Susu ibu merudum.. Punca dan cara atasi
1. Ibu gagal mengamalkan konsep Demand & Supply.
Rata-rata ibu gagal memberi rangsangan secukupnya kepada badan untuk menghasilkan susu. Rangsangan ini melalui bayi ‘direct feed’ atau pump. Ini antara beberapa kesilapan yang para ibu lakukan.
Pump tak konsisten atau jarak masa antara sesi pump terlalu jauh. Ibu digalakkan untuk pump 2-3 jam sekali supaya badan sentiasa dirangsang untuk hasilkan susu. Kurang rangsangan maka kuranglah supply.
Pump bila breast penuh atau breast bengkak. Ini is BIG NO NO! Jika ibu pump bila breast dah penuh atau bengkak, badan ibu akan memberi signal kepada otak bahawa baby tak perlukan banyak susu. Jadi automatic otak akan suruh badan kurangkan penghasilan susu. Jika cara ini dibuat berterusan, ya susu memang drop.
Pump suka hati bila boleh. Saya galakkan ibu buat jadual pump ikut masa terluang ibu itu sendiri sebab perjalanan penyusuan setiap ibu berbeza. Ikut jadual pump tu dengan konsisten. Kenapa? Supaya badan lama-lama terlatih dan faham bila perlu hasilkan susu. Bila pump tak konsisten production susu pun tak konsisten. Walaupun breast rasa lembik kena pump juga.
Pump bila susu keluar dan berhenti pump bila susu stop mengalir. Ini memang konsep yang salah. Ibu kena pump setiap breast minimum 20 minit untuk 1 sesi pump. Walaupun susu dah stop teruskan pump kerana di hujung mungkin ibu akan mengalami ‘let-down’ sekali lagi.
2. Keadaan ibu
Apa yang saya maksudkan dengan keadaan ibu?
Letih
Stress
Period
Sedang mengandung
Semua di atas juga menjadi punca susu merudum. Kenapa? Sebab penyusuan susu ibu ni sebenarnya berkait rapat dengan 2 hormon iaitu prolaktin (hasilkan susu) dan oksitosin (merangsang susu keluar atau dipanggil juga hormon gembira).
Dalam suasana yang betul dan ibu happy tak stress, hormone oksitosin ni di hantar ke otak untuk rangsang pengeluaran hormone prolaktin. Hormon prolaktin ni pula di hantar ke kelenjar susu. Hasilnya badan pun keluarkan susu. Jadi kalau ibu stress dan penat, hormone oksitosin ni pun kurang dirembes. Jadi kurang lah hormone prolaktin yang akhirnya membawa kepada kurangnya penghasilan susu. Akhirnya si ibu stress, dan makin stress makin merudum lah susu.
Bila mengandung ibu2 masih boleh menyusu iaitu tandem nursing. Tetapi ibu2 digalakkan tingkatkan dose suplemen kepada double.
Apabila period, ibu banyak kehilangan kalsium yang mana mempengaruhi penghasilan susu kerana susu ibu mengandungi 40% kalsium. Untuk mengelakkan kemeruduman susu sewaktu peroid, digalakkan mengamalkan suplemen lalsium iaitu Ostematrix kerana ia mengandungi keseluruhan kalsium, magnesium, vitamin D dan mineral.
3. Pengambilan air kosong tidak cukup
Ibu bf disarankan minum air kosong minimum 3L sehari. Kenapa? Sebab susu ibu komponen utamanya adalah air. Badan ibu juga perlukan air untuk sistem2 dalam badan berfungsi. Jadi bayangkan badan ibu sebagai kereta dan petrol sebagai air. Kalau kereta tak cukup petrol, kereta stop bergerak. Sama juga dengan badan ibu. Bila kurang air kuranglah susu terhasil.
