan hantar signal ke otak bahawa baby perlu lagi banyak susu. Hasilnya otak akan suruh badan tingkatkan penghasilan susu.

Ayat biasa saya dengar macam mana nak pump kalau pump angin je? Ya memang betul awal2 kita pump angin je atau keluar sikit je. Tapi terukan juga sebab dari angin akan keluar titik dan kemudian menderu keluar susu tu. InsyaAllah kalau konsisten ibu akan Nampak hasilnya.

Ibu juga boleh cuba kaedah Tandem Pumping. Sambil anak ‘direct feed’ sebelah lagi tu pump. Memang berkesan sebab anak akan rangsang lagi sebelah untuk hasilkan susu

3. Sentiasa positif dan yakin

Bila susu banyak ibu happy. Bila susu sikit kena fikir positif dan syukur ada juga rezeki untuk anak. Itu Allah nak uji kita bersyukur tak masa susu tengah banyak. Kena yakin yang kita mampu beri anak susu badan sepenuhnya. Bagi yang pump di office tu, jangan bandingkan hasil perahan dengan orang lain. Sebab demand setiap anak tak sama.

Apa yang ibu perlu buat?

Pump dalam suasana tenang
Sebelum dan sambil pump lihat gambar anak. Kalau ada video tengok dan dengan suara anak, InsyaAllah lebih banyak dirembes
Jangan lihat hasil perahan sampai habis sesi pump
Jangan fikir berapa stok hari ini. Bersyukur dengan rezeki Allah
Mulakan sesi pump dengan doa, iringi sesi pump dengan zikir dan akhiri sesi pump dengan Alhamdulillah

4. Pastikan pengambilan air kosong cukup minimum 3L sehari dan pastikan nutrisi harian lengkap.

Bagi ibu yang rasa sukar untuk pastikan diet harian seimbang, pengambilan supplement alternative terbaik. Bagi yang tidak suka makan banyak jenis pil, anda boleh cuba Hot Produk kami iaitu ESP. 

Sumber : kredi

Lidah untuk menempah syurga:

Assalamualaikum... selamat pagi.. :)
Senyum2.. sengeh2.. hehe..

Preparation untuk Bulan Ramadhan.. (sampaikan kami pada bulan Ramadhan, Ya Allah..)

Lidah untuk menempah syurga:
1) Memuji Allah
2) Memuji Ibu Bapa
3) Banyak Memberi Salam (kerana kita akan sentiasa mendoakan kebaikan orang yg diberi salam)
tempat yang sangat digalakkan untuk memberi salam - tempat2 awam
(ketahui halal, haram dalam memberi salam)
4) Digunakan untuk Munajat.. (sentiasa lidah berzikir / menyebut nama Allah)
ustaz cadangkan, yang mana biasanya kita bila terperanjat kita akan sebut perkataan xsedap didengar. apa kata kita tukar dengan menyebut 'Allahuakbar', 'Subhanallah', 'Allah' dll yang memberi kita sebab untuk masuk ke syurga Allah.. - nanti lama2 kita akan terbiasa.. :) yg melatah, insyaAllah akan hilang latahnya.. :)

Sambung lagi bincang ini pada rancangan akan datang.. ( Assalamualaikum, di TVAlhijrah ) ^_^

Thursday, June 20, 2013

Performance Drink! dan Puasa :)

Wuhuuu..makin lama try produk Shaklee, makin jatuh cinta semuanya.. Bukan kerana saya distributornya.. Tapi kerana produk tu sendiri..


Kalini saya try Performance Drink.. Itupun mula ambil semasa National Conference tempoh hari.. Alhamdulillah.. sangat marvellous.. Molekul halus. Mudah disediakan. Sungguh indah ciptaan Allah.. sungguh bijaksana ciptaan Allah yg mengkaji segala macam untuk kesihatan sejagat.. sungguh baik hati ceo yang mengambil alih pengurusan Shaklee.. (aik?apa kena ceo Shaklee? sila klik link :))


