My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Sunday, May 12, 2013

Tips banyakkan susu


Tips banyakkan susu ibu:

• Demand vs Supply
• amalkan makanan berkhasiat, jika tidak mampu ambil suplemen sebagai bantuan sokongan
• emosi yang tenang
• lengkapkan diri dengan ilmu penyusuan
• Doa
• ambil sumber makanan penggalak susu (galaktagogue) seperti alfalfa

..........................

Tips Banyakkan Susu Ibu

• Kerap mengosongkan payudara dengan cara mengepam dan menyusukan bayi dengan kerap. 

Kesalahan konsep ini dapat kita lihat dalam kes-kes seperti di bawah:

• Mengambil makanan untuk banyakkan susu ibu sejak awal kehamilan. Apabila bayi dilahirkan, menunggu sehingga payudara ‘terasa ada susu’ sebelum menyusukan bayi.
• Tidak mengepam dan menyusukan seperti yang disarankan, sebaliknya bergantung kepada pemakanan.
• Hanya mengambil makanan dan minuman yang dikatakan dapat menambah susu badan sehingga tiada satu hidangan lengkap dalam diet seharian.
• Tidak salah mengambil makanan tertentu untuk membanyakkan susu ibu, namun konsep asas penyusuan harus dikuasai, iaitu – semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu terhasil; dan semakin banyak susu diperlukan oleh si bayi, semakin banyak susu akan terhasil.

Antara makanan/minuman untuk banyakkan susu ibu:

• Tinggi dengan PROTEIN – makanan berasaskan kacang SOYA (tofu, tauhu, tempe, etc.), kacang hijau, ALFALFA dan sebagainya.
• Tinggi dengan vitamin B terutama asid folik – sayuran hijau seperti kucai, sawi, lobak dan sebagainya.
• Tinggi kalori – longan kering, kurma.
• Tinggi kalsium – susu.
• Tinggi vitamin A dan C - buah-buahan citrus, buah-buahan beri dan sebagainya.
• Yang memanaskan badan – halba (fenugreek), habbatussauda’ dan jenis2 herba serta rempah ratus.
• Yang memperbaiki pengaliran darah – lobak putih.
• Yang mencetuskan hormon gembira – coklat.
• Sebarang makanan kegemaran ibu menyusu, yang mana ibu boleh menikmatinya dengan rasa gembira, kerana kegembiraan mengaktifkan hormon oxytocin yang mengeluarkan susu dari badan.

Pengambilan makanan di atas semasa hamil?
Ya, ibu hamil seharusnya mengambil makanan2 di atas, namun harus ingat ia bukan jaminan untuk anda menghasilkan banyak susu.

Penghasilan susu dipengaruhi oleh keperluan bayi, kekerapan anda menyusu dan permulaan penyusuan anda. Jadi, semasa hamil, carilah ilmu penyusuan sebanyak-banyaknya dan dapatkan beberapa teman baik yang juga menyusukan bayi mereka, agar anda mendapat bimbingan, motivasi dan perkongsian yang berterusan.

Perlukah seseorang ibu menyusu mengambil pil hormon untuk membanyakkan susu badan?
• Bagi pendapat peribadi saya tidak perlu, kecuali dalam kes tertentu dan atas nasihat pakar (Pakar dalam bidang laktasi). Seseorang ibu hanya perlu menambahkan sesi rangsangan dan stimulasi, di samping pengambilan makanan yang membekalkan zat seimbang.

Perlukah seseorang ibu menyusu mengambil supplement?
• Dalam keadaan dunia hari ini yang penuh dengan pencemaran; makanan yang hilang khasiat semasa proses menanam, memetik, menyimpan dan memasak; keadaan hidup yang stress; bukan saja ibu yang menyusukan, malah semua orang memerlukan supplement, sekurang-kurangnya sebagai antioksidan.

Bagi ibu yang menyusukan, supplement adalah untuk membekalkan zat-zat keperluan harian yang bukan saja untuk menjadikan tubuhnya fit, malah bertenaga dan stabil dari segi emosi untuk menghasilkan susu yang sihat.

Adakah jenis pam susu mempengaruhi jumlah pengeluaran susu?
• Sama sekali tidak. Ia bergantung kepada teknik mengepam yang diamalkan oleh seseorang ibu itu. Malah teknik mengepam yang paling efektif ialah teknik Marmet, iaitu mengepam dengan menggunakan tangan.

Adakah emosi si ibu mempengaruhi pengeluaran susu?
• Ya, apabila ibu dalam keadaan stress, hormon yang terhasil menghalang hormon penyusuan dari dirembeskan.

Usah mudah mengalah jika terkehel pada peringkat awal. Memang benar, menyusukan bayi tidak menjadikan kita ibu terbaik di dunia, tapi bila kita berusaha memberikan makanan awal terbaik untuk anak kita sendiri, itu adalah kepuasan yang paling kemuncak sebelum kita mula mencorak masa depannya dengan pelbagai misi lain pula.

No comments:

Post a Comment