My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Monday, May 20, 2013

Shaklee dan kehidupan

Malam ni sebelum tidur, nak titipkan sedikit.. Tentang Shaklee dan hidup ini..

Terlalu banyak indikatornya dalam kehidupan ini..
Dari segi kesihatan, kehidupan, kenal apa itu comfort zone dan kepentingan keluar darinya, semangat, kasih sayang, motivasi, usrah maya, makanan rohani dan emosi.. segalanya pasti ada kaitan dengan Shaklee.. kalau tak banyak, sikit :)

Maaf, bukan taksub dengan Shaklee, bukan.. no no no.. cuma, selepas saya terjebak secara serius, banyak perkara yang saya belajar.. Dan banyak perkara yang saya dapat.. Ia berkenaan SAYA..

Comfort-zone : zon selesa

Kalau dulu, saya memang jenis suka cabar diri sendiri.. Biasanya sendiri2 je yang tahu.. Rasanya, tak melibatkan push dari luar. Sebab kalau push dari luar pun ada je nak ngelaknya.. Tiada motivasi yang spesifik, tiada matlamat yang dipandu, pendek kata, tiada mentor..

Memang benar, dalam berjaya kita perlu keluar dari comfort zone.. Saya beranggapan bahawa dengan bersusah payah, bersengkang mata saya kira saya sudah keluar dari zon tersebut.. Rupanya saya silap. Memang keluar dari comfort zone, tp masih belum dapat impak yang kuat ke atas diri (dalam banyak perkara).. Ketika itu, saya masih mencari apa yang buatkan saya keluar dari zon selesa ini...

Alhamdulillah, sambil mencari utk keluar dari zon selesa, saya masih juga teruskan usaha untuk mencari pekerjaan yang lebih terjamin.. Siapa tahu, usaha selama beberapa tahun, akhirnya berhasil? Seangkatan pula dengan masuknya saya ke Shaklee.. Ngam2 saya nekad masuk Shaklee, saya dapat tawaran masuk ke perkhidmatan awam.. Sujud syukur saya... Yup! Usaha je tara mana pun.. Jangan pernah putus asa.. Hidup pun tetap diteruskan.. Jangankan sebab kita fokus nak dapatkan sesuatu, sampai kita abaikan perkara yang berlaku didepan mata kita.. Biarlah yang dikejar itu dapat, yang kita kendong ini sentiasa dalam kendongan.

Ya Allah.. masa terima berita tu macam2 dalam fikiran.. fikirkan anak, suami, rumah, kerja, bla bla.. memang banyak sangat yang difikirkan.. Makin difikir, makin banyak pula alasan yang timbul. Patutla orang alim pernah pesan, kalau kita terdetik untuk berbuat kebaikan, jangan terlalu banyak fikir,teruskan aja..

Kerana atas sebab itu, saya nekad utk terima dan teruskan cita-cita saya, suami, famili kami dan terutamanya, ayah saya itu..

Alhamdulillah, sehingga kini, dalam masa hampir 7 bulan banyak perkara yang ditempuhi, banyak discomfort zone yang saya jalani.. tapi saya teruskan juga.. sampai bila? bila Islam kata sabar itu sebenarnya tiada had, begitu juga dengan usaha.. tiada hadnya :) (ada kaitan ke?hihi)

Kesihatan

Sebelum bulan oktober (bulan saya start join Shaklee), banyak masalah kesihatan yang saya alami.. dah selalu pergi klinik, segala macam klinik saya pergi.. bulan ni klinik A, bulan depan klinik B,.. selang 2 bulan klinik lain pulak.. penyakitnya macam2,.. kadang2 penyakit yang sama, kadang2 penyakit baru timbul..

Antara masalah saya, berkaitan perut, usus dan kepala.. Lepas jumpa doktor, bagi makan ok. Tapi puncanya tak tau.. kadang2 segan dah nak tanya, sebab jawapannya sama.. tapi bagi ubat lepas tu jadi balik..huhu..

Itu lah permulaan saya betul2 nekad cari supplemen.. Segala macam dah ambil, segala macam dah try.. ada yang ok, tp dengar desas desus yang tak best.. ada pewarna tambahan la, ada side effectla.. adeh2.. saba jela.. Tapi yang masih saya amalkan, kerana saya yakin iaitu sunnah2 baginda..: madu, minum air kosong, kurma dsbnya..

Start bulan 10 br saya jumpa apa yang betul2 saya cari. Saya terus beli sampai cukup point utk jadi ahli.. Jimat kat situ. Masa tu memang rasa macam nak buat side income, sambil2 kata orang.. Takdelah sampai bersungguh-sungguh nak terjun dalam bidan ni..

Lepas daftar, saya dimasukkan ke dalam satu group.. Subhanallah.. Semua yang dalam2 tu sangat supportive, motivated, membantu sesama sendiri. Yang kagumnya semuanya Muslim! Kebanyakannya terdiri daripada ibu-ibu dan wanita-wanita yang berkerjaya mahupun tidak.. Amboi, bila baca semua dokumen dalam group tu, mau xterbakar?? mereka tak pernah memaksa (ofkos, kalau saya kena paksa mmg saya cabut dulu :P) tapi diri sendiri yang membakar.. hihi.. yang bestnya, mereka tak lokek ilmu, dan saling sudi berkongsi.. Disinilah saya bertambah kenal erti Sharing is Caring. Masing-masing guide sesama sendiri untuk masing-masing berjaya dalam kehidupan disamping anugerah kesihatan yang tidak ternilai.

Dalam tu jugak la, saya belajar untuk menstabilkan emosi, belajar memfokuskan mana yang perlu difokus, belajar berfikiran positif serta peri pentingnya minda yang positif, hebatnya nikmat memberi, dan macam2 lagi.. Dan hasilnya, dalam kehidupan saya, penuh dengan cas-cas positif dan baik walaupun kadangkala saya tersungkur untuk mengekalkan kepositifan diri :D

Gerak kerja

Sejak dari situ jugalah agak kelam kabut hidup ni.. mana taknya nak belajar sesuaikan diri dengan persekitaran, tuntutan tugas, si kecil yang baru nak belajar mengenal pisah-mama, sekolah baru, kawan baru, teman baru.. segalanya baru bagi kami.. masa tu terganggu juga fokus saya..

Alhamdulillah, bila semuanya dah makin ok, saya pun mulailah belajar banyak benda untuk kejar cita-cita saya.. Belajar buat page, belajar semula buat blog.. Dan macam2 lagi.. Saya suka, sebab skill ini saya belajar kerana nak upgrade usaha saya dalam Shaklee dan disamping itu ia rupanya dapat digunakan dalam kelas serta berkongsi dengan orang lainn.. Oh,, banyak petua dari grup Jutawan Shaklee yang saya keluarkan sedikit untuk diaplikasikan kepada mereka yang lain.. Kalau nak banyak, jom la join :D ..saya percaya, anda akan menjadi orang yang lain jika anda praktikkan apa yang dinyatakan di dalam grup tersebut :) - eh.. dah macam promote jd ahli pula..hihi..

Apa-apapun inilah antara sebab saya bersama Shaklee dan apa rasanya bila berada dikalangan mereka yang hebat.. Allah berikan semuanya ada hikmah.. Semoga saya tak leka dari hikmah & peringatan Allah..
Siap sudah celoteh saya pada tengah malam ini.. Banyak lagi nak citer tapi memandangkan kejap lagi kena masuk ofis, saya harus persiapkan diri saya untuk menerima kerja-kerja hakiki saya.. Adios amigos cayoosss... :D

No comments:

Post a Comment