Yup.. Maha Indah, Maha Bijaksana, Maha Baik dan Segala Puji-pujian milik Allah .. dan kita sebagai hamba-Nya perlu bersyukur atas apa kurniaan Allah.. apa yang diberi adalah hak mutlak Allah, tp cuma pinjaman buat kita.. Bila dalam genggaman kita, minta lah pada Allah agar diizinkan segala hajat.. Dia penentu segalanya..
Ok, berbalik pada Performance Drink, jom kita kenali dia :)



Keunikan Performance:
Elektrolit + Mineral
Komponen Elektrolit Yang Penting:
Na+ : Sodium
Cl+  : Chloride
Mg+ : Magnesium
      2+
Ca  : Calsium
K+ : Potasium

+Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendaliragar tidak kekeringan
+Baik untuk sistem neuromotor (tindak balas saraf dan otot)

Boleh diminum bila-bila masa sahaja. Sedap minum gitu aje / Boleh dibancuh bersama-sama minuman lain

Sesuai untuk:
atlet
orang yang berpuasa
aktif kerja seharian
sebelum & selepas pembedahan
tidur lewat malam
keletihan
penyahhidratan otot & kulit
vagina yang kering
cirit birit
tiada selera makan
rendah paras gula
kepeningan
dan sebagainya.. :)


Membantu melembapkan kulit dan kelihatan muda... juga ^_^

Testimoni dari Pengguna Tegar Shaklee :)
Apa yang SAYA rasa?
Beberapa hari sebelum jerebu memang rasa nak demam, mungkin sebab hari minggu agak penuh jadualnya.. Satu malam tu, minum sikit je sebab dah malam, risau terlebih tenaga, tak tidur pula nanti.. Esoknya (Rabu) puasa.. Memang rasa lain hari tersebut. Tak rasa letih cuma pagi tu rasa lapar tetap ada. Sementalahan pula, tengah sibuk uruskan kemasukan pelajar baru ke kolej. Ke sana ke sini untuk uruskannya. Sampai terlupa yang diri tu puasa.
Time tu jerebu dah nak dekat 300IPU. Ofis dah tutup pintu pun, masih masuk lagi jerebu.. Kawan2 dah batuk2, mcm nak demam.. Yang saya pula,syukur..memang tak rasa kering tekak..tak rasa nak batuk2 sangat..Memang rasa healthy

Malamtu, berbuka pun tak berapa banyak. Dalam pukul 10 malam, kalini minum hampir segelas. Haha, tak perasan tdur nak dekat pukul 12! (Esok keje ok!) Bangun pun lewat utk sahur (hari khamis). Suka tau, ngam2 nak azan, br terjaga..huhu.. so, tak lah sahur pagi tu.. Macam biasa, kesana kesini ditempat kerja. Jerebu makin tinggi. Tapi syukur sangat2..Tekak masih ok, cuma ada juga sekali2 tu batuk sekali.

Harini? Hari jumaat.. Tak puasa.. Boleh minum air kosong sepuasnya.. Dan tak ambil apa2 supplemen (er..tak dan-tak sempat >.< ).. Masih lagi rasa badan macam sehari dua lepas..  :)

Berminat? 
Hubungi / komen:
019-7344405 (umi / ju)
Sedia untuk penghantaran ke seluruh malaysia :)

Monday, June 10, 2013

CarotoMax

Harga Runcit: SM:RM70.00
SS:RM75.00
Harga istimewa? PM / komen / msj :)

CarotoMax mengandungi 6 varieti karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran &  buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidant seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dll.

Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena didalam darah, seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser.

MANFAAT UTAMA

Lebih selamat dari Vitamin A - penemuan terawal vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu vitamin A. Didapati juga pengambilan berlebihan vitamin A akan menyebabkan toksisiti. walaubagaimanapun ahli saintis menemui beta karotena pada tahun 1932, satu prekursor Vitamin A dan beta karotena didapati selamat untuk pengambilan.

Mempertingkatkan Penglihatan - ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan didalam gelap. ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bags dan gegelung hitam dimata

Meredakan Penyakit Kulit - pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne. Penggunaan luaran untuk merawat pustule, scabies, akne dan ulser kulit

Melindungi Epithelial - ia memelihata lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulse saluran usus.

Melawan kanser & oksidasi - pengambilan kerap beta karotenna mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. ini akan mengurangkan risiko kanser, terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

Menghalang Infeksi - merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru: batuk, hepatisis, asthma, flu dan selsema.