4. Diet harian tidak seimbang
Nampak remeh tapi susu ibu adalah apa yang ibu makan. Kalau badan ibu sendiri kurang khasiat, dari mana pula badan ibu nak dapatkan khasiat yang cukup untuk hasilkan susu ibu? Jadi diet tu diet juga tapi pastikan pengambilan makanan harian itu seimbang.
5. Pump tidak sesuai
Ramai ibu yang mengadu pada saya bila pump rasa sakit tapi susu keluar sikit Sahaja. Punca utama adalah penggunaan pump yang tidak sesuai. Bila guna pump yang tak sesuai, suction kadang2 menyakitkan, pumping tak optimum dan hasilnya susu pun tak banyak diperah. Bayangkan 1 baju tak boleh fit dengan semua orang kan. Jadi sama juga dengan pump. Kesimpulannya kena cari pump yang sesuai dengan bentuk breast kita.
Personally saya galakkan ibu guna double pump. Kenapa? Sebab masa ‘let-down’, susu akan keluar dua2 belah breast. Jadi bila dua2 dirangsang serentak, hasilnya pun banyak. Bila guna single pump, biasanya sebelah dapat banyak sebelah lagi sikit.
Cara Untuk Banyakkan Semula Susu
1. Cari punca susu merudum dan atasi punca itu
Ibu kena renung balik apa punca susu tiba-tiba merudum. Jadual pump macam mana? Konsisten tak ikut jadual pump? Badan stress dan penat ke? Makan ikut sempat dan tak seimbang. Minum air manis tapi air kosong segelas je ke? Bila tahu punca senanglah nak betulkan balik. Kebiasaannya ibu kurang pump.
2. Lakukan Power Pumping dan Tandem Pumping
Power pumping ni teknik pump paling bagus untuk banyakkan susu sebabnya teknik ni paling serupa dengan baby ‘direct feed’. Caranya 10 minit pump, 10 minit rehat dan ulang sampai 1 jam. Lakukan setiap hari selama 1-2 minggu. Ini akan hantar signal ke otak bahawa baby perlu lagi banyak susu. Hasilnya otak akan suruh badan tingkatkan penghasilan susu.
Ayat biasa saya dengar macam mana nak pump kalau pump angin je? Ya memang betul awal2 kita pump angin je atau keluar sikit je. Tapi terukan juga sebab dari angin akan keluar titik dan kemudian menderu keluar susu tu. InsyaAllah kalau konsisten ibu akan Nampak hasilnya.
Ibu juga boleh cuba kaedah Tandem Pumping. Sambil anak ‘direct feed’ sebelah lagi tu pump. Memang berkesan sebab anak akan rangsang lagi sebelah untuk hasilkan susu
3. Sentiasa positif dan yakin
Bila susu banyak ibu happy. Bila susu sikit kena fikir positif dan syukur ada juga rezeki untuk anak. Itu Allah nak uji kita bersyukur tak masa susu tengah banyak. Kena yakin yang kita mampu beri anak susu badan sepenuhnya. Bagi yang pump di office tu, jangan bandingkan hasil perahan dengan orang lain. Sebab demand setiap anak tak sama.
Apa yang ibu perlu buat?
Pump dalam suasana tenang
Sebelum dan sambil pump lihat gambar anak. Kalau ada video tengok dan dengan suara anak, InsyaAllah lebih banyak dirembes
Jangan lihat hasil perahan sampai habis sesi pump
Jangan fikir berapa stok hari ini. Bersyukur dengan rezeki Allah
Mulakan sesi pump dengan doa, iringi sesi pump dengan zikir dan akhiri sesi pump dengan Alhamdulillah
4. Pastikan pengambilan air kosong cukup minimum 3L sehari dan pastikan nutrisi harian lengkap.
Bagi ibu yang rasa sukar untuk pastikan diet harian seimbang, pengambilan supplement alternative terbaik. Bagi yang tidak suka makan banyak jenis pil, anda boleh cuba Hot Produk kami iaitu ESP.
Sumber : kredi
No comments:
Post a Comment