Menggalakkan Perkembangan Normal & Sihat- merangsang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem reproduksi. Juga penghasilan sperma yang sihat.

MENGAPA KULIT WARNA KUNING?

Warna kulit sebilangan kecil pengguna akan menjadi kuning selepas mengambil beta karotena, walaubagaimanapun ini bukan penyakit Jaundis. CarotoMax adalah warna semulajadi botanik. Apabila usus kecil mengubah beta karotena menjadi Vitamin A, ia merangsang sekresi hempedu (berwarna kuning), serta detoksifikasi hati dan gallbladder dan mengalir bersama darah ke tapak tangan kita. Proses detoksifikasi semulajadi dan anti-oksidasi biasanya akan berlalu untuk beberapa bulan dan akan menghilang secara perlahan dan menghasilkan kulit yang baru dan cantik.

Saya adalah pengedar rasmi Shaklee, jangan segan silu untuk bertanya lanjut / berikan komen:
019-7344405 (umi / ju)
910246
Penghantaran disediakan ke seluruh Malaysia secara poslaju ataupun penghantaran by hand bagi kawasan berdekatan Bandar Penawar / UTM

Shaklee National Conference

Alhamdulillah.. sampai sudah rumah setelah lebih 2 hari bergerak sana-sini..

Sabtu pergi Shaklee National Conference.. sangat terharu dengan masters dari kalangan muslim/ah.. sangat bertuah kerana yang penuhi dewan kalini adalah majoriti melayu kita.. :) Pakaian sopan, ramai yang bertudung litup.. anak2 diraikan.. insyaAllah, kita berkuasa untuk tentukan budaya kita bila kita berkumpulan.. Sempat jumpa master cery mamafaiz dan susur galur atas saya.. (tapi itu pun di surau.. lepas beliau beri ucapan) dapat juga peluk cium.. Allah tunaikan permintaan jauh di sudut hati ni.. hehe.. nak peluk cium time masa bergambar bawah ni macam segan & tak sempat pula.. ini kali pertama berjumpa.. tapi rasa dah macam lama.. dah jadi million earner tp masih humble & fikirkan untuk kebaikan semua..

Bersama aura :D

Balik dari NC (kat NC tu pun bukan duduk2 saje2.. ofkos cari peluang..hehe..jrg dpt timba ilmu mcm tu..kesana-kesini, uruskan hal afnan (mujur maksu ada kurangkan beban.tq maksuu!)) pergi tesco sampai ke 11mlm lebih..mula2 pergi sebab temankan suami carik barang.. last2... haha.. fhm2 jela..

Esok nya gerak ke melaka untuk jalankan tugas sebagai AJK pengangkutan.. dah macam runner dah ktorang.. hehe.. yang kelakarnya, AJK ni pastikan orang dapat balik + ada pengangkutan.. atlast, kita yang sorangni balik last sebab pengangkutan terlewat sampai.. (terlewat tu tiada masalah pun..hehe.apa yg berlaku sebagai hiburan buat kita :D)

Alhamdulillah.. sampai rumah jam 1.30am.. kemas2.. tp belum mandi lagi.. opss!.. update blog & FB dulu.. br blh tutup lappy..hehe.. ALhamdulillah dalam sibuk2 tu bendera merah datang.. Tapi xterasa pun PMSnye.. pukul 5am ni br nak tdo.. telan kejap Ostematrix, sumber kalsium dan gabungan terbaik magnesium, vitamin D,K, boron, zink dan mineral penting utk tulang & otot.. prevent is better than cure :)

Special thanks to Hana Abu Bakar sudi temankan kakak dia ni ke NC.. dapat banyak ilmu disana..ada hikmah dia yang temankan..blhla kakmi 'ceroboh' beberapa booth yg ada ^_^..


Teringat niat asal nak cuba produk & perkenalkan produk pada mereka supaya mereka dapat merasai apa yang kita rasa.. JOin sebab tak dipush untuk headhunter.. Alhamdulillah, makin lama makin jatuh cinta.. Dengan mentor yang betul, kami mampu usahakan :) Biar dalam payah.. biar dalam perit.. Ada nilainya :D


Jom.. gerak sama-sama dengan kami.. :D